Surat Jemput Canselor

Surat Jemput Canselor

UTM.01.01/21.10/1/1(58) 16 Februari 2016 7 Jamadilawal 1437H Mengadap Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah Permaisuri Johor Yang Ada Bersemayam di Istana Bukit Serene Johor Bahru Negeri Johor Darul Ta’zim Dengan sepenuh kesejahteraan dan kemuliaannya. Assalamualaikum wmt. wbr., Ampun Tuanku, JEMPUTAN KE PROGRAM BRITISH HIGH COMMISSION -GREAT DEBATE SERIES EVENT Adalah patik bagi pihak Universiti Teknologi Malaysia dengan segala hormat dan takzimnya memohon ampun merafak sembah menjunjung kasih ingin menyembah maklum mengenai Program GREAT Debate Series yang akan berlangsung di UTM Johor Bahru. Disembahmaklumkan juga bahawa Program GREAT Debate Series ini dianjurkan secara bersama antara British High Commision dan Universiti Teknologi Malaysia. Program yang akan memfokuskan kepada topik “Does an English medium education increase competitiveness or dilute identity?” turut akan mengetengahkan para pendebat daripada kalangan ahli akademik serta pelajar institusi pendidikan tinggi tempatan. Sehubungan dengan itu, patik memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk hadir mencemar duli bagi turut sama memeriahkan lagi program ilmu ini. Untuk makluman Duli Yang Maha Mulia Tuanku, program tersebut akan berlangsung seperti berikut: Tarikh : 25 Februari 2016, Khamis Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru. Ampun Tuanku, Demikianlah persembahan patik dan patik berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala mudah-mudahan dilanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Ibrahim dan Yang Maha Mulia Tunku, Paduka-Paduka Putera, Paduka Puteri serta Kerabat DiRaja sekalian, sentiasa berada di dalam kandungan sihat walafiat, aman makmur serta bertambah- tambah lagi darjat dan kemuliaan. Patik juga berdoa mudah-mudahan Baginda Tuanku kekal memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim. Amin, Amin Ya Rabbul ‘Alamiin. Ampun Tuanku, Sembah patik mohon diampun. Adalah patik dengan sepenuh ta’zim, Yang taat setia, PROF. DATUK IR. DR. WAHID BIN OMAR Naib Canselor No. Dokumen : 20160216127 PROGRAM GREAT DEBATE SERIES 25 Februari 2016 (Khamis) Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru Atur cara: 2.00 petang : Ketibaan Tetamu dan Ketibaan Dif-dif Kehormat 2.15 petang : Ketibaan Naib Canselor UTM 2.30 petang : Keberangkatan Tiba Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor : Lagu Negaraku : Bacaan Doa Keberangkatan : Ucapan Aluan oleh wakil British High Comission : Sesi Debat : Majlis Santapan : Bacaan Doa Keberangkatan : Keberangkatan Pulang Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah : Dif-dif kehormat meninggalkan majlis 5.30 petang : Bersurai .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    3 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us