Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 1

Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 1

Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK KENYATAAN MEDIA (11 JUN 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Kes Baharu COVID-19. Sarawak mencatatkan 699 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 427 atau 61.09 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di empat buah daerah iaitu di Daerah Kuching, Sibu, Bintulu dan Tatau. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kuching (205), Sibu (79), Bintulu (72), Tatau (71), Song (41), Kapit (31), Bukit Mabong (31), Miri (27), Sri Aman (16), Samarahan (16), Asajaya (16), Lundu (11), Serian (11), Kanowit (9), Subis (8), Sarikei (7), Simunjan (7), Telang Usan (6), Marudi (5), Bau (4), Meradong (4), Belaga (3), Tebedu (3), Sebauh (3), Beluru (3), Selangau (3), Mukah (3), Dalat (2), Julau (1) dan Lubok Antu (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes telah meningkat kepada 54,330. Daripada 699 kes baharu yang dilaporkan, seramai 92 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. 1 Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 Manakala, seramai 532 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada: • 441 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (20 kes bergejala); • 113 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (2 kes bergejala); • 90 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (16 kes bergejala); • 54 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan; • 1 kes melibatkan individu yang balik dari luar negara (Import A) iaitu dari Denmark (kes tidak bergejala). B. Kes Kematian Covid-19 Baharu. Hari ini terdapat lapan (8) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 342 orang. Ringkasan lapan (8) kes kematian yang dilaporkan pada hari ini adalah seperti berikut: 2 Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 Ringkasan lapan (8) kes kematian pada 11 Jun 2021 Tarikh Ujian No. Jantina Umur Hospital / Tempat Ko-morbid / Latar belakang Daerah Asal Pengesahan Kematian (Asal) (Tahun) Kematian penyakit COVID-19 Perempuan Jenazah dibawa ke 335 Kanowit 72 23 May, 2021 Darah tinggi, dislipidemia (Sarawak) Hospital Kanowit Lelaki Jenazah dibawa ke 336 Subis 55 31 May, 2021 - (Sarawak) Hospital Miri Perempuan Jenazah dibawa ke 337 Tatau 80 8 June, 2021 Darah tinggi dan kencing manis (Sarawak) Hospital Miri Perempuan 338 Miri 80 Hospital Miri 6 June, 2021 Darah tinggi dan dislipidemia (Sarawak) Darah tinggi, kencing manis dan Lelaki 339 Miri 63 Hospital Miri 30 May, 2021 penyakit buah pinggang tahap (Sarawak) akhir Lelaki Darah tinggi, dislipidemia dan 340 Miri 53 Hospital Miri 28 May, 2021 (Sarawak) obesiti Lelaki Penyakit jantung dan penyakit 341 Sibu 75 Hospital Sibu 24 May, 2021 (sarawak) buah pinggang kronik Darah tinggi, dislipidemia, Perempuan kencing manis dengan penyakit 342 Sibu 68 Hospital Sibu 7 June, 2021 (sarawak) buah pinggang diabetik, penyakit jantung dan kanser Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. C. Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di PKRC. Hari ini terdapat 469 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu: • 123 kes dari Hospital Umum Sarawak dan PKRC di bawah Hospital Umum; • 85 kes dari Hospital Bintulu dan PKRC di bawah Hospital Bintulu; • 84 kes dari Hospital Miri dan PKRC di bawah Hospital Miri; • 66 kes dari Hospital Sibu dan PKRC di di bawah Hospital Sibu; • 36 kes dari PKRC Mukah; • 21 kes dari PKRC Betong; 3 Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 • 19 kes dari Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit; • 16 kes dari Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei; • 15 kes dari Hospital Sri Aman dan PKRC Sri Aman; dan • 4 kes dari PKRC Lawas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 44,374 orang atau 81.867% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak. Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,498 orang. Manakala, 699 PUI baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal. D. Kluster Baharu [Empat (4) Kluster Baharu]. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan empat (4) kluster baharu iaitu Kluster Kampung Kolong 2, Kuching, Kluster Pekan Tatau Baru, Tatau, Kluster Sungai Kakus, Tatau dan Kluster Semanok, Tatau. Ringkasan kluster-kluster tersebut adalah seperti berikut: 4 Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 I. Kluster Kampung Kolong 2, Kuching Kluster Kampung Kolong 2 merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Kampung Kolong 2, Kuching yang berpunca dari pergerakan sosial dan aktiviti berziarah semasa Hari Raya Aidilfitri. Perebakan jangkitan melibatkan kluster ini telah mencapai generasi ke- empat. Sejumlah 52 individu telah disaring di mana: • 36 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; dan • 16 kes didapati negatif. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. II. Kluster Pekan Tatau Baru, Tatau Kluster Pekan Tatau Baru merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah kilang papan lapis yang terletak di Pekan Tatau Baru, Tatau yang berpunca dari pergerakan sosial dan kontak rapat. Perebakan jangkitan turut melibatkan sebuah rumah panjang di Nanga Tekalit dalam daerah yang sama. Sejumlah 742 individu telah disaring di mana: 5 Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 • 27 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 502 kes didapati negatif; dan • 213 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Kedua-dua lokaliti yang terlibat juga telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). III. Kluster Sungai Kakus, Tatau Kluster Sungai Kakus merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan penempatan sementara ladang kelapa sawit di Kem Gabung dan sebuah rumah panjang di Nanga Tekalit di kawasan Sungai Kakus, Sejumlah 117 individu telah disaring di mana: • 51 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 14 kes didapati negatif; dan • 52 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Kedua-dua lokaliti yang terlibat juga telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 6 Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 IV. Kluster Semanok, Tatau Kluster Semanok merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah estet kelapa sawit yang terletak di kawasan Semanok, Tatau yang berpunca dari pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan pekerja estet tersebut. Sejumlah 196 individu telah disaring di mana: • 7 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 17 kes didapati negatif; dan • 172 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Kawasan estet yang terlibat juga telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). E. Kluster Tamat [Satu (1) Kluster Tamat]. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster tamat iaitu Kluster Sungai Rayah, Meradong setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari. 7 Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 F. Kluster Yang Masih Aktif. Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 80 kluster. Sebanyak sepuluh (10) kluster aktif yang telah merekodkan 90 penambahan kes baharu manakala 70 kluster tidak merekodkan penambahan kes. G. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak. Hari ini daerah Lundu telah bertukar ke status Jingga daripada status Kuning setelah merekodkan hanya 30 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Jumlah daerah berstatus Jingga sebanyak tiga (3) daerah. Daerah Telang Usan pula telah bertukar ke status Merah daripada status Jingga setelah merekodkan 43 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah meningkat kepada 29 daerah. Manakala, lapan (8) daerah berstatus Kuning dan tiada daerah berstatus Hijau. 8 Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 42 kompaun di daerah Bintulu (17), Kuching (12), Miri (5), Sibu (4), Lawas (2), Lundu (1) dan Serian (1) kerana telah melanggar SOP seperti berikut: i. Tidak memakai pelitup muka (11) ii. Membawa penumpang melebihi had (9) iii. Berada di tempat awam melebihi masa yang ditetapkan tanpa alasan munasabah (8) iv. Membuka premis yang tidak dibenarkan semasa PKP (6) v. Berkumpul melebihi 2 orang di tempat awam (4) vi. Berada ditempat awam melebihi 10 km radius (2) vii. Keluar dari kawasan PKPD (1) viii. Merentas daerah tanpa permit (1) Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 7,581 kompaun. 9 Kenyataan Media JPBN Bil 162/2021 Pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan 25 kompaun di bawah seliaan BDA (4), MPP (4), MD Bau (3), MD Luar Bandar

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    28 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us