Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 61 Khamis 3 Disember 2015 K A N D U N G A N USUL-USUL: - Menarik Balik Rang Undang-undang Di Bawah P.M. 62 (Halaman 1) - Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Di Bawah P.M. 62 (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) PENERANGAN DARIPADA YAB. TIMBALAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i): - Penjelasan Berkaitan Isu Dana Politik RM2.6 bilion (Halaman 24) USUL MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3): - Merujuk YB. Lembah Pantai Kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (Halaman 35) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kewangan 2015 (Halaman 66) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2015 (Halaman 92) Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (Halaman 99) Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2015 (Halaman 232) USUL-USUL: - Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 32) - Menangguhkan Bacaan Kali Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Di Bawah P.M. 62 (Halaman 249) - Merentikan Kuat Kuasa Peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M. 90(2) (Halaman 249) USUL-USUL MENTERI KEWANGAN: Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Halaman 250) Akta Kastam 1967 (Halaman 252) Akta Eksais 1976 (Halaman 256) DR.3.12.2015 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Khamis, 3 Disember 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] USUL-USUL MENARIK BALIK RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik D.R. 24/2014, Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No. 2) 2014 seperti yang tertera di nombor 15 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.” Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, D.R. 30/2015, Rang Undang- undang Syarikat 2015, D.R. 29/2015, Rang Undang-undang Skim Kepentingan 2015, D.R. 34/2015 Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 2015, D.R. 35/2015, Rang Undang-undang Persaingan (Pindaan) 2015, D.R. 37/2015, Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2015, D.R. 39/2015, Rang Undang-undang Kanak- kanak (Pindaan) 2015, D.R. 9/2015, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015 dan D.R. 12/2015, Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015, seperti yang tertera di nombor 7 hingga nombor 14 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat akan datang.” Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. DR.3.12.2015 2 JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) jumlah hutang Kerajaan Persekutuan seperti pada 31 Ogos 2015 mengikut sumber dalam dan luar negeri, dan jumlah hutang ekoran dari off budget, PFI, US dollars denominated debt papers issued off Labuan dan amaun hutang yang dijamin oleh kerajaan; dan (b) tahap ukuran hutang daripada segi peratus GDP, defisit fiskal dan nisbah bayaran balik hutang berbanding hasil kerajaan serta usaha-usaha untuk membendung hutang yang terus melonjak ini. Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Johari bin Abdul Ghani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan pada 30 September 2015 adalah berjumlah sebanyak RM623.3 bilion. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 96.4% ataupun RM601.1 bilion adalah hutang domestik sementara bakinya RM22.2 bilion atau 3.6% merupakan pinjaman luar pesisir dalam pelbagai dedominasi mata wang. Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan ini kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana. Berhubung dengan amaun hutang yang dijamin oleh kerajaan, untuk makluman Yang Berhormat, jumlah terkini sehingga Jun 2015 adalah sebanyak RM175.8 bilion yang dikeluarkan kepada 27 buah institusi termasuk syarikat milik kerajaan. Pemberian jaminan ini adalah bagi membolehkan institusi terbabit memperoleh kos pembiayaan yang lebih rendah bagi melaksanakan projek pembangunan strategik yang bersifat jangka panjang yang akan memanfaatkan rakyat secara keseluruhan. Untuk program-program di bawah PFI pula, sebanyak RM30 bilion setakat ini telah dikeluarkan. Komitmen kerajaan telah pun dimasukkan ke dalam peruntukan bajet tahunan bagi membiayai bayaran balik pinjaman dan juga list payment. Komitmen ini telah diambil kira dalam pengiraan defisit fiskal dan kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan dan ia tidak akan meningkatkan sasaran defisit sedia ada. Bagi US Dollars denominated debt papers issued off Labuan pula, hutang ini bukanlah sebahagian daripada hutang Kerajaan Persekutuan. Ia merupakan kertas hutang berdominasi US Dollars yang diterbitkan di Labuan oleh syarikat swasta dan dikategorikan sebagai hutang luar Malaysia. Tahap ukuran hutang Kerajaan Persekutuan pada 30 September 2015 daripada segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah berjumlah 50.7%. Sekian. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah dapat memberikan jawapan yang jelas tadi. Akan tetapi walau bagaimanapun dalam keadaan iklim ekonomi dunia dan ringgit negara kita yang cukup mencabar pada ketika ini dan dengan pertumbuhan yang perlahan dan juga tidak menentu. Sedikit sebanyak ia telah memberikan satu impak kepada hasil kerajaan dan juga hasil negara. Dalam masa yang sama, kita dapat lihat hutang kita meningkat dan kita mahu kalau boleh kita jangan melebihi daripada siling 55% yang telah kita tetapkan walaupun ia arbitrary. DR.3.12.2015 3 Soalan saya Tuan Yang di-Pertua ialah berapakah sebenarnya jumlah ataupun nilai principal termasuk faedah yang terpaksa kita bayar pada setiap tahun serta nilai bayaran balik berbanding dengan debt service ratio kita pada tahun 2015 pada 11.4% meningkat kepada 12% pada tahun 2016. Jadi berapakah sebenarnya angka debt service ratio yang kita anggap prudent supaya kita sentiasa dapat mengawal dan membuat persediaan awal bagi memastikan supaya pengurusan kewangan negara kita dalam keadaan yang terbaik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. ■1010 Datuk Johari bin Abdul Ghani: Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Sebenarnya apabila kita bercerita soal pinjaman negara ini, ia sebenarnya tidak mempunyai standard benchmark berapa sebenarnya kita boleh pinjam. Apa yang kita lihat hari ini kerajaan membuat self -imposed ceiling iaitu tidak melebihi 55% daripada GDP iaitu mengambil kira setiap hutang itu mestilah berkebolehan untuk membayar. Saya bagi contoh. Dalam negara-negara di dunia ini, kalau kita tengok advance of country, United State of America, dia mempunyai pinjaman hampir 106% daripada GDP mereka. United Kingdom sebanyak 88%. Developing countries like India sebanyak 63.9%. Singapore sebanyak 95.8%. Kita berada di tahap 53.7%. Apa yang penting, Yang Berhormat, setiap hutang yang kita buat ini, the first rule kita pastikan bahawa kerajaan boleh membayar komitmen yang perlu dibayar. Kedua, kita juga kena pastikan bahawa pinjaman-pinjaman yang kita buat ini mestilah membiayai perbelanjaan pembangunan dan bukan operating budget. Kita mesti memastikan perbelanjaan mengurus sentiasa dibiayai melalui hasil. Maknanya seterusnya memastikan bahawa sebahagian daripada hasil negara ini dapat menampung sebahagian daripada pembangunan. Kita tidak mahu apabila kita meminjam, bila kita punyai revenue ini tidak boleh menampung belanja mengurus dan tidak ada lebihan daripada selepas tolak belanja mengurus untuk kita menyelesaikan hutang ataupun komitmen kita. Setakat hari ini, setiap kali bajet yang dibentangkan, kita mempunyai surplus. Current account surplus untuk kita menampung pembayaran hutang kita. Cuma dalam konteks negara Malaysia, development expenditure kita tiap-tiap tahun memang kita bergantung kepada pinjaman untuk kita terus membangunkan negara dan hasilnya dapat dikutip dan kemudian akan dibayar kepada hutang-hutang yang telah kita tetapkan. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai hutang sebanyak RM30 bilion akibat daripada PFI ataupun inisiatif penswastaan. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah kerajaan mengambil jalan inisiatif penswastaan ini dengan tujuan supaya kerajaan tidak perlu memberikan modal ataupun mengambil pinjaman kerana sepatutnya projek-projek di bawah PFI ini dibiayai sepenuhnya oleh swasta. Jadi bagaimana dan kenapakah setelah kerajaan secara besar-besaran mengambil langkah penswastaan ini sama ada dengan lebuh raya, sekolah, UiTM, kemudian hospital melalui DR.3.12.2015 4 PFI tetapi Yang Berhormat Menteri menjawab kerajaan terpaksa masih lagi menanggung hutang PFI sebanyak RM30 bilion. Kalau ini sepatutnya dibayar oleh swasta, kenapa perlu ada RM30 bilion tanggungan hutang kerajaan seperti Yang Berhormat Menteri jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Johari bin Abdul Ghani: Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Saya ingat kita kena bezakan di antara PFI dengan PPP. Apa yang Yang Berhormat Pandan sebut tadi itu adalah lebih kepada konsep public private partnership (PPP) di mana kita membuat projek-projek di mana kita biarkan private
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages265 Page
-
File Size-