ATURAN URUSAN MESYUARAT

HART SEI.ASA, 27HB. OKTOBER, 1992. PUKUL 2.30 PETANG

Bii.32 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

*1. Lt. Kol ( B) Ibrahim bin Sareh minta Menteri Penerangan menyatakan apakah garis panduan perilaku para artis yang muncul dalam program-program hiburan di televisyen selain daripada melarang artis lelaki berambut panjang melebihi paras bahu dan artis perempuan berpakaian menyolok mata.

*2. Dr. Othman bin Minudin minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah rancangan Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah kesesakan rumah sakit di Daerah Ranau. Kalau ada, apakah rancangan- rancangan itu dan bila akan dilaksanakan.

*3. Tuan Woon See Chin minta Menteri Kerja Raya menyatakan:-

(a) apakah jalan pilihan yang dikecualikan kutipan tol yang membolehkan dan memberikan alasan bagi Kerajaan melaksanakan kutipan tol atas kenderaan-kenderaan yang menggunakan Jalan Kulai-Senai Ke Bahru;

(b) apakah Kerajaan akan menghapuskan kutipan tol atas kenderaan-kenderaan yang menggunakan Jalan Kulai-Senai semasa Lebuhraya Selatan Utara Ke Johor Bahru sudah sedia untuk digunakan; dan

(c) apakah cadangan Kerajaan bagi langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan kesesakan jalan di Simpang Jalan Gelang Patah/Jalan Skudai dan Jalan Tampoi/Jalan Skudai.

*4. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan sama ada setiap warganegara diwajibkan menjadi pengundi bagi mengelakkan berlakunya mendaftar dua kali di kawasan pilihanraya yang berasingan. Sila nyatakan:-

(a) sama ada warganegara yang tidak mendaftar sebagai pengundi apabila mencapai had umur yang ditetapkan akan didakwa di mahkamah; dan

(b) sama ada mendaftar dua kali sebagai pengundi di kawasan pilihanraya yang berasingan boleh dihukum penjara. *25. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Perusahaan Utama menyatakdn sejauh manakah kesannya minyak kelapa sawit digunakan sebagai bahan bakar bagi kenderaan Mercedes Benz model 250 berenjin EISBETTE setakat ini. Adakah Kementeriannya bercadang menguji kegunaan minyak sawit bagi kereta Proton Saga.

•*26. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Kewangan menyatakan apakah strategi kerajaan dalam menstabilkan nilai ringgit akibat krisis mekanismii kadar pertukaran Wang di kalangan beberapa negara anggota. Kesatuan Eropah sekarang.

• *27. Dr. Kua Kia Soong minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) samada kerajaan berniat inembentuk satu Tata Perilaku untuk para pemimpin Kerajaan supaya meletak jawatan apabila mereka 'sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah;

(b) salnada ujudnya krisis kredibiliti apabila Perdana Menteri memuji Datuk Bandar kerana meletakkan jawatannya semasa disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah, manakala Menteri Tenaga Telekom dan • Pos pula enggan berbuat demikian; dan

(c) samada Perdana Menteri gagal menjalankan tanggungjawabnya kerana tidak mengarahkan Menteri yang berkenaan untuk meletakkan jawatannya semasa disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah atas sebab disyaki melibatkan diri dengan tindakan rasuah.

*28. Than Fong Kui Lun minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan sama ada beliau sedar kebanyakan hutan paya bakau di daerah Kiang, Perlabuhan Kiang, Kuala dan pulau-pulau sekitar telah ditebang dan dibersihkan untuk pembangunan dan ini mengakibatkan hakisan pantai, banjir, pencemaran dan pemusnahan hidupan laut, jika sedar, apakah tindakan Kementerian yang diambil selama ini berikutan kejadian penebangan hutan paya bakau yang menjadi-jadi itu. I

• *29. bin Tuanku Jaafar minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) dalam keadaan kewangan dan prestasi ekonomi yang telah pulih sekarang dalam jangka beberapa tahunkah Kementerian boleh memperbaiki dan menambah untuk mencukupi peruntukan bangunan sekolah, asrama, bilik makan, tandas dan kelengkapan sekoLah yang lama, usang dan tidak sesuai di Negara ini; 7

(b) dalam jangka berapa talfunkah dasar peningkatan tahap untuk memperbaiki bangunan sekolah, asrama , bilik makan, tandas dan kelengkapan sekolah di terutama sekali sekolah-sekolah di luar bandar boleh selesai; dan

(c) adakah Kementerian membuat kajian dan mengenalpasti sekolah -sekolah terutama sekali sekolah-sekolah di luar bandar yang perlukan pembaikpulih atau bina semula . Dan berapakah peruntukan di beri untuk tujuan ini mengikut Negeri.

*30, Dr. Tan Sena Giaw minta Menteri Pendidikan menyatakan sejak kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia - dan sekarang termasuk• Brunei , apakah hasilnya. Apakah yang telah dicapai oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan berapa buah bukukah yang telah dicetakkan mengenai pedoman ejaan dan sebutan setakat ini. Ketika Malaysia melaksanakan ejaan baru dan bahasa baku , setakat manakah Indonesia dan Brunei melaksanakannya . . Adakah kesepakatan ini dituruti oleh Singapura.

*31. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Penerangan menyatakan nama dan kegiatan 2 orang pegawai Bahagian Hal-Ehwal Khas di Jabatan Penerangan digesa menjalankan kegiatan sulit untuk mencemar nama baik dan menjatuhkan Perdana Menteri yang telah dikatakan oleh Setiausaha Parlimen, Kementerian Penerangan pada 20 .9.92 di Kuantan, .

*32. Tuan Haii Mohamad bin Sabu minta Menteri Luar Negeri menyatakan•.-

(a) apakah Kerajaan berpuashati dengan hasil dan rumusan sidang Pergerakan Negara - negara Berkecuali (NAM) di Jakarta baru - baru ini, khasnya yang berkaitan dengan permasalahan Bosnia-Herzegovina.

(b) adakah benar bahawa terdapat negara-negara tertentu tidak menyetujui ketetapan untuk mengutuk Serbia-Montenegro dalam tragedi yang menimpa rakyat dan umat Islam Bosnia. Jika benar, nyatakan negara-negara itu dan sebab-sebab pendirian mereka; dan

(c) apakah langkah - langkah susulan yang diambil oleh Kerajaan dalam melaksanakan ketetapan NAM • mengenai permasalahan Bosnia-Herzegovina. •

8

*33. Tuan Hail Ibrahim bin Mahmood minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk menubuhkau Universiti Islam tempatan • memandangkan permohonan yang kian meningkat untuk melanjutkan pelajaran dalam pengajian Islam yang tidak mampu ditampung sepenuhnya oleh pusat-pusat pengajian tempatan dan di samping kesukaran mendapatkan tempat pengajian di luar negeri . Jika ya, bila dan dimanakah is dibina. Jika tidak, mengapa; dan

(b) oleh kerana sebuah lagi universiti akan didirikan di Sarawak , adakah konsep dan falsafah pengajian Islam diutamakan di univer'siti tersebut.

. *34. Tuan Lim Guan Ent minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) berapa ramaikah Menteri-Menteri , Timbalan Menteri ,. Setiausaha Parlimen dan Ahli-ahli EXCO Negeri yang telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sejak pilihanraya besar 1990 yang lepas;

(b) jumlah mereka yang diarah oleh BPR' untuk mengisytiharkan hartabendanya dan berikan identiti mereka; dan

(c) mengapakah Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Ahli-ahli EXCO Negeri tidak digantung kerja sehingga siasatan BPR ini tamat.

*35. Tuan Karnal Singh minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan sebab bekalan elektrik terputus di Semenanjung Malaysia pada 29 September tahun ini dan anggaran kerugian yang dialami oleh aktiviti-aktiviti perniagaan dalam negara akibat bekalan elektrik yang terputus.

*36. - Tuan Nurnikman Abdullah minta Me,nteri Kerjaraya menyatakan bilakan kerajaan hendak mengadakan rancangan membekal air paip dari rumah ke rumah di daerah Beaufort - Kuala Penyu dan Menumbuk memand'angkan Projek Antah Biwater telah pun siap dilaksanakan dan berfungsi sekarang.

*37. Tuan Haii Ibrahim bin Jendol minta Menteri Pendidikan meny&atakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Sukan Sekolah Malaysia untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berbakat dalam sukan bagi menentukan kejayaan Sukan Komanwel pada tahun 1998. *38. Tuan Harrison Nrau Laing minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) dari manakah wang yang diberi oleh Jabatan Pos untuk membayar sebanyak M$376.425.00 kepada 242 pelabur ASNB yang ditipu oleh seorang pegawai pos di Long Lama , Baram, Sarawak dengan nilai pelaburan sebanyak M$549,786.09 pads tahun 1990 diperolehi;

(b) bilakah baki.sebanyak M$173,361.09 akin dibayar • kepada pelabur ASNB yang tertipu itu dan adakah dividen yang penuh dibayar kepada pelabur-pelabur berkenaan atas pelaburan yang terlibat itu; dan

(c) apakah langkah yang telah, sedang' dan akan diambil oleh pihak ASNB untuk mcmberi jaminan dan keyakinan pelabur-pelabur ASNB di kawasan P.179 Baram bahawa kecuaian ASNB^ dan Pos Malaysia tidak akan berlaku atas pelaburan mereka di kawasan ini lagi.

*39. Tuan James Jimbun ak. Punrra minta Menteri Perdagangan QAntarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) jumlah industrial estate dalam setiap negeri;

(b) berapakah jumlah yang dijalankan oleh orang tempatan dan kongsian deqgan orang asing (foreign joint venture); dan

(c) berapa banyak jumlah pelaburan orang asing dan • tempatan.

hm -11-

8. (DR.30/92) Rang Undang-undang Bacaan Kali Kewangan (No.2) Yang Kedua

9. (DR.31/92) Rang Undang-undang it Telekomunikasi (Pindaan)

10. Dr. Tan Sens Giaw akan mencadangkan:

Bahawa menurut Peraturan Tetap 43, Majlis Mesyuarat ini meminta timbangkan semula, mengulang kaji serta menolakkan keputusan Timbalan Yang Di-Pertua Y.B. Tuan Ong Tee Keat yang menggunakan Peraturan Tetap 44 ke atas Ketua Pembangkang Y.B. Tuan pada 14-5-92 untuk memberhentikan ucapannya serta menghalang beliau daripada Majlis Mesyuarat bagi satu hari. Bahawa Majlis Mesyuarat ini juga menolak usul Y.B. Datuk Syed Hamid Syed Albar yang tidak membenarkan Ketua Pembangkang masuk Majlis Mesyuarat hingga tamat mesyuarat ini. Keputusan Timbalan Yang di-Pertua itu dan usul tersebut adalah bertentangan dengan isi kandungan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dan jugs berlawanan dengan semangat Parlimen. Bahawa ekoran daripada keputusan tersebut Y.B. Tuan Ong Tee Keat telah mengeluarkan komen pada 28-7-92 supaya jangan membuat andaian tentang penggantungan tersebut sekali-kali tidak akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat. Bahawa beliau mendapat kesimpulan Y.B. Tuan Lim telah melobi dengan hebat daripada pertemuan-pertemuan Y.B. Tuan Lim dengan berapa Menteri mengenai penggantungan itu, walhal Y.B. Tuan Lim tidak membangkitkan perkara ini dalam pertemuan-pertemuan tersebut.

11. Tuan akan mencadangkan:

Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 26(l)(p) Majlis Dewan Rakyat, YB. Tuan Ong Tee Keat dari Ampang Jaya dirujukkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana telah mencemarkan dan menghina Majlis Dewan Rakyat serta membawa malu kepada semua Ahli-ahli Parlimen ini dengan menggunakan kedudukan beliau sebagai Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat untuk membuat promosi untuk keluaran, barangan dan bahan sebuah syarikat perniagaan swasta, Fameplus Sdn.Bhd., YB. Tuan Ong Tee Keat perlu dirujuk supaya memberhentikan dengan serta-merta amalannya menggunakan simbol Parlimen Malaysia dalam perutusan tahniah mempromosikan syarikat perniagaan swasta dalam iklan yang disiarkan dalam semua suratkhabar Cina yang telah mengheret Parlimen dalam dunia perniagaan dan memberikan gambaran kepada orang awam bahawa syarikat swasta itu disokong oleh Parlimen.

K. - 10 -

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (DR.29/92) Rang Undang-undang Perbekalan 1993 - Menyambung semula Perbahasan atas Masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (16hb. November, 1992).

DAN

Usul dibuat oleh Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:

Bahawa Usul yang berikut ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada $11,854,471,720 (sebelas bilion, lapan ratus lima puluh empat juta, empat ratus tujuh puluh satu ribu, dan tujuh ratus dua puluh ringgit) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 1993, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran- butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 1993 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 26 Tahun 1992, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.

Menyambung semula Perbahasan atas Masalah ( l6hb. November, 1992)

2. Menteri Kewangan akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini, selaras dengan peruntukan Seksyen 8.3 (iv) Akta Acara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak $1,005,155,094 ditukarkan kepada ekuiti dalam beberapa syarikat Kerajaan.

3. (DR.21/92) Rang Undang-undang Bacaan Kali Suruhanjaya Pelabuhan Yang Kedua Pulau Pinang (Pindaan)

4. (DR.23/92) Rang Undang-undang Pusat Jagaan

5. (DR.27/92) Rang Undang-undang It Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) (Pindaan)

6. (DR.24/92) Rang Undang-undang Koperasi

7. (DR.28/92) Rang Undang-undang Pemberian " Mengikut Bilangan Orang 8. (DR.30/92) Rang Undang-undang Bacaan Kali Kewangan (No.2) Yang Kedua

9. (DR.31/92) Rang Undang-undang Telekomunikasi (Pindaan)

10. Dr. Tan Seng* Giaw akan mencadangkan:

Bahawa menurut Peraturan Te:.ap 43, Majlis Mesyuarat ini meminta timbangkan semula, mengulang kaji serta menolakkan keputusan Timbalan Yang Di-Pertua Y.B. Tuan Ong Tee Keat yang' menggunakan Peraturan Tetap 44 ke atas Ketua Pembangkang Y.B. Tuan Lim Kit Siang pada 14-5-92 untuk memberhentikan ucapannya serta menghalang beliau daripada Majlis Mesyuarat bagi satu hari. Bahawa Majlis Mesyuarat ini juga menolak usul Y.B. Datuk Syed Hamid Syed Albar yang tidak membenarkan Ketua Pembangkang masuk Majlis Mesyuarat hingga tamat mesyuarat ini. Keputusan Timbalan Yang di-Pertua itu dan usul tersebut adalah bertentangan dengan isi kandungan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dan juga berlawanan dengan semangat Parlimen. Bahawa ekoran daripada keputusan tersebut Y.B. Tuan Ong Tee Keat telah mengeluarkan komen pada 28-7-92 supaya jangan membuat andaian tentang penggantungan tersebut sekali-kali tidak akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat. Bahawa beliau mendapat kesimpulan Y.B. Tuan Lim telah melobi dengan hebat daripada pertemuan-pertemuan Y.B. Tuan Lim dengan berapa Menteri mengenai penggantungan itu, walhal Y.B. Tuan Lim tidak membangkitkan perkara ini dalam pertemuan-pertemuan tersebut.

11. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan:

Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 26(l)(p) Majlis Dewan Rakyat, YB. Tuan Ong Tee Keat dari Ampang Jaya dirujukkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana telah mengemarkan dan menghina Majlis Dewan Rakyat serta membawa malu kepada semua Ahli-ahli Parlimen ini dengan menggunakan kedudukan beliau sebagai Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat untuk membuat promosi untuk keluaran, barangan dan bahan sebuah syarikat perniagaan swasta, Fameplus Sdn.Bhd., YB. Tuan Ong Tee Keat perlu dirujuk supaya memberhentikan dengan serta-merta amalannya menggunakan simbol Parlimen Malaysia dalam perutusan tahniah mempromosikan syarikat perniagaan swasta dalam iklan yang disiarkan dalam semua suratkhabar Cina yang telah mengheret Parlimen dalam dunia perniagaan dan memberikan gambaran kepada orang awam bahawa syarikat swasta itu disokong oleh Parlimen.

K.