Azizah Angkat Sumpah ADUN Kajang Malaysiakini.Com Apr 7, 2014

Azizah Angkat Sumpah ADUN Kajang Malaysiakini.Com Apr 7, 2014

Azizah angkat sumpah ADUN Kajang MalaysiaKini.com Apr 7, 2014 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di hadapan Speaker, Hannah Yeoh pada persidangan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini. Majlis mengangkat sumpah yang berlangsung tepat pukul 10 pagi itu disaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi. Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. PRK Kajang diadakan selepas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. Bagaimanapun, Wan Azizah diangkat sebagai calon yang baru setelah menggantikan Anwar apabila ketua pembangkang itu diisytihar tidak layak bertanding ekoran didapati bersalah atas tuduhan ke membabitkan bekas pembantu peribadinya di Mahkamah Rayuan. Wan Azizah ketika ditemui di lobi meluahkan rasa syukur beliau dan berjanji untuk menjadi ADUN yang baik di Kajang bagi membalas budi pengundi beliau. Bagaimanapun beliau menegaskan mahu berkhidmat dengan baik dan tidak mencari jawatan lebih tinggi di peringkat negeri. "Macam saya katakan dulu, jawatan tak penting, yang penting khidmat," kata beliau. Copyright © 1999-2012 Mkini Dotcom Sdn. Bhd Source: http://www.malaysiakini.com/news/259285 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us