MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 18 FEBRUARI 2009, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 3 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1221-L18399 Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah hanya 2 agen sahaja yang dibenarkan memasang tali pinggang keledar kerusi belakang kereta di Sarawak sehingga menyebabkan tuan punya terpaksa menunggu selama 10 bulan atau dalam tahun 2010 sedangkan ini adalah keselamatan pengguna. 2. PR-1221-L17887 Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) berapakah jumlah perbelanjaan keseluruhan yang digunakan untuk pasukan polis yang terlibat dalam pilihan raya di Kuala Terengganu; dan (b) senaraikan kes rusuhan dan keganasan yang berlaku dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. 3. PR-1221-L17019 Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan projek jalan raya dalam kawasan Parlimen Papar yang sudah disenaraikan bagi tahun 2008 tetapi tidak dilaksanakan. Bolehkah Kementerian menjelaskan mengapakah projek ini gagal dilaksanakan. 2 AUM DR 18/2/2009 4. PR-1221-L17251 Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan yang dibayar kepada Anggota Suruhanjaya Pilihan raya, SUHAKAM, Penambahbaikan Polis, Pelantikan Hakim dan Pencegahan Rasuah dalam setahun. 5. PR-1221-L16641 Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah pencapaian projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di seluruh negara mengikut negeri. Berapa banyakkah peruntukan yang telah dibelanjakan. 6. PR-1221-L18181 Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan langkah- langkah yang diambil untuk menggalakkan usahawan tempatan menggantikan rangkaian pemasaran yang berkaitan Yahudi di negara ini. 7. PR-1221-L17382 Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi dan langkah bagi meningkatkan tahap pelaburan domestik yang secara relatifnya rendah berbanding kadar simpanan domestik, terutama bagi projek atau pelaburan yang mempunyai kesan gandaan (multiplier effect) dan penjanaan pekerjaan yang tinggi. 8. PR-1221-L16978 Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah kos yang dikeluarkan oleh Kerajaan di dalam program penghantaran pasukan tentera untuk menyertai Pasukan Pengaman di Lubnan, Somalia, Sudan dan Kemboja dan syarikat manakah yang mendapat projek untuk membekalkan peralatan dan keperluan yang berkaitan. 9. PR-1221-L18102 Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sejauh manakah pemegang konsesi lebuh raya mematuhi syarat memperuntukkan 25 peratus daripada kutipan tol mereka bagi tujuan penyelenggaraan. Apakah Kerajaan berhak memantau dan mengambil tindakan terhadap cara mereka membelanjakan pendapatan daripada kutipan tol tersebut. 10. PR-1221-L18326 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk mengurangkan caj permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia untuk orang ramai dan menetapkan kadar yang lebih murah untuk warga tua. Nyatakan jumlah kutipan caj bagi tahun 2007 dan 2008. 3 AUM DR 18/2/2009 11. PR-1221-L16547 Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah projek perumahan yang terjejas akibat daripada kelembapan ekonomi global. Minta Kementerian memberi statistik projek-projek ini mengikut negeri. 12. PR-1221-L17454 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERDANGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan di bawah uruselia Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaburan bagi mempertimbangkan projek berimpak tinggi dan apakah kesan penubuhan jawatankuasa tersebut dalam meningkatkan daya tarikan bagi mendapatkan agihan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI). 13. PR-1221-L16955 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan setakat ini berapakah jumlah keseluruhan guru Semenanjung yang bertugas di Sabah dan berapakah pula jumlah guru Sabah yang dihantar bertugas ke Semenanjung Malaysia. 14. PR-1221-L17505 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan keuntungan/kerugian oleh pemegang-pemegang konsesi kutipan tol lebuh raya-lebuh raya di Semenanjung Malaysia dan jumlah pampasan yang terpaksa Kerajaan bayar kepada syarikat konsesi sepanjang 5 tahun lalu. 15. PR-1221-L16556 Tuan Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai rancangan dan berusaha dalam menaiktarafkan kemudahan kuarters dan infrastruktur sama ada peringkat daerah (IPD) atau peringkat balai, khususnya IPD Sabak Bernam dan Balai Polis Sg. Air Tawar Sabak Bernam, ini kerana kemudahan yang sedia ada agak usang dan sudah terlalu lama. 16. PR-1221-L18182 Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rasional kewujudan Polis Marin memandangkan kewujudan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Malaysia Maritime Enforcement Agency). Apakah perbezaan fungsi- fungsi bagi kedua-dua agensi tersebut. 17. PR-1221-L16559 Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status Program Bantuan Susu kepada sekolah-sekolah luar bandar setelah ianya ditamatkan sejak bulan Ogos 2007 dan bilakah ianya akan disambung semula. 4 AUM DR 18/2/2009 18. PR-1221-L17127 Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah bilangan kakitangan Pendidikan (Guru) yang berada pada tingkat Jawatan DG.52 ke atas di sekolah-sekolah seluruh negara. Berikan juga bilangan pegawai PTD/JPA yang ditempatkan di KPM, JPN dan PPD mengikut kategori jawatan yang ada. 19. PR-1221-L17589 Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan negara perindustrian maju sedang menggunakan ‘wind turbine’ yang mesra alam sebagai penjana elektrik untuk menggantikan arang batu dan minyak:- (a) adakah negara kita merancang untuk mengimport teknologi ini; dan (b) jika ada, bilakah rancangan ini akan dilaksanakan. 20. PR-1221-L18104 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan memandangkan sumber tenaga kerja asing di negara kita seramai 1.7 juta orang, apakah rancangan Kerajaan supaya ekonomi negara dapat bergantung kepada sumber domestik dan juga dapat mengatasi masalah pengangguran. 21. PR-1221-L18388 Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk memberikan insentif atau biasiswa kepada pelajar-pelajar tingkatan enam bagi mendorong lebih ramai lagi meneruskan pembelajaran di tingkatan enam. 22. PR-1221-L16793 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah alasan pihak polis menggeledah rumah aktivis pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) selama satu setengah jam merampas dua komputer riba milik dua mahasiswi yang berada di rumah tersebut. 23. PR-1221-L16838 Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menaik taraf sekolah- sekolah menengah biasa ke arah konsep pembelajaran sekolah berasrama penuh bagi mempertingkatkan tahap pendidikan yang lebih cemerlang. 5 AUM DR 18/2/2009 24. PR-1221-L17571 Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dalam projek rumah mesra rakyat (untuk rumah yang dibina di atas tanah sendiri) di bawah pengurusan Syarikat Perumahan Negara Berhad, berapakah peruntukan yang telah diagihkan mengikut kawasan Parlimen di Kedah dalam tahun 2008 dan berapa unit rumah sedemikian yang telah diluluskan di kawasan Parlimen Merbok. 25. PR-1221-L16853 Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk menyiasat kes-kes pemilikan MyKad oleh penduduk asing yang sepatutnya tidak layak dan adakah Kerajaan mahu menyiasat pihak-pihak yang bertanggungjawab. 26. PR-1221-L17286 Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebuah badan profesional seperti SIRIM untuk mengeluarkan sijil Halal yang tunggal. 27. PR-1221-L17287 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah tegas yang diambil oleh Kerajaan dalam usaha menghilangkan kegelisahan pengguna terhadap harga barangan yang masih mahal berbanding dengan penurunan harga minyak dan apakah tindakan terhadap peniaga yang masih tidak sensitif dengan keadaan ini. 28. PR-1221-L18286 Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan anggaran-anggaran yang digunakan oleh Kerajaan untuk kanak-kanak (berumur kurang daripada 16 tahun) yang tidak mempunyai sijil beranak dan kewarganegaraan Malaysia mengikut negeri- negeri dan juga kaum. 29. PR-1221-L18308 Dato’ Lee Chee Leong [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang menghantar pulang sebahagian daripada pekerja-pekerja asing supaya keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan yang menganggur dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan semakin meningkat. 30. PR-1221-L17560 Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang memberi anjakan gaji kepada guru-guru atau pegawai pelajaran yang memiliki
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages34 Page
-
File Size-