DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH – BAHASA KEBANGSAAN

HARI SELASA 15 FEBRUARI, 2000 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 2 1

MENGANGKAT SUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) adakah Kementerian sedar iaitu masyarakat Bumiputera menghadapi bermacam-macam kesulitan apabila berurusan dengan Kementerian. Adakah masalah ini akan diatasi supaya peluang Bumiputera terbuka luas dan yang kurang kemampuan diberi peluang; dan

(b) tahun 2020 adalah wawasan Negara Malaysia. Apakah tindakan secara menyeluruh di buat oleh Kementerian agar masyarakat Bumiputera boleh bersaing dalam bidang ekonomi. (PM #3488 v1)

2. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada terdapat sebarang kajian atau penilaian dilakukan untuk menentukan keberkesanan Program Rakan Muda dalam membantu mengurangkan gejala sosial yang tidak diingini di kalangan remaja. Apakah aktiviti-aktiviti menarik di bawah Program Rakan Muda yang disusun sempena Tahun 2000. (PM. #3246 v1)

3. Puan Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta PERDANA MENTERI menyatakan, memandangkan HAWA telah dipindahkan bidangkuasanya ke Jabatan Perdana Menteri, maka apakah perancangan- perancangan yang sedang diatur untuk mengangkat martabat wanita di alaf baru ini. (PM #3833 v1)

2 D.R. 15.2.2000

4. Dato’ Fadzil bin Md. Noor [Pendang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang negara terkini mengikut pecahan hutang dalam dan luar negara serta hutang Kerajaan dan swasta dan langkah-langkah yang diambil bagi melangsaikan hutang ini. (PM #3889 v1)

5. Tuan Richard Riot Jaem [Serian] minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan Sistem Saraan Baru (SSB) yang diperkenalkan pada tahun 1992 mendapat rungutan/kritikan dari sebahagian besar kakitangan perkhidmatan awam, adakah Kerajaan bersedia untuk mengkajinya semula termasuk jika perlu memansuhkannya dan menggantikannya dengan skim baru. (PM #3264 v1)

6. Tuan Lim Hock Seng [Bagan] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk membetulkan imej negatif orang-orang bukan agama Islam terhadap nilai-nilai, hukum-hukum dan undang-undang agama Islam akibat propaganda palsu yang dilancarkan oleh parti-parti komponen dalam Pilihanraya baru-baru ini. Benarkah undang-undang agama Islam begitu dahsyat seperti yang didakwa oleh mereka. (PM #3336 v1)

7. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementeriannya bagi mengawal kenaikan harga ubat yang terus meningkat beberapa kali dalam setahun hingga membebankan pesakit. (PM #3203 v1)

8. Datuk Lau Ngan Siew [Sandakan] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa banyak tabung kewangan telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membina dan membaikpulihkan jalan-jalan raya Persekutuan di Sandakan untuk tahun 2000. (PM #3277 v1)

9. 7Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah dasar Kementerian dalam memilih tempat bagi mengadakan Seminar Perindustrian Domestik bagi Negeri Pantai Timur Semenanjung. (PM #4088 v1)

10. Dr. Maximus Johnity Ongkili [Bandau] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah rakyat Malaysia yang belum menukar kad pengenalan mereka kepada kad pengenalan baru (KPT) setekat 31 Disember 1999. Bagi negeri berapakah jumlah yang belum menukar kad pengenalan mereka dan seterusnya berapakah denda yang kenakan kepada mereka yang lewat menukar. (PM #3800 v1)

3 D.R. 15.2.2000

11. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab-sebab terjadi tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini dan adakah kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, di Sandakan pada Februari 1999, di Paya Terubong, pada 28.1.1998, di Bukit Antarabangsa, dalam Mei, 1999, dan di Genting Highlands mempunyai faktor yang sama. (PM #3439 v1)

12. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kapasiti penjana elektrik di negara ini untuk 2000, 2005 dan 2010. Apakah bilangan dan jenis loji janakuasa (gas, wap dan lain-lain) dan alat time-delayed Tenaga Nasional Berhad dan penjanakuasa elektrik persendirian dalam kepelbagaian tenaga. (PM #3275 v1)

13. Tuan Fu Ah Kiow [Mentakab] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) berapakah kes rogol telah dilaporkan pada tahun 1997, 1998 dan 1999 dan antaranya berapakah kes di mana mangsa adalah kanak- kanak; dan

(b) apakah Kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan hukuman terhadap perogol yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah. (PM #3254 v1)

14. Tuan [Tanjong] minta PERDANA MENTERI menyatakan tarikh-tarikh mesyuarat 'Caretaker Cabinet' yang diadakan pada bulan November dan Disember 2000 dan keputusan-keputusan yang diambil pada setiap mesyuarat. (PM #3305 v1)

15. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah dana asing yang telah dilaburkan di Bursa Saham sejak enam bulan kebelakangan ini dan usaha-usaha Kementerian untuk menentukan BSKL terus kukuh untuk menyakinkan pelabur-pelabur di dalam dan luar negara. (PM #3592 v1)

16. Datuk Song Swee Guan [Bandar Kuching] minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan matlamat jangka panjang sosio ekonomi dan penjanaan hasil Negeri memerlukan pertambahan dari setahun ke setahun untuk perbelanjaan pembangunan am negeri, sama ada Kerajaan Persekutuan kini berhasrat mempertimbangkan untuk mengkaji semula royalti minyak/gas yang diberi kepada Sarawak. (PM #3356 v1)

4 D.R. 15.2.2000

17. Hajah Sukinam Domo [Batang Sadong] minta KEMENTERIAN PENDIDIKAN menyatakan apakah rancangan dan tindakan jangka pendek dan jangka panjang Kementerian untuk meningkatkan mutu pendidikan sekolah- sekolah di luar bandar dari aspek prestasi, keadaan fizikal sekolah dan kebajikan guru. (PM #3193 v1)

18. Tuan [Bukit Bintang] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kedudukan projek rel keretapi Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang yang telah siap tetapi masih belum digunakan lagi, berapa kos terbabit dan sebab lewat digunakan. (PM #3433 v1)

19. Datuk Yong Teck Lee [Gaya] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan mengenai cadangan penempatan Pangkalan Tentera Laut di Teluk Sepangar, Kota Kinabalu dipindahkan ke tempat lain yang lebih sesuai seperti daerah Kudat. (PM #3591 v1)

20. Tuan Joseph Salang ak Gandum [Julau] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan langkah-langkah untuk menyediakan kemudahan-kemudahan seperti bekalan kuasa elektrik, air, telekomunikasi dan perhubungan jalanraya di pendalaman Sarawak dan Sabah supaya rakyat Malaysia yang terpencil, tidak jauh sangat ketinggalan dalam pembangunan negara ke arah Visi 2020. (PM #3913 v1)

21. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat mana beliau dapat mempengaruhi masyarakat antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat untuk mengubahkan arkitektur kewangan dunia melalui tulisan, forum dan lain-lain. Bagaimanakah kawalan tukaran asing dapat dikaitkan dengan arkitektur kewangan tersebut. (PM #3273 v1)

22. Tuan Hoo Seong Chang [Kluang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh sistem perbankan tempatan pada Oktober, November dan Disember 1999; dan

(b) pinjaman daripada sektor manakah yang meningkat dan sektor manakah pula yang menurun. (PM #3337 v1)

5 D.R. 15.2.2000

23. Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said [Kota Belud] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tahap pencapaian program penyelidikan yang dikendalikan melalui “Intensification of Research in Priority Areas” atau IRPA. Setakat ini, apakah kesan dan manfaat yang telah dapat dinikmati oleh rakyat sejak pelaksanaan program tersebut. (PM #3214 v1)