03.Hansard.101110

03.Hansard.101110

DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Shah Alam, Rabu 10 November 2010 Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi YANG HADIR YB Tuan Teng Chang Khim (Sungai Pinang) (Tuan Speaker) YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim PSM., SPMS., DPMS., DSAP. (Ijok) (Dato’ Menteri Besar Selangor) YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Kinrara) YB Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali DIMP., SMS. (Gombak Setia) YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari (Kota Anggerik) YB Tuan Dr Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Seri Andalas) YB Puan Dr. Halimah bt. Ali (Selat Klang) YB Tuan Iskandar Bin Abdul Samad (Cempaka) YB Tuan Liu Tian Khiew (Pandamaran) YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan) YB Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) YB Puan Haniza bt. Mohamed Talha (Taman Medan) (Timbalan Speaker) YB Tuan Dr. Shafie bin Abu Bakar (Bangi) YB Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan) 1 YB Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Bukit Antarabangsa) YB Tuan Dr. Abd. Rani bin Osman (Meru) YB Tuan Lau Weng San (Kampung Tunku) YB Tuan Mat Shuhaimi bin Shafie (Seri Muda) YB Tuan Lee Kim Sin (Kajang) YB Tuan Haji Saari bin Sungib (Hulu Kelang) YB Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Sijangkang) YB Tuan Yap Lum Chin (Balakong) YB Tuan Muthiah a/l Maria Pillay (Bukit Melawati) YB Tuan Phillip Tan Choon Swee ( Teluk Datuk) YB Tuan Dr. Mohd. Nasir bin Hashim (Kota Damansara) YB Tuan Khasim bin Abdul Aziz (Lembah Jaya) YB Tuan Amiruddin bin Shari (Batu Caves) YB Tuan Edward Lee Poh Lin YB Tuan Manoharan a/l Malayalam (Kota Alam Shah) YB Puan Lee Ying Ha (Teratai) YB Puan Gan Pei Nei (Rawang) Y. B. Dato’ Seri Dr. Haji Mohamad Khir bin Toyo, SPMS., PJK. (Sungai Panjang) YB Dato’ Dr. Haji Mohamed Satim bin Diman, DSSA., KMN., ASA., PJK. (Seri Serdang) YB Dato’ Haji Raja Ideris bin Raja Ahmad, DSSA., AMS., AMN., PJK. (Sungai Air Tawar) YB Dato’ Haji Abd. Rahman bin Palil, DSSA., KMN., AMS., AMN., PPT., PJK., JBM., (hc). (Sementa) YB Dato’ Hj. Mohd. Shamsudin bin Haji Lias, DPMS., SSA. (Sungai Burong) YB Dato’ Dr. Karim bin Mansor, 2 DPMS., ASA., PJK. (Tanjung Sepat) YB Dato’ Mohamed Idris bin Haji Abu Bakar, DSSA., AMS., PJK. (Hulu Bernam) YB Dato’ Amiruddin Setro, DPMS., ASA. (Jeram) YB Dato’ Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor DPMS., KMN., AMN., ASA. (Paya Jaras) YB Tuan Hasiman bin Sidom, PJK YB Dato’ Haji Warno bin Dogol, DSIS., AMS., SMS., PJK. (Sabak) YB Dato’ Marsum bin Paing, DPMS., SSA., ASA. (Dengkil) YB Dato’ Subahan bin Kamal, DIMP. (Taman Templer) YB Tuan Abdul Shukur bin Idrus, KMN., SIS., ASBK. (Kuang) YB Datuk Haji Johan bin Abdul Aziz. JP., AMS. (Semenyih) YB Tuan Mohd Isa bin Abu Kasim, AMS. (Batang Kali) YB Tuan Yap Ee Wah, PJK. (Sungai Pelek) YB Tuan Wong Koon Mun, SMS., PJK. (Kuala Kubu Baharu) YB Tuan Sulaiman bin Haji Abdul Razak, SMS., PPN. (Permatang) YB Tuan Ismail bin Sani. SMS., PJK. (Dusun Tua) 3 TIDAK HADIR YB Puan Rodziah bt. Ismail (Batu Tiga) (Menunaikan Fardu Haji) YB Tuan Dr. Cheah Wing Yin (Damansara Utama) YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Subang Jaya) YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Seri Setia) YB Tuan Badrul Hisham bin Abdullah (Pelabuhan Klang) TURUT HADIR YB Dato’ Ramli bin Mahmud, DPMS., SMS. A.M.S Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959) YB Datin Paduka Zauyah Be binti T. Loth Khan, DPMS., DMSM., DSM., AMN. Penasihat Undang-undang Negeri Selangor YB Dato’ Mohd. Arif bin Ab. Rahman, DSIS., SIS., AMS., AMN. Pegawai Kewangan Negeri Selangor 4 PEGAWAI BERTUGAS Encik Mohamad Yasid bin Bidin Setiausaha Bahagian (Dewan/MMKN) Puan Mazian bt. Manan Penolong Setiausaha I Puan Noor Diana bt. Razali Penolong Setiausaha II Puan Nurul Haizan bt. Hj. Rais Penolong Setiausaha III Puan Siti Salbiah bt. Masri Penolong Pegawai Tadbir En Md. Saref bin Salleh BENTARA Puan Hajah Noridah bt. Abdullah Cik Noor Syazwani bt. Abdul Hamid PELAPOR PERBAHASAN 5 SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahi rahmani rahim . Assalamualaikum Wrt. Brt . dan salam sejahtera. Aturan mesyuarat bagi mesyuarat ketiga Persidangan Dewan Negeri Selangor yang ke 12. dimulakan dengan bacaan doa. I. DOA II. PERTANYAAN-PERTANYAAN SETIAUSAHA DEWAN: Aturan mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan sambungan. TUAN SPEAKER : Telok Datuk SETIAUSAHA DEWAN: Soalan 30. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB. TUAN PHILLIP TAN CHOON SWEE (TELUK DATUK) TAJUK : KEDUDUKAN KEWANGAN PBT 30. Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: a) Sila senaraikan PBT yang masih mengalami defisit dan PBT yang mengalami defisit berjaya bertukar kepada surplus pada tahun 2009. b) Apakah kaedah-kaedah utama yang digunakan membolehkan PBT tersebut berjaya bertukar dari defisit kepada surplus? TUAN LIU TIAN KHIEW: Tuan Speaker. Teluk Datuk ingin nak tahu tentang kedudukan kewangan PBT. Berdasarkan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009. terdapat 5 PBT berada di dalam kedudukan Defisit. Iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam. Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Bagi Majlis Bandaraya Shah Alam jumlah defisit Majlis telah meningkat daripada RM600,000 kepada RM1.3 juta. 3 PBT mengalami perubahan daripada kedudukan sebelas kepada defisit iaitu Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Majlis Perbandaran Selayang berubah dari RM114.15 juta defisit RM7.68 juta. Majlis Perbandaran Sepang daripada RM112.96 juta kepada defisit RM1.72 juta. Manakala Majlis Perbandaran Hulu Selangor berubah daripada RM112.33 juta kepada defisit RM3.66 juta. Perubahan kedudukan 11 kepada defisit adalah disebabkan tambahnya belanja susut nilai aset-aset yang mana bukan merupakan belanja operasi PBT. Majlis Perbandaran Klang pula telah menunjukkan pengurangan pada jumlah defisit iaitu daripada RM7.83 juta kepada RM2.43 juta sahaja. PBT yang mengalami Defisit berjaya bertukar kepada 11 pada 2009 pula adalah Majlis Perbandaran Subang Jaya yang berubah daripada kedudukan defisit RM7.04 juta kepada RM11.68 juta. Kaedah-kaedah yang digunakan PBT bagi membolehkan mereka memperbaiki daripada kedudukan defisit kepada 11 adalah dengan menyediakan bajet 11 di mana hasil dianggarkan melebihi daripada anggaran perbelanjaan. Dengan adanya bajet 11, PBT perlu menjalankan pemantauan yang ketat terhadap prestasi kutipan hasil semasa dan perbelanjaan agar hasil 6 dapat dikutip dengan maksimum dan perbelanjaan dibuat dengan penuh berkhemah dan tidak melampaui bajet yang diluluskan. Selain itu PBT juga dapat memperbaiki kedudukan defisit mereka dengan melipat gandakan kutipan tunggakan cukai, lesen dan juga kompaun. Kedudukan defisit juga dapat diperbaiki jika PBT berusaha untuk mendapat pelbagai punca hasil yang baru bagi menambah pendapatan. Tuan Speaker, kedudukan kewangan PBT tidak dapat dicerminkan hanya berdasarkan pada bajet 11 ataupun defisit. Kita harus meneliti angka-angka seperti nisbah semasa, nisbah pencairan, simpanan tetap dan wang dalam bank dengan cagaran atau pun deposit yang dimiliki pihak lain seperti pemaju. Saya ingin ucapkan tahniah kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Kajang. Majlis Perbandaran Sepang dan juga Majlis Perbandaran Ampang Jaya kerana kedudukan kewangan mereka dianggap baik dan kukuh. Saya bagi contoh Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada tahun 2008 nisbah semasa 2.6 tetapi sampai 2009 nisbah semasa menjadi RM2.85. nisbah kecairan pada tahun 2008 2.16 tetapi sampai 2009 menjadi 2.52 dan simpanan tetap kekal pada tahap RM136 juta dan wang di bank dan di tangan pun berubah pada 2008 wang di bank dan di tangan hanya 0.41 juta tetapi sampai 2009 menjadi 27.7 juta. Jadi jumlah wangnya adalah 163.70 juta. Jadi kalau kita tolak cagaran RM47.39 juta. Jadi perbezaannya RM116.31 juta. Ini bermakna Majlis Bandaraya Petaling Jaya menggunakan 116.31 ini untuk memberi bantuan pada warga kota Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Keadaan sedemikian juga berlaku di Kajang mereka juga menunjukkan prestasi yang baik dan kukuh. Ampang Jaya pun sudah meningkat prestasinya. Jadi yang lain-lain PBT yang masih tidak dianggap kukuh, mereka haruslah berusaha dengan semua kerjasama semua pegawai dan juga Ahli Majlis dengan cara ini kita harap mudah- mudahan semua PBT yang lain yang masih belum dianggap kukuh boleh meningkatkan prestasi mereka. Terima kasih. TUAN SPEAKER : Sijangkang. Soalan tambahan. YB TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Saya ingin bertanya adakah dengan kedudukan kewangan PBT-PBT yang ada sekarang ini terutamanya PBT-PBT yang kedudukan kewangannya masih lagi dalam keadaan tenat. Adakah PBT ini mampu untuk mengendalikan gerai-gerai, kedai dan bengkel yang diserahkan daripada Pejabat Daerah kepada Majlis Daerah untuk pengendalian terutamanya membaik pulih dan sebagainya. Kalau tidak mampu apakah perancangan Kerajaan pada hari ini untuk membaik pulih dan sebagainya mengutip cukai atau pun tunggakan cukai dan tunggakan-tunggakan sewa yang saya kira cukup banyak selama ini. Terima kasih. YB TUAN LIU TIAN KHIEW : Terima kasih Sijangkang. Sebenarnya kita ambil tindakan dan kita juga sudah memberitahu semua YDP ataupun Datuk Bandar di mana mereka harus mengutamakan prioritinya sebab kita percaya kalau kita harus berkhemah kita menghadapi perbelanjaannya dengan baik kita boleh cari wang yang cukup untuk menangani masalah- masalah seperti gerai-gerai yang uzur ini. Jadi kita akan ada perbincangan dengan teliti dengan semua PBT supaya mereka dapat mengutamakan prioritinya. Terima kasih. TUAN SPEAKER : Kuala Kubu Baharu: YB TUAN WONG KOON MUN : Tuan Speaker, terima kasih. Soalan saya, apakah langkah untuk memperbaiki pendapatan dari Majlis seperti di Hulu Selangor. Pada pendapat saya pembayaran elaun pada Ahli Majlis itu begitu tinggi kalau membandingkan masa di Barisan Nasional dan lebih kurang 5 kali ganda lebih. Kedua untuk kebanyakan Billboard pada masa 7 Barisan Nasional kita disewa kan untuk iklan pada syarikat. Tetapi pada hari ini nampak semua Billboard hanya untuk mempromosikan Menteri Besar sahaja. Itu juga satu langkah boleh kita bertambah pendapatan daripada Majlis. Saya minta apakah langkah sewajarnya. Sekian. YB TUAN LIU TIAN KHIEW : Tuan Speaker, kepada soalan daripada Kuala Kubu Baharu sebenarnya apa yang diperkatakan itu adalah tidak benar.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    101 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us