Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 55 Rabu 13 November 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3): - Pelanjutan Tarikh Pembentangan Penyata Bagi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 (Halaman 31) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.23 (Halaman 33) Maksud B.22 (Halaman 127) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 31) Anggaran Pembangunan 2020 Jawatankuasa:- Maksud P.23 (Halaman 33) Maksud P.22 (Halaman 127) DR 13.11.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Rabu, 13 November 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Salam Sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi Parlimen ini sepanjang sembilan minggu. Dan pada sesi Parlimen kali ini setakat hari ini sudah ada dua orang anggota Dewan atas kepenatan berkhidmat, telah pun pitam dalam Dewan yang mulia ini dan terpaksa dikejarkan ke hospital, dan Yang Berhormat Temerloh masih lagi dalam hospital. Oleh kerana itu sebagai Tuan Yang di-Pertua yang prihatin dan bersifat penyayang saya ingin menghadiahkan serangkap pantun kepada seluruh anggota Dewan supaya untuk menjaga kesihatan kerana malam ini pun dijangka Sidang Parlimen akan sampai pada pukul 10 malam. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengar baik-baik. Mata redup perut berat; Badan malas jadilah bulat; Buatlah sit up bersukan angkat berat; Amal gaya hidup sihat jiwa selamat.... [Tepuk] Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi dan terima kasih atas pantun yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, kalau hanya pantun sahaja tidak mencukupilah Tuan Yang di- Pertua... [Dewan ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Betul. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Saya minta supaya diadakan medical check- up untuk semua Ahli Parlimen... [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Klinik Parlimen ada. 1. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah- langkah yang telah dan sedang diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan Daftar Pemilih. DR 13.11.2019 2 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya daripada Kota Melaka. Kita juga merasa bersyukurlah kerana tidak ada lagi Speaker yang pengsan... [Dewan Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila, sila. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat... Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Yang bercakap itu pun sudah pengsan dahulu- tidak termasuk. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mewujudkan Jawatankuasa Dasar Penambahbaikan Daftar Pemilih, di mana jawatankuasa ini bertanggungjawab membuat penelitian yang menyeluruh terhadap isu-isu yang berkaitan dengan urusan pendaftaran pemilih. Jawatankuasa ini juga akan mengenal pasti mekanisme yang sesuai dan terbaik untuk dilaksanakan oleh SPR bagi maksud pengemaskinian dan pembersihan Daftar Pemilih selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Taskforce SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang baru ditubuhkan Yang Berhormat, telah ditubuhkan bagi tujuan penyelarasan maklumat warganegara berkaitan urusan pendaftaran pemilih khususnya pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik. Di samping itu, Jawatankuasa tersebut juga melihat isu-isu berkaitan pengesahan maklumat warganegara bagi tujuan pembersihan Daftar Pemilih. SPR juga menjalankan urusan pengemaskinian Daftar Pemilih daripada masa ke semasa berdasarkan perkara Peraturan 10, dan Peraturan 25, Peraturan-peraturan Pilihan raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Ini termasuk memotong nama pemilih yang telah disahkan meninggal dunia, dan memotong nama pemilih yang telah disahkan melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraan. Bagi maksud tersebut, SPR telah membuat pengemaskinian Daftar Pemilih dengan memotong nama pemilih yang telah meninggal dunia yang meliputi – tahun 2017 sebanyak 139,118, dan sebanyak 117,826 nama pemilih pada tahun 2018. Manakala sehingga 31 Ogos 2019, sebanyak 91,154 nama pemilih yang telah meninggal dunia telah dipotong daripada senarai Daftar Pemilih. Di samping itu Yang Berhormat, SPR juga telah memotong nama pemilih yang hilang taraf kewarganegaraan yang melibatkan seramai 11,799 rekod. Daripada jumlah tersebut, 4,363 nama pemilih telah dipotong pada tahun 2017, dan 3,496 nama pemilih dipotong pada tahun 2018. Manakala sehingga 31 Ogos 2019, 3,940 nama pemilih yang telah hilang taraf kewarganegaraan telah dipotong daripada Daftar Pemilih. DR 13.11.2019 3 Pengemaskinian Daftar Pemilih melibatkan pemilih yang telah meninggal dunia dan hilang taraf kewarganegaraan adalah berdasarkan kepada maklumat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). SPR juga meneliti isu Daftar Pemilih seperti isu pemilih berumur 90 tahun, isu ramai pemilih berdaftar di satu alamat, dan isu pesara tentera dan polis yang mengundi sebagai pengundi awal. SPR juga telah melaksanakan pelbagai usaha menangani isu pemilih berumur 90 tahun ke atas, dan isu pemilih berdaftar di satu alamat dengan menjejaki mereka di lapangan berdasarkan kepada alamat mereka dan menulis surat untuk mendapatkan pengesahan status mereka. SPR juga telah bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani isu pesara tentera dan polis yang mengundi sebagai pengundi awal. Antara tindakan yang dilaksanakan adalah mengemaskinikan lokaliti mereka ke Lokaliti Awam dalam Bahagian Pilihan Raya yang sama untuk memastikan mereka mengundi sebagai pengundi biasa jika berlaku Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil. ■1010 Akhirnya, SPR juga telah melaksanakan kerjasama strategik dengan jabatan-jabatan ataupun agensi NGO dan parti-parti politik khususnya dalam membuat penambahbaikan terhadap data pemilih yang dibersihkan oleh SPR. Sekian, terima kasih. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada SPR di atas usaha-usaha mereka. Ini juga bukti bahawa Kerajaan Pakatan Harapan memang mempunyai hasrat yang tinggi untuk memastikan ada satu sistem pilihan raya yang bersih. Oleh sebab itu kita boleh lihat lantikan Ahli-ahli SPR yang baharu ini semuanya berpengalaman, berpengetahuan, begitu progresif dan juga bertanggungjawab. Akan tetapi, untuk memastikan SPR memainkan peranan dengan baik, soalan tambahan saya yang pertama ialah adakah SPR boleh diberikan kuasa untuk mereka suspend ataupun gantung nama-nama yang diragui, yang mempunyai masalah ataupun pengundi yang mempunyai alamat-alamat yang bermasalah? Bolehkah SPR diberikan kuasa untuk mereka suspend atau gantung? Buat masa ini mereka tiada kuasa. Kedua, kalau buat masa ini di bawah Akta Pilihan Raya 1958, di bawah seksyen 9A di mana semua kes-kes tidak boleh dibawa ke mahkamah berkaitan dengan isu pendaftaran pemilih. Sebelum ini banyak kes telah dibawa ke mahkamah hendak cabar senarai nama pemilih tetapi telah ditolak oleh mahkamah kerana seksyen 9A. Jadi, bolehkah seksyen 9A ini dimansuhkan supaya kita wujudkan satu prinsip separation of power? Sekian, terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih kepada sahabat saya di atas soalan tambahan tersebut. Pertama, Yang Berhormat Kota Melaka kata, adakah SPR boleh diberikan kuasa untuk menggantung? Itu Yang Berhormat Kota Melaka, kajian mendalam perlu dibuat. DR 13.11.2019 4 Sebarang perubahan yang kita hendak lakukan Yang Berhormat Kota Melaka, perlu mendapatkan banyak rundingan dengan stake holder, pemegang taruh. Jadi, saya rasa kalau sekiranya Yang Berhormat Kota Melaka, kalau Yang Berhormat Kota Melaka rasa ada cadangan-cadangan yang baik, Yang Berhormat Kota Melaka rasakan perlu untuk penambahbaikan, saya rasa pihak SPR– saya ada pegawai-pegawai datang ini, bersedia untuk mendengar dan bersedia untuk membuat kajian yang relevan untuk memastikan proses pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan baik. Sebagai contoh Yang Berhormat Kota Melaka, saya katakan di atas pos yang baru buat ini. Itu sebagai contohlah, bagaimana pihak SPR dan JPN cuba hendak memastikan data pemilih ini boleh dapat disediakan dalam keadaan betul-betul telus. Itu contohlah. Mengenai dengan Yang Berhormat Kota Melaka katakan data pemilih, kalau sudah digazet tidak boleh dicabar di mahkamah. Saya tahu Yang Berhormat Kota Melaka, yang itu memang sebenarnya berlaku selepas pilihan raya Likas, sejarah dialah. Yang Berhormat Kota Melaka, benda itu memang menjadi kerisauan sesetengah pihak. Akan tetapi, Yang Berhormat Kota Melaka, saya rasa apa yang berlaku ialah SPR merasakan perlu ada finality, ada satu kemuktamadan dari segi data pemilih itu. Kalau setiap kali data pemilih ini dipersoalkan, tidak ada finality, ia akan menyebabkan kesukaran untuk SPR membuat kerja. Jadi saya rasa atas dasar itu kerana apa data pemilih itu kita letakkan satu provision ada satu finality, dengan izin, untuk tidak boleh dicabar. Ini Yang Berhormat Kota Melaka, sebenarnya biasa dalam mana-mana undang-undang. Cumanya Yang Berhormat Kota Melaka, saya rasa kalau sekiranya

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    197 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us