Ucapan Bajet 2015

Ucapan Bajet 2015

BAJET 2015 Kementerian Kewangan Malaysia BAJET 2015 BAJET 2015 Versi Bahasa Malaysia I SBN 978 - 983 - 99978 - 9 - 7 97 8 9 8 3 9 9 9 7 8 9 7 Teks: KementerianVersi Kewangan English Malaysia Pusat PentadbiranI SBN 978 - 967 Kerajaan - 12840 - 0 Persekutuan- 1 62592 PUTRAJAYA Rekabentuk dan dicetak oleh: Percetakan 9Nasional 7 89671 28 4Malaysia 001 Berhad BAJET 2015 BAJET 2015 Kandungan Muka Surat MUKADIMAH 2 Strategi Pembangunan Nasional Malaysia 4 atau Malaysian National Development Strategy Capital Economy dan People Economy 6 Ekonomi Keperluan Rakyat 7 PRESTASI DAN PROSPEK EKONOMI 7 PERUNTUKAN BAJET 2015 9 BAJET 2015: EKONOMI KEPERLUAN 11 RAKYAT STRATEGI PERTAMA: 11 MEMPERKUKUH PERTUMBUHAN EKONOMI Merancakkan Sektor Perkhidmatan 12 Memperkukuhkan Pasaran Kewangan Islam 13 Menggalakkan Industri Perkapalan Tempatan 14 iii BAJET 2015 BAJET 2015 Muka Surat Mempastikan pertumbuhan wilayah yang 14 seimbang dan inklusif Insentif untuk Pengurusan Kawasan 14 Perindustrian Elaun Modal Bagi Peningkatan Proses 15 Automasi Pelaburan Berkualiti Tinggi 15 Merancak Pelaburan Awam dan Swasta 16 Menggalakkan Penubuhan Hab Prinsipal 17 Merancakkan Industri Kreatif 17 Meningkatkan Keupayaan Jalur Lebar 17 Berkelajuan Tinggi Merancak Industri Pelancongan 18 Membangunkan Perusahaan Kecil dan 18 Sederhana Pembangunan Inovasi dan Pengkomersilan 20 STRATEGI KEDUA: 20 MEMANTAP TADBIR URUS FISKAL Melaksanakan Cukai Barang dan 21 Perkhidmatan Merasionalisasi Subsidi 24 Menyebarluas Strategi Lautan Biru 25 Kebangsaan STRATEGI KETIGA: 26 Mengupaya MODAL INSAN DAN KEUSAHAWANAN iv BAJET 2015 BAJET 2015 Muka Surat Memantapkan Profesionalisme Perguruan 26 dan Prestasi Sekolah Mengupaya Program Sekolah Amanah dan 27 Pembinaan Sekolah Baru Mengarus Perdana Pendidikan Teknikal dan 27 Vokasional Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti 28 Pendidikan Menaja Pelajaran 29 Memperluas Program MyBrain15 29 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 30 Meningkat Kebolehpasaran Graduan 31 Mensejahterakan Golongan Pekerja 32 Globally Recognised Industry and Professional 33 Certification (1MalaysiaGRIP) Program Latihan Kemahiran 34 Syarikat Permulaan (Startup) 34 STRATEGI KEEMPAT: 35 MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA Meningkatkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera 36 Memantapkan Keusahawanan Bumiputera 36 PKS Bumiputera 37 Membangunkan Modal Insan Bumiputera 37 STRATEGI KELIMA: 40 MEMARTABAT PERANAN WANITA v BAJET 2015 BAJET 2015 Muka Surat STRATEGI KEENAM: 42 MEMBANGUN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA NEGARA Pelan Transformasi Belia Negara 43 1Malaysia Youth City 44 Skim Perumahan Belia (Youth Housing Scheme) 44 Blueprint Negara Bersukan (Sporting Nation) 45 STRATEGI KETUJUH: 46 MENSEJAHTERA RAKYAT Bantuan Persekolahan 46 Program Baucar Buku 1Malaysia 46 Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan 47 Pembangunan dan Kebajikan Nelayan 48 Program Penyeragaman Harga dan Kedai 49 Rakyat 1Malaysia Mempertingkatkan Sistem Pengangkutan Awam 50 Bantuan Khas Kepada Pekebun Kecil Getah 50 dan Kelapa Sawit Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan 51 Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan 53 Masyarakat Pemilikan Rumah 54 Kemudahan dan Infrastruktur Luar Bandar 56 National Water Blueprint 57 Keselamatan dan Ketenteraman Awam 58 vi BAJET 2015 BAJET 2015 Muka Surat Pemerkasaan NGO 59 Pusat Percetakan Al-Quran 61 Penambahbaikan Perkhidmatan Awam 62 Perumahan kepada Penjawat Awam 63 Bantuan Rakyat 1Malaysia 64 Menghargai Sumbangan Ahli Parlimen 65 Menghargai Sumbangan Penjawat Awam 66 PENUTUP 67 vii BAJET 2015 BAJET 2015 “Memahami denyut nadi rakyat serta realiti kehidupan, saya mahukan falsafah tunjang kepada pembikinan Bajet tahun ini mestilah menitikberatkan keseimbangan antara capital economy dan people economy.” YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia viii BAJET 2015 BAJET 2015 YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia ix BAJET 2015 BAJET 2015 x EKONOMI NEGARA 2015 PADA HARGA MALAR 2005 PENGELUARAN PERMINTAAN DOMESTIK DOMESTIK IMPORT PERTANIAN EKSPORT PERLOMBONGAN PERKHIDMATAN 3.9% PERKHIDMATAN 4.2% 8.7% 7.6% PEMBUATAN PENGGUNAAN 13.9% SWASTA 29.3% PEMBINAAN 2.4% RM1,575,443 RM1,575,443 juta juta PENGGUNAAN AWAM 7.1% IMPORT PERKHIDMATAN EKSPORT BARANGAN 31.2% PELABURAN BARANGAN 1 35.7% SWASTA 39.7% PELABURAN AWAM1 10.4% 5.9% IMPORT PERMINTAAN LUAR NEGERI 1 Termasuk perubahan stok. Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia. BAJET 2015 BAJET 2015 BAJET KERAJAAN PERSEKUTUAN 2015 DARI MANA DATANGNYA KE MANA DIBELANJAKAN PINJAMAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KESELAMATAN SOSIAL 1.8% PINJAMAN DAN PENGGUNAAN PENTADBIRAN AM 4.6% 0.6% ASET KERAJAAN EKONOMI 13.5% 10.8% CUKAI PENDAPATAN EMOLUMEN 46.9% 24.1% CUKAI TIDAK LANGSUNG 17.6% 2 RM271,940 1 RM271,940 juta juta BAYARAN KHIDMAT PERBELANJAAN HUTANG LAIN 9% 12.5% BEKALAN DAN HASIL BUKAN CUKAI CUKAI LANGSUNG LAIN SUBSIDI PERKHIDMATAN 19.1% 13.9% 2.9% PENCEN DAN 14% PEMBERIAN DAN GANJARAN HASIL SERAHAN KEPADA 6% KERAJAAN NEGERI PERBELANJAAN MENGURUS 2.7% 1 Terdiri daripada hasil, pinjaman dan penggunaan aset Kerajaan. 2 Tidak termasuk simpanan luar jangka. Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia. xi BAJET 2015 BAJET 2015 BAJET 2015 BAJET 2015 UCAPAN BAJET TAHUN 2015 Oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN KETIKA MEMBENTANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2015) DI DEWAN RAKYAT PADA JUMAAT, 10 OKTOBER 2014 “BAJET 2015: EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT” Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2015 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua. 1 BAJET 2015 BAJET 2015 MUKADIMAH Tuan Yang Dipertua, 1. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nastai’n. Diiring pula selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Marilah bersama berdoa, dan yang beragama Islam, menadah kedua-dua tangan setingginya, pohon limpah keberkatan juga inayah-Nya, bagi saya membentang sebuah dokumen penting, yakni Bajet 2015 agar dapat didengar dan dihadami sebaiknya oleh Sidang Dewan dan Rakyat Malaysia seluruhnya. 2. Sebelum meneruskan pembentangan, saya bagi mewakili pihak Kerajaan mengucapkan takziah atas kembalinya ke- Rahmatullah Allahyarham Tun Hajah Suhaila Binti Tan Sri Mohammad Noah yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri ketiga. Semoga rohnya diletakkan di kalangan para solihin dan solihat. 3. Saya turut ingin mengambil kesempatan pada petang Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari, mengucapkan selamat kembali ke tanahair kepada YAB Timbalan Perdana Menteri beserta para hujjaj lain, yang telah selesai menunaikan fardhu haji. Moga-moga beruntunglah di atas kurniaan Haji Akbar yang Mabrur hendaknya. Tuan Yang Dipertua, 4. Secara sedar ataupun tidak, sepanjang hampir 60 tahun merdeka, kita telah merencana pelbagai rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam usaha memakmurkan negara. Hakikatnya, pelaksanaan serta pembangunan ekonomi telah melalui segala macam strategi yang disusun kemas lagi sistematik. Jika tidak, mana mungkin Malaysia sampai pada tahap yang ada pada hari ini. 2 BAJET 2015 BAJET 2015 5. Cumanya, ramai yang tidak begitu sedar bahawa proses ini bukanlah satu kerja yang mudah, apatah lagi terjadi dengan semena-mena. Suka atau tidak suka, dalam tempoh yang bukan sekejap, ia menagih ikhtiar-ikhtiar yang cukup banyak, meliputi rencana-rencana yang menyeluruh, dengan segala jerih payah, kepahitan, terutamanya apabila wajarnya diambil ketetapan-ketetapan dan keputusan-keputusan yang tidak popular. Namun, semuanya itu, perlu diperbuat dan diperlakukan oleh pihak Kerajaan yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti, demi mendahulukan kepentingan rakyat sejak dulu, kini dan selamanya. Tuan Yang Dipertua, 6. Dari perspektif ekonomi, ketika mana meraih kemerdekaan 57 tahun lalu, kita telah membina negara ini berlandaskan pertanian. Kemudiannya, kita menuju negara perindustrian moden. Selanjutnya, kita melalui fasa negara berpendapatan sederhana tinggi. Sekarang ini pula, kita sedang melangkah ke arah ekonomi berasaskan perkhidmatan dan pengetahuan. 7. Bila disimpulkan, objektif, prinsip dan teras kepada tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang, kesepuluh- sepuluh Rancangan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara dan sejak 2010 Dasar Transformasi Nasional, kesemuanya berkisar tentang pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan, penyusunan semula masyarakat, sehingga tercapai matlamat sosio-ekonomi, mempelbagaikan ekonomi berteraskan komoditi, pembangunan modal insan, meningkatkan daya saing sektor awam dan swasta, rantaian nilai lebih tinggi, pembangunan secara inklusif dan transformasi Kerajaan, ekonomi, sosial serta politik. 8. Ternyata, bapa-bapa pimpinan terdahulu dengan bijaksana, telah menjalankan kewajiban masing-masing 3 BAJET 2015 BAJET 2015 membentuk Malaysia menurut acuan tersendiri. Dimulai perjuangan oleh Tunku Abdul Rahman, diikuti oleh Tun Abdul Razak yang telah melaksanakan pembangunan dan menyusun semula struktur sosial masyarakat, Tun Hussein mengekalkan keamanan dan perpaduan, Tun Mahathir memodenkan negara, manakala Tun Abdullah pula menekankan aspek pembangunan modal insan. Tuan Yang Dipertua, 9. Seterusnya, Kerajaan yang ada hari ini, terus komited memacu pertumbuhan negara dengan tasawwur yang lebih luas bagi meletakkan Malaysia di jajaran kukuh dari masa ke semasa. 10. Jelasnya, jika dicongak, pembentangan Bajet, petang ini, adalah yang keenam

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    100 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us