LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS Tarikh : 20 MEI 2016 (JUMAAT) Masa :9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 Y.A.B. Lim Guan Eng Ketua Menteri / Air Putih 2 YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 3 YB. Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon Timbalan Ketua Menteri I / Pantai Jerejak 4 YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II /Perai 5 YB. Chow Kon Yeow Padang Kota 6 YB. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim Batu Maung 7 YB. Chong Eng Padang Lalang 8 YB. Lim Hock Seng Bagan Jermal 9 YB. Law Heng Kiang Batu Lancang 10 YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 11 YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 12 YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 13 YB. Dato' Haji Maktar Bin Haji Shapee Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri/Sungai Bakap 14 YB. Wong Hon Wai Air Itam 15 YB. Ong Kok Fooi Berapit 16 YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 17 YB. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man Permatang Pasir 18 YB. Tanasekharan A/L Autherapady Bagan Dalam 19 YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 20 YB. Teh Yee Cheu Tanjong Bunga 21 YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji Seri Delima 22 YB. Ong Chin Wen Bukit Tengah 23 YB. Lau Keng Ee Pengkalan Kota 24 YB. Cheah Kah Peng Kebun Bunga 1 Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 25 YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 26 YB. Teh Lai Heng Komtar 27 YB. Yap Soo Huey Pulau Tikus 28 YB. Soon Lip Chee Jawi 29 YB. Lee Khai Loon Machang Bubok 30 YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. Thambyappa Batu Uban 31 YB. Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid Telok Ayer Tawar 32 YB. Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad Pulau Betong 33 YB. Dato’ Haji Roslan Bin Saidin Pinang Tunggal 34 YB. Dato’ Haji Mahmud Bin Zakaria Sungai Acheh 35 YB. Datuk Haji Mohd Zain Bin Ahmad Penaga 36 YB. Omar Bin Haji Abd Hamid Permatang Berangan 37 YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor Sungai Dua 38 YB. Nordin Bin Ahmad Bayan Lepas 39 YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah Telok Bahang 40 YB. Haji Shariful Azhar Bin Othman Bertam AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. Bil. Nama Jawatan 1 YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 2 YB. Dato' Hajah Aliza Binti Sulaiman Penasihat Undang–Undang Negeri 3 YB. Dato’ Haji Mokhtar Bin Mohd Jait Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri 2 Dewan mula bersidang pada jam 9.35 pagi. Setiausaha: Ahli-ahli Yang Berhormat, YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa. Timbalan Setiausaha Dewan: Bacaan doa. Setiausaha Dewan: Soalan lisan. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Ahli Kawasan Bagan Dalam. Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Tanasekharan A/L Autherapady): Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan saya soalan nombor 60. No. 60. Berapa banyak pendapatan diterima oleh kerajaan dari medical tourism. Berqapa ramai orang datang ke Negeri Pulau Pinang sebagai medical tourism? Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Law Heng Kiang): Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mengambil bahagian menjawab soalan nombor 60. Jumlah pendapatan yang diterima dari sektor pelancongan perubatan di Pulau Pinang bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM360,313,941 dengan jumlah pelancongan perubatan seramai 301,810 orang. Jumlah pendapatan tersebut meningkat sebanyak 5.8% berbanding dengan tahun 2014 iaitu RM368,905,434. Semua pendapatan tersebut adalah hasil Persekutuan, dana hospital dan hotel terlibat membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan. Daripada alasan tersebut Kerajaan Negeri telah memperkenalkan fee Kerajaan Tempatan untuk membolehkan Kerajaan Negeri menerima pendapatan dan medical tourism apabila mereka menyewa hotel dan rumah-rumah tumpangan. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji): Soalan tambahan. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Sila. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji): Terima kasih Yang di-Pertua Dewan. Terima kasih YB. Batu Lancang. Saya ingin tanya, baru- baru ini atau sejak kebelakangan ada aduan daripada penduduk di Pulau Pinang bahawa terdapat peningkatan dalam bayaran-bayaran yang dikenakan oleh hospital swasta. Ini menunjukkan ataupun kecenderungan hospital swasta untuk memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang-orang ataupun pesakit yang datang dari luar negara terutamanya dari Indonesia. Jadi, adakah apa-apa kebenaran dalam perkara ini? Sama ada terdapat Kerajaan Negeri ada menerima apa-apa aduan rasmi daripada mana- mana pesakit bahawa caj yang dikenakan bagi rawatan-rawatan di hospital bagi penduduk di Pulau 3 Pinang atau daripada Malaysia dari Negeri Perlis, Kedah atau Perak berbanding dengan caj perkhidmatan bagi rawatan yang dikenakan untuk warganegara asing? Adakah kebenaran dalam perkara ini? Sama ada bayaran yang dikenakan untuk warganegara Malaysia lebih tinggi daripada yang dikenakan untuk rakyat luar negara. Terima kasih. Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Law Heng Kiang): YB. Seri Delima, saya rasa memang tidak betul bahawa pesakit di Malaysia bayar lebih daripada orang asing. Walau bagaimana pun memang daripada tahun ke tahun, barang daripada hospital memang meningkat kerana mereka membeli alat-alat atau mesin-mesin yang lebih canggih dari dunia kerana kita mempunyai equipment ...(dengan izin) dengan terkini. Di mana banyak dari Medan atau Indonesia suka datang ke Pulau Pinang kerana alat-alat mereka di Indonesia tidak canggih berbanding dengan Pulau Pinang. Pulau Pinang contribute...(dengan izin) lebih kurang 60% kepada seluruh Malaysia. Ini bermakna Kuala Lumpur, Melaka atau Johor Bharu bercampur hanya contribute 40% sahaja. Walau bagaimanapun, kalau fees hospital di Pulau Pinang berbanding dengan fees charge di Singapura atau negara-negara seperti Australia, Thailand, Hong Kong, Eropah kita masih munasabah dan kurang lagi kalau berbanding dengan Eropah mungkin lebih lima kali ganda atau Australia pun sama seperti crown digi lima kali ganda. Jadi, sini masih murah dan di bandar-bandar raya di Negara China pun sama fees di sana pun masih mahal dan itu kita sekarang hendak open out ....(dengan izin) new market di Vietnam, Myanmar, China, Hong Kong dan sebagainya. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji): Soalan tambahan. Terima kasih Yang di-Pertua Dewan. Dua (2) perkara yang ingin saya tanya, adakah Kerajaan Negeri ingin bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan melaksanakan apa-apa tindakan untuk kita memantau supaya hospital-hospital ini tidak menaikkan caj perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan. Juga terdapat rugutan bahawa kemungkinan dalam masa lima (5) atau enam (6) tahun lagi warganegara Pulau Pinang yang tinggal di sini mungkin tidak dapat membiayai bayaran ataupun bayar untuk bayaran-bayaran di hospital swasta kerana kita lihat terdapat kenaikan mendadak dalam perkhidmatan-perkhidmatan asas disebabkan oleh perkara-perkara yang telah diberitahu oleh YB. Batu Lancang disebabkan penyediaan banyak lagi alat-alat. Kita mendapati bahawa hospital-hospital swasta menaikkan lagi caj dan disebabkan kemasukan pesakit-pesakit dari luar negara yang datang menerima rawatan di sini, kita dapati bahawa hospital menaikkan bayaran semuanya sama rata. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa tindakan langkah yang difikirkan untuk kita mengawal perkara ini supaya warganegara yang tinggal di Pulau Pinang dapat menikmati rawatan-rawatan dari hospital swasta dengan bayaran yang munasabah? Terima kasih. Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Law Heng Kiang): Satu lagi saya ingin menambah bahawa kalau rakyat Pulau Pinang atau orang tempatan tidak mampu membayar hospital swasta ini juga ada satu bahagian di mana boleh memohon kebajikan daripada hospital ini seperti advantage, BPMC semua ini. Saya rasa dengan adanya equipment atau alat- alat yang begitu moden atau canggih di mana orang tempatan pun dapat perkhidmatan yang lebih baik, tidak perlu kita pegi ke Singapura. Kalau pada masa 10 atau 20 tahun, apa-apa sakit jantung kita perlu pergi ke Singapura dan bayar lebih mahal. Di sini kita boleh dapat rawatan yang sama dengan di Singapura. Saya rasa ini adalah keuntungan untuk rakyat tempatan. Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Dr. T. Jayabalan A/L A.Thambyappa): Dengan izin saya tanya soalan dalam Bahasa Inggeris. Keuntungan the private hospital huge profit they make, they make huge profit access to local patient denied because of cost. Contoh untuk pembedahan adventist cost is about RM9,000 per patient. So even welfare arrangement that you said the attend to getting this welfare arrangement it is not easy. You have to proof that you deserved this welfare arrangement...(gangguan). Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Soalan? 4 Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Dr. T. Jayabalan A/L A.Thambyappa): The question is, this actually denied access to local so is there it is good to encourage medical tourism especially for this thing? Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Law Heng Kiang): Saya beri satu contoh kenapa Kerajaan Negeri dapat keuntungan yang banyak daripada medical tourism iaitu pelancong yang banyak sekali datang ke Pulau Pinang adalah pelancong asing adalah Indonesia dan berganda-ganda berbanding dengan negara lain. Di mana kebanyakan 90% datang sini adalah pergi melawat hospital. Kelmarin saya sudah bagi angka di mana Indonesia adalah paling tinggi 268,892 orang. 200,000 lebih berbanding dengan negara yang ke bawah semua di bawah 10,000, ada yang ke sepuluh dari negara hanya tidak sampai 7,000. Jadi memang ini adalah perlu untuk kita seperti tadi saya kata, kita tidak perlu pergi ke Singapura untuk rawatan yang rumit di mana sini walaupun sedikit mahal tetapi masih juga murah berbanding dengan kita pergi ke Singapura. Kalau betul-betul tidak mampu memang kita galakan pergi ke general hospital kerajaan di mana dalam sekarang ini, kita pun ada perubatan seperti operation sakit jantung, mata, heart, saya rasa ada rawatan di hospital kerajaan ini.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages105 Page
-
File Size-