UNTUK SIARAN SEGERA

SIARAN MEDIA JABATAN LAUT

"PENUTUPAN TERMINAL FERI PENUMPANG KUALA , KEDAH DARUL AMAN DISEBABKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI KOTA SETAR DARI TEMPOH 19 MEI 2021 SEHINGGA 1 JUN 2021".

KUALA KEDAH – Selaras arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Kota Setar oleh kerajaan berkuatkuasa 19 Mei sehingga 1 Jun 2021, dimaklumkan bahawa PKPD ini melibatkan Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah.

PKPD yang melarang semua jenis pergerakan keluar dan masuk ke lokasi terlibat boleh menyebabkan perkhidmatan feri penumpang dihentikan sepenuhnya. Oleh demikian, Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah dibawah seliaan Jabatan Laut Malaysia (JLM) akan ditutup sepanjang tempoh PKPD ini dan tiada perkhidmatan feri penumpang dari/ke Kuala Kedah dan dalam tempoh ini.

Perkhidmatan kargo antara Kuala Kedah - Pulau Langkawi masih diteruskan. Perkhidmatan Perlu Mod Pengangkutan Laut (Essential Services) masih mempunyai alternatif menggunakan feri RORO di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis yang tidak termasuk sebagai lokaliti PKPD.

JLM mendukung hasrat kerajaan dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di dalam negara ini. Pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) COVID-19 yang berkuatkuasa dan kerjasama diantara JLM dan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa dikemaskini dalam memastikan pematuhan SOP sepanjang perjalanan dan keselamatan penumpang sentiasa terkawal dan terjaga.

JABATAN LAUT MALAYSIA 1140HRS - 18 MEI, 2021 -TAMAT-

Tentang Jabatan Laut Malaysia (JLM) :

Mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia. Menentukan sistem perhubungan laut yang selamat, aman dan teratur selain pemuliharaan laut ke arah pertumbuhan maritim kebangsaan yang berkualiti.

Pertanyaan Media Unit Korporat, Jabatan Laut Malaysia Tel +603 - 3346 7793 / 7620 E-mel [email protected]

Ibu Pejabat Laut Peti Surat 12, Jalan Limbungan 42007 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan Malaysia

Tel: 603-3346 7620 | Faks: 603-3168 5289 | Laman Web: www.marine.gov.my