Kandungan

Muka Surat

03 Nota Editor 13 Lawatan Kerja oleh Pegawai- 23 Persembahan Mock Trial oleh Pegawai Kanan Kementerian Jabatan Perundangan IWK Kewangan (MOF) Berdasarkan Kes Sebenar – 04 Perutusan Daripada Hotel Regional Pengerusi 14 SPAN Melancarkan Ops Integrasi Penguatkuasaan 24 Emergency Response Plan 05 Isu Pencemaran Air : IWK Raya 2020 Drill Across Operation Office Menangkis Segala Tuduhan Tidak Berasas 15 YB Menteri KASA Kagum 25 20 Pemenang Bertuah dengan Kecanggihan P2RSTP Memenangi Peraduan Bayar 07 Sesi Dialog Bersama dan Menang IWK Pusingan Kakitangan Sepanjang Tahun Pertama 2020 17 IWK Menawarkan Perkhidmatan Pengosongan Sistem Perangkap Lemak, 27 Sekitar Bulan Kemerdekaan 09 Sesi Penerangan Bil Bersepadu Minyak dan Gris (FOG) IWK Antara IWK dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) 19 Lawatan Ringkas Menteri dan 29 IWK Menyertai Persidangan Timbalan Menteri KASA ke dan Pameran Teknologi Hijau 11 Penyerahan Perkhidmatan Ibu Pejabat Indah Water dan Produk Eco Antarabangsa Sistem Pembetungan Awam Konsortium Sdn Bhd Malaysia (IGEM) 2020 Secara di Kelantan oleh Syarikat Maya Majaari Services Sdn Bhd kepada Indah Water 21 Indah Water Jalin Kerjasama Konsortium Sdn Bhd dengan Persatuan Pencinta 30 Sesi Turun Padang - Inisiatif Alam Malaysia (MNS) Pejabat Operasi Kluang IWK Meningkatkan Pembayaran Bil Tunggakan

01 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd 31 Salam Persaraan kepada 38 Semangat IWK Cares Terus 49 Indah Water Konsortium Ketua Pegawai Operasi, Ir. Membara Supports the Government’s Mohamed Haniffa Abdul Hamid Call for Blood Donation

41 Kemeriahan Ramadhan dan 34 Pejabat Operasi Alor Setar, Syawal Bersama Golongan 52 Pertandingan Fotografi & Kedah – Pemenang Anugerah Yang Memerlukan & Petugas Video Pendek IWK 2019 Keselamatan dan Kesihatan Barisan Hadapan “Frontliners” Pekerjaan Negara 2019 55 IWK Di Paparan Media 43 Aktiviti Program Friends of 35 Pejabat Operasi Kuala Lumpur Rivers, IWK sepanjang tahun Dianugerahkan Sebagai 2020 58 Kalendar 2021 Tempat Kerja Cemerlang oleh JKKP Kuala Lumpur dan Putrajaya 45 Sekitar Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri 2020 Anjuran 36 Tahniah Pejabat Operasi Klang Lembaga Urus Air Selangor Memenangi Tempat Kedua (LUAS) Bersama IWK Anugerah Bandar Rendah Karbon 2020 47 Majlis Pelancaran Kempen “Saya Sayang STP” 37 Indah Water Konsortium Bags ASEAN Renewable Energy Project Awards

Buletin Indahan Edisi 2020 02 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Nota Editor A Short Note to All Indahans,

s we close this thick This is a measure of our A chapter known as 2020, intelligence and capability, we recount experiences and not just individually, but journeys that would have as an organisational unit. shaped the way we view and Theoretical physicist, Albert do things. The main themes Einstein said that “The of kesiapsiagaan, ketahanan measure of intelligence is and penyesuaian aptly the ability to change” – this summarise our approach to is what IWK is exercising! this unprecedented year. In our landscape, we have The many disruptions in thrived in the midst of illegal 2020 caused us to shift the discharge into our sewerage way we do things and adapt system, expansion of to new changes. Once, we business plans and needn’t wear masks or initiatives, to saving a cat space out in the elevators, from the inspection but now seeing someone chamber, and caring for without a mask in a public our communities through space unless they are eating donations and social or drinking, seems peculiar. responsibilities in these trying times. These are A Greek philosopher once testimonies of our strength said, “Change is the only and resilience and will be constant”. And since that our bedrock of confidence observation was first made, moving forward. the many turn of events have echoed that. 2020 may Looking ahead, let’s stay not be the year we have safe, take care and hold our expected to unfold for us, heads up high to face the but we have adapted in our coming year! own ways. Editor’s Note

Joseph Cheong

03 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Perutusan Daripada Pengerusi

MASA UNTUK BERUBAH DAN TERUS BERKHIDMAT DEMI PENJAGAAN ALAM SEKITAR

Sesungguhnya Tahun 2020 ditempuhi dengan penuh cabaran dan ujian oleh semua masyarakat dunia. Negara kita Malaysia juga tidak terlepas daripada ujian ini dengan wabak pandemik COVID-19 yang memberi impak kepada ekonomi dan kehidupan seharian kita. Semua rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa kita perlu patuhi kepada garis panduan baharu atau norma baharu di segenap lapisan umur dan masyarakat. Kini penjarakan fizikal, pelitup muka dan cecair sanitasi sudah menjadi barangan wajib yang perlu ada pada semua orang tanpa mengira apa juga aktiviti kita sama ada sewaktu bekerja, beribadah, membeli belah, belajar di sekolah atau universiti dan sebagainya.

Namun, kita semua haruslah mempunyai sikap positif di dalam diri masing-masing di samping berdoa agar kita dijauhi daripada jangkitan wabak COVID-19 ini dan mengharapkan suatu penyelesaian bersama khususnya apabila Kerajaan telahpun mengumumkan mengenai pembelian vaksin yang akan disalurkan kepada seluruh rakyat negara ini.

Apa yang paling penting adalah, saya amat bangga dengan semangat dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua warga kerja Indahan. Tanpa mengira apa juga pekerjaan dan pangkat, kita telah bersama-sama bersatu untuk terus menyediakan sebuah perkhidmatan utiliti yang terpenting iaitu perkhidmatan pembetungan tanpa henti sepanjang masa kepada 26 juta rakyat Malaysia walaupun ketika arahan perintah kawalan pergerakan diperkenalkan. Keikhlasan anda juga terserlah melalui program-program kemasyarakatan atau Corporate Social Responsibilty (CSR) yang telah dijalankan bersama-sama untuk berkongsi rezeki dan mengurangkan beban pada golongan barisan hadapan dan mereka yang terkesan.

Namun pada Tahun 2020, IWK terpaksa menempuh cabaran reputasi dan imej apabila terpalit dengan isu-isu gangguan bekalan air bersih di Negeri Selangor. Secara amnya, pihak-pihak pemegang taruh seperti operator air, agensi pengurusan air Kerajaan Negeri Selangor termasuklah ahli-ahli politik begitu mudah menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada IWK sebagai punca pencemaran. Dalam hal ini, saya amat berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Narendran Maniam, yang begitu bijak, penuh kesabaran dan pada masa yang sama, bangkit tegas untuk mempertahankan tugas-tugas operasi dan kakitangan IWK daripada salah erti dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan melulu. Tahniah saya ucapkan kepada Narendran dan barisan kepimpinan IWK. Teruskan usaha dan kerja-kerja kita mengikut SOP dan peraturan, Insha Allah kita akan berada di landasan yang tepat.

Akhir sekali, saya mohon semua kakitangan IWK untuk terus ikhlas berjuang dalam tugasan kita demi untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan yang terbaik kepada rakyat Malaysia dan memelihara alam persekitaran kita. Sempena kedatangan tahun baru 2021, saya doakan agar syarikat IWK yang kita sayangi akan terus utuh dan berkembang maju sejajar dengan Pelan Perniagaan yang telah kita aturkan.

Selamat Tahun Baru 2021!

Ikhlas, YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi

Buletin Indahan Edisi 2020 04 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Isu Pencemaran Air IWK Menangkis Segala Tuduhan Tidak Berasas

Terdapat pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilontarkan kepada IWK berkaitan dengan sumber pencemaran air. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab terus menuding jari terhadap IWK, sebagai sasaran mudah tanpa mengesahkan fakta yang sebenarnya.

Pihak syarikat bagaimanapun telah menangkis dan mengesahkan segala tuduhan berkenaan tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

Malah, Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Ketua Setiausaha (KSU), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah memanggil semua pihak yang terlibat iaitu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Air Selangor (AiS) dan IWK untuk menjelaskan kejadian terbabit pada 28 September 2020.

05 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Pihak syarikat bagaimanapun telah menangkis dan mengesahkan segala tuduhan berkenaan tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

Di mesyuarat ini, semua pihak akui akan kerjasama yang lebih baik antara agensi perlu dipertingkatkan kerana isu pembuangan sisa haram adalah satu jenayah yang perlu diperangi bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam dalam makluman khas kepada semua kakitangan juga telah menjelaskan kronologi kejadian berkaitan dan menyatakan komitmen beliau bersama pihak pengurusan untuk sentiasa menegakkan nama baik syarikat tidak kira dalam apa keadaan yang berlaku.

Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai warga Indahan untuk bekerjasama secara satu pasukan agar kita dapat terus menjaga reputasi dan nama baik syarikat.

Buletin Indahan Edisi 2020 06 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Sesi Dialog Bersama Kakitangan Sepanjang Tahun 2020

Pada 6 Februari 2020, sesi Dialog (Townhall) yang pertama untuk tahun 2020 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Aras 4, Ibu Pejabat IWK, Kuala Lumpur. Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam dalam ucapannya berkongsi dengan warga Indahan pencapaian IWK sepanjang tahun 2019 dan pelan perniagaan untuk lima tahun akan datang untuk IWK berdikari tanpa bergantung kepada subsidi dari Kementerian Kewangan Malaysia. Pada masa yang sama, Narendran turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan Bayar & Menang, kategori pejabat operasi IWK dan Pertandingan Program Kreativiti & Inovasi (CIP) 2019. Tempat pertama untuk pertandingan Bayar dan Menang, kategori pejabat operasi telah dimenangi oleh Pejabat Operasi Pahang diikuti oleh Pejabat Operasi Seberang Perai dan tempat ketiga jatuh kepada Pejabat Operasi Skudai.

Dalam majlis yang lain, Jabatan Operasi & Penyelenggaraan juga mengadakan sesi dialog khas bersama kakitangan jabatan mereka pada 23 Januari 2020 bertempat di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2. Mantan Ketua Pegawai Operasi, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid telah menyampaikan pembentangan yang bertajuk Sewerage - An Essential Utility for All pada sesi tersebut.

07 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Sesi Dialog (Townhall) yang kedua untuk Ibu Pejabat IWK telah diadakan pada pertengahan tahun iaitu pada 2 Julai 2020. Namun, pada sesi ini bilangan peserta di dalam dewan dihadkan mengikut norma baharu di mana kakitangan yang lain mengikuti sesi ini dalam talian yang disiarkan secara langsung melalui platform Facebook.

Dalam sesi ini, Narendran Maniam memperkenalkan Pengerusi baru IWK, YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi dan Menteri baru di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), iaitu YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Seterusnya, beliau membentangkan hala tuju pihak Kementerian KASA untuk jangka masa panjang dan pendek serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengembangkan perkhidmatan IWK.

Sebelum mengakhiri sesi tersebut, beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada warga Indahan terutama yang berada di barisan hadapan semasa menghadapi wabak COVID-19 ini. Beliau juga mengingatkan warga Indahan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari masa ke semasa.

Buletin Indahan Edisi 2020 08 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Sesi Penerangan Bil Bersepadu Antara IWK dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU)

Pada 27 Februari 2020, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah mengadakan sesi penerangan pengebilan bersepadu bersama rakyat Terengganu bertempat di Tabung Haji Hotel and Convention, Kuala Terengganu.

Sesi tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang dari pelbagai agensi kerajaan termasuk wakil-wakil penduduk.

09 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Sesi ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ir. Hj Atemin Sulong bersama beberapa ketua jabatan IWK dan kakitangan Pejabat Operasi Terengganu turut hadir dalam sesi ini. Terima kasih kepada Pejabat Operasi Terengganu atas kerjasama menjayakan sesi penerangan ini.

Buletin Indahan Edisi 2020 10 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Penyerahan Perkhidmatan Sistem Pembetungan Awam di Kelantan oleh Syarikat Majaari Services Sdn Bhd kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Tanggal 19 Disember 2020, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, telah melakar satu sejarah baru apabila dengan rasminya memeterai satu perjanjian bagi penyerahan perkhidmatan sistem pembetungan awam di Negeri Kelantan daripada Majaari Services Sdn Bhd (Majaari) kepada IWK.

Majlis telah dijalankan di Hotel Perdana Kota Bahru, Kelantan, yang turut disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Hj Ahmad Yakob, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Setiausaha KASA, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Pengerusi IWK, YB Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi.

Majaari, syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan telah menyerahkan operasinya kepada IWK pada 1 Januari 2021. Kontrak penyerahan ini telah ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Majaari YBhg. Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Encik Narendran Maniam.

Penyerahan sistem pembetungan awam Negeri Kelantan ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan operasi perkhidmatan pembetungan di seluruh negara. Di samping itu juga, ia bagi memastikan air sisa kumbahan yang dirawat mencapai tahap piawaian tinggi khususnya dalam usaha pemuliharaan sumber air serta alam sekitar.

11 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Melalui penyerahan ini, sebanyak 33 buah loji rawatan kumbahan awam serta 13 stesen pam akan diselenggara oleh IWK dan pada masa yang sama IWK akan menyediakan perkhidmatan menyahenap cemar kepada kira-kira 81,275 buah tangki septik individu serta 259,343 tangki tradisional di seluruh Negeri Kelantan. IWK juga akan mengambilalih aset-aset Majaari termasuk kakitangannya serta aset lain seperti lori tangki nyahenap cemar. IWK akan menggunakan kepakaran dalaman untuk melaksanakan kajian tadahan sistem pembetungan serantau untuk keseluruhan Negeri Kelantan dengan unjuran selama 30 tahun.

Penyerahan perkhidmatan pembetungan kepada Kerajaan Persekutuan melalui IWK akan membuka ruang kepada penglibatan yang lebih signifikan Kerajaan Persekutuan dalam memodenkan sistem pembetungan di Kelantan.

Kementerian Alam Sekitar dan Air juga telah mengenalpasti pembangunan sebuah loji rawatan kumbahan berpusat di Tunjong yang bernilai lebih setengah bilion ringgit dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Dalam pada itu, dana akan turut disalurkan bagi kerja-kerja membaikpulih loji-loji dan rangkaian paip pembetungan yang telah uzur bagi memastikan rakyat Negeri Kelantan terus menikmati perkhidmatan pembetungan yang berkualiti.

Di majlis itu, IWK juga turut menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bersama Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) Holdings Sdn Bhd, bagi tujuan perancangan kolaborasi yang antara lain dalam menyediakan perkhidmatan teknikal, menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan pelaksanaan pengebilan bersepadu antara IWK dan Air Kelantan Sdn Bhd.

Buletin Indahan Edisi 2020 12 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Lawatan Kerja oleh Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Seramai 20 pegawai kanan MOF yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan TKSP (1) Zakiah Jaafar telah mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (P2RSTP) pada 22 Januari 2020. Mereka telah dibawa melawat pameran IWRC, demo IGIS, fasiliti bawah tanah dan diikuti dengan sesi penerangan khas oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam. Lawatan ini sedikit sebanyak telah membantu pegawai-pegawai MOF memahami dan melihat dengan lebih dekat peranan dan operasi yang dijalankan oleh pihak IWK untuk merawat air sisa kumbahan.

13 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd SPAN Melancarkan Ops Integrasi Penguatkuasaan Raya 2020

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah melancarkan Ops Integrasi Penguatkuasaan Raya yang bertujuan memperkenalkan agensi-agensi penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu berkaitan sumber air kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad. Majlis ringkas ini telah diadakan di Kompleks F, Presint 1 Putrajaya pada 13 Mei 2020.

Ops Integrasi Penguatkuasaan Raya ini berjalan selama 16 hari bermula 14-29 Mei 2020 dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, SPAN, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, Air Selangor, Lembaga Urus Air Selangor serta beberapa Pihak Berkuasa Tempatan di peringkat negeri. Ia bertujuan untuk memastikan sumber air utama bebas daripada pencemaran bahan buangan industri dan domestik. Agensi penguatkuasa akan meronda di lokasi strategik dan mengambil tindakan jika terdapat kesalahan di bawah akta dan peraturan di bawahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Narendran Maniam, mantan Ketua Pegawai Operasi, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid, Ketua Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan, Ir. Mohd Zainal Zakaria, Ketua Operasi Pejabat Operasi Langat, Manirajah Subramaniam dan responsive team IWK dari Pejabat Operasi Langat turut hadir di majlis tersebut.

Buletin Indahan Edisi 2020 14 Indah Water Konsortium Sdn Bhd YB Menteri KASA Kagum dengan Kecanggihan P2RSTP

Oleh Nur Haziqah Nasuha

Pada 19 Mei 2020, satu sesi lawatan kerja rasmi daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah diadakan di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (P2RSTP), Kuala Lumpur. Sesi lawatan kerja ini dihadiri oleh Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad; Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Air dan Pembetungan), Azizah Ariffin; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Alam Sekitar), Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), YBhg. Dato’ Ahmad Faizal Abdul Rahman; Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Norlin Jaafar serta beberapa pegawai kanan dari KASA, SPAN dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).

Ketibaan mereka telah disambut oleh Pengerusi, YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi; Ketua Pegawai Eksekutif, Narendran Maniam; mantan Ketua Pegawai Operasi, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid, barisan pengurusan dan kakitangan IWK.

Rombongan YB Menteri telah diberi taklimat ringkas mengenai perkhidmatan dan pelaksanaan strategi IWK serta kaedah operasi dan penyelenggaraan P2RSTP. Lawatan mereka diteruskan dengan melawat ke ruang pameran perkhidmatan IWK, bilik operasi SCADA dan diakhiri dengan lawatan di kawasan bumbung Loji Serantau Pantai 2.

Mantan Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid memberi penerangan mengenai operasi di P2RSTP

15 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Sesi bergambar bersama delegasi Kementerian Alam Sekitar dan Air

Seluruh warga IWK mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad bersama delegasi kementerian meluangkan masa untuk melawat Loji Serantau Pantai 2. Lawatan di kawasan bumbung Loji Serantau Pantai 2

Pengerusi IWK, YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi menyampaikan cenderamata kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

Buletin Indahan Edisi 2020 16 Indah Water Konsortium Sdn Bhd IWK Menawarkan Perkhidmatan Pengosongan Sistem Perangkap Lemak, Minyak dan Gris (FOG)

Sebagai salah satu langkah untuk mempertingkatkan kemampanan kewangan IWK, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah mengembangkan perkhidmatan pengosongan tangki septik kepada pengosongan sistem perangkap lemak, minyak dan gris (FOG) kepada pemilik perniagaan khususnya kepada operator dan industri penyediaan berasaskan makanan. Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah melancarkan majlis perkhidmatan pengosongan sistem perangkap lemak, minyak dan gris oleh IWK pada 8 Julai 2020 bertempat di Kementerian Alam Sekitar dan Air, Putrajaya.

17 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Antara tetamu kehormat lain yang hadir di majlis pelancaran tersebut termasuk Timbalan Menteri Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Ketua Setiausaha KASA, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), YBhg. Dato’ Ahmad Faizal Abdul Rahman, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), YBhg. Datuk Jawahar Ali Taib Khan, wakil-wakil daripada persatuan industri makanan dan para pegawai dari Kementerian, SPAN dan IWK.

Tujuan pelancaran ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa IWK sedia dan mampu untuk menguruskan FOG untuk menangani masalah sekatan yang seringkali berlaku di paip-paip pembetungan. Satu demonstrasi ringkas kerja-kerja penyedutan lemak, minyak dan gris telah dijalankan di luar bangunan KASA. Sebelum itu, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim telah menyempurnakan pengenalan akronim baharu Kementerian Alam Sekitar dan Air iaitu KASA dengan memotong riben.

Pada majlis yang lain, Nusa Baidura Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara bangunan komersil Republik, Damansara Heights, Kuala Lumpur merupakan antara pemain industri awal yang menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Pada 5 Ogos 2020, IWK yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Narendran Maniam dan Nusa Baiduri Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan Nusa Baiduri Sdn Bhd, Shamsul Fahmi Padzli telah menandatangani perjanjian perkhidmatan pengosongan FOG tersebut untuk tempoh tiga tahun dan majlis ini telah disaksikan oleh Timbalan Menteri KASA, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal, bertempat di Republik, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Buletin Indahan Edisi 2020 18 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Lawatan Ringkas Menteri dan Timbalan Menteri KASA ke Ibu Pejabat Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri KASA, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad telah mengadakan satu lawatan ringkas bertempat di Ibu Pejabat Indah Water Konsortium Sdn Bhd pada bulan Julai yang lepas.

Kunjungan Menteri dan Timbalan Menteri disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam dan mantan Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid. Mereka telah dibawa melawat ruang kerja di beberapa jabatan di Ibu pejabat IWK dan beramah mesra dengan kakitangan. Semasa lawatan tersebut, YB Menteri sempat bersembahyang jemaah dan memberi ceramah agama di surau IWK.

19 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Buletin Indahan Edisi 2020 20 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Indah Water Jalin Kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah badan bukan kerajaan, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dalam usaha untuk menjalin kerjasama dalam bidang pembangunan sosial, bidang pembetungan dan penggunaan semula hasil rawatan kumbahan di projek hutan bandar yang dikenali sebagai ‘Khazanah Rimba’ di Taman Rekreasi Pantai Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

MoU ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam sementara MNS diwakili oleh Presidennya, Prof. Dr. Ahmad Ismail. Majlis menandatangani ini turut disaksikan oleh mantan Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid dan Pengarah Eksekutif MNS, I.S. Shanmugaraj.

Majlis ringkas ini berlangsung di Auditorium Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 dan turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah IWK, Prof. Dr. Mohd Suffian Yusoff, ketua-ketua jabatan IWK dan beberapa wakil MNS.

Melalui persefahaman ini, IWK akan menyediakan fasiliti, bahan, kemahiran teknikal pengurusan dan industri untuk menyokong usaha membangunkan pertumbuhan hutan bandar. Pada masa yang sama, biopepejal akan digunakan sebagai perapi tanah bagi penanaman pokok hutan di kawasan berkenaan.

IWK dan MNS turut melancarkan kempen menanam pokok hutan yang dikenali sebagai Adopt a Tree, di mana individu, kumpulan atau syarikat swasta boleh menderma dan MNS akan menanam serta menjaga pokok tersebut di Pantai Eco Park. Sebanyak 500 pokok dijangka akan ditanam sehingga akhir tahun 2020.

Warga Indahan digalakkan menderma dan anda boleh mengimbas kod QR di muka surat 22 atau melayari pautan di https://bit.ly/2Fps4ep untuk maklumat lanjut.

21 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Indah Water Jalin Kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)

Buletin Indahan Edisi 2020 22 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Persembahan Mock Trial oleh Jabatan Perundangan IWK Berdasarkan Kes Sebenar - Hotel Regional

Buat julung kali, Jabatan Perundangan dalam mengendalikan perbicaraan mahkamah. Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd Kesemua pelakon berjaya menghayati watak mempersembahkan mock trial pada 3 Julai masing-masing sehingga ia menimbulkan 2020 bertempat di Dewan Serbaguna, Aras rasa seperti berada di mahkamah yang 4, Ibu Pejabat IWK. Apa sebenarnya mock sebenar. Lakonan yang mengambil masa trial? Mock trial merupakan simulasi atau satu jam memperlihatkan kes tuntutan lakonan semula untuk sesuatu perbicaraan daripada Hotel Regional yang enggan dalam mahkamah. Mock trial ini memberi menjelaskan hutang kepada IWK dan gambaran sebenar dan pengetahuan bagaimana peguambela dan pendakwa berkenaan sistem perundangan yang sedia membentangkan kes mereka serta melakukan ada, proses perundangan dan prosedur pemeriksaan balas terhadap saksi. mahkamah di Malaysia. Syabas dan tahniah kepada kakitangan Pelakon-pelakon dalam mock trial ini Jabatan Perundangan yang berjaya memberi adalah terdiri daripada kakitangan Jabatan pendidikan dan kesedaran mengenai sistem Perundangan yang mempunyai pengalaman perundangan negara.

23 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Emergency Response Plan Drill Across Operation Office

Even as the COVID-19 pandemic gripped the Elmina East. On 18 October 2020, Alor Setar world, the brake on local issues is not pulled Operation Office (UOAS) carried out their when the number of illegal dumping into ERP drill named as OPS SENA KSR245 at sewerage manhole has been increasing KSR245, Bandar Puncak Sena, Pokok Sena. lately. This has caused a major concern for our company. Such incidents caused major This mock drill was held for the ERP team water supply disruptions, harm to our health which consists of staff from Treatment, and well-being apart from tarnishing IWK’s Network, Desludging, Mechanical & Electrical name. and Support sections to practise in real-life scenarios. The entire drill took approximately All these incidents call for a quick remedy a few hours to complete starting with the action from our part and the Emergency mock-up scene of IWK receiving calls about Response Plan (ERP) drill exercise was illegal dumping and setting up special conducted to ensure our staff are familiar operation centre to monitor the situation with the procedure/protocol that require until the treated wastewater was safe adherence when facing this type of crisis. for release into waterways. At the end, a debriefing was held to discuss what went The first illegal discharge ERP drill for IWK well and what needs to be improved. was carried out by Negeri Sembilan Operation Office (UONS) on 21 July 2020, at Taman Congratulations to all the organising Iringan Bayu Sewage Treatment Plant committee for organising the ERP drill. A big Mambau, Negeri Sembilan. This was followed appreciation also goes to the management, by Kluang Operation Office (UOKU) which Health and Safety Unit for supporting this was carried out on 7 October 2020 at KGA programme and all staff involved either 243, Taman Mengkibol. Shah Alam Operation directly or indirectly in making this Office (UOSA) also conducted the drill on programme a success. the same day as UOKU at STP SAM243

Buletin Indahan Edisi 2020 24 Indah Water Konsortium Sdn Bhd 20 Pemenang Bertuah Memenangi Peraduan Bayar dan Menang IWK Pusingan Pertama

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah menyampaikan hadiah berupa pembersih hampagas Dyson V11 Fluffy dan Baucer AEON bernilai RM3,000 kepada 20 pemenang bertuah yang terpilih dalam Peraduan Bayar dan Menang Pusingan Pertama 2020 di Ibu Pejabat IWK.

Peraduan pusingan pertama ini berlangsung dari bulan Januari 2020 sehingga Jun 2020. Peraduan ini merupakan salah satu promosi dan penghargaan para pelanggan di samping menggalakkan pelanggan membayar bil perkhidmatan pembetungan. Cara penyertaan peraduan ini amat mudah iaitu para pelanggan hanya perlu menjelaskan kesemua bil perkhidmatan pembetungan, mendaftar e-bil dan melengkapkan borang peraduan. Penentuan pemenang peraduan ini dilakukan secara rawak oleh komputer.

Hadiah pemenang telah disampaikan kepada pemenang oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Wan Esuriyanti Wan Ahmad. Kebanyakan pemenang melahirkan rasa terkejut dan bertuah kerana tidak menyangka mereka akan memenangi peraduan ini.

25 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Buletin Indahan Edisi 2020 26 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Sekitar Bulan Kemerdekaan IWK Sempena bulan Kemerdekaan kali ke-63 bertemakan “Malaysia Prihatin”, beberapa Pejabat Operasi IWK di seluruh negara telah mengambil inisiatif untuk menyambut dan mengibarkan bendera Malaysia dengan gaya masing-masing. Mari kita melihat kreativiti mereka!

27 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Buletin Indahan Edisi 2020 28 Indah Water Konsortium Sdn Bhd IWK Menyertai Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2020 Secara Maya

Oleh Saoud Abdul Latib

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama Malaysia Green Technology Corporation (MGTC) telah menganjurkan Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2020 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Memasuki tahun ke-11 penganjurannya, IGEM 2020 berlangsung pada 19 hingga 23 Oktober 2020 dengan tema Energising Sustainability bertujuan mengumpulkan pemain utama dalam teknologi hijau dari seluruh dunia.

Setiap tahun IGEM telah dianjurkan secara fizikal dan disebabkan pandemik koronavirus (COVID-19), maka pameran dan persidangan ini diadakan secara maya buat julung kalinya. Walaupun diadakan secara maya, namun sambutan yang diterima tetap menggalakkan. Sebanyak 161 daripada beberapa kementerian, jabatan kerajaan, agensi kerajaan, kedutaan luar negara dan syarikat swasta telah menyertai pameran ini. Para pengunjung boleh menyertai 44 persidangan/webinar yang telah dianjurkan di dalam dan luar negara.

Pihak IWK telah dijemput oleh KASA untuk menyertai pameran ini. Pada masa yang sama, IWK juga telah membuat rakaman Pocket Talk bersama Wani Mastura Mohamad dari Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan dan See Boon Piow dari Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan yang bertajuk Greentech Applications in Wastewater Management yang telah dipancarkan secara maya pada 19 Oktober 2020. Kepada sesiapa yang tidak sempat mengikuti rakaman Pocket talk ini, anda boleh menontonnya di laman Youtube - https://drive.google.com/file/d/1jv5vN9BFbnwq-p1arMWMN7bzNWYyp3Pw/view?usp=sharing.

29 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Sesi Turun Padang Inisiatif Pejabat Operasi Kluang IWK Meningkatkan Pembayaran Bil Tunggakan Oleh Ching Mei Lan

Caj pembetungan yang dikenakan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd kepada pengguna adalah antara yang terendah di dunia. Namun, masih lagi ada yang liat membayar bil pembetungan mereka termasuk pemilik premis perniagaan.

Rentetan itu, Pejabat Operasi Kluang IWK telah mengambil inisiatif untuk turun ke padang dan melawat premis-premis tersebut. Pihak khidmat pelanggan (CSE UOKU) telah mengadakan satu program kunjungan mesra ke premis-premis yang mempunyai tunggakan bayaran bil yang tinggi sepanjang bulan Ogos hingga Oktober 2020.

Semasa kunjungan tersebut, kakitangan IWK akan menerangkan peranan IWK dalam merawat sisa air kumbahan, kaedah pengebilan dan status bil tertunggak serta membincangkan kaedah pembayaran secara terus atau melalui e-billing.

Antara premis yang dikunjungi adalah Jofive Oil Retailing Sdn Bhd (Stesen Minyak Petron), Extreme Management Consultant Sdn Bhd (Extreme Boutique Hotel) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - loji rawatan berpusat di Kampus Pagoh & Kampus Bandar.

Hasil penerangan yang diberikan sewaktu beberapa kunjungan, pihak khidmat pelanggan (CSR) telah berjaya memungut bayaran tertunggak sejumlah RM120,336.20. Syabas kepada kakitangan CSR UOKU.

Semoga program sebegini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk melunaskan tunggakan bil IWK mereka bagi memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara dan terjamin.

Buletin Indahan Edisi 2020 30 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Salam Persaraan kepada Ketua Pegawai Operasi, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid

Oleh Aqiel Azmi Khair

Seperti yang telah diumumkan, tanggal 23 Oktober 2020 merupakan tarikh persaraan Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid, Ketua Pegawai Operasi Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

Mengimbas kembali perjalanan karier beliau, Ir. Haniffa atau lebih mesra dengan panggilan Prof. merupakan pengurusan kanan IWK yang telah berkhidmat selama 26 tahun. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai jurutera dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama 13 tahun. Beliau mula menjejak kaki di IWK pada 2 April 1994 dan telah menjawat pelbagai jawatan selama 26 tahun berkhidmat di sini. Bermula sebagai Pengurus Perancangan, Prof. kemudiannya menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Kanan Kejuruteraan, Penolong Pengurus Besar, Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Operasi IWK. Malah, beliau turut diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif sekitar tahun 2017 - 2018.

Menurut beliau, memikul tanggungjawab yang diberi merupakan satu amanah yang besar dalam hidup. Ianya banyak memberi beliau ruang dan peluang untuk mencari jalan dalam membangunkan dan mengekalkan reputasi serta imej IWK. Beliau banyak bekerjasama dengan agensi tempatan untuk mengubah dan membangun landskap pembetungan negara. Beliau juga aktif dalam Persatuan Air Malaysia (MWA) dan menjadi ahli majlisnya sejak 1998 serta pernah dilantik sebagai Ahli Majlis dan Naib Presiden MWA.

Pengetahuan dan kepakaran beliau dalam industri pengurusan air sisa adalah sumbangan yang sangat berharga bukan sahaja kepada syarikat, malah kepada pembangunan industri pembetungan di peringkat negara dan antarabangsa. Pasti ramai yang bersetuju apabila Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam dalam pengumuman persaraan Prof. menyatakan bahawa beliau merupakan aset yang amat berharga bagi IWK. Semestinya jasa yang beliau curahkan selama ini akan sentiasa dihargai dan dikenang.

Menyelami kehidupan Prof. Haniffa, kehidupan anak jati Klang ini bertambah seri apabila beliau mendirikan rumahtangga bersama ratu kesayangannya, Puan Sharifa Salwa yang berasal dari Pulau Pinang dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Beliau merupakan peminat filem Bollywood dan salah satu pelakon Bollywood terkenal yang diminati adalah Ajay Devgan.

31 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Selain itu, beliau juga gemar mendengar lagu-lagu Hindustan dan irama klasik Inggeris dan Melayu. Antara lagu kegemaran Prof. Haniffa ialah Hotel California oleh Eagles dan Take Me Home, Country Roads nyanyian John Denver. Sebagai peminat tegar Liverpool FC, jelas tampak kegembiraan beliau di laman Facebook Indahan apabila pasukan ini berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas 30 tahun. Beliau juga ternyata hebat dalam bidang sukan. Buktinya, Prof. Haniffa banyak menyertai perlawanan bola sepak di peringkat DBKL, Liga Selangor dan Wilayah Persekutuan pada zaman mudanya.

Hasil daripada dedikasi dan sumbangan beliau dalam industri air negara, Prof. Haniffa telah dianugerahkan tokoh alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta dilantik sebagai Prof. Anjung untuk memberi sumbangan dalam bidang kejuruteraan di UTM. Apa yang lebih membanggakan, Prof. Haniffa merupakan warga Malaysia pertama yang mendapat biasiswa British High Commissioner untuk mengikuti program pengurusan lanjutan di Universiti Oxford, UK pada tahun 1997 dan beliau terpilih dari kalangan 600 orang pemegang biasiswa Chevening UK dari pelbagai profesion.

Menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai idolanya, Prof. Haniffa ternyata mempunyai motonya sendiri sebagai prinsip beliau untuk menunaikan kewajipan sebagai pekerja. Kerja keras, ikhlas dan sabar - itulah elemen-elemen yang sentiasa diterapkan oleh insan serba boleh dan rendah diri ini dalam menjalankan tanggungjawab di tempat kerja. Tiada perkataan putus asa dalam kamus hidup beliau kerana beliau berpendapat bahawa setiap peluang yang ada akan memberi jalan kepadanya untuk terus maju ke hadapan.

Beliau menasihati para pekerja IWK supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh kerana IWK mempunyai harapan yang cerah untuk menjadi model ikutan syarikat pembetungan kepada banyak negara di serata dunia. Tambah beliau lagi, setiap individu di IWK mempunyai potensi yang tinggi untuk maju di masa hadapan. Oleh yang demikian, jadikan pekerjaan di IWK ini sebagai ‘Ibadah yang Menyeronokkan’ agar di samping mencari rezeki yang halal bagi diri dan keluarga, ianya akan memberikan kepuasan hidup di sepanjang perjuangan membersihkan alam demi keselesaan rakyat Malaysia.

Buletin Indahan Edisi 2020 32 You’ll Never Walk Alone! Indah Water Konsortium Sdn Bhd Dear Tuan Haji Haniffa, it Truly an inspiring person Memang sukar untuk kita is with mixed feelings we to work with, he has shown temui seorang yang will bidding farewell to you, his courage and leadership, berpengetahuan seperti I’ve known you for about I would like to thank him beliau, dan saya 20 years now and you’ve personally for his advice mengharapkan beliau akan always been a good tutor and criticism... terus menyumbang dalam and mentor, your platform industri pembetungan. and guidance have given me a strong base to explore Mohd Zainal Zakaria and perform… (Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan) Ir. Mohd Taufik Salleh (Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan) Narendran Maniam, Ketua Pegawai Eksekutif

Beliau sangat komited, sangat hardworking, he is very caring dan seorang Apa kata bos yang sangat baik.

Che Zah Idris (Mantan Setiausaha Jabatan) mereka mengenai Ir. Mohamed Haniffa Cukup terror main bola, saya seronok tengok skill dia, saya ucapkan Selamat Bersara dan semoga Abdul Hamid sukses.

Bahrin Saari (rakan sekerja sejak 1994)

A really pleasure to work Terasa kehilangan bila Prof. bersara, jadi saya mampu with him because the mengucapkan Selamat Bersara dan jangan lupakan kami guidance that he has given di sini dan Insha Allah kita akan tetap bersahabat sampai to us. bila-bila.

Cindy De Costa Raimy Mohd Noor (Jabatan Pelanggan, Pengebilan dan Pemungutan) (rakan sekerja sejak DBKL)

Seorang yang sangat Persaraan beliau adalah I enjoyed working with him prihatin dan mengambil satu kehilangan untuk because he encourages berat terhadap kesihatan industri dan IWK, adalah you, even little improvements keluarga saya. menjadi harapan saya beliau in work and all that he will menyumbang sebagai encourage and tell you can Mohd Kamil Din ambassador to IWK. do it! (Pemandu Peribadi) Ir. Mohd Zuki Muda Eswari (Jabatan Kerja Kapital) (Setiausaha Jabatan)

33 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Pejabat Operasi Alor Setar, Kedah - Pemenang Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2019

Oleh Ching Mei Lan

Tahniah kepada Pejabat Operasi Alor Setar, Kedah kerana telah memenangi Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2019 Peringkat Kebangsaan bagi kategori Kemudahan Kebersihan. Majlis penyampaian anugerah ini telah berlangsung pada 28 Februari 2019 bertempat di Hotel Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur. Phillip Rajoo mewakili Pejabat Operasi Alor Setar menerima anugerah yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Amir Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Kemudian, pada awal bulan Mac 2020, semasa perhimpunan bulanan yang telah diadakan di CSTF Kota Setar, Phillip Rajoo mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan dan pengurusan kerana telah bekerjasama untuk mencapai kejayaan ini. Sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tahun 2019 telah diberikan sijil penghargaan dan semua kakitangan dijamukan dengan jamuan ringkas.

Buletin Indahan Edisi 2020 34 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Pejabat Operasi Kuala Lumpur Dianugerahkan Sebagai Tempat Kerja Cemerlang oleh JKKP Kuala Lumpur dan Putrajaya

Indah Water Konsortium Pejabat Operasi Kuala Lumpur telah dipilih oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kuala Lumpur & Putrajaya untuk menyertai program SOHELP (Systematic Occupational Health Enhancement Level Program) Fasa 3 2018/2019. 14 syarikat lain yang turut menyertai program SOHELP adalah Tenaga Nasional Berhad, Maybank, Lembaga Tabung Haji, Telekom, Royal Selangor International Sdn Bhd, Institut Kanser Negara dan KPJ Group of Hospitality. Pejabat Operasi Kuala Lumpur telah menerima anugerah Tempat Kerja Cemerlang untuk program ini. Majlis penutup program SOHELP Fasa 3 2018/2019 telah diadakan pada 13 November 2019, bertempat di Pejabat JKKP Kuala Lumpur.

35 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Tahniah Pejabat Operasi Klang Memenangi Tempat Kedua Anugerah Bandar Rendah Karbon 2020

Pejabat Operasi Klang IWK telah diumumkan sebagai pemenang kedua untuk Anugerah Bandar Rendah Karbon (LCC) 2020 dalam kategori Building Electrical Energy pada 29 September 2020. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Tuan Ng Sze Han yang mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bertempat di Hotel Premiere, Bandar Bukit Tinggi Klang. Anugerah ini merupakan program yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam projek “Bandar Rendah Karbon Peringkat Institusi Kerajaan dan Sekolah-Sekolah Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang 2019”.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata pemilihan dilakukan berdasarkan pengiraan dan penilaian data yang dikumpul setiap tahun. Bagi mencapai pengurangan pelepasan karbon, usaha perlu dilakukan dengan tumpuan kepada empat elemen iaitu penjimatan elektrik, air, amalan kitar semula, penanaman pokok dan penghijauan kawasan.

Berhubung dengan perkara tersebut, Pejabat Operasi Klang (UOKA) telah mengemukakan data- data elektrik dan penggunaan air untuk premis UOKA bermula dari tahun 2017 sehingga 2019. Tahun 2017 adalah penanda aras (bench mark) dalam pengukuran prestasi/pencapaian pengurangan karbon yang melayakkan UOKA mendapat sijil Provisional Certification.

Sehingga tahun 2019, mengikut pengiraan pihak penganjur, UOKA telah berjaya menurunkan pelepasan karbon sebanyak 12.11% dan dengan ini layak untuk mendapat sijil Diamond Recognition - 2 diamond. Susulan itu, UOKA telah berjaya mendapat tempat ke-2 untuk kategori Building Electrical Energy.

Tahniah dan syabas kepada Pejabat Operasi Klang kerana melakukan usaha yang sangat baik dalam meneruskan agenda negara ke arah masa hadapan yang lebih mampan. Semoga mereka akan berkongsi amalan ini dan dapat memberikan inspirasi serta galakan kepada pejabat operasi yang lain dalam mengurangkan penggunaan elektrik dan seterusnya mengurangkan pelepasan karbon.

Buletin Indahan Edisi 2020 36 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Indah Water Konsortium Bags ASEAN Renewable Energy Project Awards

Indah Water Konsortium enhanced the well-being of virtual ceremony award was (IWK) Sdn Bhd has been communities living nearby something new and different awarded the ASEAN Renewable P2RSTP. from the normal. It is similar Energy Project Awards by to online meeting such as ASEAN Energy Awards 2020, According to Manager, Webex or Zoom. Award which was held virtually Planning and Engineering presenters will come online in Hanoi, Vietnam on 19 Department, Lim Pek Boon, after introduced by the November 2020. IWK was this project described the Master of Ceremony and they represented by Head of environmental benefits will announce the winner Operation, Kuala Lumpur accorded in utilising from their origin country. Office, Suriya Narhayhanen Anaerobic Digester at Award presenter from to receive this award. P2RSTP to treat sewage Malaysia was represented sludge and generate biogas by our former General IWK project titled “Reuse of as renewable energy. These Secretary of Ministry of biogas from sewage sludge have brought about positive Water, Land and Natural to generate renewable energy impacts such as avoidance Resources (KATS), YBhg. at Pantai 2 Regional Sewage of direct release of biogas to Datuk Zurinah Pawanteh. Treatment Plant (P2RSTP)” the atmosphere, reduction won the ASEAN Renewable in usage of electricity, The Asean Energy Awards Energy Project Awards promote a better community is the highest award in the (Special Submissions) environment in the surrounding energy industry in South East category. IWK’s submission area by reducing odour Asia organised by the Asean showcased Malaysia’s from sewage sludge at the Centre for Energy (ACE). commitment and creativity wastewater treatment plant Winning this award has put towards renewable energy, and lessen sewage sludge IWK to the next level as the green technology and eco- disposed at landfills. acknowledgement by ASE- sustainability in converting AN fraternity proves our sewage sludge into a When Suriya was asked about contribution to the best renewable energy resource his experience receiving this practices for renewable at P2RSTP that had greatly award, he explained that the energy.

37 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Semangat IWK Cares Terus Membara

Oleh Ching Mei Lan

Penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ini dijangka akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada corak kehidupan manusia malah merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan drastik. Sehubungan itu, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd terus berusaha menyalurkan sumbangan kepada barisan hadapan dan golongan yang memerlukan untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan.

Sejak awal pandemik lagi, IWK telah melaksanakan beberapa bentuk bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada orang ramai yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan serta komuniti yang memerlukan bersesuaian dengan konsep #KitaJagaKita.

Sumbangan tersebut merupakan beberapa peralatan hospital dan sut perlindungan diri (PPE) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, khidmat pengosongan percuma untuk tandas bergerak di Pusat Saringan COVID-19, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan penyewaan empat biji penyejuk (cooler) untuk Klinik Kesihatan Anika Klang. IWK turut menyumbang bekalan makanan kepada petugas di Hospital Canselor Tuanku Mukriz Pusat Perubatan UKM, Hospital Taiping, Hospital Shah Alam, Hospital Kuantan, Hospital Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan Cheras.

Selain itu, sumbangan berbentuk pek-pek makanan juga diagihkan kepada petugas-petugas media di Astro Awani, Kumpulan Media Prima, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sinar Harian, Sin Chew Daily, Guang Ming Daily, New Straits Times, Berita Harian & Harian Metro dan di dalam kesibukan menjalankan tugas.

Buletin Indahan Edisi 2020 38 Indah Water Konsortium Sdn Bhd IWK tidak juga lupa kepada golongan yang kurang bernasib baik dengan menderma beras kepada beberapa rumah kebajikan dan pelarian yang berdaftar dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). Badan Kebajikan Persaudaraan Islam Negeri Melaka (BAKPIS) telah menerima sumbangan 50 bungkus beras daripada IWK. Menurut BAKPIS, sumbangan beras tersebut akan dihantar dari rumah ke rumah bagi meringankan beban tanggungan golongan mualaf dan fakir miskin yang terkesan dengan situasi ini.

Persatuan Kebajikan OKU Hati Berganda Selangor dan Buku Jalanan Chow Kit turut menerima sumbangan berbentuk bekalan beras dan cecair pembasmi kuman. IWK melalui kerjasama dengan Malaysian Relief Agency (MRA) telah menyumbang beras untuk dimasak dan diagihkan kepada golongan yang tinggal di kawasan-kawasan program perumahan rakyat (PPR) melalui Program Hotmeal atau pek makanan panas.

IWK berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban dan kesulitan yang ditanggung oleh sesetengah golongan semasa tempoh PKP ini.

39 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd #KitaJagaKita

Buletin Indahan Edisi 2020 40 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Kemeriahan Ramadhan dan Syawal Bersama Golongan Yang Memerlukan & Petugas Barisan Hadapan “Frontliners”

Oleh Nur Haziqah Nasuha

Tidak terjangkau di kotak pemikiran kita yang tahun 2020 membawa satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua rakyat Malaysia bahkan dunia. Pandemik wabak COVID-19 telah menukar cara kehidupan dalam sekelip mata dan kini kita perlu menjalani kehidupan norma baharu. Walaupun berhadapan dengan pandemik ini, keistimewaan Ramadhan dan Syawal tidak hilang serinya kerana tahun ini menyaksikan Ramadhan dan Syawal disambut dengan sederhana tetapi penuh bermakna dengan keluarga tercinta.

Wabak COVID-19 tidak menghalang Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd untuk terus menjalankan aktiviti-aktiviti amal seperti tahun-tahun sebelum ini untuk meraikan golongan yang kurang bernasib baik di bawah program khidmat tanggungjawab sosial yang dikenali sebagai IWK Prihatin atau IWK Cares dan juga meraikan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus bekerja sepanjang tempoh PKP.

41 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Semasa bulan Ramadhan, IWK telah memberi sumbangan sebanyak 100 paket beras (10kg) kepada penduduk PPR Seri Cempaka, Lembah Pantai. IWK turut menyumbang juadah berbuka puasa kepada rakan media termasuk TV3, NTV7 dan TV9.

Bagi meraikan para petugas barisan hadapan yang bekerja di hospital semasa hari raya pertama dan kedua, IWK telah memberi sumbangan juadah Aidilfitri dan biskut raya kepada kakitangan Hospital Serdang dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pihak IWK telah menyampaikan bantuan asas kepada dua buah rumah kebajikan. IWK menyampaikan sumbangan kepada Rumah Bakti Dato’ Harun di Hulu Klang yang berupa enam kipas dinding, empat kipas siling, beg sekolah dan mencantikkan landskap taman menggunakan biopepejal IWK. Rumah kebajikan ini merupakan asrama yang menempatkan anak-anak yatim yang berumur daripada 7 hingga 17 tahun. Manakala sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000, dua buah penyaman udara dan mencantikkan landskap taman telah disumbangkan kepada Rumah Insaniah, sebuah persatuan orang kelainan upaya di Petaling Jaya. Pihak Unit Perniagaan Nyahenapcemar (DBU) IWK turut memberi perkhidmatan pengosongan tangki septik individu secara percuma kepada kedua- dua buah rumah kebajikan tersebut.

Majlis penyampaian sumbangan kepada Rumah Insaniah telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi IWK, YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam dan Presiden Rumah Insaniah, Dato’ Dr. Mahmood Merican.

Buletin Indahan Edisi 2020 42 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Aktiviti Program Friends Of Rivers, IWK Sepanjang Tahun 2020

1 2 3

4 5 6

7 8 9

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga Indahan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga pada masa hujung minggu untuk turun padang bagi menjayakan program-program FoR Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd di seluruh negara.

Program ini adalah susulan daripada program FoR IWK yang telah dilancarkan pada 2018 bertujuan untuk menjaga kebersihan dan pemuliharaan sungai agar alam sekitar terpelihara.

43 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd 10 11 12

13 14 15

16 17 18

NO. GAMBAR TARIKH PEJABAT OPERASI NAMA SUNGAI 1 11.7.20 Kluang Sungai Sayong Renggam 2 25.7.20 Shah Alam Sungai Tambul 3 14.8.20 Negeri Sembilan Sungai Ulu Bendul 4 15.8.20 Kluang Sungai Sayong Renggam 5 5.9.20 Shah Alam Tasik Tadahan 6 5.9.20 Gombak Sungai Templer 7 12.9.20 Gombak Sungai Templer 8 19.9.20 Gombak Sungai Templer 9 24.9.20 Langkawi Sungai Tarrom 10 26.9.20 Gombak Sungai Templer 11 2.10.20 Kluang Sungai Sayong Renggam 12 6.10.20 Manjung Sungai Lumut Kanan 13 9.10.20 Kluang Sungai Sayong Renggam 14 16.10.20 Seberang Perai Sungai Kulim 15 28.10.20 Sungai Petani Sungai Karangan 16 20.11.20 Pahang Sungai Galing 17 26.11.20 Langkawi Sungai Tarrom 18 29.11.20 Terengganu Taman Permint Perdana Fasa 1, Kuala Nerus

Buletin Indahan Edisi 2020 44 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Sekitar Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2020 Anjuran Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Bersama IWK

45 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Oleh Ching Mei Lan

Sempena dengan Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan inisiatif Friends Of River (FOR) Negeri Selangor yang menumpukan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai oleh komuniti setempat. Sambutan ini berlaku secara serentak di 30 lokasi sungai pada 26 September 2020. Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah dijemput oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengadakan program gotong-royong membersihkan beberapa batang sungai.

Program di Sungai Air Hitam, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, melibatkan kerjasama di antara LUAS, Pejabat Operasi Langat, Majlis Perbandaran (MPKJ) dan penduduk Pangsapuri Sri Tanjung. Majlis ini telah dirasmikan oleh Exco Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Tuan Hee Loy Sian.

Pejabat operasi IWK Gombak pula telah mengadakan FoR sesi 4/2020 sempena perasmian Program Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020 Peringkat Negeri Selangor dan Pelancaran Inisiatif Friends Of River (FOR) yang dihadiri oleh ADUN Taman Temple, YB Sanny Hamzah, wakil LUAS dan kakitangan IWK.

Pejabat Operasi Shah Alam meneruskan program FoR di Sungai Tambul, Kota Damansara. Antara program yang dijalankan ialah gotong-royong membersih dan mencantikkan persekitaran Sungai Tambul dengan menanam pokok buah-buahan bersama wakil LUAS dan wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Petaling (JPS).

Hari Sungai Sedunia telah ditetapkan pada hari Ahad terakhir dalam bulan September pada setiap tahun sebagai acara tahunan yang dianjurkan oleh agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sempena sambutan Hari Sungai Sedunia ini, diharap semua pihak sedar bahawa pemeliharaan sungai menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat di Malaysia. Sungai yang bersih adalah aset berharga kepada masyarakat dan negara.

Buletin Indahan Edisi 2020 46 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Majlis Pelancaran Kempen “Saya Sayang STP”

Pada 12 September 2020, lebih daripada 100 kakitangan Ibu Pejabat Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dan Pejabat Operasi Kuala Lumpur, telah menyertai kempen “Saya Sayang STP” bertempat di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 1 (RSTP1). Program ini dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam. Turut hadir di majlis ini adalah mantan Ketua Pegawai Operasi, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid, Ketua- ketua Jabatan dan Ketua Operasi Pejabat Operasi Klang, Langat dan Gombak.

Biarpun gerimis hujan membasahi pagi Sabtu itu, acara telah dimulakan dengan aktiviti zumba dan diikuti dengan aktiviti melepaskan ikan ke kolam. Kakitangan yang hadir dibawa mengenali kawasan sekeliling loji berkenaan, sebelum dibaha- gi kepada tiga kumpulan untuk mewarna mural, menanam pokok dan mencantikkan landskap.

47 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Menurut Narendran ketika memberi ucapan, kempen ini dilancarkan agar ia dapat menanamkan rasa tanggungjawab dan menaikkan rasa bangga di kalangan kakitangan IWK dalam usaha untuk menjaga dan menyelenggarakan loji rawatan pembetungan masing-masing dengan baik. Pada masa yang sama, kempen ini diharap dapat mendalamkan rasa sayang warga Indahan khususnya kepada STP dan aset IWK secara keseluruhannya.

Untuk makluman, inisiatif ini akan diteruskan di seluruh negara di mana setiap pejabat operasi akan melaksanakan kempen ini di loji yang terpilih. Bagi program “Saya Sayang STP” akan datang, boleh melibatkan kerjasama antara IWK dengan masyarakat setempat atau dengan pihak berkepentingan dalam usaha untuk memberi kesedaran betapa pentingnya melindungi alam sekitar.

Terima kasih kepada kakitangan Pejabat Operasi Kuala Lumpur atas kerjasama yang telah diberikan!

Buletin Indahan Edisi 2020 48 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Indah Water Konsortium Supports the Government’s Call for Blood Donation

By Tian Khai Lieng

Donating Blood Saves Lives – that is the phrase that we always hear but do you know that by donating a bag of blood can save the lives of three people and allow these precious lives to continue. Blood is perishable and cannot be artificially manufactured, so it has to be collected continuously and blood donations are the only way we can give blood to those who need it.

Hospitals need the most blood bag for surgery operation, pregnant women who are giving birth, and in emergency wards to name a few. In the lab, blood can be separated into red blood cells, plasma and platelets. When plasma or platelets are collected, they are separated from blood cells. Each element of that donation is used for a different purpose. Platelets can help treat diseases that are caused by too few or deteriorated platelets, such as cancer, organ transplantation, and dengue fever that is familiar to Malaysians; plasma can help patients with burns and liver diseases; red blood cells can help patients with kidney disease and severe thalassemia.

49 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd According to the World Health Organization (WHO), a country’s blood donation of 5% is enough to be self-sufficient, but our country’s current blood donation volume is only 2.5%, which has not yet reached the standard. In other words, for every 100 Malaysian citizens, only two are willing to donate blood.

To make matters worse, COVID-19 outbreak has caused a reduction in the number of donors. National Blood Centre director Dr. Noryati Abu Amin said that the movement control order (MCO) had understandably led to blood donation activities being affected, with scheduled donation campaigns cancelled. Public also avoided coming to blood banks to donate blood for fear of contracting the virus.

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, in continuous support of the government’s call to Malaysians to donate blood regularly, organised a Blood Donation Day on 19 October 2020. Held annually in collaboration with the National Blood Centre (NBC) under the Ministry of Health (MOH), the blood donation drive was opened to all IWK staff. NBC have implemented additional precautions during blood donation to prevent the spread of COVID-19 and to ensure safety of donors and medical staff.

The Blood Donation Day held at IWK headquarters saw a turnout of more than 40 donors. Every year, the Blood Donation Day has been well-received and supported by the general public from nearby university and corporate company. According to NBC, in past few years IWK campaign blood has an average of more than 60 donors who are eligible to donate blood. However, the number of donors for this year reduced as it is limited to IWK staff only and some of the staff are working from home.

Apart from IWK HQ, Alor Setar Operation Office (UOAS) also took part in organising a blood donation drive in collaboration with Sultanah Bahiyah Hospital on 15 October 2020. UOAS hopes that similar blood donation campaigns and awareness programmes will be organised by other companies and associations as carried out IWK.

We do not need to possess incredible skills, talents or super power to be a hero to save people, but we can help those people by giving a pack of blood. As our Prime Minister, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Muhyiddin Yassin said “Blood donors are National Heroes because they voluntarily give blood to meet the needs of others and save lives”.

Buletin Indahan Edisi 2020 50 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Those who wish to do blood donation, you may proceed to venue stated below or contact NBC for more information.

National Blood Centre, Jalan Tun Razak (03-26132688) Operation Hours Monday- Friday: 7.30am- 8.00pm Sat-Sun/Public Holiday: 8.00am- 4.00pm

Midvalley Donation Suite, Mid Valley Mega Mall (03-22800349) Operations Hours: Every day: 10.00am-9.00pm

Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10 Putrajaya (03- 88810084) Operation Hours: Every day: 10.00am- 6.00pm

51 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Pertandingan Fotografi & Video Pendek IWK 2019

Oleh Ching Mei Lan

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah menganjurkan Pertandingan Fotografi & Video Pendek 2019 daripada 15 Oktober - 30 November 2019. Terdapat dua kategori yang telah dipertandingkan iaitu kategori fotografi & video pendek untuk kakitangan IWK dan kategori fotografi untuk pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dalam pertandingan fotografi kategori kakitangan IWK adalah Safety at Work Place dan tema untuk pertandingan video pendek ialah Health & Safety Briefing of Office/Treatment Plant/ Project Site. Tema bagi kategori pelajar UiTM adalah “Sumbangan IWK Dalam Melestarikan Sumber Air Negara”.

Buletin Indahan Edisi 2020 52 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Penyertaan kali ini amat menggalakkan di mana pihak penganjur telah menerima lebih 200 keping gambar di bawah kategori kakitangan IWK dan 1,502 keping gambar bagi kategori pelajar UiTM dan lapan video pendek bagi kategori kakitangan IWK. Pertandingan ini telah diadili oleh pihak juri profesional, iaitu pensyarah pereka grafik UiTM, Norfadzillah Ibaruslan dan tiga lagi juri daripada pihak IWK iaitu mantan Pengerusi IWK, Amiruddin Abdul Aziz, Ketua Wilayah Operasi Wilayah Selatan, Mohd Lutpee Salleh dan Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Korporat IWK, Ayu Suriawaty@Siti Aisyah Bahkia.

53 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Para pemenang telah diraikan di majlis penyampaian hadiah yang telah diadakan pada 7 Januari 2020 di Dewan Serbaguna, Aras 4, Ibu Pejabat IWK, Kuala Lumpur. Hadiah telah disampaikan oleh mantan Pengerusi IWK, Amiruddin Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang

Buletin Indahan Edisi 2020 54 Indah Water Konsortium Sdn Bhd IWK Di Paparan Media

55 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Buletin Indahan Edisi 2020 56 Indah Water Konsortium Sdn Bhd 56 Buletin Indahan Edisi 2020 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Januari Februari Mac

April Mei Jun

Julai Ogos September

Oktober November Disember

Buletin Indahan Edisi 2020 58 Indah Water Konsortium Sdn Bhd