(18 MAC 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Status Kes COVID-19 Di Dalam W

(18 MAC 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Status Kes COVID-19 Di Dalam W

Kenyataan Media JPBN Bil 77/2021 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK KENYATAAN MEDIA (18 MAC 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif) Hari ini terdapat 206 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu dari Hospital Sibu (51), Hospital Miri (35), Hospital Umum Sarawak (28), PKRC di bawah Hospital Kapit (24), Hospital Bintulu (21), Hospital Sarikei (19), PKRC Betong (15), PKRC Sri Aman (8), PKRC Serian (4) dan PKRC Mukah (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 10,838 orang atau 80.80% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak. Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital adalah seramai 2,433 orang dimana: • 701 kes di Hospital Sibu dan PKRC di Sibu; • 449 kes di Hospital Miri dan PKRC di Miri; • 340 kes di Hospital Bintulu dan PKRC di Bintulu; • 264 kes di Hospital Umum Sarawak dan PKRC di Kuching; 1 Kenyataan Media JPBN Bil 77/2021 • 201 kes di Hospital Kapit dan PKRC di Kapit; • 161 kes di Hospital Sarikei dan PKRC di Sarikei • 127 kes di Hospital Betong dan PKRC di Betong; • 99 kes di PKRC Depo Imigresen Semuja, Serian • 34 kes di PKRC Serian; • 30 kes di Hospital Sri Aman dan PKRC di Sri Aman; • 22 kes di PKRC Mukah; • 3 kes di Hospital Limbang; dan • 2 kes di PKRC Lawas. Hari ini, 304 PUI baru telah dilaporkan dan dua (2) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal. B. Kes Kematian COVID-19 Baharu. Hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 95 orang. I. Kes Kematian Ke-95. Kes kematian Ke-95 merupakan kes Ke-8,033 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 58 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk, kehilangan deria bau dan lemah badan. Saringan ujian rt-PCR yang telah dibuat adalah positif pada 21 Februari 2021. 2 Kenyataan Media JPBN Bil 77/2021 Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2021. Kes ini tidak mempunyai ko-morbid. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. C. Kes Baharu COVID-19. Hari ini terdapat 303 kes baharu COVID-19 dikesan dan dilaporkan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Serian (101), Bintulu (57), Sibu (47), Miri (27), Meradong (13), Kapit (10), Julau (9), Kuching (8), Sarikei (8), Sri Aman (6), Tanjung Manis (5), Bukit Mabong (4), Sebauh (2), Bau (1), Belaga (1), Kanowit (1), Samarahan (1), Selangau (1) dan Subis (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 13,413 orang. Daripada 303 kes baharu yang dilaporkan, seramai 15 orang telah menunjukkan tanda dan gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Dimaklumkan juga, seramai 277 orang kes terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan. Mereka ini terdiri daripada 276 orang yang merupakan individu yang telah dikenalpasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan satu (1) orang adalah individu yang baru balik dari kawasan berisiko tinggi (Import B). Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada 3 Kenyataan Media JPBN Bil 77/2021 I. 153 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (8 orang bergejala) II. 123 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (tiada orang bergejala). III. 20 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (1 orang bergejala) IV. 6 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan. V. 1 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia yang dikategorikan sebagai kes Import B. Pecahan Kes Baharu Mengikut Daerah (303 Kes). I. Daerah Serian (101 Kes) a) 99 kes yang melibatkan kluster Depot Imigresen Semuja. b) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. II. Daerah Bintulu (57 Kes) a) 48 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. b) 5 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Bintulu. Tiga (3) kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan dan dua (2) kes dikategorikan sebagai kes import C dari Miri. c) 3 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Bintulu. 4 Kenyataan Media JPBN Bil 77/2021 d) 1 kes saringan petugas kesihatan di fasiliti kesihatan di daerah Bintulu. III. Daerah Sibu (47 Kes) a) 32 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. b) 9 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Sibu. c) 3 kes yang melibatkan kluster Kampung Hilir. d) 2 kes yang melibatkan kluster Jalan Awang. e) 1 kes yang melibatkan kluster Kiba. IV. Daerah Miri (27 Kes) a) 25 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. b) 1 kes yang melibatkan kluster Jalan Merpati. c) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Miri. V. Daerah Meradong (13 Kes) a) 9 kes yang melibatkan kluster Sungai Atap. b) 4 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. 5 Kenyataan Media JPBN Bil 77/2021 VI. Daerah Kapit (10 Kes) a) 9 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. b) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Kapit. VII. Daerah Julau (9 Kes) a) 7 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. b) 2 kes yang melibatkan kluster Bukit Tunggal. VIII. Daerah Sarikei (8 Kes) a) 8 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. IX. Daerah Kuching (8 Kes) a) 4 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Kuching. b) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. c) 1 kes yang melibatkan kluster Emperoh Jambu. d) 1 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 melibatkan warga tempatan (Sarawak). Kes dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Sabah. 6 Kenyataan Media JPBN Bil 77/2021 X. Daerah Sri Aman (6 Kes) a) 6 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. XI. Daerah Tanjung Manis (5 Kes) a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. XII. Daerah Bukit Mabong (4 Kes) a) 4 kes yang melibatkan kluster Gelong. XIII. Daerah Sebauh (2 Kes) a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. XIV. Daerah Samarahan (1 Kes) a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes import C dari Kuching. XV. Daerah Subis (1 Kes) a) 1 kes yang melibatkan kluster Sena. 7 Kenyataan Media JPBN Bil 77/2021 XVI. Daerah Selangau (1 Kes) a) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Selangau. XVII. Daerah Bau (1 Kes) a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Bau. XVIII. Daerah Kanowit (1 Kes) a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Kanowit. XIX. Daerah Belaga (1 Kes) a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. D. Kluster Baharu (Dua (2) Kluster Baharu). Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) lagi kluster baharu COVID-19 masing-masing satu (1) di Daerah Serian dan Daerah Meradong. Perincian kluster baharu ini adalah seperti berikut: I. Kluster Depot Imigresen Semuja, Serian. Kluster Depot Imigresen Semuja, Serian merupakan sebuah kluster yang melibatkan depot tahanan imigresen di Depot Imigresen Semuja di Daerah Serian, Sarawak. 8 Kenyataan Media JPBN Bil 77/2021 Kluster ini dikesan apabila pihak Jabatan Kesihatan Bahagian Serian telah membuat saringan ke atas semua anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tahanan di depot tersebut setelah mendapat maklumat terdapat individu yang telah didapati positif ujian rT-PCR dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diusir keluar melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Tebedu di persempadanan Sarawak-Kalimantan, Indonesia pada 11 Mac 2021. Hasil saringan awal mendapati anggota JIM yang mengiring PATI yang diusir keluar telah negatif. Walau bagaimana pun, saringan lanjut ke atas semua anggota JIM dan tahanan di Depot Imgresen Semuja, Serian telah dijalankan bagi memastikan punca jangkitan. Hasil saringan ke atas semua pegawai dan tahanan di depot tersebut pada 16 dan 17 Mac, 2021, seramai 99 orang tahanan telah dikesan positif COVID-19. Sejumlah 584 individu telah disaring di mana; • 99 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 185 kes telah didapati negatif dan • 300 kes menunggu keputusan. Setakat ini, mereka yang dikesan positif COVID-19 adalah terdiri dari pada tahanan sahaja dan tiada melibatkan anggota JIM. 9 Kenyataan Media JPBN Bil 77/2021 Semua 99 kes ini telah di asingkan dan dimasukkan ke PKRC yang telah dibuka dan beroperasi di dalam depot itu sendiri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. II. Kluster Sungai Atap, Meradong Kluster Sungai Atap, Meradong adalah kluster komuniti yang melibatkan sebuah rumah panjang yang terletak di Sungai Atap, Ulu Strass di Daerah Meradong, Sarikei.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    30 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us