Agensi Penguatkuasaan Maritim JABATAN PERDANA MENTERI Aras 10, One IOI Square IOI Resort 62502 PUTRAJAYA Tel : 03 – 89957016/7019 Faks : 03 – 89411000 Web : http://www.mmea.gov.my KENYATAAN MEDIA

Ruj.Kami : APMM PA200/3Jil.1( ) Tarikh : 29 Okt 2012

MAKLUMBALAS MARITIM MALAYSIA MENGENAI LAPORAN “ATASI PENCEROBOHAN BOT PUKAT TUNDA, APOLLO”

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia bertarikh 26 Oktober 2012 (mukasurat 26) bertajuk seperti di atas, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ingin memberi penjelasan mengenai isu yang ditimbulkan.

2. Sejak Wilayah Maritim Utara dan khasnya Daerah Maritim Pulau Pinang memulakan penguatkuasaan di perairan Pulau Pinang pada November 2005 hingga sekarang, sebanyak 6711 pemeriksaan dan 591 tangkapan telah dilakukan. Daripada jumlah tersebut, statisitik tangkapan yang melibatkan Akta Perikanan khasnya pencerobohan nelayan berjumlah 465 tangkapan.

3. Manakala pemeriksaan sejak bulan Januari hingga 28 Oktober 2012 berjumlah 1,695 pemeriksaan dengan tangkapan sebanyak 77 yang mana 83 peratus adalah tangkapan kes-kes di bawah Akta Perikanan. Daripada jumlah tangkapan itu, kompaun yang telah dikutip ialah sebanyak RM90,500 dan hasil lelongan ikan pula ialah RM37,463.50.

4. Selain tangkapan ke atas pencerobohan nelayan tempatan, Daerah Maritim Pulau Pinang juga memberi perhatian serius terhadap pencerobohan nelayan asing. Kes tangkapan terbaru ialah tiga buah bot nelayan Indonesia pada 18 September 2012 dan dua buah bot 1

Indonesia pada 21 Oktober 2012 di atas kesalahan menangkap ikan secara haram di perairan Barat Daya Pulau Pinang. Menerusi strategi memperagakan kehadiran aset-aset Maritim Malaysia di lokasi-lokasi panas, didapati pencerobohan nelayan asing di dalam kawasan perairan telah berkurangan, sebaliknya mereka didapati menjalankan kegiatan berhampiran garisan Zon Ekonomi Eksklusif.

5. Selain itu, beberapa sesi dialog juga sering diadakan dengan persatuan-persatuan nelayan setempat agar permasalahan dan isu yang dihadapi oleh nelayan dan agensi penguat kuasa dapat difahami dengan lebih jelas. Dialog dengan persatuan nelayan laut bagi Kelas A dan B yang terbaru telah diadakan pada 16 Oktober 2012 dan yang telah dirancang bersama nelayan laut Kelas B akan diadakan pada 31 Oktober 2012 bagi mendapatkan kerjasama supaya tidak menceroboh kawasan nelayan pantai.

6. Daerah Maritim Pulau Pinang telah menghantar aset dan membuat operasi penguatkuasaan respon kepada setiap aduan yang diterima seperti di , Pantai Acheh, Jalan Baru, Sungai Burung, , , dan banyak lagi. Daripada 118 jumlah aduan yang telah diterima untuk tahun 2012, sebanyak 105 aduan adalah mengenai kes perikanan dan termasuk 49 aduan yang diterima dari kawasan Barat Daya Pulau Pinang yang mana kesemuanya telah diambil tindakan dengan segera. Sebanyak 36 tangkapan kes kesalahan pencerobohan zon telah berjaya dibuat.

7. Agensi ini amat mengalu-alukan kerjasama pihak nelayan bagi mengatasi isu pencerobohan bot nelayan dengan memberikan maklumat dengan cepat kepada Bilik Operasi Daerah Maritim Pulau Pinang sama ada hadir sendiri atau menerusi talian hotline 04-2626146 supaya tindakan lebih berkesan dapat dilakukan.

2

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ”MENGAWAL, MELINDUNG, MENYELAMAT”

DATO’ AHMAD PUZI BIN HJ AB KAHAR Laksamana Muda Maritim Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Jabatan Perdana Menteri

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pn Faridah binti Shuib Pegawai Perhubungan Awam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Jabatan Perdana Menteri Tel:019-2188001

3