DEWAN UNDANGAN NEGERITERENGGANU MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS Pada PADA 9, 10, 11 DAN 12 DISEMBER 2013 bersamaan 6, 7, 8 DAN 9 SAFAR 1435 Dikeluarkan oleh: Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 9, 10, 11 dan 12 DISEMBER 2013 bersamaan 6, 7, 8 DAN 9 SAFAR 1435 Dikeluarkan oleh: Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS daiiftada: SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT YANG KETIGA PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT ISNIN, 9 Disember 2013 1. Nama Ahli-ahli. 1 2. Doa. 5 3. Ucapan Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. 5 4. Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan. 8 5. Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis: (i) Soalan-soalan Bertulis 10 12 (ii) Soalan-soalan Lisan 6. Rang Undang-Undang: (i) Cadangan Mendahulukan Pembawaan 35 Rang Undang-Undang Daripada Perkara-Perkara Lain. (ii) Enakmen Perbekalan 2014 37 (Ucapan Bajet 2014) SELASA, 10 Disember 2013 1. Nama Ahli-ahli. 60 2. Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis: (i) Soalan-soalan Lisan 64 3. Rang Undang-Undang: (i) Enakmen Perbekalan 2014 91 (Perbahasan). RABU, 11 Disember 2012 Nama Ahli-ahli. 157 Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis: (i) Soalan-soalan Lisan 162 Rang Undang-Undang: (i) Enakmen Perbekalan 2014 181 (Perbahasan/Penggulungan). KHAMIS, 12 Disember 2013 1. Nama Ahli-ahli. 265 2. Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis: (i) Soalan-soalan Lisan 271 3. Rang Undang-Undang: (i) Enakmen Perbekalan 2014 294 (Penggulungan). (ii) Enakmen Perbekalan Tambahan 365 (No.2) 2013. (iii) Enakmen Kawalan Dan Sekatan 369 Pengembangan Agama Bukan Islam (Pindaan) 2013. 4. Usul-Usul Yang Telah Diberi Notis: (i) Peruntukan Perbelanjaan Rancangan 378 Kemajuan Negeri Bagi Tahun 2014. (ii) Rancangan Kemajuan Perbekalan Air 382 Negeri Bagi Tahun 2013. (iii) Kumpulan Wang Amanah 384 Penyenggaraan Jalan Raya Negeri Terengganu. (iv) Pelantikan Pengerusi Dan Seoran Ahli 385 Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri. 5. Tangguhan 386 6. Lampiran 388 [Soalan-soalan dan Jawapan-jawapan Bertulis] PERSIDANGAN PADA HARI ISNIN, 9 DISEMBER 2013 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 9 Disember 2013 PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA PADA PUKUL 9.30 PAGI HADIR YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA Tuan Haji Mohd Zubir bin Embong, AMT.,PJK. YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK. WAKIL KIJAL Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Putera bin Tengku Awang, DPMT. WAKIL KUALA BERANG Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, DPMT.,DMSM.,KMN.,AMN. WAKIL PERMAISURI Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, DPMT.,SMZ. WAKIL SEBERANG TAKIR Yang Berhormat Haji Rozi bin Mamat, SMZ.,AMT. WAKIL TELEMONG Yang Berhormat Ir. Rosli bin Othman, AMN. WAKIL KEMASIK Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, AMT.,PJK. WAKIL HULU BESUT Yang Berhormat A. Latiff bin Awang, PJC.,PJK. WAKIL PENGKALAN BERANGAN 1 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 9 Disember 2013 Yang Berhormat Roslee bin Daud, PPN. WAKIL BUKIT BESI Yang Berhormat Ghazali bin Taib WAKIL AJIL Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof WAKIL JERTIH Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar WAKIL AIR PUTIH Yang Berhormat Dato' Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK. WAKIL LANGKAP Yang Berhormat Mohd Mahdi bin Musa WAKIL KOTA PUTERA Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, PJK. WAKIL BATU RAKIT Yang Berhormat Mohd Iskandar bin Jaafar WAKIL JABI Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman WAKIL KUALA BESUT Yang Berhormat Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut, PJC. WAKIL WAKAF MEMPELAM Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, SSMT. WAKIL RHU RENDANG Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat WAKIL PAKA Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak WAKIL BUKIT TUNGGAL 2 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 9 Disember 2013 Yang Berhormat Azan bin Ismail WAKIL BANDAR Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah WAKIL BUKIT PAYONG Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB. WAKIL LADANG Yang Berhormat Ariffin bin Deraman WAKIL ALUR LIMBAT Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat WAKIL CUKAI Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim WAKIL TELUK PASU Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim WAKIL TEPOH Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik WAKIL SURA Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun WAKIL MANIR Yang Berhormat Haji Alias bin Harun WAKIL RANTAU ABANG 3 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 9 Disember 2013 HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA) YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN Dato' Haji Mazlan bin Ngah, DSMZ.,DPMT.,ASM.,PJC.,PJK.,BLB. YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI Dato' Noorbahri bin Baharuddin, DPMT. YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI Dato' Haji Abdul Razak bin Ismail, DSMZ.,DPMT.,JMN.,ASM.,PJC.,PJK.,BLB. SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI Tuan Haji Azhar bin Jusoh, AMT.,PJK. TIDAK HADIR (DENGAN MAAF): Yang Berhormat Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi, AMT. WAKIL BATU BUROK 4 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 9 Disember 2013 PUKUL 9.30 PAGI DOA Perkara pertama di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Doa oleh Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan. UCAPAN YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA DEWAN Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahirrabil alamin wabihi nastain. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para Pemerhati dan saudara-saudari yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah wasyukurilillah. Marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan petunjuk, kekuatan serta limpah kurniaNya dapatlah sekali lagi kita di hari yang mulia ini kita bertemu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri bagi Mesyuarat Yang Ketiga, Penggal Persidangan Yang Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Ketiga Belas yang akan diadakan selama 4 hari, bermula pada hari ini, 9, 10, 11 dan 12 Disember 2013. Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati Allah S.W.T., Persidangan Dewan kali ini adalah merupakan Persidangan Pembentangan Bajet Negeri Terengganu 2014 dan kita mempunyai sebanyak tiga (3) Rang Enakmen dan lima (5) Usul untuk dibahas dan diluluskan. Jadi saya amat berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi Allah S.W.T. sekalian dapat menggunakan masa yang diperuntukkan ini dengan berhemah dan bijaksana. Pada hari ini, tanggal 9 Disember 2013, sebaik sahaja selesai pembentangan Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan yang diikuti dengan Tertib Pekerjaan, Soalan-soalan Bertulis dan Soalan-soalan Lisan pula akan menyusuli. Pihak Dewan kali ini telah menerima sebanyak 155 soalan-soalan secara keseluruhannya di mana sebanyak 45 Soalan Bertulis dan 110 soalan secara lisan. Sesi bagi Soalan-soalan Lisan akan diperuntukkan masa selama satu (1) jam dan seperti biasa tiga (3) soalan-soalan tambahan akan dibenarkan bagi satu (1) soalan lisan yang 5 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 9 Disember 2013 dikemukakan. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi Illahi, saya berharap semasa mengemukakan soalan maka bertanya dan tambahlah soalan-soalannya dengan ikhlas dan semangat setia kawan ingin tahu. Dan Tertib Pekerjaan seterusnya ialah Ucapan Bajet 2014 yang akan disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar. Saya penuh yakin Insya Allah, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar akan memberikan berita baik untuk kita semua rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberi peluang untuk meneliti Ucapan Bajet untuk dibahas bermula pada besok hari, Insya Allah. Setelah selesainya Tertib Pekerjaan berkaitan dengan Bajet, Dewan Undangan Negeri akan meneruskan dengan tertib-tertib pekerjaan lain sebagaimana yang telah ditetapkan. Saya juga berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat memainkan peranan dan memberi sumbangan yang bermakna untuk agama, bangsa dan negara, Insya Allah. Jadi nasihat ikhlas daripada saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian pastikan segala Tertib, Peraturan Dewan Negeri Terengganu dipatuhi dan semasa perbahasan diungkapkan, diucapkan jagalah tatasusila kita terutama tutur kata kita semua. Marilah sama-sama kita mengelakkan dari segala yang menyakitkan hati rakan-rakan kita dan pastikan sumbangan kita adalah yang terbaik dan tidak sebaliknya. Saya juga memohon Ahli-ahli Yang Berhormat semua mematuhi peraturan-peraturan berbahas dalam Fasal 46. Saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat semua, kita menjaga setia kawan sesama kita. Marilah kita mewujudkan tunjangan 'Ar-Rahman Ar-Rahim' dalam Dewan yang mulia ini. Marilah kita wujudkan suasana aman dan tenteram di dalam Dewan yang berpaksikan kepada 'Ukhwah Islamiah' sehingga terbitnya 'Mawaddah warahmah'. Marilah kita semua contohi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. apabila berbahas dan juga berdebat. Saya juga mengambil peluang di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang pihak terlibat secara langsung ataupun tidak dalam membantu mangsa-mangsa banjir yang berlaku di beberapa daerah di negeri Terengganu. Dalam keadaan banjir ini berbagai pihak telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi meredakan keresahan, kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh mereka yang terlibat. Saya juga amat bersyukur kehadrat Allah S.W.T. Illahirrabbil kerana kita mempunyai
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages432 Page
-
File Size-