PEMBANGUNAN KEMUDAHAN PRASARANA DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

SITI NORSHAFIKA BINTI SAHARUDDIN

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina

JUNE 2018

ii

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Pembangunan Kemudahan Prasarana Di Perkampungan Orang Asli” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama : SITI NORSHAFIKA BINTI SAHARUDDIN

Tarikh : iii

DEDIKASI

Ya Allah’

Kupanjatkan kesyukuran atas rahmat dan nikmatMu,

“Sesungguhnya, selepas kesusahan ada kesenangan.” [Quran 94:5]

Mak dan Ayah;

Ini sahaja yang mampu anakmu balas jasamu yang telah menjagaku dari kecil sehingga kini.

Terima kasih atas doa dan restu yang telah engkau berikan.

Kepada Kak Siti, Kak Ngah, Abang Ujang, Ayus dan Apit;

Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Sahabat,

Terima kasih kerana sama-sama membantu dalam menyelesaikan masalah

N.A.M.Y

Terima kasih untuk semangat yang diberikan.

Ini untuk kalian… iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Illahi, Tuhan Sekelian Alam, Yang Maha Memberi Nikmat, Kemudahan dan Keberkatan. Dengan limpahan rahmatNya, masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Pertamanya, penghargaan ini saya dedikasikan khas kepada Assoc. Prof. Dr. Nur Emma Binti Mustaffa yang telah banyak membantu, menyelia dan memberikan tunjuk ajar sehingga membuka ruang kepada saya untuk menyiapkan kajian ini dengan sehabis baik.

Terima kasih juga kepada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli yang telah memberikan ruang dan masa serta kerjasama bagi menjayakan tesis ini. Pengalaman dan maklumat yang diberikan telah membantu merialisasikan kajian ini.

Tidak lupa kepada keluarga, sahabat dan penduduk Orang Asli Bahru yang banyak membantu dan memberi sokongan.

Akhirnya, kepada rakan seperjuangan.

We did it! Alhamdulillah. v

ABSTRAK

Prasarana merupakan satu kemudahan asas yang diperlukan bagi pembangunan dan kemajuan bagi sesuatu kaum. Masyarakat Orang Asli juga merupakan satu kaum yang berhak dalam memperolehi pembangunan prasarana yang sempurna bagi menjalankan kehidupan harian. Melalui pembangunan prasarana ini dapat mewujudkan sosioekonomi masyarakat yang seimbang samada di bandar dan di luar bandar. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti jenis-jenis prasarana yang terdapat di perkampungan Orang Asli dan tahap penggunaan mereka terhadap prasarana yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian dijalankan berdasarkan kajian kes ke atas lima buah kampung Orang Asli di daerah . Pengumpulan data telah dibuat dengan menjalankan temu bual semi struktur dan tinjauan tapak. Temu bual dijalankan terhadap pihak JAKOA, Tok Batin dan penduduk kampung. Hasil kajian yang dijalankan berjaya mengenalpasti jenis-jenis prasarana yang terdapat di perkampungan Orang Asli iaitu rumah kediaman, bekala elektrik, bekalan air, surau, balai raya, rumah transit Darul Hikmah, TABIKA, jalan raya dan balai rawatan. Melalui kajian ini juga berjaya dalam mengenalpasti tahap penggunaan masyarakat Orang Asli berkenaan prasarana yang dibina. Dapatan hasil kajian ini agar dapat membantu pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam melaksanakan langkah-langkah yang sewajarnya dalam membasmi kemiskinan Orang Asli serta menghasilkan masyarakat Orang Asli yang berdaya maju. vi

ABSTRACT

Infrastructure is a basic facility needed for the development of a community. The Orang Asli community is also a community that has the right to acquire good infrastructure development for their daily life. Through this infrastructure development, a balanced socio-economic society in both urban and rural areas can be created. Therefore, this study was conducted to identify the types of infrastructure available in the Orang Asli settlement and the extent of their use of the infrastructure provided by the Orang Asli Development Department (JAKOA). To achieve these objectives, the study was conducted based on five case studies of the Orang Asli villages in . Data collection was created by conducting semi- structural interviews and site observation. Interviews were conducted on JAKOA officers, Tok Batin and villagers. The results of the study have identified the types of infrastructures available in the Orang Asli settlements such as residential houses, electricity, water supply, surau, community hall, Darul Hikmah transit house, TABIKA, roads and hospitals. This study also succeeded in identifying the level of utilization of the Orang Asli community on the infrastructure being built. The findings of this study are to assist the Orang Asli Development Department (JAKOA) in implementing appropriate measures to eradicate Orang Asli poverty and to generate viable Orang Asli communities.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

AKUAN II DEDIKASI III PENGHARGAAN IV ABSTRAK V ABSTRACT VI ISI KANDUNGAN VII SENARAI RAJAH XI SENARAI JADUAL XI1 SENARAI RINGKASAN XV

1 PENDAHULUAN 1.1Pengenalan 1 - 3 1.2 Penyataan Masalah 3 - 6 1.3 Persoalan Kajian 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Skop Kajian 7 - 8 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.7 Metodologi Kajian 9 – 12 1.8 Organisasi Bab 13 – 14 viii

2 PERANCANGAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI ORANG ASLI 2.1 Pengenalan 15 - 16 2.2 Definisi Konsep 2.2.1 Prasarana 16 - 17 2.2.2 Orang Asli 17 - 18 2.2.3 Pembangunan 18 - 19 2.3 Kategori Kaum Orang Asli 2.3.1 Negrito 21 2.3.2 Senoi 22 2.3.3 Melayu Proto 23 2.4 Pembangunan Sosioekonomi Orang Asli di 2.4.1 Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan 25 - 27 Wilayah (KKLW) 2.4.2 Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 27 - 28 2.5 Rancangan Pembangunan Kerajaan Terhadap Orang Asli 2.5.1 Program Penempatan Tersusun 29 - 31 2.5.2 Pembangunan Ekonomi 31 - 33 2.5.3 Pembangunan Sosial 33 2.6 Perkhidmatan Kesihatan Perubatan Terhadap 34 - 35 Orang Asli 2.7 Pendidikan Orang Asli di Malaysia 36 - 37 2.8 Rumusan Bab 38

3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 39 - 40 3.2 Kaedah Kajian 3.2.1 Pendekatan Kualitatif 40 3.2.1.1 Kajian Kes 41 ix

3.3 Instrumen Kajian 3.3.1 Tinjauan Tapak 41 - 43 3.3.2 Temu Bual Semi Struktur 44 3.4 Responden 44

3.5 Perancangan Kaedah Kajian 3.5.1 Peringkat Pertama 45 3.5.2 Peringkat Kedua 46 3.5.3 Peringkat Ketiga 47 - 48 3.5.4 Peringkat Keempat 49 - 50 3.5.5 Peringkat Kelima 50 3.6 Reka Bentuk Penyelidikan 51 3.7 Rumusan Bab 52

4 ANALISIS KAJIAN 4.1 Pengenalan 53 4.2 Latar Belakang Kampung 54- 63 4.3 Jenis-jenis Prasarana Yang Terdapat Di Perkampungan Orang Asli 4.3.1 Rumah Kediaman 64 - 79 4.3.2 Bekalan Elektrik dan Bekalan Air 79 - 82 4.3.3 Surau 83 - 87 4.3.4 Balai Raya 88 - 91 4.3.5 Rumah Transit Darul Hikmah 92 - 95 4.3.6 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) 96 - 100 4.3.7 Kemudahan Jalan Raya 101 - 106 4.3.8 Balai Rawatan 107 – 109 4.3.9 Rumusan 110 - 111 4.4 Tahap penggunaan Orang Asli Terhadap Prasarana Yang Telah Disediakan Oleh JAKOA 4.4.1 Kampung Bakar Batu 113 – 114 4.4.2 Kampung Kuala Masai 115 - 117 4.4.3 Kampung Simpang Arang 118 – 119 4.4.4 Rumusan 120 - 121 x

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 122 5.2 Kesimpulan 123 – 124 5.3 Batasan Kajian 125 5.4 Kajian Lanjutan 126 RUJUKAN 127 – 130 Lampiran 131 - 137

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Carta Alir Metodologi kajian 12 2.1 Pecahan Kumpulan Kaum Dan Rumpun Orang Asli 20 Di Malaysia 3.1 Nama-nama Responden Yang Terlibat 48 4.1 BilanganRumah Kediaman Yang Terdapat Di 78 Kampung Orang Asli 4.2 Kemudahan Bekalan Elektrik Dan Bekalan Air Di 82 Kampung Orang Asli Seletar 4.3 Kemudahan Surau Di Kampung Orang Asli 87 4.4 Kemudahan Balai Raya Di Kampung Orang Asli 91 4.5 Rumah Transit Di Kampung Orang Asli 93 4.6 TABIKA Di Kampung Orang Asli 100 4.7 Kemudahan Jalan Raya Di Kampung Orang Asli 106 4.8 Kemudahan Balai Raya Di Kampung Orang Asli 109 4.9 Rumusan Jenis-jenis Prasarana Bagi Kampung- 110 kampung Orang Asli Seletar Di Daerah Johor Bahru 4.10 Jenis-jenis Prasarana Yang Tidak Digunakan Di 120 Kampung-kampung Orang Asli Seletar Di Daerah Johor Bahru

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Jumlah Penduduk Orang Asli Di Malaysian Yang Masih 4 Belum Mendapat Bekalan Air Bersih, Bekalan Elektrik, Kemudahan Jalan Raya Dan Rumah 2.1 Kawasan penempatan Orang Asli Negrito 21 2.2 Kawasan Penempatan Orang Asli Senoi 22 2.3 Kawasan Penempatan Orang Asli Melayu Proto 23 2.4 Transformasi Dan Evolusi Yang Dilaksanakan Oleh 26 KKLW 4.1 Lokasi Bagi Kampung-Kampung Orang Asli 55 4.2 Lokasi Kampung Orang Asli Bakar Batu, 56 4.3 Lokasi Kampung Telok Jawa, 57 4.4 Lokasi Kampung Kuala Masai Plentong 59 4.5 Lokasi Kampung Orang Asli Sungai Temon, Johor Bahru 60 4.6 Lokasi Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang 62 Patah 4.7 Rumah Sampan Kajang 65 4.8 Rumah Tradisi Orang Asli Seletar 65 4.9 Rumah PPRT Orang Asli Seletar 66 4.10 Rumah PBR Orang Asli Seletar 67 4.11 Rumah PPRT Di Kampung Bakar Batu 68 4.12 Rumah PBR di Kampung Bakar Batu 69 xiii

4.13 Rumah Tradisi Di Kampung Telok Jawa 70 4.14 Keadaan Rumah Tradisi Di Kampung Telok Jawa 71 4.15 Rumah PBR di Kampung Kuala Masai 72 4.16 Rumah Tradisi Kampung Orang Asli Kuala Masai 73 4.17 Rumah Sebuah Di Kampung Kuala Masai 73 4.18 Rumah PBR Kampung Sungai Temon 74 4.19 Rumah Tradisi Kampung Sungai Temon 75 4.20 Rumah Sebuah Kampung Sungai Temon 75 4.21 Rumah Tradisi Orang Asli Seletar Di Kampung Simpang 76 Arang 4.22 Rumah Sebuah Yang Dibina Oleh Penduduk Di Kampung 77 Simpang Arang 4.23 Rumah PBR Yang Disediakan Oleh Jabatan Untuk 77 Penduduk Kampung Simpang Arang 4.24 Surau Yang Dibina Di Kampung Bakar Batu 84 4.25 Surau Kampung Kuala Masai 85 4.26 Surau Kampung Simpang Arang 86 4.27 Balai Raya Kampung Bakar Batu 89 4.28 Balai Raya Kampung Kuala Masai 90 4.29 Balai Raya Kampung Sungai Temon 91 4.30 Rumah Transit Di Kampung Bakar Batu 93 4.31 Rumah Transit Di Kampung Kualai Masai 94 4.32 Rumah Transit Di Simpang Arang 95 4.33 TABIKA Kampung Bakar Batu 97 4.34 TABIKA Kampung Kuala Masai 98 4.35 TABIKA Kampung Sungai Temon 99 4.36 TABIKA Kampung Simpang Arang 100 4.37 Kemudahan Jalan Raya Di Kampung Bakar Batu 102 4.38 Kemudahan Jalan Raya Di Kampung Kuala Masai 103 4.39 Kemudahan Jalan Raya Di Kampung Sungai Temon 104 4.40 Kemudahan Jalan Raya di Kampung Simpang Arang 105 4.41 Kemudahan Jalan Raya Di Kampung Telok Jawa 106 4.42 Balai Rawatan Di Kampung Bakar Batu 108 xiv

4.43 Balai Rawatan Di Kampung Simpang Arang 109 4.44 Keadaan Kini Balai Rawatan Kampung Bakar Batu 114

4.45 Surau di Kampung Bakar Batu, Skudai 114 4.46 Tandas Balai Raya Yang Dipenuhi Sampah Sarap 115 4.47 Sinki yang tidak mempunyai kepala paip 116 4.48 Keadaan tandas yang tidak mempunyai pintu 116 4.49 Keadaan surau di Kampung Kuala Masai 117 4.50 Surau terbiar dan tidak bersih 117 4.51 Rumah Transit Darul Hikmah Kampung 118 Simpang Arang 4.52 Keadaan Surau Di Kampung Simpang Arang 119 4.53 Surau Kampung Simpang Arang Yang Kelihatan Tidak 119 Terjaga

xv

SENARAI RINGKASAN

JAKOA - Jabatan Kemajuan Orang Asli KKLW - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah PSK - Penyusunan Semula Kampung RKB - Rancangan Kampung Baru RPS - Rancangan Pengumpulan Semula TABIKA - Taman Bimbingan Kanak-Kanak DEB - Dasar Ekonomi Baru DPN - Dasar Pembangunan Nasional DWN - Dasar Wawasan Negara GTP - Government Transform Programme MAINJ - Majlis Agama Islam Negeri Johor KIR - Ketua Isi Rumah KPRJ - Kumpulan Prasarana Rakyat Johor 1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Malaysia sehingga kini merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai penduduk terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan keturunan. Golongan terbesar di negara ini ialah Melayu diikuti masyarakat Cina dan seterusnya India. Selain itu, terdapat juga kaum minoriti lain yang masih berada di Malaysia iaitu kaum Orang Asli. Walaupun mereka terdiri daripada kelompok minoriti, namun mereka masih digelar sebagai orang asal iaitu penduduk terawal mendiami Semenanjung Tanah Melayu selepas zaman prasejarah. Ini menjelaskan mereka juga satu kelompok masyarakat yang perlu diketengahkan oleh kerajaan dan perlu diberikan hak dan keistimewaan kepada mereka selari dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini.

2

Semenjak Rancangan Malaysia Pertama, 1966-1970 peranan kerajaan dalam memberikan pembangunan sosial yang seimbang telah memberikan pendekatan yang baik kepada seluruh masyarakat di Malaysia. Pembangunan sosial terutama dari segi penyediaan prasarana dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, hal ini tidak selari dengan pembangunan sosial bagi masyarakat Orang Asli yang jauh ketinggalan dan masih tidak menerima sebarang kemudahan asas daripada pihak kerajaan sendiri (Kamal et al., 2016). Pada tahun 1981, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memberikan perhatian yang khusus kepada penduduk Orang Asli melalui perangkaan Rancangan Malaysia ke-4. Berdasarkan rancangan tersebut, pihak kerajaan mula menaiktaraf kehidupan Orang Asli dengan memberikan kemudahan asas seperti rumah, bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya.

Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang kini digelar sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) juga merupakan langkah kerajaan dalam penambahbaikan kehidupan Orang Asli di Malaysia. Berdasarkan Teras Kemajuan Orang Asli, penubuhan jabatan ini adalah untuk memberi perlindungan kepada Orang Asli disamping menyediakan kemudahan dan bantuan daripada segi pendidikan, kesihatan dan pembangunan sosioekonomi (JAKOA, 2011). Hal ini menunjukkan kerajaan mula menitikberatkan kehidupan Orang Asli dan memberi peluang kepada mereka untuk turut bersama-sama dalam mencapai persada kemajuan dan pembangunan negara. Terdapat pelbagai kemudahan asas yang telah dibina bagi mengintegrasikan kehidupan masyarakat Orang Asli dalam kehidupan yang moden dengan infrastruktur asas (Hafiz, 2011).

Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati tahap pencapaian kemudahan di Malaysia amat memuaskan (Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke Tujuh 1996-2000). Kemudahan infrastruktur yang sempurna yang disediakan untuk masyarakat menjadi lambang kemodenan, pembangunan dan perubahan. Penyediaan 3 infrastruktur sosial di Malaysia adalah membanggakan dari bermulanya negara mencapai kemerdekaan. Namun bagi masyarakat Orang Asli sendiri, mereka masih kurang mendapat kemudahan prasarana ini berbanding dengan kaum lain di negara ini (Ramlee Abdullah, 2014). Pandangan yang sama turut dikongsikan oleh Ta Wee (2015) yang menyatakan prasarana yang dibina masih belum memenuhi keperluan penduduk Orang Asli kerana keadaan prasarana yang tidak diurus dengan baik.

1.2 Penyataan Masalah

Merujuk kepada isu dan permasalahan dalam penyediaan prasarana, terdapat masalah-masalah yang dikenalpasti terutamanya daripada pihak kerajaan sendiri. Peranan kerajaan amat penting dalam pembangunan Orang Asli, meskipun kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang banyak bagi pembangunan Orang Asli namun sehinggakan saat ini masih banyak kampung Orang Asli yang tidak mempunyai sebarang kemudahan asas. Menurut Fadzil et al., (2016) usaha kerajaan dalam penyediaan kemudahan asas masih ditahap yang rendah dan tidak mencukupi. Malah, masih terdapat sebilangan kampung yang tidak mempunyai bekalan air yang bersih dan menyebabkan penduduk Orang Asli tersebut terpaksa berjalan dengan jarak yang jauh bagi mendapatkan bekalan air yang bersih. Perkara ini bukan sahaja berlaku terhadap bekalan air tetapi juga bekalan elektrik dan kemudahan jalan raya.

4

Rajah 1.1 : Jumlah Penduduk Orang Asli di Malaysia yang Masih Belum Mendapat Bekalan Air Bersih, Bekalan Elektrik, Kemudahan Jalan Raya dan Rumah (JAKOA, 2017)

Berdasarkan laporan Rancangan Malaysia ke-10, masih terdapat kampung di pendalaman yang masih belum boleh dihubungi melalui jalan raya manakala di kawasan luar bandar pula kemudahan infrastruktur yang disediakan masih tidak mencukupi (Malaysia, 2010). Keadaan ini turut berlaku di kawasan petempatan masyarakat Orang Asli yang memang daripada asal jauh ketinggalan dari segi menikmati kemudahan pembangunan infrastruktur. Oleh itu, kemudahan yang tidak diperoleh menyukarkan komuniti minoriti ini untuk membentuk satu kelompok masyarakat yang lebih maju dan moden.

Walaupun pelbagai usaha yang telah kerajaan lakukan, terdapat segelintir masyarakat Orang Asli masih melihat keadaan berkenaan memberikan impak negatif berbanding impak positif kepada mereka (Syufaat, 2013). Berdasarkan kenyataan media Orang Asli yang diperoleh daripada JAKOA (2010), penduduk orang asli 5 diselubungi kebimbangan kerana projek-projek yang dibangunkan oleh kerajaan seperti Penyusunan Semula Kampung (PSK), Rancangan Kampung Baru (RKB), Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) dan sebagainya telah memberi kesan buruk kepada kehidupan mereka. Mereka mengatakan punca pendapatan mereka semakin kurang dan mengakibatkan kerugian berlaku. Kes-kes seperti ini dialami oleh Orang Asli di Kampung Orang Asli Buluh Nipis, Kedah, Kampung Orang Asli Betau, Pahang dan Kampung Orang Asli Bukit Lanjan, Selangor.

Selain itu, melalui temubual awalan yang dilaksanakan pada 2 November 2017 bagi mengenalpasti permasalahan ini, pihak JAKOA (Badri bin Ismail, Pemangku Pegawai JAKOA) telah menjelaskan bahawa ada segelintir Orang Asli yang tidak mahu memberikan sokongan mereka kepada pihak kerajaan dalam pembangunan prasarana ini. Hal ini berlaku di Kampung Orang Asli Pasir Putih, Johor Bahru yang mana penduduknya enggan berpindah daripada kampung tersebut. Mereka turut merasakan penempatan baru tersebut tidak sama dengan penempatan yang didiami kini semenjak zaman nenek moyang mereka lagi. Perkara ini telah menyukarkan pihak JAKOA dalam menjalankan proses pembangunan prasarana di kampung tersebut.

Disamping itu, menurut Syufaat (2013), dalam kajiannya menyatakan bahawa kesan penerimaan prasarana bagi masyarkat Orang Asli adalah lebih kepada kesan negatif berbanding kesan positif. Sebagai contih, di yang mana penduduknya telah gagal dalam menguruskan sisa kumbahan. Kemudahan tandas yang telah disediakan di setiap rumah telah tidak gunakan dengan sebaik mungkin. Namun begitu, terdapat juga tandas yang rosak dan tidak diuruskan dengan baik oleh penduduk.

6

Berdasarkan penyataan-penyataan diatas jelas menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli masih memerlukan prasarana yang secukupnya untuk bersama-sama dalam merasai pembangunan yang holistik. Walaupun pembangunan prasarana mereka kini mengalami perbezaan yang ketara dari sebelumnya tetapi dalam era globalisasi ini, pembangunan prasarana yang dilaksanakan masih belum mencapai tahap kemodenan. Hal ini menjadikan penyelidik perlu menjalankan kajian berkenaan penyediaan prasarana di Perkampungan Orang Asli ini bagi mengkaji tahap penyediaan prasarana yang dibekalkan oleh kerajaan Malaysia dan bagaimana penggunaan mereka terhadap prasarana tersebut.

1.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan isu-isu yang diperkatakan dalam penyataan masalah, beberapa soalan kajian perlu diketengahkan dan dikaji. Persoalan yang perlu dikaji adalah:

1. Apakah kemudahan prasarana yang sedia ada di Perkampungan Orang Asli?

2. Bagaimanakah kemudahan prasarana yang sedia ada digunakan?

Semua persoalan bagi kajian akan dijawab dalam penyelidikan ini. Sememangnya kajian ini perlu diketengahkan dengan lebih jauh lagi agar perkampungan Orang Asli di Malaysia dapat membangun secara pesat dengan penyediaan pelbagai kemudahan asas kepada mereka.

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk :

1. Mengenalpasti kemudahan prasarana yang sedia ada di Perkampungan Orang Asli.

2. Sejauhmana kemudahan prasarana yang diperoleh di Kampung Orang Asli digunakan.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini hanya dilakukan di Perkampungan Orang Asli di daerah Johor Bahru. Sebanyak lima buah perkampungan telah dipilih berdasarkan bilangan populasi penduduk, lokasi dan kos yang akan dilaksanakan untuk proses kutipan data. Kampung-kampung tersebut ialah:

1. Kampung Orang Asli Simpang Arang

2. Kampung Orang Asli Sungai Temon

3. Kampung Orang Asli Kuala Masai

4. Kampung Orang Asli Telok Jawa

5. Kampung Orang Asli Bakar Batu 8

Dalam kajian ini, penyelidik juga membataskan kajian kepada perkara- perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Kajian ini terbatas kepada beberapa prasarana yang terdapat di perkampungan Orang Asli di Johor iaitu:

1. Rumah kediaman

2. Bekalan elektrik dan air bersih

3. Surau

4. Balai raya

5. Rumah transit

6. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA)

7. Kemudahan jalan raya

8. Balai rawatan

9

1.6 Kepentingan Kajian

Merujuk kepada objektif kajian, kajian ini penting untuk dilaksanakan bagi mengupas mengenai pembangunan prasarana di perkampungan Orang Asli di daerah Johor Bahru. Kajian ini juga membolehkan hasil penyelidikan dijadikan sebagai rujukan bagi pengkaji lain yang ingin membuat kajian berkaitan prasarana di kampung Orang Asli bukan sahaja hanya di daerah Johor Bahru tetapi di dearah- daerah lain juga. Selain daripada itu, dapatan daripada kajian ini dapat membantu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam mendapatkan maklumat mengenai prasarana yang dibina telah digunakan secara baik atau sebaliknya. Justeru itu, maklumat yang diperoleh juga diharap akan mempercepatkan tindakan daripada pihak JAKOA dalam menaiktaraf dan meningkatkan lagi pembangunan prasarana di perkampungan tersebut. Selain itu, kajian ini juga berpontensi untuk mengenalpasti samada masyarakat pribumi di Malaysia sudah mencapai kemajuan atau masih mengalami kemunduran dari segi pembangunan sosial.

1.7 Metodologi Kajian

Metodologi kajian adalah sangat penting bagi memastikan objektif kajian tercapai. Ia menunjukkan dan menjelaskan bagaimana prosedur sesuatu kajian itu dilaksanakan. Kajian ini telah dipecahkan kepada beberapa peringkat seperti yang diterangkan dibawah :

10

1.7.1 Peringkat pertama – Pemilihan Objektif Kajian

Isu-isu dikenalpasti dan diperolehi daripada pembacaan rujukan seperi buku rujukan, kajian lepas, surat khabar, laporan JAKOA, majalah, jurnal dan bahan ilmiah yang lain. Setelah mengenalpasti isu yang timbul, objektif kajian akan dibentuk bagi menyelesaikan persoalan tersebut. Skop kajian juga akan dikenalpasti untuk mendapatkan data yang diperlukan berdasarkan objektif kajian.

1.7.2 Peringkat kedua – Kajian Literatur

Kajian literatur dijalankan melalui pembacaan seperti tesis, jurnal, artikel, buku dan sebagainya. Ini dilakukan bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang isu yang hendak dikaji. Kajian literatur ini sangat penting dilakukan bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik terdahulu mengenai isu yang dipilih.

1.7.3 Peringkat ketiga – Pengumpulan Data

Bagi mencapai objektif kajian, pengumpulan data dilaksanakan dengan penggunaan data primer dan data sekunder. Penggunaan data primer dibuat dengan kaedah temubual yang akan dilakukan dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Tok Batin yang terdapat di perkampungan Orang Asli. Selain itu, kaedah tinjauan tapak juga akan digunakan bagi membantu dalam pengumpulan data kajian. Pengumpulan data melalui data sekunder pula ialah buku rujukan, kajian lepas, laporan JAKOA, majalah, surat khabar dan majalah.

11

1.7.4 Peringkat keempat – Analisis Data

Selepas data selesai dikumpulkan, data yang diperoleh akan dianalisis dan akan diketegorikan mengikut objektif yang telah ditentukan. Semasa proses menganalisis data, semua data yang telah dikumpulkan dikaji secara terperinci dan sistematik. Data-data akan dibahagikan mengikut kategori dan jenisnya.

1.7.5 Peringkat Kelima – Kesimpulan dan Cadangan

Setelah proses menganalisis data selesai, rumusan dan kesimpulan hasil kajian akan dibuat. Proses ini merupakan di antara proses terakhir dalam penyediaan laporan penyelidikan. Tujuannya adalah bagi menjelaskan penyelesaian atau cadangan bagi kajian yamg dilaksanakan untuk akan datang.

12

Jadual 1.1: Carta Alir Metodolgi Kajian

CARTA ALIR METODOLOGI KAJIAN

PEMILIHAN TAJUK

MEMBENTUK PENYATAAN MASALAH Peringkat 1

MENGENALPASTI OBJEKTIF DAN SKOP KAJIAN

PENENTUAN DATA : KAJIAN LITERATUR Peringkat 2 1. Kajian Perpustakaan

PENGUMPULAN DATA Peringkat 2

Peringkat 3

DATA PRIMER DATA SEKUNDER 1. Kajian Lepas 1. Temubual pihak 2. Laporan JAKOA

JAKOA & Tok Batin 2. Tinjauan Tapak

(Kampung-kampung Orang Asli Johor Bahru)

PENCAPAIAN OBJEKTIF KAJIAN

PENYUSUNAN DATA Peringkat 4

& PENYEMAKAN DATA

MENGANALISIS DATA

CADANGAN KESIMPULAN Peringkat 5

PENYERAHAN KAJIAN

13

1.8 Organisasi Bab

Kajian ini disusun mengikut aturan serta bab-bab bagi memudahkan dan melancarkan kajian ini dilakukan. Berikut adalah susunan bab-bab dalam penyelidikan yang dijalankan:

1.8.1 Bab 1 – Pengenalan

Bab ini membincangkan dan memberi penerangan yang jelas terhadap kajian yang dijalankan merangkumi pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, metodologi kajian dan kepentingan kajian.

1.8.2 Bab 2 – Model Pembangunan Prasarana di Perkampungan Orang Asli

Bab ini akan mengandungi kajian literatur mengenai definisi, jenis-jenis dan impak pembangunan prasarana yang diperoleh. Ianya akan didapati melalui pembacaan bahan-bahan ilmiah seperti buku, jurnal, internet, surat khabar dan sebagainya. Pendedahan mengenai prasarana daripada sumber-sumber amat membantu dalam memberi pendedahan dengan lebih mendalam terhadap tajuk kajian.

1.8.3 Bab 3 – Metodologi Kajian

Bab ini membincangkan kerangka teori yang akan digunakan dalam kaedah kajian untuk mengumpul maklumat, kaedah analisis dan format yang tepat untuk menyampaikan dapatan kajian. Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan bagi kajian ini adalah temubual dan pemerhatian.

14

1.8.4 Bab 4 – Pemerihalan dan Pengalisaan Data

Tumpuan adalah kepada menganalisis data yang diperoleh dengan kaedah temubual dan pemerhatian. Bagi kajian ini, data yang diperolehi daripada kedua-dua kaedah tersebut akan ditranskrip.

1.8.5 Bab 5 – Cadangan dan Kesimpulan

Bab ini menyediakan cadangan dan kesimpulan terhadap kajian termasuklah perbincangan mengenai dapatan serta cadangan bagi kajian yang akan datang.

15

BAB 2

PERANCANGAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI ORANG ASLI

2.1 Pengenalan

Perancangan pembangunan dianggap sebagai satu elemen penting dalam meningkatkan taraf hidup sesebuah masyarakat. Kini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai dasar dan perancangan bagi melaksanakan pembangunan tersebut. Dasar merupakan satu garis panduan bagi melaksanakan sesuatu matlamat dan mempunyai inti pati tertentu kearah perubahan yang dihasratkan (A. Samah & H. Hamsan, 2008). Melalui perlaksanaan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN) dan Government Transform Programme (GTP) adalah demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

16

Namun begitu, dalam konteks Orang Asli, pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan kurang memberikan impak kepada kehidupan mereka. Perancangan yang dibuat tidak diperolehi sebagaimana yang diharapkan oleh komuniti ini. Ini berlaku disebabkan terdapat beberapa perancangan tidak direncana dengan teliti dan kurang mengambil faktor kesediaan serta aspirasi sebenar kelompok masyarakat tersebut. (Ali S.M., 2006).

2.2 Definisi Konsep

Beberapa konsep telah disenaraikan bagi kajian ini iaitu prasarana, Orang Asli dan pembangunan. Konsep-konsep tersebut akan dihuraikan satu demi satu berdasarkan kajian pustaka yang telah dijalankan oleh penyelidik.

2.2.1 Prasarana

Prasarana membawa maksud kesuluruhan perkhidmatan dan kemudahan asas yang diperlukan bagi pembangunan dan kemajuan (Mustafa et al., 2007). Dalam kajian ini, prasarana bermaksud kemudahan asas yang dibekalkan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat orang asli di setiap kampung yang meliputi rumah kediaman, balai raya, dewan dan sebagainya. Kemudahan asas sangat diperlukan bagi pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi dan

17 lain-lain (Kamus dewan, 2007). Kemudahan asas juga merupakan elemen penting bagi mewujudkan sosioekonomi masyarakat yang seimbang samada masyarakat di bandar mahupun di luar bandar.

2.2.2 Orang Asli

Secara umumnya Orang Asli merupakan penduduk terawal yang mendiami Semenanjung Malaysia dan kini mereka merupakan golongan minoriti pribumi iaitu hanya sejumlah 178,197 orang daripada keseluruhan penduduk di Malaysia (JAKOA, 2017). Menurut Carey (1976) istilah asli berasal dari perkataan Arab iaitu asali manakala dalam bahasa Inggeris pula ia dikenali sebagai aborigines yang bermaksud masyarakat mundur, primitif dan masih tidak membangun (Abu Talib, 2003). Panggilan Orang Asli digunakan bagi menggantikan panggilan nama komuniti ini seperti Orang Sakai, Orang Darat, Orang Bukit dan Saudara Lama.

Berdasarkan Portal Rasmi Kemajuan Orang Asli JAKOA (2017), penetapan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai komuniti Orang Asli telah dijelaskan dengan terperinci di dalam Seksyen 3 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134). Orang asli diiktirafkan seperti berikut :

a) Mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki itu.

18

b) Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.

c) Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.

2.2.3 Pembangunan

Definisi pembangunan sering dikaitkan dengan kemajuan sesuatu masyarakat atau negara samada dari perspektif ekonomi, sosial dan sebagainya. Berdasarkan pengertian pembangunan daripada Fakih (2001) ialah sesuatu perkara yang boleh dimaksudkan dengan proses dan usaha yang dijalankan untuk meningkatkan kehidupan ekonomi, budaya, infrastruktur masyarakat dan sebagainya. Manakala bagi Siagian (2005) pembangunan adalah suatu usaha pertumbuhan dan perubahan yang dirancang dan dilakukan oleh bangsa, negara dan pemerintah bagi mencapai kemodenan.

Menurut H.M. Dahlan (1989) pula, pembangunan merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia, institusi, negara dan apa juga berkaitan dengan alam semulajadi yang melibatkan manusia dan memberikan keupayaan bagi meningkatkan kemakmuran hidup. Hal ini jelas menunjukkan definisi pembangunan ialah satu

19 proses yang dijalankan untuk mencapai kemajuan, pertumbuhan dan perubahan kearah yang lebih baik. Namun begitu, bagi mencapai pembangunan tersebut perlu disertakan dengan perancangan yang teliti dan tersusun.

2.3 Kategori Kaum Orang Asli

Menurut Abdul Talib (2003), Orang Asli hidup secara kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 kelamin. Orang Asli juga boleh dibahagikan kepada 18 sub golongan (JAKOA, 2017). Walaubagaimanapun, bagi tujuan pentadbiran, pihak Jabatan Komuniti Orang Asli di Malaysia telah membahagikan golongan tersebut kepada 3 bangsa/kaum utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto (JAKOA, 2017). Setiap kaum tersebut dipecahkan kepada kelompok-kelompok suku kaum yang berbeza dan kesemuanya sebanyak 18 suku kaum. Pembahagian kelompok dibuat berdasarkan rupa fizikal, bahasa dan adat yang diamalkan oleh setiap golongan.

20

Jadual 2.1 : Pecahan Kumpulan Kaum dan Rumpun Orang Asli di Malaysia (JAKOA, 2017)

KAUM SUKU KAUM NEGERI

a. Kensiu b. Kintak 1. Negrito c. Lanoh Kedah, Perak, d. Jahai Kelantan, e. Mendriq Terengganu f. Bateq

a. Temiar b. Semai 2. Senoi c. Mahmeri Perak, Pahang, d. Jahut Selangor, e. Che Wong Terengganu f. Semoq Beri

a. Kuala b. Kanaq 3. Melayu Proto c. Seletar Johor, Pahang, d. Jakun Selangor, Melaka, e. Semelai Pahang dan Negeri f. Temuan Sembilan

21

2.3.1.1 Negrito

Kumpulan kaum Orang Asli Negrito terdiri daripada kumpulan suku kaum Kensui, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan juga Bateq. Kebanyakan daripada mereka mendiami di sekitar Banjaran Titiwangsa yang berpusat di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Sebagai contoh di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu. Hasan Mat Nor (1998) menyatakan bahawa suku kaum Negrito dipercayai telah tiba di Malaysia kira-kira 25,000 tahun yang lalu. Manakala Ratos (2006) menyatakan kaum ini tiba di Semenanjung Malaysia di antara 10,000 dan 60,000 tahun lalu. Walaupun kaum ini merupakan kumpulan Orang Asli yang tertua tinggal di Malaysia, namun mereka mempunyai populasi penduduk yang paling kecil iaitu hanya 3% daripada jumlah kesuluruhan penduduk Orang Asli (JAKOA, 2017).

Rajah 2.1: Kawasan Penempatan Orang Asli Negrito ( JAKOA, 2017)

22

2.3.2.1 Senoi

Kumpulan kedua Orang Asli ialah kaum jenis Senoi yang terdiri daripada 6 suku kaum juga antaranya ialah kaum Temiar, Semai, Mahmeri, Jahut, Che Wong dan Semoq Beri. Kaum Senoi telah tiba di Semenanjung Malaysia di sekitar 6,000 hingga 8,000 tahun yang lalu dan mendiami di kawasan Tengah Semenanjung Malaysia yang kebanyakannya terdapat di negeri Selangor, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Kumpulan ini juga merupakan kumpulan Orang Asli yang mempunyai bilangan terbesar di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 55% daripada kesemua populasi Orang Asli.

Rajah 2.2: Kawasan Penempatan Orang Asli Senoi (JAKOA, 2017)

23

2.3.2.2 Melayu Proto

Seterusnya ialah kaum Orang Asli Melayu Proto yang terdiri daripada suku kaum Kuala, Kanaq, Seletar, Jakun, Semelai dan Temuan. Kaum ini telah tiba di Semenanjung Malaysia sekitar 4,000 tahun lalu dan kini kebanyakan daripada mereka tinggal di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Jumlah populasi Melayu Proto ini ialah seramai 42% dari populasi keseluruhannya dan mereka merupakan kumpulan kedua terbesar selepas kaum Senoi.

Rajah 2.3: Kawasan Penempatan Orang Asli Melayu Proto (JAKOA, 2017)

24

2.4 Pembangunan Sosioekonomi Orang Asli Di Malaysia

Program pembangunan transformasi yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah dilihat memberi kesan menyeluruh kepada masyarakat sehinggakan penduduk Orang Asli turut merasakan pembangunan tersebut (Ta Wee et al., 2013). Sosioekonomi Orang Asli kini telah mengalami perubahan berbanding 20 tahun lalu di mana ekonomi mereka semakin moden dan tidak lagi primitif. Perlaksanaan dasar- dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh RMKe-8 dan RMKe-9 telah menunjukkan peningkatan kualiti hidup Orang Asli yang semakin baik terutama dari segi pembangunan sosial (Syufaat et al., 2015). Walaupun pembangunan tersebut berlaku, namun ianya berlaku dengan kadar yang perlahan. Masih wujud lagi Orang Asli yang mengalami kemiskinan, keciciran dan migrasi dalam kalangan mereka. (Syufaat & Ta Wee, 2013).

Dalam konteks pembangunan Orang Asli, terdapat dua pihak yang terlibat iaitu pihak yang membangunkan (pihak kerajaan) dan juga pihak yang dibangunkan (Orang Asli). Perkara ini bertepatan dengan teori sosiologi struktur fungsionalisme yang mengandaikan pelbagai aspek atau bahagian dalam sesuatu masyarakat mempunyai fungsi-fungsi sendiri dan saling berkait untuk mencapai keharmonian, kesepaduan, kestabilan dan kesimbangan dalam proses perkembangan masyarakat yang berkenaan (Ta Wee, 2012). Pihak kerajaan sangat berperanan besar dalam membangunkan masyarakat Orang Asli. Hal ini membuatkan pihak kerajaan menubuhkan beberapa jabatan yang dapat membantu pihak ini membangun dan mencapai kemajuan dari semasa ke semasa.

25

2.4.1 Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Pihak kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertindak sebagai badan yang memajukan desa secara menyeluruh dan berkesan berteraskan nilai-nilai murni, daya tahan dan daya pasaran selaras dengan wawasan negara. Berdasarkan KKLW (2017) pembangunan luar bandar dengan slogan ‘membandarkan’ daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini memberi definisi tersendiri antaranya ialah:

1. Menjadikan kawasan luar bandar yang kondusif dengan pelbagai aksesibiliti dan kemudahan seperti yang dinikmati oleh penduduk di bandar.

2. Memajukan masyarakat luar bandar melalui perubahan sikap dan pemikiran, peningkatan ilmu dan kemahiran.

3. Menjana pendapatan lebih tinggi melalui penglibatan swasta, aktiviti ekonomi, keusahawanan dan mencipta peluang pekerjaan.

4. Peningkatan kemudahan sosial akan dilaksanakan tanpa menjejaskan pesekitaran desa dan masyarakat yang masih berpegang teguh kepada kepercayaan agama dan kaya dengan budaya serta nilai-nilai murni.

5. Memajukan luar bandar melangkaui penyediaan infrastruktur asas.

6. Menggalakkan generasi muda untuk terus tinggal dan membina masa hadapan di luar bandar.

26

Pelbagai program pembangunan yang dirancang bagi mencapai sasaran dalam memajukan kawasan luar bandar terutama perkampungan Orang Asli di Malaysia. Pembangunan dan kemajuan tersebut telah bermula daripada negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan ini dapat dijelaskan seperti Rajah 2.4 di bawah:

Rajah 2.4: Tranformasi dan evolusi yang dilaksanakan oleh KKLW

(Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, 2017)

27

Rujukan :

(DEB) - Dasar Ekonomi Baru (DPN) - Dasar Pembangunan Nasional (DWN) - Dasar Wawasan Nasional (FSBPLB) - Falsafah & Strategi

2.4.2 Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi mengurus hal ehwal Orang Asli di Malaysia. Pada awal penubuhannya masyarakat Orang Asli bermula di negeri Perak apabila kerajaan negeri menguatkuasakan enakmen ‘Perak Aboriginal Tribes Enactment’ pada Disember 1939 dan seterusnya melantik seorang ‘Field Etnoghraper’ yang bertindak sebagai ‘Protector of Aborigines’. Selepas penambahbaikan dilakukan, Jabatan Orang Asli (JOA) ditubuhkan pada tahun 1954 dan diletakkan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Kemudian, pada 16 September 1963 iaitu ketika pembetukan negara Malaysia, nama Jabatan Orang Asli secara rasminya telah ditukarkan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) dan selepas 47 tahun penggunaan nama tersebut ia ditukarkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli oleh YAB Dato’ sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (JAKOA, 2017).

28

Peranan jabatan ini ditubuhkan adalah bagi melindungi Orang Asli dan melaksanakan pendekatan pembangunan yang menyeluruh dengan melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan dan pembangunan insan secara berterusan dan terancang. Selain itu, jabatan ini juga bertujuan bagi mencapai objektif peningkatan pendapatan, perluasan kemudahan prasarana, kesejahteraan hidup yang berkualiti dan seterusnya melahirkan generasi Orang Asli yang berpendidikan. Usaha yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah selaras dengan Wawasan 2020 dan Dasar Ekonomi Baru. Garis panduan masyarakat Orang Asli telah dikaji semula kearah mempercepatkan peningkatan taraf sosioekonomi di samping mengekalkan budaya mereka.

2.5 Rancangan Pembangunan Kerajaan Ke Atas Orang Asli

Perancangan kerajaan dalam pembangunan Orang Asli ialah dengan menfokuskan kepada 4 program yang berlainan iaitu Program Penempatan Tersusun, Pembangunan Modal Insan, Program Pembangunan Ekonomi dan Program Pembangunan Sosial. Melalui program-program tersebut terdapat beberapa lagi rancangan yang dirangka oleh pihak kerajaan bagi menjayakan program pembangunan yang dilaksanakan.

29

2.5.1 Program Penempatan Tersusun

i) Rancangan Pengumpulan Semula (RPS)

Rancangan ini banyak melibatkan perpindahan Orang Asli di penempatan baru iaitu kawasan yang dibangunkan secara bersepadu dan berkelompok. Program ini telah dirancang pada RMKe-4 dan masih diteruskan sehingga kini. Terdapat pelbagai insentif yang disalurkan oleh pihak kerajaan menerusi RPS ini antaranya ialah rumah kediaman, pembangunan prasarana dan tanaman komersial seperti dan getah. Menurut JAKOA (2017), terdapat 17 jumlah lokasi RPS di Malaysia ini iaitu 6 di negeri Perak, 7 di negeri Pahang, 3 di Kelantan dan 1 di Johor.

ii) Penyusunan Semula Kampung (PSK)

Program PSK ini merupakan projek pembangunan setempat yang melibatkan masyarakat Orang Asli terutamanya penduduk di pingir bandar dan pedalaman (Ta Wee et al,. 2013). Tujuan penyusunan ini juga adalah untuk menaiktaraf infrastruktur kampung dan kemudahan asas serta projek pembangunan tanah bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Pihak JAKOA telah menyediakan pelbagai kelengkapan di penempatan mereka tanpa memindahkan penduduk tersebut ke kawasan yang baru.

30 iii) Rancangan Kampung Baru (RKB)

Pihak JAKOA juga telah mewujudkan satu rancangan pembangunan kampung baru yang dikenali sebagai RKB dan program ini dilaksanakan bagi menjaga kebajikan Orang Asli dan membuat pembangunan kampung yang terdapat di kawasan sempadan Thailand (KESBAN). Peserta RKB juga turut memperolehi insentif dan kemudahan yang sama seperti Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) dan Rancangan Semula Kampung (RSK). Hal ini menunjukkan, pihak JAKOA bertanggungjawab dalam memastikan masyarakat Orang Asli mendapat faedah dan kemudahan asas yang lebih baik berbanding dahulu.

iv) Projek Bencana Alam

Bagi projek ini pula, kerajaan telah mengenalpasti beberapa buah kampung Orang Asli yang perlu diketengahkan sebagai kampung yang akan mendapat peruntukan daripada pihak kerajaan. Kampung-kampung tersebut dipilih oleh Jawatankuasa Teknikal Bencana Alam dan dikategorikan kepada 3 bahagian kawasan iaitu kawasan yang berisiko tinggi, kawasan sederhana dan kawasan rendah. Kawasan kampung Orang Asli yang berisiko tinggi adalah yang berkemungkinan akan berlaku banjir , tanah runtuh, ribut dan sebagainya. Kawasan ini adalah kawasan yang berada di persisiran pantai di negeri Johor, Pahang dan Selangor. Bagi kampung yang berisiko tinggi ini, pihak kerajaan menyediakan peruntukan bagi tujuan pemindahan mereka ke lokasi baru, kemudahan jalan, perparitan dan sebagainya.

31 v) Ukur Keliling Tanah Penempatan Orang Asli / Pengambilan Tanah

Sehingga kini masih terdapat perkampungan Orang Asli yang masih belum diwartakan dan memerlukan kerja-kerja ukur keliling dan kejuteraan. Pihak JAKAO menyediakan peruntukan bagi melaksanakan projek pembangunan ini. Perlaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pentadbir tanah dan peraturan- peraturan semasa yang berkuatkuasa. Menerusi projek ini, segala permasalahan berkaitan pengambilan tanah, persempadanan dan kerja-kerja ukur dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

2.5.2 Pembangunan Ekonomi

i) Program Pengembangan (Kursus)

Program ini dilaksanakan bertujuan memberi latihan dan pendedahan kepada masyarakat Orang Asli berkenaan dengan tanaman dan pertanian moden. Mereka akan dipilih berasaskan kepada kebolehan mereka untuk menjalankan aktiviti pertanian. Terdapat pelbagai kursus yang diberikan kepada golongan ini antaranya ialah kursus penyelenggaraan ladang kelapa sawit, kaedah penanaman getah, kursus ternakan dan sebagainya. Melalui kursus ini masyarakat Orang Asli berpeluang dalam meningkatkan ekonomi mereka dengan menjalankan pertanian ini.

32 ii) Program Bimbingan Usahawan

Program ini merupakan satu insentif kerajaan dalam membantu masyarakat Orang Asli untuk menjalankan perniagaan. Pihak kerajaan akan memberikan bantuan peralatan perniagaan kepada bakal usahawan yang terpilih. Pelbagai bidang perniagaan yang telah diberikan kepada mereka antaranya ialah perniagaan kedai runcit, kedai makan, bengkel, pembinaan dan lain-lain. Melalui kaedah ini, golongan Orang Asli akan lebih berminat dan berpeluang dalam mendekati pembangunan ekonomi dalam diri mereka.

iv) Program Pembinaan Ruang Niaga

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) juga menyediakan pelbagai peruntukan lain dalam bidang keuahawanan ini iaitu pembinaan premis kepada Orang Asli yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pembinaan premis ini telah dinyatakan di dalam Garis Panduan Pemberian Bantuan program Bimbingan Usahawan dan Perusahaan kepada orang Asli. Para peserta akan menerima premis mereka dan seterusnya menjalankan perniagaan bagi melangsungkan kehidupan mereka.

v) Program Peningkatan Pendapatan, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)

Program Peningkatan Pendapatan (PPP) ini pula dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemiskinan tegar oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia. Hal ini selari dengan hasrat kerajaan dalam membasmi kemiskinan

33

dan meningkatkan taraf hidup Orang Asli. Bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada mereka adalah peralatan pertanian, perikanan, projek sayuran, ternakan kambing dan sebagainya. Penduduk Orang Asli yang layak akan menerima bantuan ini agar mereka memperoleh pembangunan ekonomi yang lebih stabil.

2.5.3 Pembangunan Sosial

i) Program Bantuan Rumah (PBR)

Melalui pembangunan sosial ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) juga turut melaksanakan program bantuan rumah kepada penduduk tempatan Orang Asli di seluruh Malaysia. Kemudahan ini akan diberikan kepada Ketua Isi rumah (KIR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan miskin. Bantuan ini bukan sahaja diberikan untuk sebuah rumah sahaja malah turut diberikan kepada kerja-kerja pembaikan rumah PBR sedia ada.

ii) Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Program pembangunan sosial ini turut mementingkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di perkampungan Orang Asli. Hal ini kerana penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas merupakan elemen penting dalam mencapai kemajuan penduduk. Antara projek yang dilaksanakan adalah seperti pemberian bekalan air, bekalan elektrik, menaiktaraf jalan raya, penyediaan jambatan dan sebagainya.

34

2.6 Perkhidmatan Kesihatan Dan Perubatan Terhadap Orang Asli

Pada 1 Januari 2012, perkhidmatan kesihatan dan perubatan Orang Asli di Malaysia telah secara rasminya diambil alih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat pelbagai usaha kerajaan dalam memastikan kesihatan Orang Asli tidak terabai dan sekaligus mendidik mereka supaya peka tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Oleh kerana keadaan kampung Orang Asli yang berkedudukan jauh dari kawasan bandar, hal ini telah menyukarkan komuniti tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Memahami kesukaran tersebut, pihak kerajaan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan Kem Kesihatan kepada masyarakat Orang Asli. Setiap bulan kakitangan kesihatan akan menghadiri kem tersebut dan akan memberikan rawatan percuma kepada mereka yang ingin membuat pemeriksaan (Utusan Online, 2015). Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, berikut merupakan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan Orang Asli Semenanjung Malaysia:

1. KKM akan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan terbaik kepada masyarakat Orang Asli manakala perkara berkaitan kebajikan pesakit dan keluarga pesakit, termasuk pemberian makanan percuma keluarga pesakit, penyediaan alat sokongan perubatan, pergigian dan bekalan diet khas secara percuma akan diteruskan di bawah tanggungjawab pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

2. Masyarakat Orang Asli boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan, perubatan dan pergigian di mana-mana fasiliti kesihatan.

3. Penyediaan fasiliti kesihatan seperti Klinik Kesihatan, Hospital dan Pejabat Kesihatan perlu bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Orang Asli dengan memastikan keistimewaan yang dinikmati oleh Orang Asli dari segi kebajikan, kesejahteraan, perlindungan, kesentosaan dan kemajuan.

35

4. Mengelakkan sebarang kelewatan pemberian perkhidmatan, perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada Orang Asli perlu didahulukan sebelum pengesahan identiti Orang Asli dibuat samada melalui pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terdekat atau dengan menghubungi Hospital Orang Asli, Gombak.

5. Pemantauan perkhidmatan akan dibuat secara terus oleh Pejabat Kesihatan yang terdekat dan Jabatan Kesihatan Negeri yang terlibat dengan menggunakan sumber sedia ada. Jabatan Kesihatan Negeri juga akan bekerjasama dengan pihak JAKOA dalam memberi perkhidmatan kesihatan dan perubatan terbaik kepada masyarakat Orang Asli.

6. Hospital Orang Asli Gombak sedia ada akan dinaiktaraf menjadi PTJ2 dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Hospital ini adalah khusus untuk masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia.

7. Aktiviti kesihatan awam sedia ada di Hospital Orang Asli Gombak akan dikekalkan di bawah pentadbiran Hospital Orang Asli Gombak dan di bawah penyeliaan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

8. Pemantauan keseluruhan aktiviti kesihatan dan perubatan di peringkat kebangsaan akan diselaraskan oleh Unit Kesihatan dan Perubatan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

9. Klinik-klinik kesihatan yang diambil alih diletakkan dibawah pentadbiran Pejabat Kesihatan daerah (PKD) yang berkenaan iaitu:

a) Klinik Kesihatan Penyusunan Semula (RPS) Betau Pahang Dibawah pentadbiran PKD Kuala Lipis. b) Klinik Kesihatan RPS Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan dibawah pentadbiran PKD Gua Musang. c) Klinik Kesihatan RPS Kemar, Grik, Perak dibawah pentadbiran PKD Gerik.

36

2.7 Pendidikan Orang Asli Di Malaysia

Bagi pembangunan pendidikan Orang Asli di Malaysia, pihak JAKOA telah mewujudkan satu pelan tindakan bagi memberi peluang kepada komuniti ini meningkatkan taraf pendidikan mereka. Objektif pelan tindakan ini dilaksanakan adalah untuk menyediakan satu pelan yang bertindak khusus di kawasan pinggir bandar bagi mencapai matlamat pembangunan pendidikan Orang Asli dan kedua ialah menyediakan program khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir. Bagi perlaksaan program tersebut, komuniti ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan sasar iaitu:

1) Pendidikan Pra Sekolah (5-6 tahun)

Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah bagi menyediakan pendidikan awalan kepada kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas. Ia dijadikan sebagai persediaan awal bagi mereka untuk ke sekolah rendah.

2) Pendidikan Peringkat Rendah (7-12 tahun)

Bagi pendidikan peringkat rendah pula adalah bertujuan menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Peringkat ini juga mementingkan kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan penerapan nilai- nilai murni.

37

3) Pendidikan Peringkat Menengah (13-18 tahun)

Pada peringkat ini diberi penekanan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu.

4) Pendidikan Tertiari

Pendidikan Tertiari ini merupakan pendidikan Malaysia selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan ini perlu membangunkan minda anak-anak Orang Asli menjadi lebih kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara.

Bagi pendidikan untuk kumpulan dewasa pula, pihak kerajaan menyediakan program-program seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Program Kesejahteraan Keluarga, Latihan-latihan Kemahiran dan Keusahawanan. Selain itu, pihak kerajaan turut memberikan perhatian mereka kepada kumpulan dewasa yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu bapa yang tidak pernah bersekolah supaya ia memberikan kesedaran kepada mereka bahawa pentingnya pendidikan. Program celik huruf akan diberikan kepada golongan dewasa Orang Asli yang buta huruf.

38

2.8 Rumusan Bab

Secara umumunya, terdapat pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi membantu pembangunan masyarakat tersebut terutama dari segi kemudahan asas. Melalui program-program yang dijalankan dapat mempengaruhi pembangunan masyarakat Orang Asli bukan sahaja dalam aspek sosial, malah dalam aspek ekonomi dan pendidikan. Berkenaan pembangunan sosial, pihak JAKOA lebih cenderung dalam penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas bagi mewujdkan masyarakat Orang Asli yang terhindar daripada kemiskinan. Manakala, bagi aspek ekonomi pula pihak JAKOA membuat pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti yang membantu ekonomi masyarakat Orang Asli supaya mencapai peningkatan dari semasa ke semasa. Seterusnya, berkaitan aspek pendidikan pula, pihak JAKOA turut menyediakan peluang kepada komuniti ini dalam meningkatkan taraf pendidikan mereka.

39

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan kaedah dan rekabentuk yang akan digunakan oleh penyelidik semasa menjalankan kajian. Bagi menghasilkan satu keputusan kajian yang mempunyai kualiti dan kebolehpercayaan yang tinggi, segala prosedur kajian dan peraturan yang telah ditetapkan hendaklah difahami dan diikuti. Menurut Mohd Yazee (2005) yang telah mengatakan bahawa kaedah kajian yang baik adalah kajian yang sistematik, saintifik dan dinamik serta dapat memastikan fakta-fakta yang diperolehi untuk membuat keputusan merupakan fakta-fakta yang jitu dan boleh dipercayai. Perkara-perkara yang berkaitan dengan metodologi kajian ini ialah reka bentuk kajian, prosedur kajian, kajian rintis, populasi dan sampel, batasan kajian, instrumen kajian dan analisis data.

40

Metodologi kajian merupakan cara, kaedah atau pendekatan yang digunakan bagi mencapai objektif kajian. Kaedah-kaedah yang dilakukan ini adalah bertujuan bagi memudahkan proses pencarian maklumat yang dikehendaki dan juga memastikan setiap maklumat yang diperolehi adalah berkaitan dan menjawab kepada objektif kajian. Data yang diperolehi perlu diklasifikasikan kepada bahagian- bahagian yang tertentu. Seterusnya, keputusan yang diperolehi daripada persoalan akan menunjukkan hasil yang akan dibentangkan dan diikuti dengan perbincangan, cadangan dan rumusan terhadap kajian yang dijalankan.

3.2 Kaedah Kajian

3.2.1 Pendekatan Kualitatif

Penyelidikan ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif dalam keseluruhan kajian. Kaedah ini merupakan suatu kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan mendalam. Menurut Denzin dan Lincoln (1994), penyelidikan kualitatif melibatkan kepelbagaian kaedah secara terfokus, termasuk penggunaan pendekatan naturalistik (semulajadi) untuk menyelidik sesuatu subjek. Kajian ini memilih untuk menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat. Menurut Jasmi (2012), penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri dan berbeza dengan kaedah kuantitatif. Data kualitatif dalam penyelidikan ini diperoleh dengan cara tinjauan tapak dan temubual bagi mendapatkan maklumat yang lengkap.

41

3.2.1.1 Kajian Kes

Kajian kes menurut Creswell (2009), adalah suatu reka bentuk penyiasatan yang didapati dalam pelbagai bidang terutamanya penilaian dimana penyelidik perlu membangunkan analisis kes secara mendalam. Kajian ini juga perlu mengumpul maklumat terperinci menggunakan pelbagai prosedur pengumpulan data.

Bagi melakukan pemilihan kawasan kajian yang bersesuaian dengan kajian yang dijalankan, penyelidik telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian kes. Melalui kaedah ini, penyelidik telah menjalankan tinjauan di kawasan kajian, berinteraksi dengan responden dan seterusnya mendapatkan data kajian. Kajian kes ini perlu dilakukan sebelum data-data diberikan keputusan secara muktamad.

3.3 Instrumen Kajian

Bagi kedua-dua objektif kajian, penyelidik telah menggunakan tinjauan tapak dan temu bual semi struktur sebagai instrumen kajian.

3.3.1 Tinjauan tapak

Tinjauan tapak ini dijalankan di seluruh kawasan perkampungan dan kawasan persekitaran yang ingin dikaji dari aspek fizikal, sosial, ekonomi dan lain-lain.

42

Kaedah tinjauan tapak ini dilaksanakan bagi meemperolehi data kajian berkenaan ojektif pertama dan objektif kedua. Sebelum tinjauan tapak dibuat, penyelidik telah mendapatkan kebenaran daripada pihak JAKOA dalam menjalankan penyelidikan ini. Setelah mendapatkan pengesahan daripada pihak mereka, penyelidik telah menjalankan kajian keatas kampung-kampung di Johor Bahru iaitu:

1. Kampung Orang Asli Simpang Arang

Kampung Orang Asli Simpang Arang terletak di dalam mukim , Daerah Johor Bahru. Ia terletak kira-kira 40 kilometer dari Johor Bahru dan 6 kilometer dari serta 4 kilometer dari jalan utama yang menuju ke kampung Simpang Arang. Kampung ini dibuka oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada tahun 1960-an dan ia diwartakan sebagai rezab Orang Asli pada 8 April 1965. Kampung ini mempunyai keluasan tanah seluas 65.963 hektar dan mempunyai bilangan penduduk sebanyak 738 orang dari suku kaum Seletar (Melayu Proto) dengan jumlah 165 ketua isi rumah (KIR).

2. Kampung Orang Asli Sungai Temon

Kampung Orang Asli Sungai Temon pula terletak kira-kira 15 kilometer daripada bandar Johor Bahru mengikut Taman . Selain itu, kampung ini juga boleh dilalui menggunakan jalan laut dengan menaiki bot ke Pantai Lido dengan mengambil masa 10 minit sahaja. Perkampungan Orang Asli Sungai Temon telah wujud pada tahun 1985 ditanah rezab laut. Penduduk di kawasan ini merupakan jumlah kedua penduduk terbesar Orang Asli di Johor Bahru dengan sejumlah 319 orang daripada suku kaum Seletar. Status tanah bagi kampung ini ialah dimilik oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Keluasan tanah bagi kampung ini ialah 11.402 hektar dengan jumlah 75 ketua isi rumah (KIR).

3. Kampung Orang Asli Kuala Masai

Kampung Orang Asli Kuala Masai pula berkedudukan 15 kilometer daripada Johor Bahru dengan keluasan tanah 10.76 hektar. Penduduk di kampung ini kebanyakannya terdiri daripada 215 , 9 orang suku kaum Kuala dan

43 seterusnya 9 orang suku kaum Jakun. Status tanah bagi kampung ini ialah rezab Orang Asli. Bagi ketua isi rumah (KIR) kampung ini sebanyak 235 dan ia merupakan bilangan ketiga terbesar di daerah Johor Bahru.

4. Kampung Orang Asli Telok Jawa

Kampung Orang Asli Telok Jawa pula terletak 10 kilometer daripada , Johor Bahru. Masyarakat Orang Asli di kampung ini kebanyakannya terdiri daripada Orang Seletar dengan sejumlah 119 orang. Bagi jumlah Ketua Isi Rumah bagi kampung ini pula ialah sebanyak 33 dengan penduduknya yang terdiri daripada agama Islam, Kristian dan Animisme.

5. Kampung Orang Asli Bakar Batu

Kampung Orang Asli Bakar Batu pula terletak di Sungai Danga dan Sungai Skudai dengan jarak 5 kilometer daripada Taman Perling. Penempatan untuk Orang Asli di Kampung Bakar Batu pada 1964 adalah penempatan semula bagi Orang- orang Asli dari tempat asalnya di Bukit Serene oleh Almarhum Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Penduduk di kawasan ini secara keseluruhannya ialah daripada suku kaum Seletar, Kuala dan Jakun. Kini, jumlah penduduk di kampung ini sebanyak 153 orang dengan 46 jumlah Ketua Isi Rumah (KIR).

Kampung-kampung yang dinyatakan di atas dipilih berdasarkan populasi penduduk setempat yang paling tinggi di daerah Johor Bahru. Selain itu, lokasi kampung, masa dan kos perjalanan juga merupakan faktor-faktor kawasan tersebut dikategorikan sebagai tempat kajian dalam penyelidikan ini.

44

3.3.2 Temu bual semi struktur

Kajian ini juga dijalankan dengan kaedah temu bual semi struktur. Bagi format temubual semi struktur ini, penyelidik telah memberi soalan formal kepada pihak responden manakala pihak responden diberikan kebebasan untuk menyoal lebih mendalam lagi tentang jawapan responden yang telah ditanya secara formal. Bagi mendapatkan maklumat yang relevan dengan topik penyelidikan ini, beberapa sesi temu bual telah dijalankan dengan responden-responden yang terpilih seperti pegawai-pegawai JAKOA yang terlibat, Tok Batin dan penduduk kampung. Bagi temu bual semi struktur bersama pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dijalankan bagi mendapatkan data untuk kajian awalan dan objektif pertama. Manakala, temu bual semi struktur terhadap Tok Batin dan penduduk kampung dilaksanakan bagi mendapatkan data objektif kedua. Soalan-soalan yang telah diberikan kepada responden bagi mencapai objektif kajian telah dinyatakan di lampiran.

3.4 Responden

Pemilihan responden adalah amat penting dalam memastikan hasil kajian bertetapan dan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan oleh penyelidik. Bagi kajian ini, responden terdiri daripada pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli di daerah Johor Bahru dan 5 orang Tok batin dan beberapa penduduk kampung Orang Asli. Peranan responden dalam memberikan maklumat mengenai pembangunan prasarana amat diperlukan oleh penyelidik dalam mencapai hasil kajian.

45

3.5 Perancangan Kaedah Kajian

Bagi melancarkan proses kajian yang dijalankan, beberapa peringkat telah ditetapkan oleh penyelidik dalam memperoleh dapatan kajian. Dengan pembahagian peringkat ini, penyelidik dapat memantau proses kerja serta tahap perkembangan yang dicapai. Peringkat-peringkat ini telah terbahagi kepada lima(5) peringkat iaitu:

3.5.1 Peringkat Pertama: Pemilihan Objektif Kajian

Pada peringkat pertama, pemilihan tajuk dilakukan dengan perbincangan bersama penyelia bagi mengenalpasti bidang tajuk yang dicadangkan. Keperluan kepada jenis tajuk dan kajian kes yang sesuai adalah perlu dalam menentukan kejayaan analisis ini. Ianya perlu seimbang dengan kemudahan yang akan diperoleh dalam proses untuk mendapatkan gambaran yang tepat dan jelas tentang tajuk yang dipilih. Pembahagian masa dan jadual perancangan yang berkesan sangat penting dalam menyiapkan analisis ini.

Selepas penentuan tajuk dibuat, penyelidik telah mengenalpasti penyataan masalah, objektif kajian dan skop kajian. Pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan perkara-perkara tersebut dilaksanakan melalui penilitian maklumat, pemerhatian dan juga perbincangan dengan penyelia kajian serta pihak-pihak lain. Perbincangan awal dengan penyelia kajian banyak membantu memberi cadangan, idea dan nasihat dalam proses awalan kajian ini.

46

3.5.2 Peringkat Kedua: Penentuan Data

Selepas pemilihan tajuk dibuat, seterusnya penyelidik telah melaksanakan penentuan data dengan penggunaan kaedah kajian literatur. Kajian literatur adalah penting dalam proses menjalankan sesuatu penyelidikan. Ia memberikan gambaran awal berkenaan perkara yang hendak dikaji. Penyelidik menjalankan peringkat ini dengan membuat kajian ke perpustakaan. Kajian literatur diperoleh daripada pelbagai sumber seperti pembacaan buku, jurnal, kajian lepas dan surat khabar dapat memberikan maklumat dan rujukan tambahan kepada penyelidik dalam proses pengumpulan data.

Dalam perlaksanaan kajian literatur ini juga membantu penyelidik mendapatkan maklumat berkenaan latar belakang masyarakat Orang Asli, pembangunan prasarana, kepentingan penubuhan JAKOA, polisi dan alternatif JAKOA dalam menubuhkan prasarana di Perkampungan Orang Asli. Pelbagai maklumat dan bahan perlu dikumpulkan dan dibaca secara teliti agar ianya dapat memenuhi keperluan kajian.

47

3.5.3 Peringkat Ketiga: Pengumpulan Data

Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui dua kategori iaitu data primer dan data sekunder

3.5.3.1 Data Primer

Data primer merupakan data mentah yang dikumpul dan digunakan dalam kajian ini. Terdapat pelbagai sumber dalam kategori ini yang digunakan oleh penyelidik seperti temubual dan tinjauan tapak. Lesley Barker (2009) telah menyatakan bahawa data primer merupakan maklumat khusus yang dikumpul oleh orang yang melakukan kajian.

Terdapat beberapa jenis instrumen yang digunakan untuk pengumpulan maklumat dalam kajian ini. Satu daripada instrumen yang mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temubual. Kaedah temubual dijalankan terhadap pegawai JAKOA dan 5 orang Tok Batin serta beberapa penduduk yang terdapat di 5 buah kampung Orang Asli yang dikaji.

Senarai responden adalah seperti dinamakan di dalam Bab 4 mengikut setiap kajian kes yang dilaksanakan.

48

Jadual 3.1: Nama-nama Responden Yang Terlibat

No. NAMA RESPONDEN

1. Encik Badri bin Ismail Pemangku Pegawai JAKOA

2. Batin Kais bin Kee Tok Batin Kampung Bakar Batu

3. Dayak bin Detap Penduduk Kampung Bakar Batu

4. Toh bin Kasim Penduduk Kampung Bakar Batu

5. Batin Salim bin Palon Tok Batin Kampung Kuala Masai

6. Batin Noree bin Kasit Tok Batin Kampung Simpang Arang

3.5.3.2 Data Sekunder

Selain daripada data primer, pengumpulan data sekunder juga dilaksanakan bagi membantu dalam penambahan data berkaitan kajian. Data sekunder ini diperoleh melalui statistik laporan dan kajian lepas, jurnal. Dalam pengumpulan data sekunder ini, analisis dokumen dilakukan dengan merujuk kepada dokumen- dokumen berkaitan Orang Asli yang diperoleh daripada JAKOA. Antara kandungan dokumen ini ialah statistik berkenaan prasarana, maklumat kaum-kaum Orang Asli, lokasi perkampungan Orang Asli dan sebagainya.

49

3.5.4 Peringkat Keempat: Analisis Data

Peringkat seterusnya dalam perancangan kaedah kajian ialah analisis data. Proses analisis data ini dilakukan selepas data disusun dan disemak secara terperinci menggunakan kaedah temubual dan tinjauan tapak. Data tersebut telah dikumpulkan dan membentuk maklumat yang dijadikan sebagai isi kandungan kepada projek penyelidikan ini. Kemudian, ianya dibahagikan mengikut kategori atau jenisnya. Memandangkan penyelidikan ini merupakan sebuah kajian kes yang berbentuk kualitatif, data-data yang diperoleh telah dipersembahkan dalam bentuk huraian, laporan semula dan perbandingan.

3.5.4.1 Transkrip

Menurut Lebar (2009), hampir semua kajian kualitatif melibatkan kerja-kerja transkripsi bagi data-data temu bual, rakaman video atau nota lapangan. Proses transkrip data temu bual tidak memadai dengan hanya menulis ringkasan daripada temu bual. Penyelidik menyalin semula data-data yang diperoleh daripada temu bual yang dijalankan. Proses penyalinan maklumat memerlukan penelitian dan kepekaan yang tinggi supaya tiada maklumat yang akan tertinggal. Menurut Ismail dan Atan (2011), transkrip dilakukan secara menyeluruh tanpa meninggalkan sebarang maklumat yang didengar semasa temu bual dijalankan.

50

3.5.4.2 Pengekodan

Dalam petikan Creswell (2009), koding ialah proses menyusun data dan menulis perkataan yang mewakili kategori dalam margin. Ianya melibatkan data teks atau gambar yang dikumpul, membahagikan ayat atau imej ke dalam kategori dan melabelkannya dengan istilah. Menurut Ismail dan Atan (2011), selepas menyalin semua temu bual, kajian ini perlu mengkodkan setiap perbualan mengikut kategori. Langkah pertama hasil dapatan dianalisis menggunakan pengkodan terbuka di mana pengkaji akan memecahkan, memeriksa, membanding dan mengkategorikan data.

3.5.5 Peringkat Kelima: Kesimpulan dan Cadangan

Setelah proses menganalisis data selesai, kesimpulan dan cadangan daripada hasil kajian akan dibuat. Proses ini merupakan proses terakhir dalam penyediaan laporan penyelidikan ini. Tujuannya adalah bagi menjelaskan serba sedikit penyelesaian hasil kajian. Cadangan yang dibuat juga dapat memberikan idea kepada pihak lain dalam menjalankan kajian berkenaan prasarana di perkampungan Orang Asli.

51

3.6 Reka Bentuk Penyelidikan

CARTA ALIR METODOLOGI KAJIAN

PEMILIHAN TAJUK

MEMBENTUK PENYATAAN MASALAH Peringkat 1

MENGENALPASTI OBJEKTIF DAN SKOP KAJIAN

PENENTUAN DATA : KAJIAN LITERATUR Peringkat 2 1. Kajian Perpustakaan

PENGUMPULAN DATA Peringkat 2

Peringkat 3

DATA PRIMER DATA SEKUNDER 1. Kajian Lepas 4. Temubual pihak 2. Laporan JAKOA

JAKOA & Tok Batin 5. Tinjauan Tapak

(Kampung-kampung Orang Asli Johor Bahru)

PENCAPAIAN OBJEKTIF KAJIAN

PENYUSUNAN DATA Peringkat 4

& PENYEMAKAN DATA

MENGANALISIS DATA

CADANGAN KESIMPULAN Peringkat 5

PENYERAHAN KAJIAN

52

3.7 Rumusan Bab

Kesimpulannya, analisis data kajian ini dijalankan secara berperingkat untuk mencapai objektif kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan data. Proses pengumpulan maklumat pula menggunakan instrumen temu bual semi struktur dan tinjauan tapak bagi data primer. Manakala data sekunder pula telah dibuat penilitian bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan objektif kajian. Seterusnya, data yang diperolehi berdasarkan kaedah yang digunakan dianalisis menggunakan kaedah yang bersesuaian.

53

BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan secara khusus tentang data yang diperolehi daripada responden yang telah dianalisis melalui kaedah transkripsi dan pengekodan. Bab ini juga telah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bermula dengan latar belakang kampung Orang Asli, seterusnya berkaitan prasarana sedia ada di kawasan kajian dan akhir sekali berkenaan tahap penggunaan Orang Asli terhadap prasarana yang disediakan oleh pihak JAKOA. Hasil penemuan data tersebut adalah berdasarkan temu bual yang telah dijalankan terhadap pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Ketua Kampung Orang Asli dan beberapa penduduk masyarakat Orang Asli Seletar. Selain itu, kaedah pemerhatian juga digunakan sebagai kaedah pengumpulan data bagi 5 buah kampung Orang Asli Seletar daerah Johor Bahru iaitu Kampung Bakar Batu, Kampung Telok Jawa, Kampung Kuala Masai, Kampung Sungai Temon dan Kampung Simpang Arang.

54

4.2 Latar Belakang Kampung

Peringkat permulaan bagi petempatan Orang Asli Seletar Johor Bahru ini adalah terletak di pesisiran Selat dengan menjadikan sampan kajang sebagai rumah kediaman mereka. Pada tahun 1948 iaitu ketika zaman darurat, mereka diarahkan oleh pemerintah British untuk berkumpul di lokasi baru yang dikenali sebagai Kuala Sungai Redan, Pontian. Hal ini bagi mengelakkan mereka daripada dipengaruhi oleh pihak komunis. Perpindahan Orang Asli Seletar ke Kuala Sungai Redan ini telah menjadi punca mereka meninggalkan kehidupan mereka yang tinggal di sampan kajang selama beratus tahun. Orang Asli Seletar telah mula belajar mendirikan pondok kediaman di atas darat.

Mereka telah membina tempat kediaman disepanjang pantai bakau di Kuala Sungai Redan dengan struktur rumah yang berbentuk rumah nelayan orang Melayu. Setelah 20 tahun mendiami kawasan tersebut, terdapat unsur-unsur perpecahan dalam kalangan mereka terutama dari segi kawasan mencari rezeki harian yang semakin terhad dan kurang hasil tangkapan. Perpindahan penduduk tempatan di kawasan tersebut berlaku secara sedikit demi sedikit dan akhirnya Kampung Sungai Redan ditinggalkan sepenuhnya. Kesan daripada perpecahan tersebut, wujudnya kampung-kampung baru di daerah Johor Bahru ini iaitu antaranya Kampung Bakar Batu, Kampung Telok Jawa, Kampung Kuala Masai, Kampung Sungai Temon dan Kampung Simpang Arang.

55

Kg. Simpang Kg. Bakar Batu Kg. Telok Jawa Arang

Kg. Kuala Masai Kg. Sungai Temon

Rajah 4.1: Lokasi Bagi Kampung-kampung Orang Asli (Peta Google, 2018)

56

4.2.1 Kampung Bakar Batu

Rajah 4.2: Lokasi Kampung Orang Asli Bakar Batu, Skudai (Peta Google, 2018)

Kampung Bakar Batu ini dahulunya dikenali sebagai Bakar Batu Tanjung Skudai dan seterusnya ditukar oleh Orang Asli Seletar menjadi Bakar Batu Skudai. Pada tahun 1950-an penempatan ini diduduki oleh Orang Asli Seletar yang berpindah daripada Kampung Sungai Redan dan bermula mendiami pesisir pantai di kawasan ini. Kampung yang berkeluasan 14.5 ekar ini telah diwartakan pada 28 Januari 1965 oleh kerajaan Negeri Johor dan dinamakan sebagai Rizab Orang Asli Bakar Batu. Pada awal pembukaan kampung tersebut, bilangan keluarga Orang Asli Seletar adalah seramai lebih kurang 10 buah keluarga sahaja dan kini bilangannya semakin meningkat iaitu 46 buah keluarga dengan penduduknya seramai 163 orang.

57

Penduduk di Kampung Bakar Batu mempunyai pelbagai jenis anutan agama dan lebih daripada kesemua mereka ini merupakan Orang Asli Seletar yang beragama Islam dan hanya segelintir sahaja yang masih mengekalkan anutan nenek moyang mereka iaitu aninisme. Penempatan ini diketuai oleh seorang Tok Batin iaitu Batin Kais bin Kee yang dilantik pada tahun 2006 bagi menggantikan Batin Awang yang telah meninggal dunia. Kini, Kampung Bakar Batu telah memperoleh prasarana yang lengkap antara prasarana tersebut ialah rumah, balai raya, surau, TABIKA dan sebagainya.

4.2.2 Kampung Telok Jawa

KAMPUNG TELOK JAWA

Rajah 4.3: Lokasi Kampung Telok Jawa, Plentong (Peta Google, 2018)

Kampung Telok Jawa yang terletak di Plentong, Johor Bahru ini terbentuk apabila berlakunya perselisihan faham antara Orang Asli Seletar di Kampung Telok Masai pada sekitar tahun 1970-an. Penduduk di kampung ini merupakan penduduk

58 asal Kampung Kuala Masai. Setelah perbalahan tersebut berlaku, Batin Bacik bin Nentah dan 6 buah keluarga yang terdiri daripada saudara mara mereka telah membentuk kumpulan kecil dan berpindah ke kawasan lain yang kini digelar Kampung Telok Jawa. Kampung seluas 3.327 hektar ini mempunyai bilangan penduduk seramai 119 orang dengan 33 buah keluarga. Penduduk di kampung ini terdapat seramai 47 orang beragama Islam, 44 orang beragama animisme dan 28 orang lagi menganuti agama Kristian.

Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan, keseluruhan penempatan di Kampung Telok Jawa ini dilihat lebih mundur berbanding kampung-kampung Orang Asli Seletar yang lain. Mereka kurang mendapatkan prasarana yang secukupnya terutama dari segi kemudahan jalan raya, balai raya, surau dan lain-lain. Hal ini kerana, pihak Jabatan kemajuan Orang Asli (JAKOA) menjelaskan bahawa petempatan Kampung Telok Jawa ini masih belum diwartakan sehingga kini dan tanah yang diduduki oleh mereka merupakan tanah hak milik syarikat swasta. Penduduk di kawasan ini telah diarahkan berpindah ke Kampung Kuala Masai oleh pihak JAKOA tetapi ianya tidak berhasil. Mereka enggan berpindah kerana tidak ingin bercampur dengan penduduk Kampung Kuala Masai. Keenganan mereka untuk berpindah dari Kampung Telok Jawa ini telah menyebabkan kawasan petempatan mereka tidak membangun dari semasa ke semasa.

59

4.2.3 Kampung Kuala Masai

Rajah 4.4: Lokasi Kampung Kuala Masai, Plentong (Peta Google, 2018)

Berdasarkan Jabatan Kemajuan Orang Asli Johor Bahru, Kampung Kuala Masai merupakan kampung Orang Asli ketiga mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di daerah Johor Bahru iaitu seramai 235 orang. Kampung ini dibina bersebelahan dengan Kampung Melayu Kuala Masai dengan seluas 26.6 ekar di Mukim Plentong, Johor Bahru. Sebelum penempatan Kuala Masai dibina, penduduk kampung ini pernah menetap di Kampung Pak Wali di Kuala Sungai sekitar tahun 1974. Pada tahun 1993, mereka diarahkan berpindah ke Kuala Masai oleh pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB). Ini kerana penempatan mereka akan dibangunkan dan dijadikan satu kawasan Kompleks Perdagangan Bebas Cukai Antarabangsa. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa negeri telah mengarahkan pihak pemaju untuk menyediakan prasarana lengkap di kawasan baru tersebut bagi menempatkan penduduk Orang Asli Kampung Pak Wali yang telah dipindahkan.

60

Setelah penempatan ini dilengkapi dengan prasarana seperti kemudahan tempat tinggal, bekalan elektrik dan bekalan air, kawasan tersebut seterusnya telah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli pada 30 Ogos 2010. Sehingga kini, Kampung Kualai Masai ini masih diduduki oleh penduduk Orang Asli seramai 235 orang dan 9 orang daripada mereka merupakan kaum jenis lain iaitu Melayu, Cina, dan juga India. Kebanyakan penduduk di kawasan ini menganuti agama Kristian dengan bilangan 97 orang, seterusnya diikuti oleh 85 orang yang beragama Islam manakala 52 orang lagi menganuti agama aninisme dan selebihnya iaitu 6 orang lagi beragama Buddha.

4.2.4 Kampung Sungai Temon

Rajah 4.5: Lokasi Kampung Orang Asli Sungai Temon, Johor Bahru

(Peta Google, 2018)

61

Sekitar tahun 1970-an, Kampung Sungai Temon ini dibuka oleh penduduk tempatan Orang Asli Seletar Kampung Bakar Batu. Mereka telah berpindah dari Kampung Bakar Batu ke Kampung Sungai Temon ini dengan kedudukan jarak yang tidak jauh dan hanya dipisahkan oleh Sungai Danga sahaja. Perpindahan tersebut diketuai oleh Batin Kassim dan turut diikuti oleh anak buahnya serta 10 buah keluarga daripada Kampung Bakar Batu. Pada tahun 1980-an, penduduk di Kampung Sungai Temon semakin bertambah apabila terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh Palon bin Teton dan 8 buah keluarga lagi berpindah dari Batu 3 ke kampung ini. Kini, bilangan penduduk Kampung Sungai Temon semakin bertambah dengan jumlah penduduk seramai 319 orang.

Walau bagaimanapun, lokasi penempatan seluas 33.988 hektar yang diduduki oleh mereka ini masih tidak diwartakan sehingga kini dan tanah tersebut dikurniakan oleh pihak berkuasa negeri kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Kebanyakan penduduk di kawasan ini terdiri daripada kalangan penduduk Orang Asli Seletar dan terdapat juga kaum Melayu, India dan Cina di kawasan tersebut. Agama Kristian merupakan agama paling banyak yang dianuti oleh penduduk tempat Kuala Masai ini berbanding agama Islam, Kristian, Buddha dan Animisme. Kini, Kampung Kuala Masai telah dihimpit pembangunan di sekiling mereka seperti projek perumahan dan pembangunan komersial yang dibina oleh kerajaan Negeri Johor.

62

4.2.5 Kampung Simpang Arang

Rajah 4.6: Lokasi Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah

(Peta Google, 2018)

Sebelum ini, Orang Asli Seletar menamai Kampung Simpang Arang ini sebagai Kampung Duku. Setelah beberapa tahun kemudian, nama Kampung Duku ditukar dan seterusnya digelar sebagai Kampung Simpang Arang. Nama Simpang Arang yang dipilih adalah sempena nama sebatang sungai yang terdapat di kampung tersebut. Permulaan kawasan ini dibuka iaitu pada tahun 1953 oleh Batin Lan bin Beting dan 6 buah keluarga yang berasal daripada Sungai Redan. Kampung yang terletak di Gelang Patah ini merupakan kampung Orang Asli Seletar yang paling terbesar di daerah Johor Bahru. Bukan itu sahaja, malah ia juga merupakan kampung yang paling ramai diduduki oleh Orang Asli Seletar berbanding kampung-kampung lain yang terdapat di daerah Johor Bahru.

63

Kampung Simpang Arang seluas 163 ekar yang mempunyai penduduk seramai 692 orang ini telah diwartakan pada tahun 1965 oleh kerajaan Negeri Johor. Walaupun kedudukan Kampung Bakar Batu ini terletak di kawasan hutan tetapi mereka masih bergantung pada laut sebagi sumber kehidupan. Selain itu, bagi menambahkan pendapatan mereka, pihak JAKOA turut memperkenalkan dan membantu Orang Seletar di kampung ini untuk menjalankan aktiviti pertanian. Setiap keluarga di Kampung Simpang Arang diberikan kawasan seluas 4 ekar bagi aktiviti penanaman seperti pokok kelapa dan 1 ekar untuk tanaman pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, pulasan dan sebagainya. Kini, Kampung Simpang Arang telah mempunyai pelbagai prasarana yang dibina oleh pihak JAKOA terutama dari segi rumah kediaman, sekolah, surau, balai raya dan sebagainya.

64

4.3 Jenis-Jenis Prasarana Yang Disediakan Oleh Pihak JAKOA Terhadap Penduduk Kampung Orang Asli Di Daerah Johor Bahru

Dalam bahagian ini, analisis kajian adalah berkenaan objektif pertama iaitu jenis-jenis prasarana yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kepada penduduk tempatan di kawasan kajian. Kesemua kampung iaitu Kampung Bakar Batu, Kampung Telok Jawa, Kampung Kuala Masai, Kampung Sungai Temon dan Kampung Simpang Arang telah dijalankan kaedah pemerhatian dan temu bual bagi mendapatkan data yang berkaitan. Temu bual semi struktur dijalankan terhadap pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli. Setelah pengutipan data dibuat terdapat beberapa jenis prasarana yang diperolehi dalam setiap kampung tersebut antaranya rumah kediaman, bekalan elektrik, bekalan air, surau, balai raya, rumah transit Majlis Agama Islam Negeri Johor, TABIKA, jalan raya dan balai rawatan.

4.3.1 Rumah Kediaman

Pada peringkat awal, kebanyakan Orang Asli Seletar menjadikan sampan kajang sebagai rumah mereka. Kedudukan mereka yang gemar berpindah randah sudah sebati dalam kehidupan mereka kerana sampan tersebut diletakkan di persisiran pantai dan setiap masa kedudukan mereka akan berubah-ubah. Walau bagaimanapun, pada tahun 1948 keadaan tersebut mengalami perubahan apabila mereka mula mendirikan rumah di darat yang menyerupai rumah nelayan tradisional.

65

Rajah 4.7: Rumah Sampan Kajang (Berita Harian, 2014)

Rajah 4.8: Rumah Tradisi Orang Asli Seletar (Wikipedia, 2015)

Semenjak jabatan ini ditubuhkan, terdapat beberapa peringkat bagi penyediaan rumah kediaman untuk Orang Seletar iaitu bermula dengan pembinaan rumah “Junior Suit”. Rumah jenis ini juga dikenali sebagai rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan penyediaan rumah yang hanya memiliki ruang tamu, sebuah bilik air dan juga ruang dapur. Pada awal tahun 2000,

66 pihak JAKOA mula membuat penambahbaikan dengan menyediakan 2 bilik tidur kepada setiap rumah PPRT yang sedia ada di setiap kampung.

Rajah 4.9: Rumah PPRT Orang Asli Seletar (Sinar Harian, 2014)

Walau bagaimanapun, terdapat juga rumah sebuah yang dibina oleh masyarakat Orang Asli sendiri dengan menggunakan struktur konkrit. Ia mempunyai perbezaan dengan rumah tradisi yang dibina oleh Orang Asli Seletar sebelum ini yang menggunakan kayu sebagai struktur rumah. Kebanyakannya rumah sebuah yang terdapat di perkampungan Orang Asli Seletar adalah daripada punca pendapatan mereka sendiri. Seterusnya, pihak JAKOA turut menjalankan Program Bantuan Rumah (PBR) yang bermula pada tahun 2012 bagi penduduk Orang Asli Seletar yang berkelayakan. Kos yang diperuntukkan bagi rumah PBR ini adalah sebanyak RM 54,000 bagi setiap rumah yang dibina. Rumah PBR tersebut mempunyai ruang tamu, dapur, 3 ruang bilik tidur dan 2 bilik air. Bagi memperoleh rumah PBR ini, penduduk Orang Asli perlu membuat permohonan dan haruslah menepati syarat-syarat yang diberikan oleh pihak JAKOA.

67

Rajah 4.10: Rumah PBR Orang Asli Seletar (Sinar Harian, 2014)

a) Kampung Bakar Batu

Kampung Bakar Batu merupakan sebuah kampung yang kini 40 daripada 46 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima sebuah rumah kediaman daripada pihak JAKOA. Manakala 6 KIR lagi masih tidak menerima sebarang bantuan rumah dan mereka hanya menetap di rumah keluarga terdekat mereka. Ketika pembukaan kampung ini, pihak JAKOA menyediakan rumah PPRT sebagai rumah kediaman untuk penduduk tempatan di kawasan tersebut. Rumah jenis ini telah disediakan pada sekitar 1970-an dan konsep pembinaan rumah tersebut adalah dengan menggunakan pendekatan pasang siap. Bahan binaan bagi pembinaan rumah ini dibawa daripada Kuala Lumpur dengan menggunakan lori jabatan dan seterusnya dipasang oleh Unit Pasukan Pembina JAKOA dalam masa 3 bulan.

68

Rajah 4.11: Rumah PPRT di Kampung Bakar Batu

Selain itu, di Kampung Bakar Batu ini juga mempunyai rumah PBR yang mula dilaksanakan pada tahun 2013 dan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan miskin. Rumah PBR ini kelihatan lebih selesa dan besar berbanding rumah PPRT yang memiliki ruang yang lebih kecil. Walau bagaimanapun, pihak JAKOA juga turut menyediakan perkhidmatan baik pulih terhadap rumah-rumah PPRT yang masih diduduki oleh penduduk tempatan Kampung Bakar Batu ini.

69

Rajah 4.12: Rumah PBR di Kampung Bakar Batu

b) Kampung Telok Jawa

Mengenai Kampung Telok Jawa pula mempunyai perbezaan yang ketara dari segi pembangunan yang diperolehi oleh Kampung Bakar Batu. Sehingga kini, penduduk di kampung tersebut masih mengekalkan rumah tradisi sebagai rumah kediaman mereka. Rumah-rumah tersebut dibina oleh Orang Seletar sendiri dengan struktur yang diperbuat daripada papan dan kayu. Manakala bagi pembinaan tiang rumah pula adalah menggunakan kayu bakau yang diperoleh daripada kawasan persekitaran. Keseluruhan rumah mereka dibina disepanjang pesisiran pantai dengan mempunyai ciri-ciri rumah nelayan tradisional.

70

Rajah 4.13: Rumah Tradisi di Kampung Telok Jawa

Rumah tradisi di Kampung Telok Jawa ini hanya terdapat 22 buah rumah sahaja. Manakala bagi 7 buah keluarga di kampung ini masih tidak memiliki rumah samada rumah tradisi, rumah sebuah, mahupun rumah PBR. Berkenaan tentang rumah PBR pula, sehingga kini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak menyediakan rumah jenis ini terhadap penduduk di kawasan penempatan tersebut. Ini menjadikan mereka ketinggalan dalam merasai pembangunan kemudahan dalam aspek rumah kediaman seperti yang dikecapi oleh perkampungan Orang Asli Seletar yang lain.

71

Rajah 4.14: Keadaan Rumah Tradisi di Kampung Telok Jawa

c) Kampung Kuala Masai

Seterusnya, Kampung Kuala Masai pula bermula dengan pembinaan 8 buah rumah jenis papan yang direka bentuk seperti rumah peneroka FELDA oleh pemaju Kelana Megah Sdn. Bhd. pada tahun 1994. Namun begitu, penduduk Kampung Kuala Masai tidak menerima rumah tersebut dan seterusnya berpindah ke kawasan lain. Rumah tersebut ditinggalkan begitu sahaja kerana mereka merasakan rumah yang dibina oleh pihak pemaju tidak sesuai dengan corak kehidupan mereka. Pada awal tahun 2002, pihak JAKOA Johor telah mengambil peranan memajukan Kampung Kuala Masai ini dengan menyediakan 22 buah rumah kediaman dengan kelengkapan seperti air dan elektrik. Aktiviti penambahbaikan tersebut hanya mengambil beberapa bulan sahaja dan pada pertengahan 2002, JAKOA memindahkan mereka semula ke Kampung Kuala Masai dengan peruntukan yang diberikan oleh JAKOA Kuala Lumpur.

72

Rajah 4.15: Rumah PBR di Kampung Kuala Masai

Sehingga kini, terdapat 46 buah keluarga telah mempunyai rumah kediaman mereka sendiri. Jenis-jenis rumah yang terdapat di kampung ini adalah rumah PBR, rumah tradisi dan rumah sebuah yang dibina oleh mereka sendiri. Rumah kediaman jenis PBR telah diperuntukkan kepada 36 buah keluarga di Kampung Kuala Masai ini. Rumah sebuah pula hanya diperolehi sebanyak 2 buah rumah sahaja dan 8 buah rumah lagi merupakan rumah tradisi. Rumah tradisi di Kampung Kuala Masai ini kebanyakannya adalah berasaskan konkrit dan mereka tidak lagi menggunakan kayu sebagai struktur rumah. Ini menunjukkan yang penduduk Kampung Kuala Masai telah mencapai tahap kemodenan yang lebih baik berbanding Kampung Telok Jawa. Walau bagaimanapun, masih terdapat 9 buah keluarga di penempatan ini yang tidak mempunyai rumah kediaman.

73

Rajah 4.16: Rumah Tradisi Kampung Orang Asli Kuala Masai

Rajah 4.17: Rumah Sebuah Di Kampung Kuala Masai

74 d) Kampung Sungai Temon

Selain itu, Kampung Sungai Temon juga sedikit sebanyak telah mengalami perubahan jika dibandingkan dengan sebelum ini. Kampung ini telah mempunyai prasarana yang pelbagai seperti TABIKA, kemudahan jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik, namun majoriti penduduk kampung ini masih tinggal di rumah tradisi mereka yang terletak di gigi pantai. Di Kampung Sungai Temon ini seramai 55 buah keluarga masih menetap di rumah tradisi dan hanya terdapat 6 buah rumah sahaja yang dibina melalui Program Bantuan Rumah manakala 7 buah rumah lagi dibina sendiri oleh mereka yang berkemampuan. Kampung Sungai Temon mempunyai pelbagai masalah yang timbul dan menyebabkan keadaan kampung ini masih tidak boleh dimajukan sepenuhnya oleh pihak JAKOA. Masalah yang diperolehi oleh Kampung Sungai Temon ini adalah keadaan kampung yang tidak lagi mempunyai ruang yang secukupnya untuk penambahan rumah-rumah PBR bagi penduduk tempatan. Ini menjadikan bilangan rumah PBR di Kampung Sungai Temon merupakan bilangan yang paling sedikit berbanding kampung-kampung lain.

Rajah 4.18: Rumah PBR Kampung Sungai Temon

75

Rajah 4.19: Rumah Tradisi Kampung Sungai Temon

Rajah 4.20: Rumah Sebuah Kampung Sungai Temon

76 e) Kampung Simpang Arang

Walaupun Kampung Simpang Arang ini telah diwartakan pada tahun 1965, namun mereka mula memperolehi rumah bantuan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah bermula tahun 1973. Rumah yang disediakan pada ketika itu adalah rumah jenis PPRT yang dihasilkan daripada kepingan papan. Pembinaan rumah PPRT ini mempunyai konsep yang sama dengan rumah peneroka tanah rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) iaitu mempunyai sebuah bilik tidur, ruang tamu dan ruang dapur. Sebanyak 20 buah rumah PPRT telah disediakan hasil kerjasama daripada penduduk tempatan dan pasukan pembina jambatan di kampung tersebut. Kini, terdapat 148 buah keluarga di kampung Sungai Arang telah mempunyai rumah kediaman mereka sendiri iaitu 56 buah diberikan oleh pihak Jabatan melalui Program Bantuan Rumah manakala 92 buah rumah dibina oleh penduduk kampung sendiri. Namun begitu, terdapat juga sebilangan penduduk Kampung Simpang Arang yang masih tidak mempunyai tempat tinggal dengan bilangan sebanyak 17 buah keluarga.

Rajah 4.21: Rumah Tradisi Orang Asli Seletar Di Kampung Simpang Arang

77

Rajah 4.22: Rumah Sebuah yang dibina oleh Penduduk di Kampung Simpang Arang

Rajah 4.23: Rumah PBR yang disediakan oleh Jabatan untuk Penduduk Kampung Simpang Arang

78

Jadual 4.1: Bilangan Rumah Kediaman yang Terdapat di Kampung Orang Asli

Rumah Kediaman Keluarga Bil Yang Belum Kampung Ketua Jumlah Mempunyai Keluarga PBR Tradisi Sebuah Rumah

1. Kg Bakar Batu 46 40 0 0 40 6

2. Kg Telok Jawa 33 0 29 0 29 4

3. Kg Kuala Masai 55 36 8 2 46 9

4. Kg Sungai Temon 75 6 55 7 68 7

5. Kg Simpang Arang 165 56 76 16 148 17

Jumlah 374 138 168 25 331 43

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa rumah tradisi merupakan jenis rumah yang paling dominan di kawasan kajian dengan jumlah sebanyak 168 buah. Sehingga kini Orang Asli Seletar di daerah Johor Bahru masih mendiami rumah tradisi sebagai tempat tinggal mereka. Rumah tradisi yang dimiliki oleh Orang Asli Seletar mempunyai beberapa ciri di antaranya ada yang terletak di atas permukaan air dan ada juga yang sudah dibaikpulih menjadi rumah yang terletak dipermukaan tanah. Selain itu, bagi jenis rumah bantuan melalui Program Bantuan Rumah (PBR) pula telah diperolehi oleh 138 buah keluarga di kampung-kampung Orang Asli Seletar di daerah Johor Bahru. Rumah PBR yang dibina olah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menunjukkan satu inisiatif jabatan untuk menjadikan penduduk kampung Orang Asli Seletar merasai fasa kemodenan yang sama dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini. Berkenaan rumah sebuah yang dibina

79 sendiri oleh Orang Asli Seletar hanyalah 25 buah sahaja dan mengikut kemampuan mereka untuk menyediakan tempat tinggal sendiri.

4.3.2 Bekalan Elektrik Dan Bekalan Air

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor Bahru juga amat mementingkan pembangunan Orang Asli daripada pelbagai sudut terutama dari segi keperluan bekalan air dan bekalan elektrik. Melalui kemudahan ini penduduk kampung Orang Asli Seletar dapat menggunakannya bagi menjalankan aktiviti- aktiviti harian. Walaupun kedudukan kampung-kampung Orang Asli Seletar di negeri Johor ini berada di kawasan pedalaman, mereka juga berhak menerima bekalan elektrik bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka. Sumber bekalan air bersih daripada pihak Syarikat Air Johor (SAJ) juga amat diperlukan bagi meningkatkan tahap kesejahteraan masyarakat Orang Asli Seletar di daerah Johor Bahru.

a) Kampung Bakar Batu

Bagi kemudahan bekalan elektrik pula, Kampung Bakar Batu telah menerima bekalan elektrik kira-kira 30 tahun yang lalu. Sumber bekalan elektrik ini diperolehi daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kesemua rumah di penempatan ini telah menerima bekalan elektrik dan tidak berlaku sebarang permasalahan berkaitan bekalan elektrik. Selain itu, Kampung Bakar Batu turut dilengkapi dengan sumber bekalan air daripada pihak Syarikat Air Johor (SAJ) dan tiada lagi penduduk yang mendapatkan bekalan air daripada sumber lain seperti sungai, perigi, graviti dan sebagainya.

80 b) Kampung Telok Jawa

Begitu juga dengan Kampung Bakar Batu di mana mereka turut memperolehi bekalan elektrik pada 30 tahun yang lalu dan sehingga kini 22 buah keluarga daripada 33 telah mendapat bekalan tersebut daripada pihak Tenaga Nasional Berhad. Namun begitu, terdapat 7 buah keluarga di Kampung Telok Jawa yang masih tidak memperoleh bekalan elektrik dan mereka hanya mengunakan lilin sebagai alat pencahayaan pada waktu malam. Manakala, bagi bekalan air pula terdapat 22 buah keluarga yang telah mendapat paip air Syarikat Air Johor bagi kegunaan seharian dan yang selebihnya iaitu seramai 7 buah keluarga masih tidak mendapat bekalan air bersih daripada pihak SAJ. Ketiadaan bekalan elektrik dan bekalan air terhadap 7 buah keluarga tersebut adalah disebabkan mereka merupakan keluarga baru yang menetap di kampung tersebut.

c) Kampung Kuala Masai

Berkaitan Kampung Kuala Masai, Plentong, Johor Bahru pula, penduduk tempatan disini sudah mempunyai kelengkapan yang secukupnya terutama bekalan elektrik dan bekalan air. Mengenai bekalan elektrik di kampung ini, mereka telah mendapat bekalan elektrik seawal tahun 1993 yang disediakan oleh pihak pemaju ketika mereka diarahkan pindah oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB). Perkara ini turut berlaku terhadap bekalan air paip SAJ yang diperolehi bersama- sama dengan bekalan elektrik ketika perkampungan ini dibuka berhampiran dengan Kampung Melayu Kuala Masai.

81 d) Kampung Sungai Temon

Selain itu, Kampung Sungai Temon juga tidak ketinggalan bagi mendapatkan bekalan elektrik dan bekalan air di penempatan mereka. Kelengkapan ini telah lama diperolehi oleh 75 buah rumah Orang Seletar di Kampung Kuala Masai. Setiap rumah yang dibina samada dari Program Bantuan Rumah (PBR), rumah tradisi dan rumah sebuah kesemuanya telah dilengkapi dengan bekalan elektrik daripada TNB dan bekalan air bersih daripada SAJ.

e) Kampung Simpang Arang

Akhir sekali, penempatan penduduk Orang Seletar di Kampung Simpang Arang juga salah satu kampung yang sudah jauh berbeza daripada 50 tahun dahulu. Kini, bekalan elektrik TNB dan air retikulasi SAJ sudah disediakan bagi 148 buah rumah yang terdapat di Kampung Simpang Arang ini. Melalui kemudahan tersebut, mereka dapat menjalankan aktiviti seharian mereka seperti memasak, membasuh dan sebagainya. Ini menjadikan Kampung Simpang Arang merupakan kampung yang mempunyai prasarana yang lengkap dan jauh daripada aspek kemunduran.

82

Jadual 4.2: Kemudahan Bekalan Elektrik dan Bekalan Air di Kampung Orang Asli Seletar

Bil Rumah Bekalan Elektrik Bekalan Air Kampung Dalam

Kampung TNB Tiada SAJ Tiada

1. Kg Bakar Batu 40 40 0 40 0

2. Kg Telok Jawa 29 22 7 22 7

3. Kg Kuala Masai 46 46 0 46 0

4. Kg Sungai Temon 68 68 0 68 0

5. Kg Simpang Arang 148 148 0 148 0

Jumlah 331 324 7 324 7

Merujuk kepada jadual di atas dapat menunjukkan bahawa 4 daripada 5 kampung Orang Asli di daerah Johor Bahru telah memperolehi kelengkapan yang secukupnya terutama dari segi bekalan elektrik dan bekalan air. Namun begitu, bagi penduduk tempatan Kampung Telok Jawa di Plentong, Johor Bahru, seramai 7 buah keluarga Orang Asli Seletar di Kampung Telok Jawa yang masih tidak mendapatkan kedua-dua bekalan tersebut. Sehingga kini, mereka masih menunggu peruntukkan daripada pihak jabatan untuk memperolehi kemudahan tersebut.

83

4.3.3 Surau

Sebelum zaman kemerdekaan lagi, keseluruhan Orang Asli Seletar berpegang kepada kepercayaan animisme dan terdapat juga dalam kalangan mereka yang menganuti agama Kristian. Terdapat peralatan pemujaan yang digunakan dalam kepercayaan mereka. Mereka juga turut membina sebuah gereja bagi menjadikan ia sebagai tempat pemujaan. Selepas kemerdekaan, hampir 30% daripada mereka memeluk agama Islam dan kian bertambah dari tahun ke tahun. Kemudiannya, Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor pada ketika itu memerintahkan supaya gereja dirobohkan dan pembinaan surau perlu dilaksanakan bagi kampung-kampung Orang Asli di daerah Johor Bahru.

Antara kampung yang memiliki surau adalah Kampung Bakar Batu, Kampung Kuala Masai dan Kampung Simpang Arang. Ketiga-tiga kampung ini mempunyai sebuah surau di dalamnya kerana majoriti penduduk di kawasan tersebut beragama Islam. Bagi penduduk yang beragama Islam di Kampung Bakar Batu adalah 156 orang, manakala di Kampung Kuala Masai memiliki 80 orang penduduk beragama Islam dan seterusnya Kampung Simpang Arang pula terdapat 407 orang. Ia mempunyai perbezaan dengan Kampung Sungai Temon dan Kampung Telok Jawa di mana kebanyakkan penduduknya menganuti agama Kristian dan Animisme.

84 a) Kampung Bakar Batu

Kewujudan surau di Kampung Bakar Batu, Skudai ini adalah sekitar 5 tahun yang lalu memberi ruang bagi penduduk kampung untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang membantu penduduk tempatan Orang Asli Seletar dalam mempelajari agama Islam. Surau yang dibina ini dilengkapi dengan bekalan elektrik dan bekalan air yang secukupnya bagi memenuhi keselesaan penduduk Kampung Bakar Batu untuk melaksanakan ibadah. Keluasan surau di kampung ini juga lebih besar berbanding Kampung Kuala Masai dan Kampung Simpang Arang.

Rajah 4.24: Surau Yang Dibina Di Kampung Bakar Batu

85 b) Kampung Kuala Masai

Di Kampung Kuala Masai pula, pembinaan surau telah dijalankan pada 3 tahun lalu iaitu pada tahun 2015 dan surau tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Johor pada 8 Oktober 2015. Surau di kampung ini juga mempunyai persamaan dengan Kampung Bakar Batu dimana penyediaan bekalan elektrik dan bekalan air turut disediakan. Ini menunjukkan Kampung Kuala Masai telah memiliki kemudahan yang secukupnya bagi penduduk tempatan di kawasan itu.

Rajah 4.25: Surau Kampung Kuala Masai

86 c) Kampung Simpang Arang

Berkenaan surau di Kampung Simpang Arang pula, ia dibina pada sekitar tahun 10 tahun yang lalu. Kampung Simpang Arang memiliki penduduk Orang Asli beragama Islam yang paling ramai di daerah Johor Bahru. Hal ini menjadikan penyediaan surau amat diperlukan bagi penduduk beragama Islam di kawasan tersebut untuk menjalankan aktiviti keagamaan. Kedudukan surau di kawasan petempatan ini adalah terletak di pertengahan kampung dan ia sangat berhampiran dengan rumah-rumah penduduk Orang Asli Seletar.

Rajah 4.26: Surau Kampung Simpang Arang

87

Jadual 4.3: Kemudahan Surau Di Kampung Orang Asli

Kampung Ada Tiada

1. Kg. Bakar Batu 

2. Kg. Telok Jawa 

3. Kg. Kuala Masai 

4. Kg. Sungai Temon 

5. Kg. Simpang Arang 

Berdasarkan jadual di atas menjelaskan bahawa surau yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di kampung-kampung Orang Asli daerah Johor Bahru ini adalah sebanyak 3 buah sahaja. Berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama Encik Badri, Kampung Telok Jawa dan Kampung Sungai Temon masih tidak dilengkapi dengan prasarana ini kerana kedua-dua kampung tersebut memiliki penduduk yang beragama Kristian dan Animisme yang lebih ramai berbanding penduduk beragama Islam.

88

4.3.4 Balai Raya

Penyediaan balai raya juga merupakan satu prasarana penting yang perlu ada bagi pembangunan kampung Orang Asli. Balai raya juga sering digelar sebagai balai desa atau dewan orang ramai. Di kampung Orang Asli Johor Bahru, balai raya bertujuan bagi kegunaan kemasyarakatan untuk menjalankan aktiviti sosial seperti mesyuarat, gotong-royong dan sebagainya. Apabila terdapat program yang dijalankan oleh JAKOA, balai raya tersebut akan dijadikan sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut kerana terdapat ruang yang luas dan lebih selesa. Balai raya akan dibina di kampung-kampung Orang Asli jika terdapat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain.

a) Kampung Bakar Batu

Kampung Bakar Batu merupakan antara kampung yang memiliki sebuah balai raya yang dibina pada awal tahun 2013 dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia pada 4 Mac 2013. Kepelbagaian aktiviti di balai raya yang dijalankan terutama jika terdapat orang luar yang hadir bagi mengadakan program di perkampungan tersebut. Ia juga akan digunakan apabila pihak JKKK mengadakan aktiviti mesyuarat yang diketuai oleh Tok Batin dan ahli- ahli lain. Balai raya di kawasan penempatan ini berada dalam keadaan terjaga dan sering dibersihkan oleh penduduk-penduduk kampung.

89

Rajah 4.27: Balai Raya Kampung Bakar Batu

b) Kampung Kuala Masai

Selain Kampung Bakar Batu, Kampung Kuala Masai juga turut menikmati prasana balai raya ini di kampung mereka. Balai raya di kampung ini digunakan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kampung terutama apabila terdapat program-program daripada pihak JAKOA, JAKIM dan sebagainya. Walau bagaimanapun, balai raya di kampung ini kelihatan tidak terjaga dan kebanyakan tingkap telah pecah dan tidak dibaiki semula. Sampah-sarap turut bertaburan di sekililing balai raya di Kampung Kuala Masai ini dan ia boleh memberi kemudaratan kepada penduduk setempat.

90

Rajah 4.28: Balai Raya Kampung Kuala Masai

c) Kampung Sungai Temon

Kampung seterusnya yang memiliki kemudahan balai raya ini adalah Kampung Sungai Temon. Perletakan balai raya di kampung ini agak strategik kerana berdekatan rumah kediaman penduduk kampung. Ia dibina dengan keluasan yang lebih besar berbanding balai raya di Kampung Bakar batu dan Kampung Kuala Masai. Oleh kerana Kampung Sungai Temon tidak memperolehi balai rawatan didalamnya, ruang balai raya yang sedia ada ini telah dijadikan sebagai tempat untuk mendapatkan rawatan daripada pegawai kesihatan. Namun begitu, balai raya yang dibina oleh pihak JAKOA ini tidak dijaga dengan sepenuhnya oleh penduduk tempatan Kampung Sungai Temon. Ia kelihatan agak kotor dan tidak dijaga dengan sewajarnya.

91

Rajah 4.29: Balai Raya Kampung Sungai Temon

Jadual 4.4: Kemudahan Balai Raya Di Kampung Orang Asli

Kampung Ada Tiada

1. Kg. Bakar Batu 

2. Kg. Telok Jawa 

3. Kg. Kuala Masai 

4. Kg. Sungai Temon 

5. Kg. Simpang Arang 

Secara keseluruhan, kemudahan balai raya ini hanya disediakan kepada penduduk Orang Asli Seletar di Kampung Bakar Batu, Kampung Kuala Masai dan Kampung Sungai Temon. Manakala, bagi Kampung Telok Jawa dan Kampung Simpang Arang pula penyediaan kemudahan ini tidak dilaksanakan oleh JAKOA Johor Bahru. Hal ini kerana, pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyatakan bahawa kedua-dua kampung tersebut tidak mempunyai JKKK didalamnya dan penyediaan balai raya tidak menjadi faktor penting bagi kawasan tersebut.

92

4.3.5 Rumah Transit

Prasarana lain yang dibina bagi melengkapi kehidupan Orang Asli di kampung-kampung Orang Asli Seletar adalah rumah transit yang dibina oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM 3.27 juta bagi membina rumah transit ini di beberapa perkampungan Orang Asli di daerah negeri Johor. Rumah transit ini dibina bertujuan menempatkan pegawai MAINJ dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberikan pendedahan kepada Orang Asli berkaitan agama Islam. Jika terdapat sebarang program keagamaan, kedua-dua pihak ini akan menetap di rumah transit tersebut bagi memudahkan mereka untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dengan penduduk kampung Orang Asli Seletar.

a) Kampung Bakar Batu

Di Kampung Bakar Batu, rumah transit ini dibina pada tahun 2004 oleh kerajaan negeri Johor. Rumah transit yang dibina terletak berdekatan dengan surau agar memudahkan pihak MAINJ dan JAKIM untuk menjalankan program berkaitan agama Islam di penempatan tersebut. Kampung Bakar Batu merupakan kampung yang kerap didatangi oleh ahli-ahli MAINJ dan JAKIM berbanding kampung- kampung Orang Asli lain di daerah Johor Bahru ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya adalah pertandingan memanah, menombak, memasak, berbuka puasa, tazkirah dan sebagainya. Melalui pendekatan ini, hubungan silaturrahim antara MAINJ, JAKIM dan penduduk Orang Asli dapat dieratkan serta meningkatkan pengetahuan Orang Asli Seletar tentang agama Islam.

93

Rajah 4.30: Rumah Transit Di Kampung Bakar Batu

b) Kampung Kuala Masai

Selain Kampung Bakar Batu, rumah transit ini juga diperolehi di Kampung Kuala Masai. Penyediaan rumah transit ini memudahkan pihak yang berkaitan untuk menjalankan program-program berkaitan agama Islam. Penduduk Orang Asli Kampung Kuala Masai akan didedahkan dengan program-program yang berunsurkan Islam dan secara tidak langsung mereka akan dapat mempelajari sebahagian daripada ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Rumah transit ini bukan sahaja digunakan oleh MAINJ dan JAKIM, malah ia juga berfungsi sebagai rumah tamu bagi pelajar- pelajar daripada universiti yang menjalankan program di kampung tersebut.

94

Rajah 4.31: Rumah Transit Di Kampung Kualai Masai

c) Kampung Simpang Arang

Kampung Simpang Arang juga tidak ketinggalan untuk memperolehi rumah transit ini. Kedudukan rumah transit yang terletak berhampiran dengan bangunan Pusat Tarbiyah Majlis Agama Islam Johor telah memudahkan Majlis Agama Islam memantau berkaitan aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Tarbiyah tersebut. 3 buah rumah transit telah disediakan di kampung ini dan setiap rumah tersebut mempunyai kelengkapan yang secukupnya seperti katil, almari, peralatan dapur dan sebagainya.

95

Rajah 4.32: Rumah Transit Di Simpang Arang

Jadual 4.5: Rumah Transit Di Kampung Orang Asli

Kampung Ada Tiada

1. Kg. Bakar Batu 

2. Kg. Telok Jawa 

3. Kg. Kuala Masai 

4. Kg. Sungai Temon 

5. Kg. Simpang Arang 

Melalui jadual di atas menunjukkan bahawa penyediaan rumah transit ini hanyalah berada di Kampung Bakar Batu, Kampung Kuala Masai dan Kampung Simpang Arang sahaja. Kerajaan Negeri Johor tidak menyediakan rumah transit ini di Kampung Telok Jawa dan Kampung Sungai Temon. Ini kerana bilangan penduduk beragama Islam di kedua-dua kampung tersebut merupakan bilangan kecil sahaja berbanding kampung-kampung yang lain.

96

4.3.6 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA)

Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli Johor Bahru juga mengambil inisiatif dengan memberikan pendidikan ke atas Orang Asli Seletar di setiap kampung. Pembinaan TABIKA ini adalah sebagai satu kemudahan bagi anak-anak Orang Seletar di Johor Bahru menerima pendidikan awal prasekolah. Waktu bermula sesi persekolahan adalah pada jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Penduduk yang mempunyai anak-anak kecil berumur 4 hingga 6 tahun digalakkan untuk menghantar anak mereka bagi mendapatkan pendidikan awal seperti membaca, mengira, menulis dan menaakul. Usaha ini bertujuan melahirkan anak Orang Asli yang cemerlang dalam pendidikan.

a) Kampung Bakar Batu

Antara kampung yang sudah memiliki TABIKA ini adalah Kampung Bakar Batu, Skudai. Sekolah TABIKA ini secara rasminya telah dibuka pada 16 Januari 2001 oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Johor Bahru. Guru-guru yang bertanggungjawab dalam memberi pendidikan di kampung ini adalah guru yang dilantik oleh JAKOA dan bukan guru yang terdiri daripada penduduk Orang Asli sendiri. Kini, terdapat ramai anak-anak Orang Asli di penempatan tersebut telah mengikuti pembelajaran di TABIKA di kampung mereka. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa mula sedar bahawa pentingnya pendidikan untuk anak-anak mereka supaya dapat mengelakkan daripada buta huruf seperti Orang Asli Seletar dahulu.

97

Rajah 4.33: TABIKA Kampung Bakar Batu

b) Kampung Kuala Masai

Selain itu, Kampung Kuala Masai juga tidak ketinggalan dalam memperolehi TABIKA yang disediakan oleh pihak JAKOA. Keprihatinan pihak jabatan terhadap kanak-kanak di kampung ini amat dititiberatkan oleh mereka. Kanak-kanak di kampung ini telah diterapkan dengan pelajaran di peringkat awalan supaya mereka dapat sama-sama dalam memperolehi kejayaan dalam aspek akademik. Guru-guru yang mengajar di Kampung Kuala Masai ini juga dilantik oleh pihak jabatan sepertimana guru-guru di Kampung Bakar Batu. Kedudukan TABIKA di kampung ini juga berdekatan dengan rumah kediaman penduduk kampung dan ini dapat memudahkan mereka untuk menghantar anak-anak mereka ke TABIKA.

98

Rajah 4.34: TABIKA Kampung Kuala Masai

c) Kampung Sungai Temon

Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) ini juga dibina di kawasan penempatan Kampung Sungai Temon. Kanak-kanak di kampung ini juga tidak ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan awal seperti mengeja, mengira, menulis dan sebagainya. Walaupun kehadiran kanak-kanak Orang Asli Seletar tidak menggalakkan di kampung ini, pembelajaran di TABIKA tetap dijalankan bagi kanak-kanak yang hadir. Guru-guru sering mengambil inisiatif bagi membantu kanak-kanak di kampung tersebut mendapatkan pembelajaran yang sewajarnya

99

Rajah 4.35: TABIKA Kampung Sungai Temon

d) Kampung Simpang Arang

Kampung seterusnya yang memiliki Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) ini ialah Kampung Simpang Arang. Ibu bapa di kampung ini amat mementingkan tentang pembelajaran anak-anak mereka dan kampung ini mempunyai kanak-kanak yang paling ramai menghadiri ke TABIKA berbanding kampung-kampung lain. Ini dapat membuktikan bahawa Orang Asli Seletar di kampung ini mengambil langkah yang baik dalam memberi peluang kepada anak- anak mereka bagi mendapatkan pendidikan awal.

100

Rajah 4.36: TABIKA Kampung Simpang Arang

Jadual 4.6: TABIKA Di Kampung Orang Asli

Kampung Ada Tiada

1. Kg. Bakar Batu 

2. Kg. Telok Jawa 

3. Kg. Kuala Masai 

4. Kg. Sungai Temon 

5. Kg. Simpang Arang 

Berdasarkan kelima-lima kampung ini, hanya 4 kampung sahaja yang telah disediakan sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) didalamnya. Kampung yang masih tidak memperolehi TABIKA adalah Kampung Telok Jawa. Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli iaitu Encik Badri mengatakan bahawa kampung yang tidak mempunyai TABIKA adalah disebabkan kampung tersebut mempunyai TABIKA yang berdekatan. Oleh itu, bagi kanak-kanak Orang Asli Seletar di Kampung Telok Jawa yang mengingikan pendidikan awalan ini, mereka akan menghadiri di TABIKA yang berdekatan dengan penempatan mereka.

101

4.3.7 Kemudahan Jalan Raya

Seterusnya, kemudahan jalan raya juga salah satu prasarana yang amat penting bagi sesebuah kampung Orang Asli. Melalui pembinaan jalan raya ini, ia dapat menghubungkan bandar atau pekan ke kawasan penempatan Orang Asli dengan jarak yang lebih dekat. Kebanyakan kampung Orang Asli di daerah Johor Bahru ini telah menerima manfaat kemudahan ini. Jalan raya yang dibina telah memberi kemudahan kepada penduduk untuk keluar masuk dari kampung ke kawasan bandar. Setiap tahun, Jabatan Kemajuan Orang Asli akan menyediakan peruntukan bagi menaiktaraf jalan raya di kampung-kampung tersebut. Tahun demi tahun mereka akan sentiasa menjalankan aktiviti menaiktaraf kemudahan ini jika berlaku sebarang permasalahan yang diadukan oleh penduduk.

Aktiviti membaik pulih jalan raya ini berlaku di petempatan Kampung Bakar Batu, Kampung Kuala Masai, Kampung Sungai Temon dan Kampung Simpang Arang dimana masing-masing telah memperoleh keadaan jalan raya yang sudah diturap. Kini penempatan mereka tidak lagi memiliki jalan tanah merah yang melambatkan proses perjalanan ketika cuaca hujan. Keadaan ini telah menjadikan keempat-empat kampung ini memiliki kemudahan yang lengkap dan sejajar dengan usaha JAKOA dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat Orang Asli. Aktiviti terbaru dalam menaik taraf infrasturuktur ini di kampung-kampung Orang Asli daerah Johor Bahru adalah 2 tahun lalu iaitu pada tahun 2016.

102 a) Kampung Bakar Batu

Rajah 4.37: Kemudahan Jalan Raya di Kampung Bakar Batu

Bersarkan rajah 4.37 menunjukkan bahawa kemudahan jalan raya telah disediakan bagi penduduk Kampung Bakar batu, Skudai. Pada tahun 2016, Kampung Bakar Batu yang mempunyai keluasan 5.88 hektar telah diberikan peruntukan bagi penyediaan jalan tar dengan jarak 2 kilometer. Ia menjadikan kehidupan Orang Asli Seletar di kampung ini lebih lengkap dengan penyediaan infrastuktur yang selesa dan tidak mengalami sebarang permasalahan.

103 b) Kampung Kuala Masai

Rajah 4.38: Kemudahan Jalan Raya di Kampung Kuala Masai

Manakala bagi Kampung Kuala Masai yang berkeluasan 10.76 hektar ini juga turut memperolehi peningkatan jarak jalan raya berturap dengan jarak 2 kilometer pada tahun 2016. Rajah 4.38 menunjukkan bahawa infrasturuktur jalan raya di kampung ini secara keseluruhannya telah menerima jalan tar sebagai laluan utama mereka. Oleh yang demikian, permasalahan berkaitan jalan raya juga tidak berlaku lagi di kampung ini.

104 c) Kampung Sungai Temon

Rajah 4.39: Kemudahan Jalan Raya di Kampung Sungai Temon

Selain itu, Kampung Sungai Temon seluas 11.402 hektar ini juga tidak ketinggalan dalam aktiviti penurapan jalan raya ini. Kampung tersebut telah menerima jalan berturap dengan jarak 2 kilometer sama seperti Kampung Bakar batu dan Kampung Kuala Masai. Ini menunjukkan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memberi kesamarataan peruntukan dalam pembangunan jalan raya di seluruh kampung di daerah Johor Bahru.

105

4.3.7.4 Kampung Simpang Arang

Rajah 4.40: Kemudahan Jalan Raya di Kampung Simpang Arang

Seterusnya, bagi Kampung Simpang Arang seluas 65.963 hektar ini pula telah menerima aktiviti penurapan jalan raya dengan jarak 2.5 kilometer pada tahun 2016. Kampung Simpang Arang merupakan kampung yang paling luas di daerah Johor Bahru ini. Oleh itu, peningkatan jalan berturap perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa agar keseluruhan penduduk dapat merasai pembangunan tersebut.

106

Jadual 4.7: Kemudahan Jalan Raya di Kampung Orang Asli

Kampung Ada Tiada

1. Kg. Bakar Batu 

2. Kg. Telok Jawa 

3. Kg. Kuala Masai 

4. Kg. Sungai Temon 

5. Kg. Simpang Arang 

Melalui jadual di atas, dapat dirumuskan bahawa hanya Kampung Telok Jawa sahaja yang masih tidak menerima jalan berturap daripada pihak jabatan. Sehingga kini, mereka masih menggunakan jalan berbatu dan tidak sekata. Dengan jalan yang tidak berturap dan sempit telah menyebabkan penduduk tempatan sukar untuk menggunakan kemudahan tersebut. Menurut Batin Gusti bin Tik, jalan tersebut hanya memuatkan sebuah kereta sahaja untuk dilalui. Secara tidak langsung, pergerakan mereka menjadi terbatas kerana kesukaran mereka untuk keluar masuk di kampung tersebut.

Rajah 4.41: Kemudahan Jalan Raya di Kampung Telok Jawa

107

4.3.8 Balai Rawatan

Selain daripada aspek pembangunan, Orang Asli di daerah Johor Bahru ini juga perlu mendapatkan kemudahan rawatan. Balai rawatan kesihatan juga merupakan prasarana penting yang perlu ada di setiap Kampung Orang Asli di daerah Johor Bahru ini. Oleh kerana kedudukan Orang Asli yang gemar mendiami di kawasan pedalaman merupakan faktor utama balai rawatan ini perlu dibina bagi setiap kampung. Ini bagi memudahkan penduduk tempatan kerana tidak lagi memerlukan perjalanan yang jauh bagi mendapatkan rawatan kesihatan di bandar yang berdekatan. Malah, kemudahan ini juga sangat memberi manfaat kepada penduduk tempatan Orang Seletar terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri dan sukar untuk bergerak.

a) Kampung Bakar Batu

Kampung Bakar Batu merupakan salah satu kampung yang mempunyai balai rawatan didalamnya. Kemudahan ini telah lama diwujudkan dan kini balai rawatan tersebut tidak digunakan lagi oleh penduduk Orang Asli di kampung tersebut. Hal ini kerana, kedudukan balai rawatan yang berada jauh di belakang kampung menyukarkan penduduk kampung untuk bergerak bagi menerima rawatan. Oleh itu, penduduk di Kampung Bakar Batu ini telah menjadikan balai raya sebagai tempat menerima rawatan dan segala aktiviti rawatan kesihatan akan dijalankan di situ. Pegawai kesihatan akan hadir dan membuat pemeriksaan secara berkala iaitu 3 minggu sekali. Setiap penduduk samada kalangan orang tua dan kanak-kanak akan diberikan rawatan secara percuma dan ubat-ubatan turut disediakan oleh pegawai kesihatan tersebut. Mereka juga turut menekankan bahawa pentingnya penjagaan kebersihan terutama dari segi pemakanan, pemakaian dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan kesedaran Orang Asli tentang langkah-langkah untuk menghindari diri mereka daripada sebarang penyakit.

108

Rajah 4.42: Balai Rawatan Di Kampung Bakar Batu

b) Kampung Simpang Arang

Selain itu, pihak JAKOA juga menyediakan balai rawatan ini di penempatan Kampung Simpang Arang. Bagi kampung ini pula, pegawai kesihatan Gelang Patah akan hadir 2 kali seminggu untuk memberikan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk di kawasan itu. Selain itu, mereka juga menyediakan sebuah van untuk membawa penduduk Kampung Simpang Arang ke klinik atau hospital yang berdekatan. Balai rawatan tersebut bukan sahaja dijadikan sebagai tempat untuk mendapatkan rawatan, malah ia juga berfungsi sebagai tempat untuk aktiviti pembelajaran membaca Al-quran bagi penduduk tempatan di Kampung Simpang Arang.

109

Rajah 4.43: Balai Rawatan di Kampung Simpang Arang

Jadual 4.8: Kemudahan Balai Rawatan di Kampung Orang Asli

Kampung Ada Tiada

1. Kg. Bakar Batu 

2. Kg. Telok Jawa 

3. Kg. Kuala Masai 

4. Kg. Sungai Temon 

5. Kg. Simpang Arang 

Berdasarkan jadual di atas, penyediaan balai rawatan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli Johor Bahru hanya di Kampung Bakar Batu dan Kampung Simpang Arang. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, Encik Badri mengatakan bahawa Kampung Telok Jawa, Kampung Kuala Masai dan Kampung Sungai Temon tidak mempuyai prasarana ini kerana kedudukan kampung-kampung tersebut berdekatan dengan hospital dan klinik desa yang lain. Justeru itu, ia juga dapat mengelakkan daripada pembinaan klinik yang terlalu banyak bagi sesuatu kawasan tersebut.

110

4.3.9 RUMUSAN

Jadual 4.9: Rumusan Jenis-jenis Prasarana Bagi Kampung-kampung Orang Asli Seletar Di Daerah Johor Bahru

PRASARANA

KAMPUNG Bekalan Rumah Rumah Balai Elektrik Surau Balai Raya TABIKA Jalan Raya Kediaman Transit Rawatan Dan Air

1. Kg. Bakar Batu        

2. Kg. Telok Jawa   

3. Kg. Kuala Masai       

4. Kg. Sungai Temon     

5. Kg. Simpang Arang       

111

Berdasarkan jadual 4.9, dapat dirumuskan bahawa Kampung Bakar Batu merupakan satu-satunya kampung di daerah Johor Bahru yang telah mencapai pembangunan prasarana yang setara dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Ini membuktikan, pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama- sama Jabatan Kemajuan Orang Asli telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya dalam membasmi kemiskinan Orang Asli. Kampung Bakar Batu merupakan satu contoh terbaik dimana penduduk Orang Asli juga berhak memperolehi prasarana dapat membantu mereka dalam melaksanakan kehidupan harian. Kampung yang diwartakan pada 28 Januari 1965 ini juga telah mencapai tahap kemodenan yang lebih baik berbanding kampung-kampung lain. Oleh itu, Kampung Bakar Batu telah dijadikan sebagai kawasan utama jika terdapat program- program berkaitan Orang Asli Seletar.

Namun begitu, berdasarkan dapatan hasil kajian mendapati diantara kelima- lima kawasan kajian tersebut, Kampung Telok Jawa masih dalam keadaan mundur dan tidak memperolehi pembangunan prasarana sehingga kini. Disamping itu, Kampung Telok Jawa ini juga telah ketinggalan dalam mendapatkan prasarana seperti surau, balai raya, rumah transit, TABIKA dan balai rawatan. Ini menyebabkan tahap kemiskinan Orang Asli Seletar di kampung ini masih tinggi. Hasil dapatan ini membuktikan yang pihak Kementerian Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Kemajuan Orang Asli perlu menitikberatkan kemudahan prasarana dalam membentuk penduduk Orang Asli yang moden dan maju dari semasa ke semasa.

112

4.4 Tahap Penggunaan Orang Asli Terhadap Prasarana Yang Telah Disediakan Oleh JAKOA

Dalam bahagian ini, analisis kajian adalah berkenaan objektif kedua iaitu sejauhmana prasarana yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) digunakan dengan sebaiknya oleh penduduk Orang Asli Seletar. Kesemua kampung iaitu Kampung Bakar Batu, Kampung Telok Jawa, Kampung Kuala Masai, Kampung Sungai Temon dan Kampung Simpang Arang telah dijalankan kaedah temu bual dan tinjauan tapak bagi mendapatkan data yang berkaitan. Bagi objektif ini, temu bual dijalankan kepada penduduk kampung Orang Asli Seletar di setiap kawasan kajian. Setelah pengutipan data dibuat terdapat beberapa prasarana yang telah dikenalpasti tidak digunakan oleh penduduk-penduduk kampung di kawasan kajian.

Semenjak tahun 1950-an sehingga kini, pembangunan prasarana yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah diterima baik oleh Orang Asli Seletar di Johor Bahru. Terdapat pelbagai prasarana yang telah dibina bagi membantu meningkatkan taraf hidup Orang Asli Seletar daripada berterusan dalam keadaan mundur dan tidak setaraf dengan masyarakat lain di Malaysia. Namun begitu, terdapat di antara penduduk Orang Asli yang masih mengamalkan kehidupan tradisional dan kurang memanfaatkan prasarana yang terdapat di persekitaran mereka. Berdasarkan masalah ini telah menyebabkan beberapa prasarana yang dibina oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak digunakan sebaiknya oleh penduduk tempatan Orang Asli, malah mereka turut mengendahkan prasarana tersebut dari semasa ke semasa.

113

4.4.1 Kampung Bakar Batu

Di Kampung Bakar Batu, Skudai terdapat prasarana yang tidak digunakan mengikut fungsi sebenar antaranya adalah balai rawatan. Oleh kerana kebanyakan kampung Orang Asli terletak di kawasan pedalaman, pembinaan balai rawatan ini adalah untuk memudahkan mereka bagi mendapatkan rawatan tanpa memerlukan perjalanan yang jauh. Menurut Batin Kais bin Kee, di Kampung Bakar Batu, penggunaan balai rawatan hanya pada ketika ianya dibina sahaja. Setelah beberapa tahun berlalu, kemudahan balai raya ini tidak digunakan lagi oleh penduduk di kampung tersebut. Malah, balai rawatan tersebut kini telah dijadikan sebagai rumah kediaman bagi salah seorang penduduk di kawasan tersebut. Hal ini telah menunjukkan bahawa prasarana tersebut tidak mempunyai fungsi kepada penduduk di penempatan ini.

Antara punca kemudahan balai rawatan ini tidak digunakan oleh penduduk Kampung Bakar Batu adalah kerana kedudukannya yang terletak di belakang kampung. Merujuk kepada Dayak binti Detap mengatakan bahawa kedudukan balai rawatan yang tidak strategik telah menyebabkan mereka tidak menggunakan lagi kemudahan ini. Hasilnya, penduduk di kawasan tersebut lebih cenderung untuk menjadikan balai raya sebagai tempat untuk mereka menerima rawatan dari pegawai kesihatan. Balai raya yang terletak di bahagian hadapan kampung telah menyebabkan penduduk Kampung Bakar Batu mudah untuk bergerak kerana kedudukannya yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Sehingga kini, balai rawatan di kampung tersebut masih tidak berfungsi seperti mana yang telah diharapkan. Bukan itu sahaja, malah balai rawatan tersebut juga telah dijadikan sebagai tempat tinggal bagi salah seorang penduduk di kawasan itu. Perkara ini secara tidak langsung telah merugikan pihak JAKOA kerana penyediaan prasarana yang kini tidak berfungsi dalam membantu penduduk kampung Orang Asli bagi melaksanakan kehidupan harian.

114

Rajah 4.44: Keadaan Kini Balai Rawatan Kampung Bakar Batu

Selain itu, surau juga merupakan prasarana lain yang tidak digunakan oleh penduduk tempatan di Kampung Bakar Batu ini. Walaupun kampung ini memiliki penduduk Orang Asli yang beragama Islam, kebanyakan daripada mereka tidak menghadiri surau jika tidak mempunyai sebarang program yang dilaksanakan di surau tersebut. Pada waktu-waktu lain, surau ini hanya digunakan oleh guru-guru TABIKA yang mengajar di kampung ini. Manakala penduduk Orang Asli sendiri tidak menggunakan surau tersebut bagi melaksanakan aktiviti seperti solat, tazkirah dan sebagainya. Menurut Toh bin Kasim, ruang surau yang dibina bagi menampung penduduk seramai 156 orang ini digunakan oleh mereka jika terdapat majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Majlis Agama Negeri Johor sahaja.

Rajah 4.45: Surau di Kampung Bakar Batu, Skudai

115

4.4.2 Kampung Kuala Masai

Kampung Kuala Masai juga merupakan salah satu kampung yang memperolehi prasarana yang tidak digunakan oleh penduduk kampung Orang Asli Seletar. Bagi kampung ini, antara prasarana yang tidak berfungsi adalah tandas di balai raya. Penduduk di penempatan ini telah menjadikan tandas sebagai tempat pembuangan sampah. Walaupun penyediaan tempat pembuangan sampah telah disediakan bagi penduduk Orang Asli Seletar tetapi mereka telah menggunakan tandas sebagai kawasan pembuangan sampah. Keadaan ini dapat dijelaskan bahawa tandas yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli tidak dijaga dengan sempurna oleh penduduk tempatan. Tandas tersebut dipenuhi dengan sampah sarap dari semasa ke semasa.

Rajah 4.46: Tandas Balai Raya yang dipenuhi Sampah Sarap

Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa penggunaan tandas oleh penduduk Orang Asli Seletar di Kampung Kuala Masai ini masih ditahap yang rendah. Mereka hanya membiarkan sahaja keadaan ini berlarutan dan tiada langkah yang sewajarnya dilakukan oleh mereka bagi membaik pulih tandas tersebut. Namun begitu, persekitaran tandas ini juga mempunyai semak samun dan ia menyebabkan lantai tandas tersebut dipenuhi dengan akar rumput daripada luar.

116

Rajah 4.47: Sinki yang tidak mempunyai kepala paip

Melalui rajah 4.46, rajah 4.47 dan rajah 4.48 menerangkan tentang keadaan tandas balai raya yang dipenuhi sampah sarap didalamnya. Bukan itu sahaja, malah peralatan tandas seperti paip air dan pintu juga turut hilang dan kini tandas tersebut tidak boleh digunakan lagi dan terus diendahkan begitu sahaja.

Rajah 4.48 : Keadaan Tandas yang tidak Mempunyai Pintu

Selain itu, Kampung Kuala Masai juga mempuyai permasalahan yang sama seperti Kampung Bakar Batu di mana surau yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli tidak digunakan oleh penduduk kampung Orang Asli Seletar. Keadaan surau yang kelihatan tidak berpenghuni ini menjelaskan bahawa mereka

117 jarang menggunakan prasarana ini secara harian. Jika terdapat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak luar, keadaan ini bertukar apabila surau ini dijadikan sebagai tempat untuk beribadat oleh pihak luar tersebut. Batin Salim bin Palon juga turut mengatakan surau ini akan digunakan oleh penduduk kampung jika terdapat program-program yang dilaksanakan di kampung tersebut.

Rajah 4.49: Keadaan Surau di Kampung Kuala Masai

Berdasarkan rajah 4.49 dan rajah 4.50, dapat menjelaskan bahawa surau di Kampung Kuala Masai dalam keadaan yang tidak terjaga dan tidak bersih. Mereka hanya menggunakan kemudahan ini apabila terdapat program-program keagamaan yang dijalankan di kampung tersebut.

Rajah 4.50: Surau Terbiar dan tidak Bersih

118

4.3.3 Kampung Simpang Arang

Kini, Kampung Simpang Arang juga salah satu kampung yang mempunyai permasalahan berkaitan prasarana yang tidak digunakan ini. Antara prasarana tersebut adalah rumah transit MAINJ. Bagi rumah transit yang dibina oleh Majlis Agama Islam Johor ini kurang digunakan oleh pihak berkaitan. Batin Noree bin Kasi telah menyatakan bahawa kekerapan kehadiran MAINJ di Kampung Simpang adalah kurang dan ia telah menyebabkan rumah transit tersebut berada dalam keadaan yang tidak terurus. Oleh kerana rumah transit di kampung ini telah lama tidak digunakan, pihak JAKOA mengarahkan pelajar-pelajar universiti yang mengadakan program di Kampung Simpang Arang agar mendiami rumah transit tersebut. Melalui kelengkapan yang diperolehi dalam rumah transit ini menyebabkan rumah transit ini sesuai untuk diduduki oleh sesiapa sahaja.

Rajah 4.51: Rumah Transit Kampung Simpang Arang

Selain rumah transit, surau juga merupakan salah satu prasarana yang kurang digunakan oleh penduduk Kampung Simpang Arang. Hal ini mempunyai persamaan berkaitan surau di Kampung Bakar Batu dan Kampung Kuala Masai yang mana penduduknya kurang dalam penggunaan kemudahan tersebut. Walaupun Kampung

119

Simpang Arang merupakan kampung yang majoriti penduduknya beragama Islam tetapi mereka kurang melaksanakan aktiviti keagamaan dikampung tersebut. Hal ini menjadikan surau di kampung tersebut jarang digunakan apabila pada waktu biasa. Penggunaan surau didapati apabila terdapat aktiviti-aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh pihak luar sahaja.

Rajah 4.52: Keadaan Surau di Kampung Simpang Arang

Rajah 4.53: Surau Kampung Simpang Arang yang Kelihatan Tidak Terjaga

120

4.3.4 RUMUSAN

Jadual 4.10: Jenis-jenis Prasarana yang tidak digunakan di Kampung-kampung

Orang Asli Seletar di Daerah Johor Bahru

PRASARANA KAMPUNG Rumah Balai Surau Balai Raya Transit Rawatan

1. Kg. Bakar Batu  

2. Kg. Telok Jawa

3. Kg. Kuala Masai  

4. Kg. Sungai Temon

5. Kg. Simpang Arang  

Melalui jadual 4.10 diatas menjelaskan tentang jenis-jenis prasarana yang tidak digunakan oleh masyarakat Orang Asli Seletar di kawasan kajian. Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa prasarana yang kurang dimanfaatkan oleh penduduk Orang Asli iaitu surau, balai raya, rumah transit dan balai rawatan. Walau bagaimanapun, surau merupakan prasarana yang paling dominan tidak digunakan oleh masyarakat Orang Asli berbanding prasarana lain. Di Kampung Bakar Batu, walaupun kampung ini memiliki penduduk Orang Asli yang beragama Islam,

121 kebanyakan daripada mereka tidak menghadiri surau jika tidak mempunyai sebarang program yang dilaksanakan di surau tersebut. Selain itu, Kampung Kuala Masai juga mempuyai permasalahan yang sama seperti Kampung Bakar Batu di mana surau yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli tidak digunakan oleh penduduk kampung Orang Asli Seletar. Keadaan surau yang kelihatan tidak berpenghuni ini menjelaskan bahawa mereka jarang menggunakan prasarana ini secara harian. Begitu juga dengan surau di Kampung Simpang Arang yang mana penduduknya kurang dalam penggunaan kemudahan tersebut. Ini menjadikan kemudahan surau merupakan satu kemudahan yang kurang mendapat sambutan dari segi penggunaannya bagi masyarakat Orang Asli Seletar.

122

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini bertujuan memberi kesimpulan bagi keseluruhan kajian yang telah dijalankan. Kesimpulan yang dibuat adalah berlandaskan dapatan kajian berkenaan objektif dengan mengkaji semula maklumat yang telah diperolehi melalui kaedah temu bual berstruktur dan tinjauan tapak. Kesemua data yang telah diperolehi dan dianalisis akan menentukan samada kajian ini berjaya mencapai objektif ataupun tidak. Manakala bagi rumusan kajian akan dihasilkan daripada dapatan kajian yang diperolehi bagi kedua-dua objektif tersebut. Cadangan juga akan diberikan kepada pembaca bagi kajian selanjutnya.

123

5.2 Kesimpulan

Hasil kajian ini adalah untuk mengenalpasti beberapa jenis prasarana yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli di daerah Johor Bahru dan tahap penggunaan Orang Asli terhadap prasarana yang diberikan.

5.2.1 Jenis-Jenis Kemudahan Prasarana Yang Sedia Ada Di Perkampungan Orang Asli Di Daerah Johor Bahru.

Terdapat pelbagai prasarana yang telah diberikan oleh pihak jabatan bagi setiap kampung masyarakat Orang Asli di daerah Johor Bahru ini. Antara kemudahan prasarana yang dibina bagi membantu pembangunan sosial masyarakat Orang Asli adalah rumah kediaman, surau, bekalan elektrik, bekalan air, balai raya, rumah transit Darul Hikmah, TABIKA dan juga balai rawatan. Penyediaan kemudahan di kampung-kampung tersebut berasaskan faktor-faktor kesesuaian prasarana itu dibina.

Bagi keseluruhan kampung di daerah Johor Bahru ini didapati Kampung Bakar Batu merupakan satu-satunya kampung yang telah mempunyai pembangunan infrastruktur yang lebih banyak berbanding kampung-kampung lain. Di kampung ini keseluruhan prasarana telah diperolehi bagi masyarakat Orang Asli Seletar terutama bagi prasarana penting seperti rumah kediaman, bekalan elektrik dan bekalan air. Ini menunjukkan bahawa pihak JAKOA amat mementingkan pembangunan prasarana bagi masyarakat Orang Asli. Kemudahan tersebut bertujuan agar mereka dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih mudah tanpa berlaku sebarang permasalahan.

124

Manakala, bagi pembangunan infrastruktur di Kampung Telok Jawa pula adalah sebaliknya. Kampung ini kurang didedah kan dengan pembangunan prasarana yang moden dan sehingga kini mereka masih hidup dalam keadaan mundur. Prasarana yang hanya diperolehi di kampung ini adalah rumah kediaman, bekalan elektrik dan bekalan air sahaja. Masyarakat di Kampung Telok Jawa ini juga masih mengekalkan rumah tradisi yang dibina di atas persisiran pantai sebagai tempat tinggal mereka. Ada juga diantara mereka yang masih tidak memperolehi rumah kediaman dan perkara ini perlu dititikberatkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

5.2.2 Tahap penggunaan Orang Asli Terhadap PrasaranaYang Diberikan Oleh JAKOA

Kesimpulan yang dapat dibuat dari dapatan kajian berkaitan perkara ini adalah kemudahan surau merupakan sebuah prasarana yang kurang digunakan oleh masyarakat Orang Asli Seletar di daerah Johor Bahru. Penggunaan surau yang dibina di Kampung Bakar Batu, Kampung Kuala Masai dan Kampung Simpang Arang adalah tidak memberangsangkan. Mereka hanya mengendahkan prasarana ini dari semasa ke semasa dan ini telah menyebabkan kemudahan tersebut dilihat seperti usang dan terbiar. Keadaan ini telah menjadikan prasarana yang dibina oleh pihak JAKOA tidak mencapai fungsinya dengan baik. Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) perlu mengambil kira berkenaan perkara ini agar beberapa inisiatif dapat dijalankan bagi menjadikan kemudahan tersebut dapat digunakan dengan sebaiknya. Penggunaan surau perlu didedahkan kepada masyarakat ini agar ianya lebih berfungsi tanpa mengira masa dan tempat.

125

5.3 Batasan Kajian

Sepanjang menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kekangan yang perlu dihadapi semasa menjalankan kajian ini. Antara kekangan tersebut adalah kesukaran bagi mendapatkan tahun pembinaan kemudahan yang dibina di kampung-kampung Orang Asli daerah Johor Bahru ini. Pihak JAKOA tidak mempunyai maklumat yang secukupnya bagi membantu pengkaji mendapatkan data yang sempurna. Hal ini memberi kesan kepada pengkaji untuk menghasilkan pengolahan yang baik dalam analisis kajian.

Selain itu, kesukaran dalam mendapatkan kerjasama daripada Tok Batin dan penduduk kampung Orang Asli juga adalah salah satu kekangan yang perlu dihadapi oleh pengkaji. Mereka sukar untuk menjelaskan berkaitan prasarana yang sudah mereka perolehi dan perkara ini menjadi punca kesukaran bagi pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan padat.

Batasan kajian seterusnya adalah kesukaran pengkaji untuk mengenalpasti kedudukan kampung. Oleh kerana kedudukan mereka kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman telah memberi kesan terhadap masa perjalanan pengkaji untuk sampai ke kawasan kajian. Keselamatan juga perlu dititikberatkan agar perjalanan pengkaji dalam keadaan selamat dan terhindar daripada sebarang permasalahan.

Secara keseluruhannya, kesemua batasan kajian yang dihadapi dalam kajian ini dapat diatasi dan proses pengutipan data juga dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

126

5.2 Kajian Lanjutan

Rumusannya, kajian ini telah mencapai tujuan dan objektif yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam kajian ini. Hal ini kerana, terdapat pelbagai permasalahan yang timbul semasa menjalankan kajian ini. Oleh yang demikian, demi meningkatkan mutu dan keberkesanan kajian ini pada masa hadapan, beberapa cadangan akan diberikan. Cadangan tersebut adalah:

i. Membesarkan lagi skop bagi kawasan kajian dan prasarana lain

ii. Mengkaji halangan-halangan Jabatan Kemajuan Orang Asli dalam menyediakan prasarana untuk masyarakat Orang Asli.

iii. Mengkaji lebih lanjut tentang pembangunan sosial masyarakat Orang Asli Seletar.

iv. Mengenalpasti prasarana-prasarana lain yang perlu diwujudkan di perkampungan Orang Asli.

v. Mengenalpasti keberkesanan pembangunan prasarana kepada kehidupan Orang Asli Seletar.

127

RUJUKAN

A. Samah, A. & H. Hamsan, H. (2008). Pendekatan dan Model Pembangunan Komuniti Orang Asli. Universiti Putra Malaysia.

Abdul Talib (2003). Kenali Kami Masyarakat Orang Asli di Malaysia. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. .

Ali S.M. (2006). Peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dalam Pembangunan Masyarakat Orang Asli. Kerta Kerja dalam Seminar Perancangan Bandar dan Wilayah Kali Ke-23. Dewan Senat, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.

Berita Harian (2014). Generasi Muda Lebih Berpendidikan, Kahwin Campur.Berita Harian, 7 Disember 2014. Kuala Lupur.

Carey Iskandar (1976). The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia, Oxford Uni Press, Kuala Lumpur.

Creswell J.W. (2009). Research Design Qualitative, Quantitative And mixed Methods Approaches (Edisi Ketiga). Sage Publication.

Dewan Bahasa Dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Penerbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Dahlan, H.M. (1998). Persoalan Pribumi Dalam Pembangunan. Jabatan Antropologi Dan Sosiologi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

Fakih (2001). Runtuhnya Teori Pembangunan Dan Globalisasi. Yogyakarta.

Ismail, S., & Atan, A. (2011). Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal Dan Vokasional Di Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Educational Psychology and Counselling, 2(1), 113-144.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (2010). Kenyataan Media Orang Asli.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (2011). Teras Kemajuan Orang Asli

128

Jabatan Kemajuan Orang Asli (2017). Suku Kaum/Bangsa Orang Asli. [Didapati pada: November 18, 2017][Diperolehi daripada: http://www.jakoa.gov.my/orang- asli/info-orang-asli/suku-kaumbangsa]

Jabatan Kemajuan Orang Asli (2017). Pengenalan Orang Asli. [Didapati pada: November 10, 2017][Diperolehi daripada: http://www.jakoa.gov.my/orang- asli/info-orang- asli/pengenalan- orang-asli]

Jabatan Kemajuan Orang Asli (2014). Jumlah perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang masih tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatif. Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012. 28-29 Mac. Puteri Resort Melaka. 3-15.

K. Yin, Robert (2003). Applications of Case Study Research Second Edition. Sage Publications, London.

Kamal Solhaimi Fadzil, W.S., Siti Nor Awang, R.Z., Juli Edo (2016). Masyarakat Pribumi, Infrastruktur Sosial & Pembangunan Terancang di Malaysia: Kajian Penglibatan Masyarakat Orang Asli di RPS Air Banun, Belum- Temenggor, Perak. GEOGRAFIA Online Malaysian Jurnal of Society & Space, 12(10), 88- 100.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (2015). Fakta KKLW. [Didapati pada: November 20, 2017][Diperolehi daripada: http://www.rurallink.gov.my/rakyat/maklumat-desa/evolusi-transformasi]

Lebar, O., (2009). Penyelidikan Kualitatif. Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Tanjung Malim. Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim

Lesley Barker (2009). What is Primary Data. [Didapati pada: 10 November 2017][Diperolehi daripada: www.ehow.com]

129

Malaysia (1981). Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985. Jabatan Percetakan Negara, Kuala Lumpur.

Malaysia (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Jabatan Percetakan Negara, Kuala Lumpur.

Malaysia (2011). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015 Jabatan Percetakan Negara, Kuala Lumpur.

Mohd Nur Syufaat (2013). Kajian Awalan Terhadap Persekitaran Masyarakat Orang Asli Jakun di Kampung Peta. Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu. (327-336).

Mohd Nur Syufaat (2015). Sosioekonomi Orang Asli Jakun di Kampung Peta. Tesis Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Batu Pahat (12-17).

Mohd Nur Syufaat & Seow Ta Wee (2015). Kehidupan Transformasi Pembangunan Sosioekonomi Orang Asli. Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Nur Al-Hafiz (2011). Usaha Yang Dijalankan Oleh Masyarakat Orang Asli Dalam Meningkatkan Pembangunan Ekonomi Mereka: Satu Kajian Di Daerah Rompin & Pekan, Pahang. Tesis Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.

Mohd Yazee Mat Yatim (2005). Kehendak Klien Dalam Pemilihan Kontraktor. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Mustafa, Z. et al (2007). Pengelasan Atribut Kualiti bagi Meningkatkan Kepuasan Pelanggan. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis, 3(1),ms. 149-159

Ramlee Abdullah (2014). Orang Asli Pembangunan & Transformasi. Universiti Sultan Zainal Abidin. Kuala Terengganu.

Ratos (2006). Orang Asli And Their Wood Art. Times Edition. Singapura

130

Penantian 22 tahun miliki rumah tercapai. (2014), [Didapati pada: 28 April 2018].[Diperolehi daripada: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/penantian-22-tahun-miliki- rumah-tercapai-1.335745]

Siagian (2005). Administrasi Pembangunan. Konsep Dimensi Dan Strateginya. Jakarta.

Seow Ta Wee, S.A., M.Sam (2013). Kelestarian Pembangunan Sosiobudaya Komuniti Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali Ke-4, 5-6 Mac 2013, Dewan Persidangan E- Learning UPSI, Tanjung Malim.

Wikipedia (2015). Orang Laut.[Didapati: pada 13 Mac 2018][Diperolehi daripada: https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Laut]

131

LAMPIRAN A

(SOALAN TEMU BUAL)

132

JABATAN UKUR BAHAN

FAKULTI ALAM BINA

SOALAN TEMU BUAL SEMI STRUKTUR

PEMBANGUNAN KEMUDAHAN PRASARANA DI PERKAMPUNG ORANG ASLI

OBJEKTIF :

1. Mengenalpasti kemudahan prasarana yang sedia ada di Perkampungan Orang Asli.

2. Sejauhmana kemudahan prasarana yang diperoleh di Kampung Orang Asli digunakan.

PERHATIAN:

Soalan soal selidik ini adalah untuk mengumpul data berkaitan dengan kajian seperti di atas. Kerjasama dari pihak anda amatlah dihargai. Terima kasih

Disediakan Oleh:

Siti Norshafika Binti Saharuddin

133

1) Soalan Temu Bual Pegawai JAKOA Johor Bahru

1. Berapakah jumlah perkampungan Orang Asli di daerah Johor Bahru?

2. Apakah nama-nama kampung dan lokasi kampung yang terdapat di daerah Johor Bahru?

3. Berapakah bilangan penduduk yang terdapat di setiap kampung tersebut?

4. Apakah jenis kaum Orang Asli dan jumlah keseluruhan bagi kaum-kaum tersebut?

5. Apakah jenis-jenis prasarana penting yang terdapat di Perkampungan Orang Asli di negeri Johor Bahru?

6. Apakah jenis-jenis prasarana penting yang terdapat di Perkampungan Orang Asli di negeri Johor Bahru?

7. Apakah jenis rumah yang dimiliki oleh masyarakat Orang Asli?

8. Adakah semua keseluruhan Orang Asli memiliki rumah kediaman?

9. Bagaimana pula dengan bekalan elektrik dan air, adakah mereka telah menerima kedua-dua bekalan tersebut?

10. Adakah mereka telah mendapatkan jalan raya yang berturap?

11. Apakah punca-punca yang mempengaruhi dalam pembinaan prasarana di kampung Orang Asli?

12. Berapakah jumlah Ketua Isi Keluarga (KIR) di kampung-kampung tersebut? Berapa lamakah kesemua kampung tersebut telah ditubuhkan? 13. 14. Adakah terdapat penduduk Orang Asli yang masih menggunakan rumah tradisi?

15. Berapakah jumlah penduduk yang masih tidak memperoleh bantuan rumah daripada pihak kerajaan?

134

2) Soalan Temu Bual Tok Batin

1. Adakah terdapat kemudahan prasarana yang tidak digunakan di kampung ini?

2. Mengapakah prasarana tersebut tidak digunakan?

3. Apakah pendapat anda tentang prasarana ini?

4. Adakah prasarana ini membantu dalam pengurusan aktiviti harian?

5. Adakah penduduk kampung yang masih tidak memperolehi fungsi prasarana ini?

3) Soalan Temu Bual Penduduk Kampung

1. Adakah kewujudan prasarana ini dapat membantu anda dalam aktiviti seharian?

2. Adakah prasarana yang dibina ini dapat digunakan dengan sebaiknya? Atau adakah terdapat beberapa masalah yang berlaku ketika penggunaannya?

3. Adakah prasarana yang dibina ini mencukupi bagi penduduk kampung ini?

4. Adakah prasarana yang dibina menepati kehendak yang diperlukan?

5. Bagaimana anda menguruskan prasarana yang terdapat di kediaman anda?

6. Pada waktu bilakah anda menggunakan prasarana ini?

135

LAMPIRAN B

(SENARAI SEMAK TINJAUAN KAMPUNG)

136

1) SENARAI SEMAK BAGI JENIS-JENIS KEMUDAHAN PRASARANA YANG TERDAPAT DI KAMPUNG ORANG ASLI JOHOR BAHRU

PRASARANA

KAMPUNG Bekalan Rumah Rumah Balai Elektrik dan Surau Balai Raya TABIKA Jalan Raya Kediaman Transit Rawatan Air

1. Kg. Bakar Batu

2. Kg. Telok Jawa

3. Kg. Kuala Masai

4. Kg. Sungai Temon

5. Kg. Simpang Arang

137

2) SENARAI SEMAK BAGI PRASARANA YANG TIDAK DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK ORANG

PRASARANA

KAMPUNG Bekalan Rumah Rumah Balai Elektrik dan Surau Balai Raya TABIKA Jalan Raya Kediaman Transit Rawatan Air

1. Kg. Bakar Batu

2. Kg. Telok Jawa

3. Kg. Kuala Masai

4. Kg. Sungai Temon

5. Kg. Simpang Arang