Citrawarna Disambut Meriah (BH 17/10/1999)

Citrawarna Disambut Meriah (BH 17/10/1999)

17/10/1999 Citrawarna disambut meriah Ebi Azly Abdullah KUALA LUMPUR: Perarakan Citrawarna Malaysia yang pertama malam tadi, disambut dalam suasana gilang-gemilang, menampilkan pelbagai kebudayaan kaum di Malaysia. Daripada tarian Orang Asli Temiang di Perak sehingga tarian Chingay Pulau Pinang, keunikan budaya tempatan jelas dipaparkan kepada lebih 50,000 orang yang membanjiri Dataran Merdeka sejak petang lagi. Terdahulu, tetamu kehormat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melancarkan perarakan Citrawarna yang disusuli persembahan tarian pelbagai kaum. Penyanyi Siti Nurhaliza dan Anis Suraya menyanyikan lagu Ya Maulai sebagai persembahan pembukaan. Paluan gendang perpaduan serta nyanyian lagu Citrawarna menandakan perarakan bermula. Kontinjen Negeri Sembilan mendahului 28 kontinjen lain merangkumi 4,000 peserta mewakili setiap negeri, berarak megah di depan Sultan Salahuddin dan anggota kenamaan lain termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, turut menyaksikan perarakan yang bermula di Jalan Isfahan berhampiran pusat beli-belah Sogo dan berakhir di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad itu. Kumpulan etnik yang mengambil bahagian dalam perarakan itu ialah Orang Asli Mahmeri dari Selangor, ahli Persatuan Thai Malaysia (Kedah), Orang Asli Semai/Temian (Pahang) serta Kumpulan Baba dan Nyonya dari Melaka. Peserta dari Perlis mempersembahkan Canggung dan Gendang Hadrah); Kedah (Cinta Sayang); Pulau Pinang (Boria, Chingay); Perak (Dabus, Sewang); Selangor (Selangor 2000, silat, Tari Topeng); Negeri Sembilan (Lambaian Negeri, Randai); Melaka (Dondang Sayang, Portugis, beca, kereta lembu). Selain itu, Johor (Zapin Pekajang, Kuda Kepang, Barongan, Hamdolok); Pahang (Tari Pelanduk, Semai, Semalai, Temian); Terengganu (tarian kebudayaan, Tandu); Kelantan (Dikir Barat, tarian kebudayaan), Sarawak (tarian berbentuk Regatta); Sabah (Daling, Adai-adai, Kuda Pasu, Sumazau, Menggigol, Mangonatip) dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur Potpourri, Cina, India). Turut menyertai perarakan itu dua ekor gajah, Deli dan Mek Jah. Kedua- dua gajah ini diiringi empat lagi gajah dari Pahang dan Melaka. Pasukan berkuda kaum Bajau dari Sabah dan pasukan berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta beberapa kereta kuda DBKL. Penyanyi Khatijah Ibrahim menyanyikan lagu tema Malaysia - Truly Asia gubahan Datuk Ahmad Nawab dan Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah). (END).

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us