Headline Angin merah dari Sintok MediaTitle Mingguan Date 18 Jun 2017 Language Malay Circulation 171,663 Readership 563,000 Section Dlm Negeri Color Full Color Page No 8 ArticleSize 466 cm² AdValue RM 10,499 PR Value RM 31,497

Angin merah dari Sintok WARUNG RAKYAT OLEH ZULKEFLI HAMZAH warungral

Ph.D pula dibuat di Universiti Malaya dengan pengkhususan sejarah politik Malaysia. Punca kelam-kabut yang ditimbulkan DAP dan kawanan mereka ini satu - beliau mendedahkan secara ilmiah sesuatu yang telah menjadi perhatian umum selama ini. Kamarul mendedahkan pengakuan Speaker DUN daripada DAP, dalam buku tulisannya sendiri bertajuk Becoming Hannah (Menjadi Hannah).

Bertentangan

"Di dalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui bagaimana penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen. Bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya. "Lebih daripada itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kris- tian umumnya mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian," tulis Kamarul dalam posting bertajuk 'Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP'. Hannah kemudiannya membuat laporan polis. Tindakan ini dianggap bertentangan dengan prinsip DAP yang selalu mereka agung-agungkan iaitu membuka ruang dialog. Hannah boleh saja menjawab satu demi satu perkara yang dibangkitkan Kamarul. Beliau mempunyai begitu banyak platform untuk menjawab. Ini tidak, ADUN Subang Jaya ini memilih untuk membuat laporan polis. Mengapakah agaknya? Laporan polis beliau itu pula tidak memperincikan tuduhan mana daripada Kamarul yang tidak benar. Hanya penafian secara umum dan kononnya keselamatannya terancam. Sebaliknya, Kamarul,membuat laporan polis balas dengan kenyataan lebih spesifik: mengenai betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; mengenai betapa beliau menyeru agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; dan menge- nai betapa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam. Semua ini, tegas Kamarul, ada termaktub dalam buku Becoming Hannah. Seperti juga yang selalu berlaku, serangan jentera pembangkang ini tidak kenal erti lelah. Mereka sepakat beramai-ramai mendesak Kamarul menarik balik laporan polis tersebut. Ada yang bahkan sampai ke peringkat tidak masuk akal apabila mendesak Kamarul meminta maaf kepada Hannah. Sungguh, memerlukan semangat dan daya juang tinggi untuk menghadapigempurantersusunmereka ini. Jelas sekali, sepatutnya Hannah yang memohon maaf. Beliau yang mencetuskan konfMk dan beliau juga yang terlebih dahulu membuat laporan polis. Kamarul turut memperincikan kesalahan yang mungkin dilakukan oleh Hannah di bawah Seksyen 4(l)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No. 1/1988). Seksyen ini menyebut "Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu". Satu lagi kemungkinan kesalahan ialah di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau Headline Angin merah dari Sintok MediaTitle Mingguan Malaysia Date 18 Jun 2017 Language Malay Circulation 171,663 Readership 563,000 Section Dlm Negeri Color Full Color Page No 8 ArticleSize 466 cm² AdValue RM 10,499 PR Value RM 31,497

298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama. Inilah politik mereka. Bekas-bekas pemimpin DAP telah mendedahkan identiti sebenar parti ini. Sebut sahaja Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Zulkifli Mohd. Noor, Rahmad Isahak dan terbaharu para pimpinan Pas yang secara terbuka mendakwa parti itu anti-Islam dan Melayu. Kali ini, DAP khasnya menghadapi asakan yang tidak terduga. Kemampuan dan kesungguhan seorang Kamarul yang disokong oleh puluhan ilmuwan meresahkan DAP dan kawanan mereka. Kamarul ibarat penyakit angin merah (strok) yang kini sedang menggerogoti tubuh DAP. Barangkali sebab itu, parti tersebut kini semakin ditakuti sekurang-kurangnya oleh orang Melayu.

KESUNGGUHAN Kamarul yang disokong oleh puluhan ilmuwan meresahkan DAP dan kawanan mereka.