Hansard 21 Nov 2016 Hari Keempat

Hansard 21 Nov 2016 Hari Keempat

PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS 21 NOVEMBER 2016 (ISNIN) Kandungan Muka Surat PENGUMUMAN OLEH YANG DI-PERTUA DEWAN UNDANGAN 5 NEGERI SOALAN-SOALAN LISAN Soalan No. 28 – Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng) 7 Soalan No. 29 – Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Datuk Sr. Haji 9 Muhamad Farid Bin Haji Saad) Soalan No. 30 – Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) 13 Soalan No. 31 – Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin) 16 Soalan No. 32 – Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Tanasekharan A/L 17 Autherapady) Soalan No. 33 – Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Lau Keng Ee): 19 Soalan No. 34 – Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Dato' Hajah Jahara 20 Binti Hamid) Soalan No. 35 – Ahli Kawasan Jawi (YB. Soon Lip Chee) 24 Soalan No. 36 – Ahli Kawsan Berapit (YB. Ong Kok Fooi) 25 PENGUMUMAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI 27 SESI PERBAHASAN PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2017 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2017 Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain 28 Shah) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji) 32 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari 1 Kandungan Muka Surat Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang . SAMBUNGAN SESI PERBAHASAN PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2017 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2017 Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji) 44 menyambung perbahasan Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Dato' Haji Mahmud Bin Zakaria) 53 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng) mengambil bahagian dalam 63 sesi perbahasan Ahli Kawasan Permatan Berangan (YB. Dato' Haji Omar Bin Haji Abd. 71 Hamid) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Berapit (YB. Ong Kok Fooi) mengambil bahagian dalam 83 sesi perbahasan Dewan ditangguhkan pada jam 6.30 petang. Dewan disambung semula pada jam 8.00 malam . SAMBUNGAN SESI PERBAHASAN PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2017 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2017 Ahli Kawasan Berapit (YB. Ong Kok Fooi) menyambung perbahasan 86 Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) 90 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Yap Soo Huey) mengambil bahagian 108 dalam sesi perbahasan Dewan ditangguhkan pada jam 11.35 malam. 2 LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS Tarikh : 21 NOVEMBER 2016 (ISNIN) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 Y.A.B. Lim Guan Eng Ketua Menteri / Air Putih 2 YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua, Dewan Undangan Negeri 3 YB. Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon Timbalan Ketua Menteri I / Pantai Jerejak 4 YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II /Perai 5 YB. Chow Kon Yeow Padang Kota 6 YB. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim Batu Maung 7 YB. Chong Eng Padang Lalang 8 YB. Lim Hock Seng Bagan Jermal 9 YB. Law Heng Kiang Batu Lancang 10 YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 11 YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 12 YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 13 YB. Dato' Haji Maktar Bin Haji Shapee Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri/Sungai Bakap 14 YB. Wong Hon Wai Air Itam 15 YB. Ong Kok Fooi Berapit 16 YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 17 YB. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man Permatang Pasir 18 YB. Tanasekharan A/L Autherapady Bagan Dalam 19 YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 20 YB. Teh Yee Cheu Tanjong Bunga 21 YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji Seri Delima 22 YB. Ong Chin Wen Bukit Tengah 23 YB. Lau Keng Ee Pengkalan Kota 24 YB. Cheah Kah Peng Kebun Bunga 3 Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 25 YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 26 YB. Teh Lai Heng Komtar 27 YB. Yap Soo Huey Pulau Tikus 28 YB. Soon Lip Chee Jawi 29 YB. Lee Khai Loon Machang Bubok 30 YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. Thambyappa Batu Uban 31 YB. Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid Telok Ayer Tawar 32 YB. Datuk Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad Pulau Betong 33 YB. Dato’ Haji Roslan Bin Saidin Pinang Tunggal 34 YB. Dato’ Haji Mahmud Bin Zakaria Sungai Acheh 35 YB. Datuk Haji Mohd Zain Bin Ahmad Penaga 36 YB. Dato' Haji Omar Bin Haji Abd Hamid Permatang Berangan 38 YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor Sungai Dua 39 YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah Telok Bahang 40 YB. Haji Shariful Azhar Bin Othman Bertam TIDAK HADIR Bil. Nama Jawatan 1 YB. Nordin Bin Ahmad Bayan Lepas AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. Bil. Nama Jawatan 1 YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 2 YB. Dato' Anas Bin Ahmad Zakie Penasihat Undang–Undang Negeri 3 YB. Puan Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri 4 Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi. Setiausaha Dewan: Ahli-ahli Yang Berhormat, YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Timbalan Setiausaha Dewan: Bacaan Doa. Setiausaha Dewan: Soalan Lisan. Ahli Kawasan Air Itam (YB. Wong Hon Wai): YB. Dato' Speaker, sebelum kita masuk soalan lisan, dengan keizinan YB. Dato' Speaker, saya merujuk kepada order paper yang ada di atas meja, pukul 11.00 pagi Penggulungan oleh EXCO. Dengan hormatnya saya ingin meminta budi bicara Dato' Speaker kerana pada hari itu ramai backbenches yang belum sempat untuk menyertai debate walaupun kita sudah bersedia tetapi atas keadaan, terdapat keadaan di mana kita belum sempat untuk menyambung debate. Saya rasa banyak antara kita yang ingin teruskan perdebatan kita, memberikan input-input, pandangan dan kritikan terhadap bajet Kerajaan Negeri. So saya ingin meminta jasa baik Dato' Speaker untuk membuka balik terhadap perdebatan sebelum digulung oleh EXCO. Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Dato' Hajah Jahara Binti Hamid): YB. Dato' Speaker, memandangkan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat masih belum menyampaikan masalah rakyat dan banyak isu-isu yang perlu dibentangkan di dalam Dewan ini, saya juga menyokong Ahli Air Itam mohon jasa baik, budi bicara YB. Dato' Speaker untuk membuka semula perbahasan Dewan. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji): YB. Dato' Speaker, saya juga ingin membuat rayuan kepada Dato' Speaker kerana ketika perbahasan ditamatkan, masa ada lebih kurang pukul 5.00 petang pada hari Jumaat dan pada masa itu ada ramai daripada kita yang masih belum berbahas dan saya percaya pada hari itu pun kita tidak berhenti seketika untuk apa-apa urusan lain. Jadi saya memohon, merayu kalau boleh diizinkan supaya YB. Dato' Speaker menggunakan budi bicara supaya dibenarkan Ahli-Ahli yang masih belum berbahas untuk berbahas membangkitkan isu-isu yang melibatkan masalah rakyat. Saya pohon dipertimbangkan. YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Ahli-ahli Yang Berhormat, rayuan telah pun didengar. Cuma dalam isu ini, sebelum saya buat keputusan, saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan bersabit isu ini. Saya jelas dan tegas menyokong apa yang telah pun dibuat oleh Timbalan Speaker pada Jumaat lalu yang telah pun beliau membuat keputusan itu mengikut peraturan yang sedia ada, dan setelah beliau bertanya berulang kali, dan didapati tiada Yang Berhormat ingin bangun untuk menyertai Sesi Perbahasan pada ketika itu dan dalam peraturan mesyuarat pun tidak diwajibkan untuk kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyertai sesi Perbahasan. Cumanya amalan baik di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ini, selalunya kita mendapati ke semua Ahli-ahli Yang Berhormat menyertai Sesi Perbahasan dan ini telah pun kita saksikan sepanjang sesi yang lalu. Cumanya selepas isu ini telah pun dibangkitkan, saya berkesempatan juga membaca ulasan-ulasan Yang Berhormat dalam suratkhabar. Saya ingin buat sedikit penjelasan di sini, bahkan teguran juga kerana saya dapati dalam ulasan-ulasan Yang Berhormat dalam suratkhabar ini seolah-olahnya menuju kepada Timbalan Speaker bahawa ia telah berlaku tidak adil kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya hendak menyatakan di sini bahawa Timbalan Speaker 5 telah buat satu keputusan yang tepat pada hari itu. Segala ulasan yang telah saya baca dalam suratkhabar itu ingin di sini saya hendak jelaskan. Satu, ada Yang Berhormat katakan Timbalan Speaker tidak melocengkan supaya Yang Berhormat boleh masuk ke dalam Dewan Persidangan. Ini satu ulasan yang saya rasa Yang Berhormat- Yang Berhormat sendiri pun tahu. Ini tidak bersabit dengan korum pada hari itu. Padahal pada masa ketika itu, korum cukup. Malahan ada yang saya difahamkan, sekurang-kurangnya ada empat (4) hingga lima (5) Yang Berhormat yang masih belum menyertai Sesi Perbahasan pada masa ketika itu. Masa ketika Timbalan Speaker bertanya soalan, sesiapa yang ingin menyertai Sesi Perbahasan pun, ini satu. Bersabit dengan loceng. Saya tidak tahu mengapa ini bersabit dengan loceng. Ada Yang Berhormat yang mengatakan kiraan 1, 2, 3 itu terlalu cepat, mana mungkin tiga saat Yang Berhormat boleh masuk ke Dewan. Ini juga satu alasan yang cukup saya rasa menyedihkan. Yang Berhormat, bila saya tanya, bila Timbalan Speaker tanya, adakah sesiapa yang ingin menyertai Sesi Perbahasan, itu sudah cukup jelas dan sudah cukup pun kalau hendak sampai Timbalan Speaker atau Speaker tanya 1, 2, 3 itu, saya rasa telah pun satu signal yang sudah cukup jelas bagi Speaker ataupun Timbalan Speaker untuk berulang kiraan dan ada sampai Yang Berhormat ataupun yang mengatakan ini masih tidak cukup. Saya pun rasa ada Yang Berhormat yang telahpun memberikan komen yang tepat, itu masalah Yang Berhormat-Yang Berhormat sendiri.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    123 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us