Naskhah belum disemak DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 24 Selasa 21 Disember 2010 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (Halaman 27) Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 (Halaman 149) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010 (Halaman 167) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 (Halaman 174) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 47) DN. 21.12.2010 i 20 Disember 2010 AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah) 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik) 4. “ Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik) 5. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 6. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis) 7. “ Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim (Kelantan) 8. “ Datuk Akbar bin Ali (Melaka) 9. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Luar Negeri I 10. “ Tan Sri Datuk Amirsham bin A. Aziz (Dilantik) 11. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussein (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan II 12. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak) 13. “ Tuan Boon Som a/l Inong (Dilantik) 14. “ Datuk Chandrasekar Suppiah (Dilantik) 15. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik) 16. “ Dato’ Daljit Singh Dalliwal (Dilantik) 17. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak) 18. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) 19. “ Puan Doris Sophia ak Brodi (Dilantik) 20. “ Datuk Hajah Fatimah binti Hamat (Terengganu) 21. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik) 22. “ Tuan Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu (Dilantik) 23. “ Puan Heng Seai Kie (Perak) – Senator – Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II 24. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak) 25. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 26. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 27. “ Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin (Dilantik) 28. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor) 29. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 30. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka) DN. 21.12.2010 ii 31. “ Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz 32. “ Datuk Maijol Mahap (Sabah) 33. “ Dr. Malasingam a/l Muthukumaru (Dilantik) 34. “ Puan Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik) 35. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 36. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Sumber Manusia 37. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik) 38. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan) 39. “ Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik) 40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis) 41. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah) 42. “ Tuan Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik) 43. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan) 44. “ Dato’ Murugiah a/l Thopasamy (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 45. “ Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff (Pulau Pinang) 46. “ Tuan Ng Fook Heng (Pahang) 47. “ Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik) 48. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik) 49. “ Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy (Dilantik) 50. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik) 51. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik) 52. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Senator – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 53. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor) 54. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W.P. Kuala Lumpur) 55. “ Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil (W.P. Putrajaya) – Senator – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 56. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor) 57. “ Tan Sri Datuk Tee Hock Seng (Dilantik) 58. “ Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim (Pulau Pinang) 59. “ Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram (Dilantik) 60. “ Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor (Dilantik) 61. “ Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam (Negeri Sembilan) 62. “ Puan Hajah Zainun binti A. Bakar (Terengganu) 63. “ Dato’ Zaitun binti Mat (Pahang) DN. 21.12.2010 iii 64. “ Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf (Kedah) DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Dato’ Ngah Senik Datuk Zamani bin Haji Sulaiman Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Ikmalrudin bin Ishak PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi Hajah Supiah binti Dewak Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya Mulyati binti Kamarudin Sharifah Zaiton binti Ku Chik Ganesan a/l Nanthan Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Zaidi bin Mahmood Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Hazrul bin Sharif Nurul Aishah binti Sha’arin Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Ainuddin bin Ahmad Tajuddin DN. 21.12.2010 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 21 Disember 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah insentif dan galakan yang diberi kepada syarikat-syarikat tempatan yang membuat pelaburan domestik (DDI) sepertimana yang dinikmati oleh syarikat- syarikat luar multinasional yang membuat Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia selama ini (contoh: tax holiday). Timbalan Yang di-Pertua: Sebelum itu Dewan Negara mengalu-alukan dan ucap terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Menteri datang sendiri untuk menjawab soalan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam 1Malaysia Yang Berhormat Senator, Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat. Terima kasih saya diberikan peluang untuk menjawab soalan pertama. Soalan ini adalah berkaitan dengan galakan yang diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat dari luar negara dengan ringkasnya DDI dan FDI. DDI merujuk kepada Domestic Direct Investment, FDI ialah Foreign Direct Investment. Soalannya Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahamat ingin mengetahui sama ada galakan yang diberikan kepada pelabur-pelabur dalam negara itu adalah setara ataupun sama dengan galakan-galakan yang diberikan kepada pelabur asing. Saya ingin maklumkan Yang Berhormat Senator bahawa ada beberapa bentuk galakan yang diberikan. Bentuk utama ialah dalam pengecualian cukai pendapatan yang mana syarikat-syarikat yang layak akan diberikan pengecualian cukai antara lima tahun sehingga sepuluh tahun untuk 70% ataupun 100% juga akan diberikan. Ini bergantung pada industri ataupun sektor-sektor yang digalakkan. Secara umunya di bawah perancangan kerajaan ada 12 sektor dalam sektor pembuatan, lapan dalam sektor perkhidmatan dan di bawah satu kelompok itu banyak lagi sektor-sektor. Senarai produk dan projek yang digalakkan ini dikaji oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Liputannya amat luas. Itu bentuk yang pertama iaitu dalam bentuk tax holiday ataupun dalam bentuk pengecualian cukai. DN. 21.12.2010 2 Keduanya ialah dalam bentuk pengecualian duti import. Jika sekiranya pelabur hendak mengimport sama ada mesin ataupun bahan mentah raw material bagi digunakan dalam proses pengeluarannya, maka syarikat-syarikat sama ada dalam ataupun luar negara, layak untuk mendapat pengecualian cukai. Begitu jugalah cukai jualan, bergantung pada produk tertentu, syarikat-syarikat layak untuk memohonnya. Jadi, secara ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, kita tidak membezakan insentif yang diberikan kepada pelabur dalam luar negara, tidak dibezakan. Sama sahaja. Apa yang diberikan kepada syarikat-syarikat asing FDI, juga layak diberikan kepada syarikat-syarikat dalam negeri. Ini penting. Kita tidak boleh membezakan treatment ataupun cara kita melayan syarikat-syarikat ini khusus dalam konteks Program Transformasi Ekonomi, Economic Transformation Programme (ETP) yang mana 73% daripada pelaburan dijangka datang daripada sektor domestik. Lebih- lebih lagi kita perlu beri galakan. Cuma 27% daripada pelaburan dalam tempoh sekarang sehingga 2020 dijangka datang dari luar negara, 73% dijangka datang daripada sumber dalam negara. Oleh kerana tumpuan utama adalah pada DDI ataupun pelaburan dalam negara adalah wajar kita berikan tumpuan yang sama. Saya ingin maklumkan juga bahawa kerajaan sedang mengkaji secara menyeluruh insentif ini. Kita sedang melihat bagaimana boleh kita galakkan lagi pelaburan domestik dalam konteks 73% sumber pelaburan akan datang adalah daripada sumber dalam negeri, 27% luar negara dalam konteks untuk kita meningkatkan peranan pelaburan dalam negara ataupun syarikat-syarikat tempatan. Maka kerajaan sedang melihat semula pada insentif-insentif bagaimana boleh kita galakkan Pelaburan Dalam Negara (Domestic Direct Investment). Untuk makluman Yang Berhormat Senator, seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages195 Page
-
File Size-