HARGA DOKUMEN

RM 40.00

MAJLIS PERBANDARAN

DOKUMEN SEBUT HARGA

UNTUK

NO. SEBUT HARGA: MPK/PN/489 KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TANDAS AWAM DAN SURAU (JIKA ADA) DI PREMIS MAJLIS PERBANDARAN KLANG SERTA KAWASAN SEKITARNYA.

Pendaftaran : Kementerian Kewangan (MOF) Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) E-Tender Negeri Selangor Kelayakan : KEMENTERIAN KEWANGAN Kod : 221001 & 221002 Tarikh Iklan : 09.03.2017 Tarikh Taklimat : 15.03.2017 Tarikh Jual Dokumen : 17.03.2017 Tarikh Tutup S/harga : 23.03.2017 Tempoh Bekalan : 2 TAHUN Penyata Bank : Disember 2016, Januari 2017, Februari 2017

SENARAI SEMAKAN DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA

NO. FAIL: ......

Sila tandakan ( / ) bagi dokumen-dokumen yang disertakan.

Bil. Perkara/Dokumen Untuk Di Untuk Di tanda tanda oleh oleh Syarikat Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga

1 Salinan Sijil Pendaftaran dari Kem. Kewangan (MOF)

2 Salinan Perakuan Taraf Bumiputera dari Kem. Kewangan (MOF)

3 Salinan Sijil Pendaftaran dengan Upen & Resit Pembayaran E-tender Selangor

4 Lampiran Q telah diisi dengan lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan ditandatangani

5 Surat Akuan Pembida telah disertakan mengikut format yang diberi

6 Borang Maklumat Penyebutharga telah diisi dengan lengkap

Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Syarikat bagi tiga (3) 7 bulan terakhir (Dis. 2016, Jan. 2017 dan Feb. 2017)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan membaca dan memahami semua syarat-syarat dan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi pekara terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut bil...... (jika ada)

harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah Tandatangan : benar. Nama : Tandatangan : Jawatan : Nama : Tarikh : Jawatan : Tarikh :

BAHAGIAN - A DOKUMEN TAWARAN

HARGA

KEWANGAN

MAJLIS PERBANDARAN KLANG NO. SEBUT HARGA: MPK/PN/489 KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TANDAS AWAM DAN SURAU (JIKA ADA) DI PREMIS MAJLIS PERBANDARAN KLANG SERTA KAWASAN SEKITARNYA. DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN

BIL ISI KANDUNGAN M/S

1. NOTIS SEBUT HARGA 1/1/2 – 1/2/2 2. SURAT AKUAN PEMBIDA 2/1/1 3. ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA 3/1/3 – 3/3/3 4. SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA 4/1/9 – 4/9/9 5. LAMPIRAN Q Q1-Q2 6. BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA

7.1. BORANG A : SURAT PERAKUAN KEBENARAN A/1-A/2 MAKLUMAT DAN KEESAHAN DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENYEBUTHARGA.

7.2. BORANG B : MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG B/1-B/2

PENYEBUTHARGA

7.3. BORANG C : DATA-DATA KEWANGAN C/1

7.4. BORANG CA : LAPORAN BANK /INSTITUSI CA1 KEWANGAN MENGENAI KEDUDUDKAN

KEWANGAN PENYEBUTHARGA

7. SENARAI KUANTITI SK (1)-SK (5) 8. SPESIFIKASI 1-18 9. LAMPIRAN LA/1-LA/5

NOTIS SEBUT HARGA

NOTIS SEBUT HARGA KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TANDAS AWAM DAN SURAU (JIKA ADA) DI PREMIS MAJLIS PERBANDARAN KLANG SERTA KAWASAN SEKITARNYA.

Tawaran adalah di pelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) di dalam: KOD : 221001 & 221002 BERDAFTAR : Kementerian Kewangan (MOF) Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) E-Tender Selangor

NO.TAWARAN : MPK/PN/489

Dokumen Meja terkawal tawaran akan dipamerkan secara online mulai: 17/03/2017 Hingga: 22/03/2017

Dokumen Tawaran akan dikeluarkan kepada wakil-wakil pemborong yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil pemborong hendaklah mengemaskini Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) dan E- tender Selangor di laman web http://tender.selangor.gov.my.

Sebarang pertanyaan berkenaan teknikal dan spesifikasi pembekalan, pihak pembekal boleh berhubung dengan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di talian 03-3375 7912 sambungan 7908.

Tawaran akan ditutup pada : 23/03/2017

1/1/2 Tawaran yang telah lengkap di isi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di:

Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 1,

Pejabat MPK Jalan Tengku Kelana (Pusat Sumber),

Lot 175, Jalan Tengku Kelana, 41000 Klang,

Selangor Darul Ehsan

Borang tersebut hendaklah sampai tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tawaran ditutup. Tawaran yang lewat diterima dari masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

Penghantaran Dokumen Sebut Harga

PENYEBUT HARGA HENDAKLAH MENGEMBALIKAN DOKUMEN SEBUT HARGA SECARA BERASINGAN iaitu sekeping sampul surat utama yang diisi dengan satu sampul surat untuk Tawaran Kewangan dan satu sampul surat untuk Tawaran Teknikal.

Didalam Sampul Surat Utama tersebut akan diisi dengan perkara-perkara seperti susunan berikut :-

i. Sampul Surat Tawaran Kewangan ii. Sampul Surat Tawaran Teknikal iii. Addendum yang telah disempurnakan (jika ada).

Ketua Bahagian Bahagian Ukur Bahan b.p Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang.

1/2/2

SURAT PERAKUAN

PEMBIDA

LAMPIRAN A1 (SAP bertarikh 1 April 2010) SURAT AKUAN PEMBIDA Bagi

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TANDAS AWAM DAN SURAU (JIKA ADA) DI PREMIS MAJLIS PERBANDARAN KLANG SERTA KAWASAN SEKITARNYA. (MPK/PN/489)

Saya, ………………………………...... ……... nombor K.P...... ………...... ……… yang mewakili

…………………………………...... nombor Pendaftaran

…...... ……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ...... ……………………………….....MAJLIS PERBANDARAN KLANG atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ………………………………...... MAJLIS PERBANDARAN KLANG ... atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana- mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

………………………..……......

( ) Cop Syarikat :

Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan

2/1/1

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

1. HAK MAJLIS UNTUK MENERIMA /MENOLAK SEBUT HARGA Majlis Perbandaran Klang adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga Keputusan Jawatankuasa sebut harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA 2.1 Penyediaan sebut harga Penyebutharga adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat hitam segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:- a) Harga dan Tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga b) Harga, Tempoh dan Tandatangan dalam Borang Sebut Harga. c) Senarai Kerja Dalam Tangan d) Jadual Kadar Harga (Jika ada) e) Butir-Butir Spesifikasi (Jika ada) Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas penyebutharga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.(Penggunaan cecair pemadam adalah dilarang sama sekali.)

Tawaran hendaklah dibuat di atas Borang Tawaran yang disertakan bersama-sama di dalam dokumen ini dengan mengisi harga tawaran dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan bersama satu profail syarikat (lengkap dengan pendaftaran dan laporan kewangan untuk 3 bulan terakhir). Borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh seorang pegawai yang diakui oleh syarikat atau seseorang yang memegang jawatan di dalam pengurusan syarikat dan juga ditandatangani oleh seorang saksi.

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga a) Dokumen Sebut Harga yang telah disi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlarki yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga MPK/PN/489 serta tajuk sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.

3/1/3 b) Jika Dokumen sebut harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebutharga hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan tempat yang ditetapkan. c) Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab tidak akan dipertimbangkan. d) Kegagalan kontraktor mengembalikan dokumen sebut harga pada tarikh tutup sebut harga akan dianggap tidak berminat.

2.3 Penjelasan Lanjut Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut harga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebutharga boleh menghubungi pejabat ini untuk penjelasan lanjut di talian: 03-3375 8014.

3. TEMPOH PENGHANATARAN MAKSIMA 3.1 Tempoh Siap Kerja tidak melebihi dua (2) Tahun.

4. BAYARAN DOKUMEN SEBUT HARGA Dokumen Sebut harga ini dijual dengan harga RM40.00 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh sahaja)

5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUT HARGA Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.

6. TEMPOH SAH SEBUT HARGA Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Penyebutharga menarik balik sebut harga sebelum tamat tempoh sah sebut harga.

3/2/3 7. PEMBELIAN SEBUT HARGA Setiap SATU Syarikat hanya dibenarkan membeli SATU Dokumen sahaja.

8. INTERGRITI PACK Penyebutharga adalah wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida seperti lampiran bersama-sama dengan dokumen sebut harga di mana ia berwaad untuk tidak akan menawarkan / memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tawaran tersebut. Surat Akuan Pembida adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian sebut harga. Sekiranya gagal mengemukakan Surat Akuan Pembida tersebut, penyebutharga akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian sebut harga.

9. LAWATAN TAPAK /TAKLIMAT 9.1 Lawatan tapak/taklimat adalah sebagaimana yang dinyatakan di dalam iklan sebut harga. 9.2 Jika dinyatakan lawatan tapak/taklimat sebagai Wajib, Penyebutharga adalah diwajibkan untuk menghadiri lawatan tapak tersebut pada masa dan tempat yang ditetapkan. 9.3 Jika dinyatakan lawatan tapak sebagai Digalakkan, Penyebutharga hanyalah dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan tawarannya bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebut harga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

3/3/3

SYARAT-SYARAT

SEBUTHARGA

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN

1. PEMERIKSAAN TAPAK

Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis perkhidmatan, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan perkhidmatan, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangka dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat dari kegagalan kontraktor memenuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

2. BON PERLAKSANAAN BAGI KONTRAK BEKALAN ATAU PERKHIDMATAN

i) Bon Perlaksanaan hanya dikenakan bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang melebihi RM200,000. Sebelum sesuatu kontrak bekalan atau perkhidmatan yang melebihi RM200,000 tetapi tidak melebihi RM500,000 disempurnakan, pembekal yang berjaya hendaklah memberi Bon Perlaksanaan sebanyak dua setengah peratus (2.5%) daripada nilai kontrak. Untuk kontrak yang melebihi RM500,000 pula, Bon Perlaksanaan yang diperlukan ialah sebanyak lima peratus (5%) daripada nilai kontrak. Bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan bermasa yang berkuat kuasa selama dua (2) tahun atau lebih, kadar peratus pengiraan Bon Perlaksanaan hendaklah ditentukan mengikut harga anggaran kontrak bagi setahun sahaja dan tidak daripada keseluruhan harga kontrak. Walau bagaimanapun, Bon Perlaksanaan yang dikemukakan oleh pembekal hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.

ii) Bon Perlaksanaan ini hendaklah dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Bank Islam atau Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful, dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan.

iii) Bon Perlaksanaan ini akan dikembalikan sesudah kontrak disempurnakan dengan memuaskan.

4/1/9 3. PERATURAN PELAKSANAAN PENGHANTARAN PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh kontraktor hendaklah mematuhi Syarat-Syarat Sebut Harga, spesifikasi, pelan-pelan, butir perkhidmatan di dalam Ringkasan Sebut Harga serta arahan pegawai yang diberikuasa atau wakilnya.

4. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan penghantaran perkhidmatan kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di bawah Sebut Harga ini terlebih dahulu tanpa mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada pegawai yang diberikuasa.

5. PERSETUJUAN

Majlis tidak terikat untuk Setuju Terima Sebut Harga yang terendah atau mana-mana sebut harga.

6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU KERJA OLEH PEGAWAI YANG DIBERIKUASA

6.1 Pegawai yang diberikuasa atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil perkhidmatan yang tidak menepati spesifikasi. Bahan, barang dan perkhidmatan yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

6.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.

6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara penghantaran perkhidmatan yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai yang diberikuasa secara bertulis.

4/2/9 7. RINGKASAN SEBUT HARGA

7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga dan Lampiran Q hendaklah menjadi asas Jumlah Harga.

7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semula kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran lain-lain caj yang perlu dan berkaitan bagi penghantaran perkhidmatan yang sempurna.

7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi penyelarasan harga akibat daripada perubahan harga kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, sama ada dalam tempoh sah Sebut Harga atau dalam tempoh perkhidmatan.

7.4 Sekiranya Sebut Harga berasaskan Senarai Kuantiti Sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga Sebut Harga hendaklah diselaraskan.

8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA

8.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira jelas di antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehingga siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.

8.2 Jika kontraktor mendapati terdapat apa-apa pencanggahan dalam Dokumen Sebut Harga kontraktor hendaklah merujuk kepada pegawai yang diberikuasa untuk mendapatkan kepastian.

9. KERJA PERUBAHAN (VO)

9.1 Pegawai yang diberikuasa boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan- arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan di dalam perkhidmatan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai yang diberikuasa boleh membatalkan Sebut Harga ini.

4/3/9 9.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh pegawai yang diberikuasa akan diukur dan dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/ Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh pegawai yang diberikuasa dan kontraktor hendaklah digunakan.

9.3 Bagi perubahan kerja yang melibatkan kuantiti dan kos tambahan hendaklah tidak melebihi lima puluh (50%) peratus dari nilai harga kontrak asal.

10. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)

10.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi Sebut Harga hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap.

10.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil perkhidmatan yang tidak menepati Sebut Harga ini apabila diarahkan oleh pegawai yang diberikuasa dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos kontraktor sendiri.

10.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan lain seperti yang diarahkan, pegawai yang diberikuasa berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk menggantung pendaftaran kontraktor dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembinaan. Bagi Kerja-kerja elektrikal/ mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/ Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.

11. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurna, Dokumen kontrak yang telah ditandatangani dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan kepada kontraktor. 4/4/9 12. PERAKUAN SIAP KERJA

Pegawai yang diberikuasa hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja bermula dari Tempoh Tanggungan Kecacatan.

13. PERAKUAN SIAP MEMBAIKI KECACATAN

Pegawai yang diberikuasa hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan ataupun apa-apa jua kerosakan lain.

14. PENAMATAN PELANTIKAN KONTRAKTOR

14.1 Pegawai yang diberikuasa berhak membatalkan Pesanan Kerajaan sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada pegawai yang diberikuasa.

a) Sekiranya Kontraktor gagal menghantar perkhidmatan dalam tempoh masa penghantaran atau dalam tempoh lanjutan masa yang diberikan.

b) Kemajuan penghantaran perkhidmatan terlalu lembab tanpa apa-apasebab yang munasabah.

c) Penggantungan pelaksanaan keseluruhan atau sebahagian perkhidmatan tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

d) Tidak mematuhi arahan pegawai yang diberikuasa tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

e) Apabila kontraktor disitiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

14.2 Menerima surat amaran daripada pegawai yang diberikuasa berkenaan perkara di atas.

14.3 Sekiranya pelantikan kontraktor ditamatkan, pengesyoran tindakan tatatertib oleh Kementerian Kewangan Malaysia akan diambil terhadap Kontraktor.

4/5/9 15. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang- Undang Berkanun di dalam Malaysia semasa pelaksanaan perkhidmatan. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.

16. PELANJUTAN TEMPOH KONTRAK (Jika Sebut Harga melebihi RM200,00.00 sehingga RM500,00.00)

Pelanjutan tempoh kontrak boleh diberikan kepada kontraktor sekiranya diluluskan oleh Jawatankuasa Sebut Harga Majlis sebanyak satu (1) kali sahaja dan tempoh maksimum adalah sehingga dua (2) tahun tanpa melibatkan perubahan kadar harga dan syarat- syarat lain dalam kontrak.

17. PEMOTONGAN PEMBAYARAN

Perkhidmatan mestilah disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh pemilikan tapak yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Setuju Terima Sebut Harga. Kegagalan kontraktor menyiapkan kerja dalam tempoh tersebut atau dalam masa yang dilanjutkan oleh Pegawai yang diberikuasa secara bertulis serta pelbagai kesalahan lain yang ditemui, maka denda seperti di Lampiran A atau Surat Tawaran Setuju Terima Sebut Harga akan dikenakan.

18. STATUS PEKERJA

18.1 Kontraktor hendaklah mengeluarkan surat tawaran kerja kepada pekerja yang dilantik dan sesalinan surat hendaklah dikemukakan kepada pihak Majlis.

18.2 Kontraktor hendaklah memastikan bahawa setiap pekerja adalah bersih dari rekod jenayah. Sekiranya Majlis mendapati ada pekerja-pekerja yang mempunyai rekod jenayah yang tidak dilaporkan, Kontraktor hendaklah mengambil tindakan serta merta untuk memberhentikan pekerja tersebut.

4/6/9 18.3 Pekerja adalah digalakkan daripada Warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun, pekerja warganegara asing juga boleh diterima dengan syarat, peraturan-peraturan Imigresen dan lain-lain undang-undang Malaysia yang berkaitan telah dipatuhi oleh kontraktor.

18.4 Kontraktor hendaklah memastikan pekerja-pekerja berumur 18 tahun ke atas sepertimana di dalam Akta Kerja 1955 .

18.5 Pekerja hendaklah sihat dan bebas daripada HIV dan penyalahgunaan dadah. Salinan sijil pemeriksaan doktor hendaklah diserahkan kepada Majlis sebelum/ pada hari memulakan kerja perkhidmatan ini.

18.6 Kontraktor hendaklah memastikan pekerjanya tidak membuat kerja-kerja selain daripada skop dan spesifikasi sepertimana yang diarahkan oleh Pegawai yang diberikuasa atau bekerja di agensi lain dalam masa yang sama kecuali mendapat kelulusan secara bertulis daripada Pegawai yang diberikuasa.

18.7 Pegawai yang diberikuasa berhak untuk mengarahkan Kontraktor memberhentikan mana-mana pekerja kontraktor yang didapati tidak menjalankan tugas dengan sempurna dan memuaskan Majlis.

18.8 Kontraktor dikehendaki memaklumkan kepada Pegawai yang diberikuasa tentang sebarang pertukaran pekerja baru dan menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan beserta gambar berukuran pasport sebelum/pada hari melaporkan diri.

19. MESIN PERALATAN

19.1 Kontraktor hendaklah mempunyai peralatan-peralatan dan lain-lain keperluan yang sesuai bagi memastikan pelaksanaan perkhidmatan ini dilaksanakan dengan pantas dan berkualiti mengikut keperluan semasa.

19.2 Peralatan dan lain-lain keperluan hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan hendaklah dipamerkan kepada jabatan yang berkaitan dalam tempoh satu (1) minggu sebelum kerja-kerja bermula atau pemeriksaan yang dilakukan dari masa ke semasa.

4/7/9 20. PAKAIAN PEKERJA

Pekerja hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam syarikat, tanda nama dan berkasut. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan tugas yang akan dilaksanakan. Pakaian yang menjolok mata adalah ditegah dan Pegawai yang diberikuasa berhak mengarahkan pekerja kontraktor meninggalkan kawasan perkhidmatan.

21. MENGGANTI PERALATAN YANG PECAH/ ROSAK/ HILANG

Kontraktor adalah dikehendaki membayar gantirugi atau menggantikan alat-alat atau harta benda milik Majlis atau pelawat atau pihak yang berurusan di dalam premis Majlis yang dirosakkan/ pecah/ hilang atas kecuaian atau disebabkan oleh pekerja Kontraktor di dalam tempoh perkhidmatan, sekurang-kurangnya dalam bentuk barang-barang yang sama. Kegagalan kontraktor untuk berbuat sedemikian akan menyebabkan potongan bayaran bulanan dibuat berasakan harga asal barangan berkenaan. Dalam keadaan ini sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dipertimbangkan.

22. PROSES PENGENALAN TUGAS

Satu proses pengenalan tugas selama dua (2) hari akan diadakan seminggu sebelum kerja sebenar bermula tanpa sebarang bayaran. Proses pengenalan tugas hendaklah dilakukan bersama dengan Pegawai yang diberikuasa atau wakilnya. Perkara-perkara yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

a. mengemukakan senarai butir-butir pekerja serta Penyelia yang bertugas;

b. menyediakan jadual tugas;

c. mempamerkan alat-alat yang dimiliki oleh Kontraktor;

d. menyerahkan contoh-contoh bahan kimia dan bahan lain yang diperlukan kepada Pegawai yang diberikuasa atau wakilnya;

e. membuat jadual kerja mengikut kawasan dan tugas-tugas yang akan dijalankan; dan

f. menyediakan pekerja dan peralatan untuk membersih untuk kerja perkhidmatan apabila dikehendaki oleh Pegawai yang diberikuasa atau wakilnya.

4/8/9 23. DISENARAIHITAM DAN DENDA BAGI PENOLAKAN TAWARAN SEBUT HARGA

Mana-mana kontraktor yang menolak tawaran Sebut Harga oleh Majlis yang ditawarkan mengikut harga bidaan syarikat, maka syarikat tersebut akan disenaraihitam oleh Majlis selama selama dua (2) tahun dan akan dikenakan denda sebanyak sepuluh (10%) peratus daripada nilai kontrak. Pembayaran denda hendaklah dijelaskan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tawaran dikeluarkan kepada kontraktor.

24. PENAMATAN KONTRAK OLEH YANG DIPERTUA

Tiada apa-apa peruntukan di dalam Kontrak ini boleh mengecualikan kuasa Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Klang untuk menamatkan Kontrak ini yang pada pandangannya wajar tanpa memberi apa-apa sebab dengan memberi satu (1) bulan notis secara bertulis kepada Kontraktor.

Nama Syarikat : ……………………………………......

Tandatangan Kontraktor : …………………………………......

Alamat/ Cop Kontraktor : ……………………………………......

……………………………………......

……………………………………......

Tarikh : ……………………………………......

4/9/9

LAMPIRAN Q

(KEW.284-Pin.5/94)

LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) Bila menjaw ab sila nyatakan nombor ini

No.Sebut Harga: MPK/PN/489

KERAJAAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR

SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Penjanjian Sebut Harga.

Kepada (Nama Syarikat)…………………… Pelawaan Sebut Harga dikeluarkan

……………………………………………. Oleh Majlis / Jabatan

……………………………………………. Ketua Bahagian Ukur Bahan

No. Telefon: …………………………….. Pejabat MPK Jalan Tengku Kelana (Elibrary)

No. Pendaftaran dengan Kementerian Lot 175, Jalan Tengku Kelana

Kewangan: …………………………….. 4100 Klang

Kod bidang pendaftaran yang relevan. Selangor.

Dengan pembelian ini 221001 & 221002 No.Telefon: 03-3375 8010

Tarikh: ______

Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan: 1.1 Syarat penyerahan / penyempurnaan seperti di dalam Dokumen Sebut Harga MPK/PN/489. 1.2 Arahan pengiriman seperti di dalam Dokumen Sebut Harga MPK/PN/489 Tarikh tutup tawaran sebut harga ialah 23 Mac 2017 (Khamis) 1.3 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan bertanda No.Sebut Harga. 1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari pada 23 Mac 2017. 1.5 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup tawaran.

Tarikh: 2017 Nama Pegawai : Long Shalawati binti Mohd Sahit Jawatan : Ketua Bahagian Ukur Bahan

Q1 Bil Perihal bekalan dan Syarat-syarat Khas Kadar Jumlah (RM) (RM) (dibawa dari jumlah koleksi)

Sebut Harga Perkhidmatan

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TANDAS AWAM DAN SURAU (JIKA ADA) DI PREMIS MAJLIS PERBANDARAN KLANG SERTA KAWASAN SEKITARNYA.

(MPK/PN/489)

(Sila isi harga keseluruhan sahaja dalam jadual ini.Maklumat terperinci perlu diisi dalam Jadual Senarai Kuantiti.)

Sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan. JUMLAH ------

i. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan ii. Tarikh penyempurnaan 2 tahun

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat- syarat yang dinyatakan di atas tertakhluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan : ……………………………………………………………….. Penyebut Harga : ……………………………………………………………….. Nama : ……………………………………………………………….. No. K/P : ……………………………………………………………….. Cop Syarikat :

………………………………………………………………… Tarikh : ………………………………………………………………..

Q2

BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA

BORANG-BORANG MAKLUMAT YANG PERLU DILENGKAPI OLEH PENYEBUTHARGA

1. BORANG A - SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN KEESAHAN DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENYEBUTHARGA

2. BORANG B - MAKLUMAT AM DAN LATAR BELAKANG PENYEBUTHARGA 3. BORANG C - DATA-DATA KEWANGAN 4. BORANG CA - LAPURAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN PENYEBUTHARGA

BORANG A - SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN KEESAHAN DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENYEBUTHARGA

Nama Kontraktor: ......

Alamat: ......

Kepada,

Ketua Bahagian Ukur Bahan, Pejabat MPK Jalan Tengku Kelana (Elibrary) Lot 175, Jalan Tengku Kelana, 4100 Klang Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

Maklumat Latar Belakang, Kewangan Dan Teknikal Penyebutharga

1. Kami telah membaca dengan teliti semua arahan-arahan yang terkandung dalam Arahan Kepada Penyebutharga termasuk arahan yang menghendakkan kami mengemukakan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen mengenai perkara di atas bersama-sama dokumen Sebut harga kami semasa mengemukakan Sebut harga ini untuk membolehkan MAJLIS menilai keupayaan kami untuk melaksanakan kerja yang diSebut harga semasa penilaian Sebut harga.

2. Kami faham dan mengambil maklum bahawa penilaian Sebut harga ini akan mengambil kira dan mementingkan keupayaan kami melaksanakan kerja yang diSebut harga. Justeru itu Sebut harga kami akan hanya dipertimbang untuk diperakukan kepada Jawatankuasa Sebut harga untuk disetuju terima sekiranya kami didapati berkeupayaan untuk melaksanakan projek yang diSebut harga mengikut penilaian MAJLIS berasaskan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang kami kemukakan.

3. Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukan semula maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta bersama-sama Sebut harga kami sebelum Sebut harga ditutup dan maklumat-maklumat atau dokumen-dokumen yang dikemukakan kemudian daripada itu tidak akan diterima untuk diambil kira dalam penilaian keupayaan kami.

4. Kami mengaku bahawa maklumat-maklumat dan data-data yang kami berikan bersama- sama ini di Borang A, B, C, CA, D, E, F, G & GA dan dokumen-dokumen yang kami sertakan bersamanya setahu kami adalah semuanya benar dan sah pada semua segi dan kami telah mengambil maklum dan sedar akan tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap kami dan atau Sebut harga kami sekiranya mana-mana maklumat, data-data dan dokumen yang kami berikan itu didapati tidak benar atau palsu.

A/1

5. Kami juga mengambil maklum dan sedar bahawa Sebut harga kami akan ditolak (disqualified) dan tidak akan dipertimbangkan sekiranya maklumat-maklumat yang kami berikan tidak mencukupi atau sekiranya kami gagal untuk memberikan bersama-sama ini mana-mana maklumat dan/atau menyertakan mana-mana dokumen penting yang sangat diperlukan untuk membolehkan MAJLIS menilai keupayaan kami terutamanya dokumen-dokumen berhubung dengan kedudukan kewangan dan prestasi kerja semasa kami seperti berikut:-

(1) Salinan sah Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah bagi Dua (2) tahun kewangan terakhir.

(2) Salinan sah Penyata Bulanan Bank Akaun Wang Dalam Tangan PENYEBUTHARGA bagi Tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Sebut harga.

(3) Laporan Jurutera Projek atas prestasi kerja semasa yang bukan projek MAJLIS atas Borang GA dalam satu sampul berlakri bagi setiap kerja semasa yang sedang dilaksanakan.

6. Kami dengan ini memberi kuasa kepada mana-mana Pegawai Kerajaan, Jurutera-Jurutera Projek, Bank dan Institusi Kewangan lain dan lain-lain atau mana-mana orang atau Firma yang berkenaan untuk memberikan maklumat-maklumat yang dianggap perlu dan diminta oleh MAJLIS untuk menyemak maklumat-maklumat yang kami berikan atau untuk mendapatkan maklumat tambahan. Walau bagaimanapun kami tetap bertanggungjawab di atas maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang kami berikan bersama-sama ini.

Yang benar,

...... Tarikh: ...... Tandatangan Penyebutharga

Nama Penuh: ...... No. Kad Pengenalan: ...... Atas Sifat: ...... Yang diberi kuasa dengan sempurnanya untuk menandatangani Sebut harga ini untuk dan bagi pihak:

...... Meteri atau Cap Penyebutharga Saksi : ...... Tarikh : ...... Nama Penuh : ...... No. Kad Pengenalan : ...... Pekerjaan : ...... Alamat : ......

A/2 BORANG B - MAKLUMAT AM DAN LATAR BELAKANG PENYEBUTHARGA

1. Nama : ......

2. Alamat : ......

......

No. Telefon : …………………………… No. Fax : ……………………………

3. Pendaftaran dengan CIDB : ...... (Sertakan Salinan Pendaftaran)

(i) No. Pendaftaran : ......

(ii) Tarikh Daftar : ...... sah hingga ......

(iii) Gred dan Katogeri / pengkhususan : ...... ………......

...... ………......

(iv) Taraf (Bumiputera / Bukan Bumiputera) : ...... ………......

(v) Jika Bumiputera, tempoh sah taraf : Dari ...... …….. hingga ...... …......

4. Bagi Syarikat Sdn. Bhd. nyatakan :

(i) Modal dibenarkan : RM......

(ii) Modal dibayar : RM......

5. Perniagaan Utama lain, jika ada :

(a) ...... sejak ......

(b) ...... sejak ......

B/1 6. Ahli-Ahli Syarikat (i) Ahli-ahli Lembaga Pengarah

Nama Jawatan Saham Modal Dipegang

(ii) Ahli-ahli Pengurusan

Nama Jawatan Kelulusan Akademik/Iktisas

B/2 BORANG C - DATA-DATA KEWANGAN

(iii) Ringkasan harta dan ember ty seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan (Balance Sheet)* yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir

Asset * Liabiliti * Nilai Kewangan (A) (B) (Worth) (A-B)

Semasa: RM Semasa: RM Modal Pusingan: RM Tetap : RM Tetap : RM ------Modal Tetap : RM Jumlah : Jumlah : ------`Nett Worth’ : RM

B. Akaun Wang Di Tangan (Cash In Hand) **

(iii) Nama dan Alamat Bank di mana akaun di buka : ...... 2. Nombor Akaun : ...... C. Kemudahan Kredit (jika ada)+ 1. Nama dan Alamat Bank / Institusi Kewangan yang ember kemudahan Kredit: ...... 2. Bentuk dan baki amaun yang boleh digunakan untuk projek pembinaan (i) Overdraft atau Talian Kredit : RM (ii) Overdraft bercagar : RM (iii) Pinjaman Tetap yang akan/layak diperolehi untuk projek : RM ------RM ------

Peringatan Penting

* Sila sertakan salinan sah Akaun Syarikat bagi Dua (2) tahun kewangan terakhir yang disahkan dan diaudit oleh Juru Audit bertauliah (Certified Accountant) atau sekiranya tiada bagi tahun kewangan setahun sebelumnya bagi menyokong data-data yang diberi. Sebut harga yang tidak disertakan dengan Akaun ini akan ditolak.

** Sila sertakan salinan sah Penyata Bulanan Bank bagi Tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Sebut harga. Sebut harga yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.

+ Sila dapat dan sertakan Laporan Sulit daripada pihak Bank/Institusi Kewangan atas format seperti Borang CA dalam satu sampul berlakri.

C/1 BORANG CA - LAPORAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN PENYEBUTHARGA

(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh pihak Bank atau Institusi Kewangan lain dan diserahkan kepada Penyebutharga untuk disertakan bersama-sama Sebut harganya sekiranya Penyebutharga mempunyai Kemudahan Kredit dengan Bank/Institusi Kewangan yang berkenaan)

Kepada : Ketua Bahagian Ukur Bahan, Pejabat MPK Jalan Tengku Kelana (Elibrary) Lot 175, Jalan Tengku Kelana, 4100 Klang Selangor Darul Ehsan.

Nama Penyebutharga : ......

Projek: …………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

(A) Kemudahan Kredit yang boleh digunakan untuk pelaksanaan Projek : Kemudahan Kredit yang telah diluluskan dan kemudahan kredit tambahan minimum yang layak diperolehi oleh Penyebutharga adalah seperti berikut:

Bentuk Kemudahan Kredit Baki drpd. yg. Tambahan min. Jumlah diluluskan yang akan diluluskan

(i) Overdraft RM RM RM (ii) Overdraft bercagar RM RM RM (iii) Talian Kredit RM RM RM (iv) Pinjaman Tetap yang akan / layak diperolehi untuk Projek - - RM (v) ...... RM RM RM ------Jumlah RM RM RM ------(*jika Projek diawardkan kepada penyebutharga)

(B) Ulasan-ulasan mengenai kedudukan kewangan dan akaun Penyebutharga :

...... Tandatangan Untuk Dan Bagi Pihak Bank

Nama Bank : ...... Nama Pegawai : ...... Meteri Bank : Jawatan : ...... Tarikh : ......

CA/1

SENARAI KUANTITI

MPK/PN/489

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TANDAS AWAM DAN SURAU (JIKA ADA) DI PREMIS MAJLIS PERBANDARAN KLANG SERTA KAWASAN SEKITARNYA.

Pendahuluan :

1. Kerja yang diliputi dalam kontrak ini mengandungi peruntukan oleh kontraktor dengan risiko dan kosnya sendiri bagi semua bahan-bahan, peranca-peranca, peralatan, loji, pekerja, pengangkutan air dan lain-lain perkara yang perlu untuk pembinaan dan penyiapan kerja di atas mengikut spesifikasi, pelan dan kelulusan sepenuhnya oleh Pegawai Penguasa.

2. Majlis berhak mengubah mana-mana kuantiti yang tercatit di dalam Ringkasan Tender yang dinyatakan. 3 . Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Klang tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah.

Anggaran Kadar Jumlah Bil Keterangan Kerja Unit Kuantiti (RM) (RM)

Nota: 1. Penyebutharga dikehendaki menjalankan kerja di atas dengan - - - - sistematik dan tidak merosakkan harta benda lain yang berdekatan dengannya.

2. Penyebutharga juga bertanggungjawab terhadap segala - - - - pembersihan di tapak semasa dan selepas menjalankan kerja mengikut arahan P.P.

3. Penyebutharga dikehendaki menyediakan keselamatan terhadap - - - - orang awam dan pekerja-pekerja secukupnya.

4. Penyebutharga hendaklah mengisi segala butiran di dalam dokumen - - - - ini dengan lengkap seperti di dalam ruangan maklumat Penyebutharga, borang kontrak, Senarai kuantiti dan sebagainya. Kegagalan Petender mematuhi syarat-syarat yang diterangkan seperti di dalam Arahan Kepada Penyebutharga dan lain-lain yang berkaitan, maka Majlis BERHAK MENOLAK tawarannya.

5. Sebarang butiran yang tidak dihargakan adalah dianggap telah - - - - dimasukkan ke dalam harga butiran lain.

SK (1) MPK/PN/489 Bil. Keterangan Kerja A KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN/ PEMBERSIHAN TANDAS AWAM DI 29 LOKASI TANDAS AWAM DAN SURAU (JIKA ADA)

1. Melaksanakan kerja-kerja harian penyelenggaraan dan pembersihan tandas awam dan surau (jika ada) mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam Bidang Kerja (Scope of Work) dan Bidang Tugas Kerja Penyelenggaraan dan lain-lain yang berkaitan mengikut arahan Pegawai Penguasa iaitu berdasarkan Spesifikasi Dan Skop Kerja Pembersihan Bangunan Tandas Awam Dan Surau (Jika Ada) Dan Kawasan Sekitar Tandas yang telah disertakan.  Mengadakan tenaga kerja setiap masa sebanyak 29 orang pekerja pembersihan di 29 lokasi bagi menjalankan kontrak ini.

 Kerja-kerja pembersihan mulai 7.30 pagi hingga 11.00 malam di setiap lokasi (tertakluk kepada lokasi dan aktiviti sekitar dan arahan Majlis dari masa ke semasa).

 Pekerja kontraktor/ operator dibenarkan membuat kutipan RM0.30 untuk setiap pengguna tandas (kecuali penyewa sah premis Majlis)  Pihak Kontraktor bertanggungjawab terhadap semua kerosakan baru di dalam tandas (tidak melibatkan struktur)

Jumlah Harga Bil. Keterangan Kerja Kekerapan Kuantiti Tawaran sebulan (RM) B PERMULAAN

1. Menyediakan peralatan, kenderaan dan sebagainya bagi menjalankan kontrak l/sum l/sum ini.

2. Menyediakan insuran perlindungan seperti “Contractor All Risk” dan “Workmen l/sum l/sum Compensation” dan hendaklah diserahkan.

2. SENARAI LOKASI TANDAS AWAM DAN SURAU MAJLIS PERBANDARAN KLANG Senarai Lokasi Bil. Bil. Surau Kubikel Urinal Tandas i) Jeti , Pelabuhan Klang 4 1 0 Setiap Masa l/sum

ii) Jalan Acheh, Pelabuhan Klang 6 2 0 Setiap Masa l/sum

iii) Emporium Makan, Jalan Pasar, Klang 6 1 0 Setiap Masa l/sum

iv) Kiosk Dataran Seni, Klang 5 1 0 Setiap Masa l/sum

v) Gerai Taman Pengkalan Batu, Jalan 3 0 1 Setiap Masa l/sum Tepi Sungai, Klang

vi) Gerai Jalan Raja Lumu, , 8 1 1 Setiap Masa l/sum Pelabuhan Klang

KE KOLEKSI

SK (2) MPK/PN/489 Harga (RM) Bil. Keterangan Kerja Kekerapan Kuantiti Jumlah Tawaran sebulan (RM) Senarai Lokasi Bil. Bil. Surau Kubikel Urinal Tandas vii) Gerai Jalan Seruling 57, Taman 7 3 0 Setiap Masa l/sum Klang Jaya, Klang

viii) Gerai Jalan Dato Yusof Shahbudin 6 3 0 Setiap Masa l/sum 10, Taman Sentosa, Klang

ix) Gerai Lorong Sri Damak 21, Taman 6 3 0 Setiap Masa l/sum Sri Andalas

x) Gerai Taman Intan Di Jalan Batai 5 3 0 Setiap Masa l/sum Laut, Klang

xi) Gerai 'Taiwan Village', Bandar Sultan 5 3 0 Setiap Masa l/sum Suleiman, Pelabuhan Klang

xii) Gerai Jalan Sri Sarawak 26, Taman 4 0 0 Setiap Masa l/sum Sri Andalas, Klang

xiii) Gerai Taman Kem, Pelabuhan Klang 4 0 0 Setiap Masa l/sum

xiv) Gerai Esplanade Tanjung Harapan, 4 2 1 Setiap Masa l/sum Pelabuhan Klang

xv) Kiosk Jln Dato Hamzah ( Little India) 3 1 0 Setiap Masa l/sum

xvi) Gerai Medan Kelana, Jalan Mohet, 2 0 0 Setiap Masa l/sum Klang

xvii) Gerai , Pelabuhan Klang 2 0 0 Setiap Masa l/sum

xviii) Gerai Sifar Lebuh Sultan Mohamed 2 0 0 Setiap Masa l/sum 2, Bandar Sultan Sulaiman

xix) Gerai Jalan , 2 0 0 Setiap Masa l/sum Pandamaran, Pelabuhan Klang

xx) Gerai Sifar Lorong Setia 1A, Taman 2 0 0 Setiap Masa l/sum Setia, Jalan Johan Setia, Klang

KE KOLEKSI

SK (3) MPK/PN/489 Harga (RM) Bil. Keterangan Kerja Kekerapan Kuantiti Jumlah Tawaran sebulan (RM) Senarai Lokasi Bil. Bil. Surau Kubikel Urinal Tandas xxi) Gerai Kawasan Industri Sg Puloh, 2 0 0 Setiap Masa l/sum Meru, Klang

xxii) Kiosk Kompleks Sukan Pandamaran, 9 3 0 Setiap Masa l/sum Pelabuhan Klang

xxiii) Gerai Sobena Jaya, Pandamaran, 4 1 0 Setiap Masa l/sum Pelabuhan Klang

xxiv) Gerai Sifar Jalan Sultan Abdul Samad 2 0 0 Setiap Masa l/sum 34, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang

xxv) Gerai Lorong Songket, Taman 2 0 0 Setiap Masa l/sum Maznah, Klang

xxvi) Gerai Simpang Empat, Teluk Pulai, 5 3 1 Setiap Masa l/sum Klang

xxvii) Gerai Taman Orkid, Jalan Meru, 4 0 0 Setiap Masa l/sum Klang

xxviii) Gerai Jalan Kenangan, Meru, Klang 4 1 1 Setiap Masa l/sum

xxix) Gerai Perusahaan , Solok 3 1 0 Setiap Masa l/sum Waja 1, Kaw Perindustrian Bukit Raja, Klang

KE KOLEKSI

SK (4) MPK/PN/489 KERJA-KERJA PEMBEKALAN COLD MIX BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI SEKITAR KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG.

KOLEKSI JUMLAH (RM)

SK (1) -

SK (2)

SK (3)

SK (4)

JUMLAH DI BAWA KE LAMPIRAN Q

RINGGIT MALAYSIA :…………………………………………………………………………………………………… ……………………

………………………………………………………………………….………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………

TEMPOH SIAP : …………2…………TAHUN)

Nama KONTRAKTOR : ……………………...…………………………… Nama SAKSI : ……………………...…………………. ………………………………………………………………………………. …………………………………………………………… ………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………

Alamat : ………………………………………………………… Alamat : ………………………………………………… …………………………………………………………………… …………………………………………………………… …………………………………………………………………… …………………………………………………………… …………………………………………………………………… ……………………………………………………………

No. Kad Pengenalan : ………………………………………… No. Kad Pengenalan : ……………… …..…………..…

No. Telefon : ……………………………………… No. Telefon : …………………………………………

Tandatangan Kontraktor dan Cop : Tandatangan Saksi :

………………………………………………………………… …………………………………………………………..

Tarikh : ………………………………………… Tarikh : ………………………………………..

SK (5)

SPESIFIKASI

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS PERBANDARAN KLANG

SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA PEMBERSIHAN BANGUNAN TANDAS AWAM DAN SURAU (JIKA ADA) SERTA KAWASAN SEKITAR

1. Umum

1.1 Tujuan Majlis menawarkan kerja-kerja tersebut di atas adalah :-

a) untuk memastikan kawasan tandas dan surau Majlis dan sekitarnya dalam keadaan bersih, kemas dan indah; dan

b) pihak kontraktor dikehendaki bertanggungjawab memberikan perkhidmatan pembersihan yang sempurna dan cekap.

1.2 Secara umumnya kerja pembersihan ini adalah bagi memastikan perkara - perkara berikut di selenggarakan dengan baik seperti : -

a) Dalam bangunan tandas dan surau serta kawasan sekeliling di dalam sempadan bersih tanpa sampah sarap;

b) Bangunan tandas dan kawasan sekeliling iaitu dinding bangunan dan setiap ruang yang kosong perlu bersih tanpa sebarang kekotoran;

c) Tiada longgokan sampah sarap dan sampah pokok dalam kawasan;

d) Rumput di potong pendek dan kemas;

e) Parit dibersihkan supaya tiada sesuatu menghalang pengalirannya atau tidak bertakung;

f) Jalan/ lorong pejalan kaki/ kaki lima dalam kawasan tandas bersih tanpa batu, pasir, daun dan sampah sarap;

g) Semua sampah pukal dibersihkan dan dimasukkan ke dalam tong sampah besar (ro-ro); dan

h) Kawasan tapak pembuangan sampah juga bersih.

1.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan Jadual Perkhidmatan Pembersihan Kerja kepada Pegawai Penguasa sebelum memulakan kerja dan mematuhinya. Pemeriksaan mutu kerja dan perlaksanaan kerja akan dibuat dari masa ke semasa oleh Majlis.

1.4 Kontraktor hendaklah mempunyai pejabat atau pejabat cawangan di kawasan Majlis untuk kemudahan perhubungan dan penyeliaan serta penyelarasan kerja.

1 1.5 Perwakilan Kontraktor

a) Kontraktor hendaklah melantik seorang wakil yang telah diberikuasa menggantikan beliau semasa ketiadaannya dan apa-apa arahan yang telah diberi kepada wakil itu oleh Majlis hendaklah dianggap telah diterima oleh kontraktor tersebut.

b) Wakil kontraktor dikehendaki melaporkan diri seminggu sekali pada hari Rabu atau pada hari berikutnya sekiranya jatuh pada cuti umum bagi mengemukakan laporan dan menerima arahan daripada Majlis di tempat yang diarahkan dari semasa ke semasa.

c) Wakil kontraktor dikehendaki mengemukakan laporan hasil kerja yang telah dilakukan pada hari sebelumnya dan laporan hendaklah dibuat seperti jadual yang diberikan kepada pegawai Majlis yang bertugas.

d) Wakil kontraktor dikehendaki melaporkan sekiranya berlaku halangan seperti kerosakan harta awam disebabkan oleh kesilapan kontraktor dengan serta merta kepada Majlis yang boleh melibatkan tergendalanya jadual pembersihan harian.

1.6 Definasi

Mana - mana bahagian di dalam spesifikasi, melainkan dinyatakan

i) ”Pegawai Penguasa” Merujuk kepada Tuan Yang DiPertua.

ii) ”Pegawai Penyelia” Merujuk kepada mana-mana orang atau yang diwakilkan dan dibenarkan dari semasa ke semasa secara bertulis oleh Pegawai Penguasa untuk menjalankan semua kewajipan Pegawai Penguasa termasuk pegawai yang memantau kawasan.

iii) ”Sampah” Bermaksud sebarang bahan atau benda yang dibuang di hadapan atau di belakang sebarang premis / bangunan atau tempat lapang atau sebarang jalan awam atau kawasan lapang / hijau atau di tepi-tepi jalan termasuk kotak, sampah-sampah yang terikat, bakul-bakul, tin-tin, tong-tong besar atau apa-apa bahan-bahan serta sampah kebun termasuk dahan-dahan, ranting-ranting yang bersesuaian dan diikat untuk menyenangkan pemungutan dan pembuangan termasuk sampah longgok.

iv) ”Pemungutan sampah” Bermaksud pemungutan dan pembuangan sampah daripada kawasan penyelenggaraan termasuk bahu jalan / tepi jalan, pembahagi jalan, kawasan lapang / hijau, simpanan jalan / parit-parit dan kawasan-kawasan lain seperti ditunjukkan di dalam pelan kontrak, termasuk kepulauan trafik, pembahagi jalan, bulatan jalan-jalan awam dan jalan susur.

v) “Pembersihan Longkang“ Bermaksud pembersihan longkang secara mengorek (desilt) dan membuang pasir, kelodak, selut atau apa-apa barang/ sampah di dalam longkang supaya dapat mempastikan air mengalir dengan baik di dalam longkang tersebut dan bergantungan di tepi-tepi longkang. Semua bahan/ sampah korekkan/ kutipan hendaklah dibuang pada hari yang sama atau dalam tempoh dua puluh empat (24) jam ke tempat yang diluluskan oleh Majlis.

2 vi) “Menyapu Jalan“ Bermaksud menyapu jalan dan mengangkat kesemua kotoran, pasir dan sampah di atas semua jalan awam dalam kawasan atau kawasan-kawasan berkenaan dan termasuk membuang semak samun/ rumput rumpai di sepanjang bebendul (kerb) jalan dan mengangkat benda-benda yang menghalang dalam saluran skupper (scupper drains). vii) “Pemotongan Rumput / Memotong Rumput ” Bermaksud mengerat / membuang daun rumput menggunakan mesin / alat pemotong rumput yang sesuai dan dibenarkan oleh Majlis dengan tujuan kemasan / cantik / bersih dan seumpamanya mengikut arahan Pegawai Penguasa atau wakil. viii) “Rumput” hendaklah merangkumi tumbuh-tumbuhan termasuk rumput-rumpai yang tumbuh di atas tanah / konkrit / simen / batu , tetapi tidak termasuk pokok-pokok renek dan pokok utama. ix) “Bahu Jalan” hendaklah termasuk semua bahu jalan yang bersempadan dengan jalanraya dan melangkaui longkang tepi jalan hingga ke sempadan simpanan jalan atau hingga ke pagar kawasan pembangunan atau sempadan tanah milik persendirian atau sehingga penghujung tanah milik kerajaan. x) “Mencantas“ Bermaksud membuang dan memotong bahagian dahan atau pucuk atau pelepah atau batang pokok bagi sesuatu pokok utama atau pokok renek atau pokok palma dan seumpamanya mengikut seperti yang diarahkan Pegawai Penguasa atau wakil. xi) “Menggembur“ Bermaksud membalik-balikkan tanah / pasir di keliling / sekitar / kawasan pokok / tanaman penutup bumi / kawasan alat permainan bagi tujuan kemasan / pengudaraan tanah / pengindahan dan seumpamanya mengikut arahan Pegawai Penguasa atau wakil. xii) “Meracun“ Bermaksud menyembur racun yang dibenarkan untuk tujuan membunuh / menghapuskan rumpai yang tidak diperlukan terutama di lokasi seperti bahu jalan / ‘walkway’ / ‘rubber wall’ / dinding struktur dan seumpamanya sehingga ia tidak mencacatkan / merosakkan / membunuh / membahayakan tumbuhan / orang lain dan seumpamanya mengikut arahan Pegawai Penguasa atau wakil. xiii) “Merumput“ Bermaksud mencabut rumput-rumpai dan lain-lain tumbuhan yang tidak diperlukan yang tumbuh di antara / di tepi / di celah / di dalam sesuatu pokok utama / pokok palma / pokok renek / tanaman penutup bumi / kekotak tanaman / ‘rubber wall’ / ‘walkway’ / kolam / tangga / bahu jalan dan seumpamanya mengikut arahan Pegawai Penguasa atau wakil. xiv) “Pusingan” yang merujuk kepada kerja-kerja penyelenggaraan hendaklah merangkumi penyempurnaan semua kerja-kerja yang ditetapkan secara teratur dan sistematik setiap hari / setiap minggu / setiap bulan. xv) “Lantai” Bermaksud mencuci lantai dan lorong tandas dengan menggunakan peralatan seperti pam tekanan, bahan-bahan pencuci dan kimia yang dibenarkan untuk memastikan tempat-tempat ini sentiasa dalam keadaan bersih. 3 xvi) “Dinding” Bermaksud membuang sawang, mencuci, mengelap dan menggilap keseluruhan dinding dengan menggunakan peralatan seperti pam tekanan, bahan-bahan pencuci dan kimia yang dibenarkan untuk memastikan tempat-tempat ini sentiasa dalam keadaan bersih.

xvii) “Tiang” Bermaksud membuang sawang, mencuci, mengelap dan menggilap keseluruhan dinding dengan menggunakan peralatan seperti pam tekanan, bahan-bahan pencuci dan kimia yang dibenarkan untuk memastikan tempat-tempat ini sentiasa dalam keadaan bersih.

xviii) “Siling/bumbung” Bermaksud mencuci siling/ bumbung dengan menggunakan peralatan seperti pam tekanan, bahan-bahan pencuci dan kimia yang dibenarkan untuk memastikan tempat- tempat ini sentiasa dalam keadaan bersih.

xix) “Tangga” / “Ramp” Bermaksud mencuci, mengemop, mengelap dan mengilat susunan tangga (beserta “hand rail” jika ada dengan bahan pengilat yang sesuai) dan “ramp” serta memastikan tempat-tempat ini sentiasa dalam keadaan bersih.

xx) “Semua Peralatan Dalam Bangunan” Bermaksud membuang sawang, habuk dengan menggunakan bahan-bahan pencuci yang dibenarkan untuk memastikan tempat-tempat ini sentiasa dalam keadaan bersih.

xxi) “Semua Tingkap/ Pintu/ Jeriji dan lain-lain Bermaksud mencuci, mengelap keseluruhan tingkap/pintu/jeriji dan lain-lain bahagian ruang dalam kawasan bersama dengan bahan-bahan pencuci dan kimia yang dibenarkan untuk memastikan tempat-tempat ini sentiasa dalam keadaan bersih.

2. Tafsiran Pengukuran

a) Ukuran dalam senarai kuantiti adalah mengikut pelan kawasan berumput panjang/ kepadatan.

b) Setiap kekeliruan tafsiran perlulah dirujuk kepada Pegawai Penguasa untuk penjelasan dan keputusan Pegawai Penguasa adalah muktamad.

c) Bagi kes bahu-bahu jalan, kontraktor dalam penilaiannya hendaklah mengambil kira tuntutan kes-kes tambahan yang timbul terhadap penyelenggaraan kawasan yang tidak berumput di dalam atau bersempadan jalan seperti rumput yang tumbuh di atas bebendul jalan, siar jalan bersimen, lorong belakang, dan lain-lain.

3. Tafsiran Jadual Kuantiti

a) Kerja yang dinyatakan seperti di atas adalah pelengkap kepada kerja yang telah diterangkan pada bahagian yang lain dalam spesifikasi ini dan hanya dinyatakan sebagai bahagian yang berasingan supaya pelengkap kerja-kerja tambahan yang dikehendaki bagi mencapai objektif-objektif di atas boleh dinilaikan secara berasingan.

4 4. Maksud Piawaian-Piawaian Pembersihan

a) “Pembersihan setiap masa” bermaksud pembersihan mulai 7.30 pagi hingga 11.00 malam di setiap lokasi (tertakluk kepada lokasi dan aktiviti sekitar dan arahan Majlis dari semasa ke semasa) serta buruh dan jentera digaji / diambil bekerja untuk membersih bahagian hadapan bangunan dan kawasan-kawasan terbuka tiap-tiap hari supaya kesemua sampah-sampah termasuk bahan organic (seperti daun-daun yang gugur) disapu dan dilupuskan. Lorong- lorong belakang dan jalan tepi hendaklah diperiksa bagi sampah sarap yang bertaburan dan ini hendaklah dibersihkan. Sampah sarap di dalam longkang-longkang tepi jalan hendaklah dikutip setiap hari.

b) “Pembersihan secara berterusan” bermaksud buruh dan jentera di ambil bekerja / digaji untuk mengalihkan sebarang sampah daripada kawasan-kawasan tandas pada setiap masa.

5. Kawasan Kerja

Kawasan kerja hendaklah meliputi kesemua kawasan awam termasuk kawasan laluan awam tandas, semua simpanan jalan dan longkang, termasuk lorong belakang, jalan masuk sementara, kaki lima, semua longkang saliran keluar dan masuk di dalam sesuatu kawasan, kawasan- kawasan parkir dan kawasan tandas yang berada di dalam sekitar kawasan yang dinyatakan di pelan tapak atau ditunjukkan di tapak termasuk dinding, siling, lantai bangunan tandas. Kawasan kerja akan juga dirujuk sebagai keseluruhan kawasan kerja di bawah penyelenggaraan.

6. Kerja-kerja Penyelenggaraan/ Pembersihan

6.1 Tandas Awam

i) Menyapu, menggosok dan membersihkan lantai di dalam dan di luar bangunan tandas;

ii) Mengemop lantai dan dinding serta dinding kubikel tandas di dalam dan di luar bangunan tandas;

iii) Mencuci, menggosok, membersih dan mengelap mangkuk tandas/ ‘urinal bowl’/ ‘communal urinal‘ dinding tandas, sinki, meja sinki, cermin muka dan lain-lain peralatan di dalam tandas;

iv) Membersihkan longkang, ‘scupper drain’ dan ‘sump’ dari sampah dan kotoran;

v) Mencuci saluran tersumbat meliputi mengeluarkan dan memulihkan aliran yang tersekat dalam mangkuk tandas/ ‘urinal bowl’, sinki, luring (manhole), ‘floor trap’ dan saluran air;

vi) Menggosok lantai dalam tandas dan kakilima bangunan tandas dengan menggunakan mesin, ‘scrubbing’ dengan menggunakan bahan kimia pencuci yang dibenarkan untuk meninggalkan kotoran;

vii) Mencuci, menggosok dan mengelap tingkap;

viii) Menggosok dan membersihkan lumut dan contengan pada dinding tandas dan kubikel tandas;

ix) Menyediakan tong sampah, tong air, baldi, gayung dan getah paip (diikat dengan kemas pada kepala paip) di dalam setiap kubikel tandas. 5 x) Mengosong dan membersihkan bakul/ tong sampah termasuk mengganti plastik sampah;

xi) Membekal/ mengisi semula tisu, sabun tangan dan aroma ketul ‘deodorant block’ di setiap kubikel tandas dan ‘urinal bowl’/ ‘communal urinal‘.

xii) Menyapu dan membersihkan sawang-sawang pada siling, dinding dan lampu, atap/ bumbung dan ‘gutter’ di bahagian dalam dan luar bangunan tandas;

xiii) Membersihkan dan mencuci pelapik lantai;

xiv) Membersih stor tandas;

xv) Kerja ‘buffing’ semua lantai jubin dan dinding /’feature wall’;

xvi) Penyelenggaraan lampu-lampu, termasuk membersih dan mengelap lampu;

xvii) Menyediakan dan mengganti peralatan tandas yang berkos kecil seperti kepala paip, getah paip dan mentol/ lampu yang rosak/ hilang dan membekalkan sabun tangan dan tisu;

xviii) Pembersihan serta sapuan sekitar kawasan tandas & dimasukkan ke dalam beg plastik dan dibuang di dalam tong sampah besar.

xix) Pekerja kontraktor/ operator dibenarkan membuat kutipan RM0.30 untuk setiap pengguna tandas (kecuali penyewa premis Majlis).

6.2 Penyelenggaraan Landskap dan Kawasan Sekitar Bangunan Tandas Awam

i) Membersih sampah sarap yang terdapat di bawah pokok bunga sekitar tandas awam.

ii) Memotong rumput di sekeliling kawasan tandas awam.

iii) Membuat trimming pokok bunga di sekitar tandas awam.

iv) Menggembur dan membaja pokok bunga di sekitar tandas awam.

v) Membersih dan menyapu sebarang kotoran seperti daun pokok dan membersihkan tumbuhan liar atau dahan pokok pada bumbung/ atap dan ‘gutter’ bangunan tandas awam.

vi) Membersih parit/longkang, ‘manhole’ dan ‘sump’ daripada sampah dan kotoran bagi semua kawasan sekeliling tandas awam.

vii) Menyapu sebatian kapor (lime) pada dinding longkang.

viii) Membersihkan saluran tersumbat meliputi mengeluarkan sampah sarap dan memulihkan aliran yang tersekat dalam perangkap sampah di lurang (manhole), dan saluran air bawah tanah.

ix) Membersih sawang, kotoran pada siling, dinding dan lampu di dalam dan di luar bangunan pasar termasuk gerai makan. 6 x) Membersih dan menyapu sebarang kotoran seperti daun pokok dan membersihkan tumbuhan liar yang tumbuh atau dahan pokok pada bumbung, dinding dan ‘gutter’ bangunan pasar di dalam kawasan pasar.

6.3 Surau

i) Menyapu & membersihkan karpet (dengan menggunakan ‘vacuum’).

ii) Mengosok dan mencuci serta membersihkan kawasan mengambil wuduk.

iii) Mencuci kelengkapan/peralatan solat seperti telekong, sejadah dan yang berkaitan.

iv) Mengelap cermin, kipas dan membersihkan sawang di dinding dan siling.

7. Pakaian Seragam

Semua pekerja-pekerja yang bekerja di bawah kontraktor hendaklah menggunakan pakaian seragam semasa bekerja. Warna pakaian tersebut hendaklah dipersetujui oleh Pegawai Penguasa.

8. Halangan Dan Gangguan / Keselamatan

Kontraktor hendaklah tidak melakukan sebarang gangguan dan halangan kepada orang awam dan lalulintas semasa melaksanakan kerja-kerja pembersihan. Ia juga perlu memberi pertimbangan kepada kepentingan dan kemudahan orang-orang persendirian yang mempunyai harta benda di dalam kawasan kerja tersebut. Kontraktor dikehendaki menggunakan papantanda keselamatan yang diluluskan dan mematuhi/ melaksanakan langkah-langkah keselamatan seperti dikuatkuasakan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada semasa membuat kerja-kerja di kawasan jalan.

9. Gotong – royong

i) Kontraktor kawasan yang terlibat perlulah bersama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh Majlis sekiranya ada tanpa sebarang kos tambahan.

ii) Pihak kontraktor perlu menyediakan pekerja/ peralatan dan lain keperluan ketika gotong royong tersebut.

iii) Kegagalan kontraktor boleh didenda seperti Jadual Pertama.

10. Tiada Tuntutan Terhadap Kerja-kerja Lain

Tuntutan-tuntutan tidak akan dilayan terhadap gangguan dan ketidakselesaan kepada kerja-kerja kontraktor yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti Majlis atau kerja - kerja yang dilakukan dengan kebenaran Majlis seperti kerja-kerja pemasangan dan pembinaan asas.

11. Lain-Lain Kerja Di dalam Kawasan Kerja

Kontraktor bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja pembersihan selepas kerja-kerja lain dijalankan di dalam kawasan penyelenggaraannya.

7

12. Tuntutan Kepada Pihak Lain

Majlis mempunyai hak untuk membuat tuntutan terhadap mana-mana pihak untuk mana-mana bahagian kerja yang dilakukan oleh kontraktor di bawah kontrak ini tanpa sebarang bayaran atau elaun kepada kontraktor.

13. Kerosakan Struktur Longkang, Dinding, Lantai dan lain-lain struktur dalam dan di luar bangunan tandas

Kontraktor hendaklah memastikan tidak berlaku apa-apa halangan perkhidmatan yang sepatutnya dibuat oleh syarikat seperti halangan air akibat runtuhan longkang konkrit dan hendaklah memastikan aliran air berjalan dengan lancar. Di samping itu, pihak kontraktor juga perlu memastikan kebersihan dinding dan lantai bangunan di dalam kawasan tandas. Jika berlaku kerosakan longkang, dinding, lantai dan lain-lain struktur, pihak kontraktor hendaklah melaporkan kepada pihak Majlis.

14. Pekerja- Pekerja Majlis

Kontraktor tidak dibenarkan menggaji sesiapa pun yang sedang berkhidmat samada secara tetap atau sementara dengan Majlis untuk sebarang kerjanya.

15. Pengawalan Pekerja-Pekerja

Memandangkan semua kerja-kerja yang dilakukan di kawasan awam, pekerja-pekerja kontraktor hendaklah berpakaian yang sesuai dan menjaga tingkahlaku mereka. Arahan Pegawai Penguasa dalam hal ini adalah muktamad dan beliau boleh membuat keputusan mengenainya berdasarkan norma-norma sepertimana pada kakitangan awam.

16. Kontraktor Hendaklah Menyediakan Segala Keperluan

Sepertimana telah dinyatakan di dalam syarat-syarat kontrak dan keperluan spesifikasi, kontraktor hendaklah menyediakan semua barangan keperluan bagi membuat kerja-kerja seperti peralatan pembersihan, bekalan kebersihan dan lain-lain yang berkaitan.

17. Tugas Kontraktor Untuk Membuat Laporan

Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor memaklumkan kepada Pegawai Penguasa tentang sebarang kerosakan besar yang berlaku atau tindakan daripada sesiapa di dalam kawasan penyelenggaraannya yang akan menjejaskan penggunaannya.

18. Kemalangan

Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor juga untuk melaporkan sebarang kemalangan atau kerosakan yang berlaku di tapak kerja yang berpunca secara langsung daripada kerja-kerjanya.

8 19. Alatan Jentera ( Mesin )

a) Alatan jentera yang digunakan pada umumnya hendaklah dijaga supaya sentiasa berada dalam keadan baik dan tidak mengeluarkan bunyi bising yang berlebihan.

b) Kenderaan yang bekerja di atas atau berhampiran tebing pembahagi jalan hendaklah dipasang dengan alat-alat amaran yang mencukupi dan di mana pergerakan lalulintas terhalang, pekerja hendaklah memberi amaran / mengarah lalulintas.

c) Alatan jentera yang digunakan hendaklah dari jenis yang bersesuaian dan paling layak bagi sesuatu kerja serta ianya tidak merosakkan kawasan awam yang berkenaan samada secara serta merta atau melalui penggunaan secara berterusan.

d) Alatan jentera hendaklah pada umumnya dipasang dengan alat-alat yang bersesuaian untuk mesin / jentera jenis berkenaan.

20. Kerja-kerja Yang Perlu Diselaraskan

Kontraktor hendaklah menyelaraskan kerjanya supaya kerja yang dibuat di mana-mana lokasi / tempat dilakukan pada masa yang lebih kurang sama agar ia memperlihatkan suasana bersih secara keseluruhan selepas daripada kerja-kerja pembersihan.

21. Arahan-Arahan Kerja Dan Tatacara

a) Pekerja-pekerja hendaklah menggunakan amalan - amalan dan tatacara yang baik.

b) Kerja hendaklah dilakukan dengan menggunakan alatan jentera atau perkakas atau kaedah atau gaya yang mana lebih selamat bagi pekerja atau orang awam.

22. Alatan Jentera Dan Perkakas-Perkakas Di Tapak Kerja

Alatan jentera atau perkakas hendaklah secara umumnya tidak dibiarkan di kawasan umum. Pegawai Penguasa pada pertimbangannya boleh membuat sesuatu pengecualian.

23. Gangguan Cuaca

Pertimbangan-pertimbangan hendaklah dibuat dalam merangka program kerja bagi masalah gangguan cuaca untuk melaksanakan pusingan kerja yang telah ditetapkan. Sebagaimana contoh halangan-halangan ke atas alatan jentera yang digunakan secara berterusan di kawasan yang terbiar oleh kesan buruk cuaca. Perkhidmatan perlu dijalankan mengikut pertimbangan yang di persetujui bersama dengan Pegawai Penyelia.

24. Denda

a) Majlis Perbandaran Klang berhak untuk memotong sebarang bayaran bulanan sekiranya Pegawai Penguasa mendapati kerja yang dijalankan tidak memuaskan atau tidak mengikut jadual pusingan kerja yang ditetapkan.

b) Majlis Perbandaran Klang juga berhak mengenakan DENDA jika kerja - kerja yang dijalankan kurang memuaskan atau lewat dari pusingan yang ditetapkan. Merujuk kepada JADUAL PERTAMA DAN JADUAL KEDUA.

9

25. Lain-Lain

a) Papan tanda hendaklah dilekatkan di Bangunan Tandas di tempat awam dengan perkataan “KONTRAKTOR MAJLIS PERBANDARAN KLANG – PEMBERSIHAN TANDAS / SURAU (JIKA ADA)”, sertakan nama kontraktor, nama penyelia dan nombor telefon penyelia untuk memudahkan pengadu membuat aduan.

b) Bagi pembersihan kawasan perniagaan, kontraktor hendaklah menyediakan jumlah pekerja seperti yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.

c) Kontraktor dikehendaki menggunakan alat jentera menyapu atau peralatan lain yang boleh membantu untuk membersih kawasan di dalam kawasan tandas.

d) Kontraktor perlu sentiasa menjaga kepentingan Majlis dalam setiap aktiviti kerja yang dilakukan terutama kawasan kerja. Kontraktor hendaklah sentiasa mengimbuh Yang Dipertua dan Pegawai Majlis terhadap semua tuntutan untuk gantirugi, pampasan atau lain-lain hukuman yang timbul daripada atau mengenai kerja-kerja yang dijalankan di bawah kontrak ini pada masa menandatangani kontrak ini. Semasa menandatangani kontrak ini, kontraktor hedaklah mengambil polisi insuran yang diluluskan oleh Yang Dipertua Majlis terhadap apa- apa tanggungan awam untuk tempoh kontrak ini.

26. Jadual Kerja-Kerja Perkhidmatan Pembersihan Ruang Pejabat, Tandas Dan Surau (Jika Ada)

26.1 Pembersihan Tandas dan Surau (Jika Ada)

Ruang tandas hendaklah dibersihkan setiap masa dan pembersihan adalah secara berterusan. Pembersihan ruang tandas juga merangkumi sapuan di dalam bangunan dan juga di luar kawasan seperti kawasan meletakkan kenderaan yang masih di dalam sempadan kawasan dan pembersihan longkang di sekeliling dan di bahagian dalam pejabat.

Ruang Surau hendaklah dibersihkan setiap masa. Peralatan-peralatan di dalam surau perlu

Sapuan dan pembersihan kawasan hendaklah dijalankan seperti dalam jadual berikut:

Lokasi Kerja-kerja Pembersihan

Tandas  Perlu sentiasa bersih disebabkan terdapat pekerja tetap untuk pembersihan tandas dengan kerap.  Tandas hendaklah dibuka / beroperasi berdasarkan aktiviti sekitar / arahan Majlis. Surau  Perlu membersih dan menyapu ruang solat serta mencuci (Jika Ada) peralatan-peralatan di dalam surau iaitu telekong dan kain dan sejadah.

10 26.2 Menyapu Jalan/ Lorong / Kawasan

26.2.1 Jadual Menyapu Jalan/ Lorong Pejalan Kaki/ Kaki Lima Kawasan Kekerapan

Jalan/ Lorong pejalan Pembersihan setiap hari di jalan/ lorong pejalan kaki/ kaki lima kaki / kaki lima termasuk menyapu lorong pejalan kaki/ kaki lima. Jalan dan lorong hendaklah sentiasa bersih.

26.2.2 Spesifikasi dan Standard

a) Kerja-Kerja pembersihan mestilah mengikut jadual yang ditetapkan;

b) Pekerja dilarang menyapu dan membiarkan daun kering mereput di tepi pagar pemisah sempadan antara jalan bangunan dengan jalan dan parit utama;

c) Pagar pemisah sempadan antara jalan bangunan dengan jalan utama dan parit utama hendaklah dibersihkan supaya tidak ada daun atau sampah tersangkut;

d) Pekerja dilarang sama sekali menyapu pasir ke dalam ‘scupper drain’ di tepi jalan dan hendaklah memastikan ‘scupper drain’ sentiasa bersih dan tidak tersumbat agar aliran air tidak terganggu terutamanya sekiranya hujan lebat;

e) Kerja-kerja menyapu jalan di kawasan perniagaan hendaklah dijalankan pada jam 8.00 pagi;

f) Semua sampah yang disapu hendaklah dimasukkan terus ke dalam tong sampah beroda yang dibawa bersama semasa kerja sapuan jalan. Dilarang meletakkan beg plastik di tepi jalan utama/ laluan jalan kawasan perniagaan;

g) Semua kawasan hendaklah disapu dan dibersihkan daripada apa-apa jua sampah sarap; dan

26.3 Mencuci Longkang

26.3.1 Jadual Mencuci Longkang Kawasan Kekerapan

Longkang di sekeliling Bangunan Tandas Setiap hari

26.3.2 Spesifikasi dan Standard

a) Semua longkang mestilah dibersihkan dan perlu memastikan ia bersih setiap masa dan pembersihan perlu dibuat segera sekiranya terdapat aduan.

b) Kerja-kerja termasuklah pembersihan ‘scupper drain’, ‘sump’ dan perangkap sampah (manhole) yang ada di sepanjang jalan/longkang tersebut.

c) Kerja-kerja yang tersebut di atas hendaklah dibuat mengikut standard kerja yang ditetapkan. 11 d) Meletakkan sisa/sampah dari longkang di atas jalan raya/ bahu jalan adalah dilarang sama sekali. Sisa longkang mesti dimasukkan terus ke dalam beg plastik selepas dikorek keluar dari longkang.

e) Sampah yang dikumpulkan dalam beg plastik tadi hendaklah dikutip dan dihantar ke tong sampah dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

26.4 Pembersihan Parit, Luring dan Perangkap Sampah

26.4.1 Pembersihan Dinding Parit Segala bentuk rumput rumpai, tumbuhan liar dan sebagainya yang terdapat di sepanjang bahagian atas dinding parit, celah pagar sempadan, pagar penghadang, di permukaan dinding dan lain-lain seperti yang diarahkan hendaklah dicabut, dikumpul dan dibuang. Pokok-pokok yang tumbuh liar dalam kawasan simpanan parit yang menghalang kerja-kerja pembersihan hendaklah dipotong atau dipangkas. Segala sampah dari kerja di atas hendaklah dikumpulkan dan dibuangkan.

Pembersihan dinding parit dan di celah-celah pagar sempadan hendaklah dibuat dua (2) kali pusingan sebulan.

26.4.2 Pembersihan Luring (Manhole) Segala bentuk sampah sarap, mendapan (spt. pasir, batu, tanah, lumpur dll.), rumput rampai dan sebagainya yang menyekat laluan air hendaklah dikeluarkan dikumpulkan dan dibuangkan.

Pembersihan luring (manhole) ini juga termasuklah membersihkan dasar takungan ‘sump’, jejaring perangkap dan pembetung ‘culvert’ serta tanjakan ‘ramp’. Penggunaan jentera bagi mengeluarkan sisa mendapan di luring (manhole) dan kolam tadahan hendaklah dibuat satu (1) kali pusingan bagi setiap bulan. Manakala bagi pembersihan sampah dan rumput rampai dibuat empat (4) kali pusingan sebulan.

26.4.3 Pembersihan Jejaring / Perangkap Sampah

Segala bentuk sampah sarap, rumput rampai dan sebagainya yang menyekat laluan air hendaklah dikeluarkan dikumpulkan dan dibuangkan. Pembersihan jejaring / perangkap sampah hendaklah dibuat setiap hari.

26.4.4 Pembuangan sampah

a) Segala bentuk sampah sarap dan bahan-bahan buangan longgokan rumput rumpai hendaklah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam karung plastik dan dibuangkan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

b) Kesemua bahan-bahan buangan sampah pertanian dan lain-lain yang tidak boleh dimasukkan ke dalam karung plastik hendaklah dikumpulkan dan dibuang dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

12 26.5 Bangkai binatang

Kesemua bangkai binatang dan benda-benda lain yang berbau busuk yang terdapat di dalam kawasan kerja hendaklah dibuang dengan serta-merta ke tapak pelupusan sampah yang dibenarkan.

27. Penyediaan Papan Tanda Maklumat Kontraktor Dan Jadual Perkhidmatan

27.1 Persediaan Bagi Permulaan Kerja

i) Menyediakan Polisi Insuran Pampasan Pekerja dan Insuran Tanggungan Awam. ii) Menyediakan papan tanda kawalan lalu lintas secukupnya. iii) Menyediakan jaket keselamatan dan perkakas pekerja yang secukupnya.

27.2 Papan Tanda

a) Kos penyediaan dan pemasangan papan tanda telah termasuk di dalam kos kerja-kerja awalan.

b) Pihak kontraktor perlu menyediakan papan tanda mengikut spesifikasi dan jumlah yang akan ditetapkan.

c) Sekiranya didapati pihak kontraktor gagal untuk menyediakan papan tanda tersebut selepas 21 hari daripada tarikh notis yang telah diberikan, pihak Majlis akan menyediakan dan memasang papan tanda tersebut. Walaubagaimanapun, segala kos penyediaan dan pemasangan akan ditolak dari bayaran tuntutan kerja siap bulanan kontraktor.

d) Sekiranya pihak kontraktor ditamatkan kontrak, papan tanda tersebut adalah menjadi milik Majlis.

28. Tenaga Pekerja

a) Kontraktor dikehendaki menggunakan bilangan tenaga pekerja yang cukup bagi mengendali kerja-kerja dengan sempurna dan memuaskan sepanjang tempoh kontrak ditetapkan.

b) Kontraktor dikehendaki menempatkan seorang pekerja di setiap lokasi tandas awam dan surau (jika ada) (29 lokasi tandas dan termasuk surau (jika ada)) untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara tetap di premis ini.

c) Kontraktor mestilah menyediakan pakaian seragam kepada pekerja-pekerjanya serta tanda nama dan nombor pekerja.

d) Kontraktor mestilah mengemukakan maklumat-maklumat mengenai pekerjanya kepada Majlis, butir-butir seperti berikut :-  Nama penuh dan alamat tempat tinggal  No kad pengenalan dan Tarikh lahir

e) Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas kelakuan dan tata-tertib pekerjanya.

13 29. Keperluan Pekerja

a) KWSP dan SOCSO

Kontraktor adalah dikehendaki membuat caruman kepada KWSP dan SOCSO bagi semua pekerja mereka. Bagi pekerja yang tidak layak untuk mencarum, kontraktor dikehendaki memberi alasan yang bersesuaian.

b) Pakaian Seragam

Setiap pekerja dikehendaki berpakaian seragam seperti yang ditetapkan oleh pihak Majlis.

i. Pakaian Mestilah bersesuaian dengan kerja dan imej Majlis iaitu t-shirt (tertakluk kepada perubahan yang dipersetujui).

ii. Kasut Kasut dan berstokin.

iii. Baju Hujan Penggunaan baju hujan bagi kerja-kerja yang perlu dilaksanakan pada waktu hujan.

Semua pakaian seragam yang tersebut di atas hendaklah dipakai pada setiap ketika dan kelonggaran hanya diberi pada bulan pertama perlaksanaan kontrak ini. Segala kos yang berkaitan dengan pakaian seragam hendaklah ditanggung sendiri oleh kontraktor. Pakaian seragam yang dicadangkan adalah memastikan kakitangan berkenaan kemas, bersih dan berdisiplin pada setiap ketika.

c) Sikap dan Etika Pekerja

Pihak kontraktor juga perlu memastikan pekerja mereka mempunyai adab dan sopan santun yang baik. Pengurusan Majlis tidak ingin kejadian yang boleh mencemarkan nama baik Majlis atas sebab-sebab pekerja yang bermoral rendah dan perilaku yang buruk.

d) Umur

Semua pekerja adalah dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 60 tahun. Bagi yang berumur 60 tahun hendaklah mempunyai laporan perubatan yang mengesahkan pekerja tersebut boleh menjalankan kerja.

e) Skim Insuran

Kontraktor juga dikehendaki melindungi pekerja dan peralatan mereka dengan skim insuran yang bersesuaian. Pengurusan Majlis tidak bertanggungjawab atas segala perbelanjaan yang berkaitan dengan kebajikan kakitangan dan juga peralatan kontraktor. Kontraktor dikehendaki menguruskan tuntutan insurans disebabkan kerosakan harta awam dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kejadian / aduan diterima oleh pihak Majlis.

14 f) Keperluan keselamatan

Pihak kontraktor mestilah menyediakan peralatan keselamatan mencukupi semasa kerja- kerja pembersihan dijalankan seperti berikut :-

i) Kun-kun keselamatan ii) Papan tanda AWAS iii) Papan tanda KERJA-KERJA SEDANG DIJALANKAN iv) Vest keselamatan

30. Kerosakan Ke Atas Harta Benda

a) Kontraktor adalah dinasihatkan bersifat amanah dan berhati-hati setiap masa menjalankan tugas. Langkah ini perlu bagi menjaga harta benda Majlis supaya tidak hilang atau mengalami kerosakan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab bersama kontraktor dan Pengurusan Majlis memastikan kerja-kerja tersebut berjalan lancar tanpa merosakkan harta benda. b) Kontraktor juga dinasihatkan supaya mengambil skim insuran untuk melindungi kakitangan mereka dari tuntutan mana-mana pihak sekiranya berlaku kerosakan harta benda atas kecuaian mereka seperti berikut:

i) Kerosakan Harta Awam (contoh : penghadang jalan, kebuk sampah dll). ii) Kerosakan Harta Persendirian Orang Awam (contoh : pecah cermin kenderaan dll).

c) Menjadi tanggungjawab kontraktor untuk membuat gantirugi ke atas kos kerosakan bagi perkara bil. i dan ii di atas. Kegagalan pihak kontraktor membayar kos tuntutan gantirugi tersebut, pihak Majlis akan membuat potongan bayaran kos terlibat di dalam tuntutan bayaran kerja siap.

31. Pembuangan Sampah

Segala sampah sarap sisa pembersihan hendaklah diisi ke dalam beg plastik dan seterusnya mengangkut sampah tersebut ke tapak pembuangan sampah yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Majlis pada hari yang sama.

32. Bangkai Binatang Dan Benda Berbau Busuk

Kesemua bangkai binatang dan benda-benda lain yang berbau busuk yang terdapat di dalam kawasan kerja hendaklah dibuang dengan serta-merta di tapak pelupusan.

33. Perkhidmatan

a) Kerja-kerja penyelenggaran dan pembersihan awam

Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan awam perlu dilakukan dengan baik dan berkesan serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Dokumen Tawaran. Pengurusan MPK atau wakilnya berhak mengarahkan kontraktor untuk mengulang semula kerja-kerja tersebut sehingga ia benar-benar memuaskan dan sekiranya Pengurusan Majlis atau wakilnya masih lagi tidak berpuashati dengan kerja-kerja tersebut, Pengurusan Majlis berhak menyerahkan kerja-kerja tersebut kepada kontraktor lain dengan kos yang dipotong daripada kontraktor asal.

15 b) Mematuhi keperluan pihak berkuasa

Dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaran dan pembersihan awam, kontraktor dikehendaki mematuhi syarat-syarat dan undang-undang yang berkuatkuasa seperti:-

i) Akta Kerja 1955 (Akta 265);

ii) Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139);

iii) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127);dan

iv) Lain-lain undang-undang yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan seni taman dan pemotongan rumput.

c) Kawalan pekerja

Kontraktor dari semasa ke semasa di kehendaki menghantar senarai nama pekerja mereka sekiranya terdapat kakitangan mereka yang meletakkan jawatan.

d) Tuntutan Gantirugi

Kontraktor tidak boleh menuntut daripada pihak pengurusan Majlis.Ini samada melalui mahkamah,saman,atau apa-apa cara sekalipun bagi semua bentuk kemalangan, kehilangan, kecederaan, kerosakan harta benda kontraktor dan lain-lain sebab atas kecuaian pekerja- pekerja atau wakil yang dilantik oleh kontraktor.

34. Notis Tindakan Pembetulan (NTC)

Jika kontraktor ada didapati membuat sebarang kesalahan seperti di bawah ini :-

a) Notis Tindakan Pembetulan (NTC) akan dikenakan jika didapati kontraktor tidak mengikut atau menjalankan kerja-kerja yang dinyatakan dalam skop kerja/ bidang yang telah disenaraikan. NTC ini akan ditolak daripada Harga Kontrak dan Pegawai Penguasa berhak untuk menuntut daripada kontraktor.

b) Notis Tindakan Pembetulan (NTC) akan ditandatangani oleh Pegawai Penguasa atau pegawai yang telah diberikan penurunan kuasa.

35. Mengambilalih Kawasan Kontrak (Back-Up)

Jika kontraktor gagal menyiapkan kerja dalam jangkamasa yang ditetapkan atau lanjutan masa yang diberi dan pada pendapat Pegawai Penguasa, kerja tersebut perlu disiapkan, Majlis mempunyai hak untuk mengambil orang lain bekerja untuk menyiapkan kerja tersebut. Kos dan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menyiapkan kerja tersebut akan ditanggung oleh kontraktor dan Majlis akan menolak daripada apa-apa bayaran yang sepatutnyadibuat kepada kontraktor. Keputusan Pegawai Penguasa untuk mengambil orang lain bekerja untuk tugas menyiapkan tidak akan mengubah tanggungjawab kontraktor.

16 36. Penamatan Kontrak

Jika kontraktor ada didapati membuat sebarang kesalahan seperti di bawah ini:-

a) Menerima Notis Tindakan Pembetulan (NTC) sebanyak 3 kali berturut-turut.

b) Gagal mematuhi mana-mana klausa yang terkandung di dalam dokumen perjanjian.

c) ‘Bankrup’ atau syarikat ditukar milik

i) mengalami keadaan ‘bankrup’;

ii) tidak dapat membayar hutang dan membuat tukar milik kepentingan pihak peminjam; atau

iii) melantik kontraktor lain tanpa kebenaran Majlis bagi melaksanakan perkhidmatan kontraktor yang asal.

d) Berikut dengan situasi di atas maka :

i) Pegawai Penguasa akan mengambil tindakan penamatan kontrak dengan mengeluarkan Notis Berhenti Kerja (‘Stop Work Services’) dan Surat Penamatan akan dikeluarkan dan ditandatangani oleh Pegawai Penguasa atau Pegawai yang diberikan kuasa.

37. Force Majeure

Jika dalam masa perlaksanaan kontrak ini berbangkit atau wujudnya suatu keadaan peperangan dalam mana Majlis adalah terlibat atau berlaku sesuatu gempa bumi, bencana alam, peperangan, rusuhan dan sebagainya.

38. Pembubaran Kontrak

Kontrak boleh ditamatkan oleh Majlis dengan notis selama satu (1) bulan tanpa sebarang sebab. Di dalam perkara ini, kontraktor akan dibayar mengikut kerja-kerja yang telah siap hingga ke tarikh penamatan.

Notis bertulis akan dihantar kepada kontraktor secara pos berdaftar berdasarkan kepada alamat kepada alamat kediaman/pejabat terakhir kontraktor.

39. Pengubahsuaian Kawasan

Memandangkan bahawa setengah kawasan akan dinaiktarafkan maka adalah perlu untuk dibuat pengubahsuaian kawasan dan bidang kerja ke atas kontrak yang dijalankan. Kesemua perubahan akan dikenalpasti bersama dengan pihak kontraktor dan surat notis yang berkuatkuasa selama empat belas (14) hari, akan diberi kepada kontraktor untuk membuat penilaian terhadap perubahan tersebut dan segala bentuk pembayaran yang berikut akan dibayar mengikut kerja seperti dipersetujui bersama.

17 40. Lain-Lain Syarat

Pengurusan Majlis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos tambahan yang disebabkan oleh kenaikan barang atau tenaga kerja yang ditanggung oleh kontraktor dari masa ke semasa. Ini termasuk kenaikan harga pasaran atau keperluan lain dalam kerja penyelenggaraan seni taman.

Sepanjang kontrak ini berjalan, kontraktor dibenarkan berurusan dengan pengurusan Majlis samada untuk mengemukakan masalah kerja atau mencadangkan apa-apa perancangan kerja.

Kontraktor dinasihatkan supaya berhubung dengan pengurusan Majlis melalui wakil yang dilantik dari masa ke semasa bagi membincangkan segala aduan atau perancangan yang berhubung dengan kerja penyelenggaraan seni taman.

Kontraktor juga tidak dibenarkan membakar atau membawa bahan yang mudah terbakar di kawasan persekitaran mahupun dalam bangunan.

41. Pembayaran

a) Dokumen tuntutan bayaran yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh kontraktor sebelum atau pada 07 haribulan setiap bulan.

b) Jika dokumen tuntutan bayaran tidak diterima pada 07 haribulan, denda RM100.00 akan dikenakan.

18

LAMPIRAN

LAMPIRAN A

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS PERBANDARAN KLANG

JADUAL PERTAMA

RINGKASAN DENDA YANG DIKENAKAN

1. Umum

Bil. Perkara Pemotongan Bayaran

1.1 Tidak siap kerja Hingga 100% dari jumlah keseluruhan bayaran bulanan. 1.2 Sampah tidak dibuang/ dibersihkan daripada RM100.00/ hari tapak kawasan tandas ke tong sampah besar 1.3 Tidak hadir mesyuarat RM100.00/ mesyuarat 1.4 Tidak melaksanakan kerja kecemasan/ gotong RM100.00/ arahan royong / arahan Majlis dari masa ke semasa 1.5 Tidak menghadiri pemeriksaan tapak RM100.00/ lawatan

1.6 Tiada pakaian seragam 10% dari bayaran bulanan

1.7 Bangkai binatang tidak dibuang pada hari yang RM100.00/ seekor/ hari sama 1.8 Aduan Awam yang didapati benar disebabkan 20% dari bayaran bulanan/ kerja-kerja tidak dibuat oleh kontraktor aduan 1.9 Bilangan pekerja tidak mencukupi / tiada di RM100.00/ pekerja lapangan (seperti yang telah ditetapkan dalam kontrak) 1.10 Tidak menggunakan beg plastik bagi sisa RM100.00 pembersihan 1.11 Membakar sisa pembersihan / daun kering RM100.00

1.12 Tidak menyediakan peralatan atau pengangkutan RM100.00 seperti yang telah ditetapkan dalam kontrak 1.13 Papan Tanda maklumat kontraktor tiada/rosak RM20.00/lokasi

LA/1 2. Pentadbiran & Dokumentasi

Bil. Perkara Denda (RM)

2.1 Tidak menghantar laporan mingguan (setiap Hari RM 100.00 / minggu Rabu) atau pada hari berikutnya sekiranya jatuh pada cuti umum. 2.2 Punch card seminggu sekali (setiap Hari Rabu) RM 100.00 / minggu atau pada hari berikutnya sekiranya jatuh pada cuti umum. 2.3 Lewat / Tidak menghantar tuntutan bayaran RM 100.00 sebelum atau pada 7hb setiap bulan berikutnya

2.4 Laporan bulanan tiada gambar berwarna RM100.00/ laporan

2.5 Gambar berwarna yang tidak bertarikh, tiada RM100.00/ gambar masa dan kurang jelas

2.6 Tidak menghantar jadual kerja sebelum atau RM100.00 pada 30hb setiap bulan sebelumnya 2.7 Tidak menghadiri mesyuarat RM100.00 / panggilan

2.8 Tidak mengambil NTC setelah dihubungi (telefon / RM100.00 faks / sistem pesanan ringkas) oleh pihak Majlis

2.9 Tidak mengemukakan laporan maklumbalas NTC RM100.00 Tindakan yang telah diambil (dalam tempoh 3 hari dari tarikh NTC dikeluarkan)

LA/2 JADUAL DENDA BAGI KERJA-KERJA PEMBERSIHAN YANG TIDAK DILAKSANAKAN BAGI SATU LAWATAN PEMERIKSAAN PEMBERSIHAN DI SETIAP LOKASI TANDAS DAN SURAU (JIKA ADA)

3. KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN/ PEMBERSIHAN TANDAS AWAM

Bil. Perkara Pemotongan Bayaran

1.1 Memastikan tandas sentiasa dalam keadaan bersih RM100.00 daripada sampah dan tidak berbau.

1.2 Mencuci, menggosok dan mengemop lantai simen RM100.00 atau lastic atau jubin 1.3 Menggosok (Scrubbing) lantai menggunakan mesin RM100.00 yang sesuai.

1.4 Mencuci, menggosok dan membersih mangkuk RM100.00 tandas 1.5 Mencuci, menggosok dan membersih mangkuk RM100.00

urinal/ ‘communal urinal’. 1.6 Mencuci, menggosok dan membersih sinki, meja RM100.00 sinki dan cermin muka.

1.7 Mencuci, menggosok dan membersih dinding RM100.00 tandas dan kubikel tandas dan memastikan agar bersih daripada lumut dan contengan. 1.8 Menyediakan tong sampah, tong air, baldi, gayung RM100.00

dan getah paip (diikat dengan kemas pada kepala

paip) di dalam setiap kubikel tandas. 1.9 Membekal/ mengisi semula tisu, sabun tangan dan RM100.00 aroma ketul ‘deodorant block’ di setiap kubikel tandas dan ‘urinel bowl’ serta lastic sampah.

1.10 Membersihkan dan membuang sampah sarap di RM100.00 tong sampah besar 1.11 Membersih sawang, kotoran pada siling, dinding RM100.00 dan lampu di dalam dan di luar bangunan tandas.

1.12 Memastikan peralatan tandas berfungsi dengan RM100.00 baik. 1.13 Pihak Kontraktor bertanggungjawab terhadap RM100.00 semua kerosakan baru di dalam tandas (tidak melibatkan struktur)

LA/3 4. PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN KAWASAN SEKITAR BANGUNAN TANDAS AWAM DAN BANGUNAN SURAU (JIKA ADA)

Bil. Perkara Pemotongan Bayaran 2.1 Membersih sampah sarap yang terdapat di bawah pokok RM100.00 bunga sekitar tandas dan surau (jika ada).

2.2 Memotong rumput di sekeliling kawasan tandas dan surau RM100.00 (jika ada). 2.3 Membuat trimming pokok bunga di sekitar tandas dan surau RM100.00 (jika ada). 2.4 Menggembur dan membaja pokok bunga di sekitar tandas RM100.00 dan surau (jika ada). 2.5 Membersih dan menyapu sebarang kotoran seperti daun RM100.00 pokok dan membersihkan tumbuhan liar atau dahan pokok pada bumbung/ atap dan ‘gutter’ bangunan tandas dan surau (jika ada) . 2.6 Membersih parit/longkang, ‘manhole’ dan ‘sump’ daripada RM100.00 sampah dan kotoran bagi semua kawasan sekeliling tandas dan surau (jika ada). 2.7 Menyapu sebatian kapor (lime) pada dinding longkang. RM100.00 2.8 Membersihkan saluran tersumbat meliputi mengeluarkan RM100.00 sampah sarap dan memulihkan aliran yang tersekat dalam perangkap sampah di lurang (manhole), dan saluran air bawah tanah. 2.9 Membersih sawang, kotoran pada siling, dinding dan lampu RM100.00 di dalam dan di luar bangunan tandas dan surau (jika ada).

2.10 Membersih dan menyapu sebarang kotoran seperti daun RM50.00 pokok dan membersihkan tumbuhan liar yang tumbuh atau dahan pokok pada bumbung, dinding dan ‘gutter’ bangunan tandas dan surau (jika ada).

LA/4 5. PEMBERSIHAN RUANG SOLAT.

Bil. Perkara Pemotongan Bayaran 3.1 Membersih dan menyapu ruang solat. RM100.00

3.2 Mencuci telekong dan kain RM100.00

3.3 Mencuci sejadah RM100.00

3.4 Membersih sawang, kotoran pada siling, dinding dan RM100.00 lampu.

6. PEMOTONGAN RUMPUT / TUMBUHAN

Bil. Perkara Pemotongan Bayaran 4.1 Rumput tidak dipotong RM100.00

4.2 Sisa potongan rumput tidak disapu RM100.00

4.3 Rumput/ tumbuhan menjalar atas jalan/ ‘kerb’/ pagar/ RM100.00 bangunan tidak dibersihkan.

4.4 Rumput di laluan pejalan kaki/ kaki lima tidak RM100.00 dibersihkan

4.5 Rumput bahu longkang tidak dipotong RM100.00

4.6 Rumput di pembahagi jalan tidak dikemaskan RM100.00

7. PEMBERSIHAN LORONG BELAKANG TANDAS/ SURAU

Bil. Perkara Pemotongan Bayaran

5.1 Longkang tidak dicuci mengikut jadual RM100.00

5.2 Rumput menjalar di atas laluan awam lorong belakang RM100.00 tidak dipotong/ dibersihkan

5.3 Lorong belakang tidak disapu mengikut jadual/ sampah RM100.00 bertaburan

5.4 Sampah pukal/ haram/ longgok lorong belakang tidak RM100.00 diangkat

LA/5 SENARAI LOKASI TANDAS AWAM DAN SURAU SERTA NAMA OPERATOR TANDAS MAJLIS PERBANDARAN KLANG

TEMPOH JUMLAH NAMA OPERATOR JUMLAH LANTIKAN UNIT BIL LOKASI TANDAS AWAM TANDAS YANG UNIT SURAU OPERATOR URINAL DILANTIK KUBIKEL TANDAS (LELAKI) JKKK Pulau Ketam-Ketua Jeti Pulau Ketam, 1/3/2016- 1 Kampung En.Cha Keng 4 1 0 Pelabuhan Klang 28/2/2017 Lee Jalan Acheh, Pelabuhan 1/7/2016- 2 Encik Abd Jalil bin Man 6 2 0 Klang 30/6/2017 Emporium Makan, Jalan Puan Nuraini Murugayee 1/11/2016- 3 6 1 0 Pasar, Klang binti Abdullah 31/10/2017 Encik Anuar bin Abu 1/11/2016- 4 Kiosk Dataran Seni, Klang 5 1 0 Hassan 31/10/2017 Gerai Taman Pengkalan 18/11/2016- 5 Batu, Jalan Tepi Sungai, Pn. Natrah binti Dollah 3 0 1 17/11/2017 Klang Gerai Jalan Raja Lumu, Puan Hasmah Wati binti 21/2/2016- 6 Pandamaran, Pelabuhan 8 1 1 Husin 20/2/2017 Klang Gerai Jalan Seruling 57, 1/11/2016- 7 Tan Kim Seong 7 3 0 Taman Klang Jaya, Klang 31/10/2017 Gerai Jalan Dato Yusof Amy Masliyana binti 15/10/2016- 8 Shahbudin 10, Taman 6 3 0 Zainoren 14/10/2017 Sentosa, Klang Gerai Lorong Sri Damak Encik Asnul bin Abu 15/10/2016- 9 6 3 0 21, Hassan 14/10/2017

Gerai Taman Intan Di 11/3/2016- 10 Faridah binti Hashim 5 3 0 Jalan Batai Laut, Klang 10/3/2017 Gerai 'Taiwan Village', Selvayanam A/L 1/11/2016- 11 , 5 3 0 Kumarrapan 31/10/2017 Pelabuhan Klang Gerai Jalan Sri Sarawak 1/11/2016- 12 26, Taman Sri Andalas, Abu Hashim bin Hassan 4 0 0 31/10/2017 Klang Gerai Taman Kem, 1/11/2016- 13 Muhamaddorkar 4 0 0 Pelabuhan Klang 31/10/2017 Gerai Esplanade Tanjung 1/12/2016- 14 Amiliah binti Zakaria 4 2 1 Harapan, Pelabuhan Klang 30/11/2016 Kiosk Jln Dato Hamzah ( Encik Tinagaran A/l 1/2/2016- 15 3 1 0 Little India) Muniandy 31/1/2017 Gerai Medan Kelana, Jalan Samsudin b. Kadar 1/11/2016- 16 2 0 0 Mohet, Klang Batcha 31/10/2017 Gerai Pulau Indah, 11/12/2016- 17 Rasidah binti Md Yatim 2 0 1 Pelabuhan Klang 10/12/2017 Gerai Sifar Lebuh Sultan 1/11/2016- 18 Mohamed 2, Bandar Sultan Suhana binti Utoh 2 0 0 31/10/2017 Sulaiman Gerai Jalan Sijangkang, 1/1/2017- 19 Pandamaran, Pelabuhan Lelawati binti Naim 28/2/2017 2 0 0 Klang (2 BULAN) Gerai Sifar Lorong Setia 15/3/2016- 20 1A, Taman Setia, Jalan Kamarudin bin Yaakob 2 0 0 14/3/2017 Johan Setia, Klang Gerai Kawasan Industri Sg Vesnuwartan A/L 1/11/2016- 21 2 0 0 Puloh, Meru, Klang Kunnasalan 31/10/2017 Kiosk Kompleks Sukan 1/1/2017- 22 Pandamaran, Pelabuhan Nurul Nazua bt Abdullah 28/2/2017 9 3 0 Klang (2 BULAN) Gerai Sobena Jaya, 23 Pandamaran, Pelabuhan Tiada Tiada 4 1 0 Klang Gerai Sifar Jalan Sultan Abdul Samad 34, Bandar 24 Tiada Tiada 2 0 0 Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang Gerai Lorong Songket, 25 Tiada Tiada 2 0 0 Taman Maznah, Klang Gerai Simpang Empat, 26 Tiada Tiada 5 3 1 Teluk Pulai, Klang Gerai Taman Orkid, Jalan 27 Tiada Tiada 4 0 0 Meru, Klang Gerai Jalan Kenangan, 28 Tiada Tiada 4 1 1 Meru, Klang Gerai Perusahaan Bukit Raja, Solok Waja 1, Kaw 29 Tiada Tiada 3 1 0 Perindustrian Bukit Raja, Klang

JUMLAH KESELURUHAN 121 33 6

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

Halina binti Mhd. Nordin Hazliza binti Md. Salleh Pegawai Penilaian Pengarah Jabatan Penilaian dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Pengurusan Harta