Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Prakata

Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020 ini mengandungi petikan daripada Draf Laporan Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020. Segala penjelasan dan perincian lanjut perlu merujuk kepada Draf Rancangan Tempatan tersebut.

Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020 mengandungi :-

• Peta Cadangan Guna Tanah yang mengandungi cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot.

• Penyataan Bertulis yang mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri dan menterjemah semua cadangan pembangunan guna tanah fizikal secara bertulis untuk tujuan menerangkan cadangan-cadangan yang terdapat dalam Peta Cadangan Guna Tanah.

• Pelan Subjek menunjukkan pelan cadangan pembangunan secara terperinci mengikut sektor-sektor tertentu.

• Pelan Sisipan menunjukkan cadangan-cadangan pembangunan yang terdapat dalam pelan subjek melalui gambaran-gambaran, lukisan, perspektif, ilustrasi, keluasan, lokasi dan sebagainya.

• Jadual Kelas Kegunaan Tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah yang dibenarkan dalam setiap zon guna tanah mengikut blok perancangan kecil.

• Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Khusus mengandungi perincian perancangan seperti piawaian, reka bentuk umum dan keperluan spesifikasi untuk kebenaran merancang.

Draf Rancangan Tempatan ini akan menjadi panduan utama kepada semua pihak dalam merangka pembangunan di Daerah Batang Padang bagi mencapai matlamat “ Merancang Dan Membangunkan Daerah Batang Padang Secara Lestari Sebagai Sebahagian Daripada Pembangunan Lembah Bernam Dengan Pembangunan Pertanian, Industri Automotif, Eko Pelancongan, Perhubungan, Penempatan Dan Pengukuhan Institusi Pelaksanaan Sehingga Tahun Perancangan 2020”

01 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Isi Kandungan

Prakata 01 Kandungan 02 Pengenalan 03 Proses Penyediaan Rancangan Tempatan 04 Daerah Batang 2020 Profil Kawasan 05 Guna Tanah Semasa 2007 06 Isu Dan Potensi Pembangunan - Isu Utama Pembangunan 07 - Potensi Utama Pembangunan 08 Strategi Pembangunan Negeri Perak & Strategi 09 Pembangunan Zon Perancangan Lembah Bernam Matlamat Rancangan Tempatan Daerah 10 Batang Padang 2020 Ciri-Ciri Pembangunan Integrasi 11 Teras 1 12 Teras 2 13 Teras 3 14 Teras 4 15 Teras 5 16 Teras 6 17 Teras 7 18 Blok Perancangan 19 Guna Tanah 2020 20 Guna Tanah Blok Perancangan 1 – 21 Guna Tanah Blok Perancangan 2 – Batang Padang 22 Guna Tanah Blok Perancangan 3 – 23 Guna Tanah Blok Perancangan 4 – 24 Guna Tanah Blok Perancangan 5 – Slim 25 Guna Tanah Blok Perancangan 6 – Hulu Bernam Timur 26 Guna Tanah Blok Perancangan 7 – Hulu Bernam Barat 27 Penutup 28

02 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Pengenalan

Keperluan Dan Fungsi Rancangan Tempatan Penyediaan Rancangan Tempatan (RT) ditetapkan oleh Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Kaedah Rancangan Pemajuan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan 1986. Dokumen ini menggariskan cadangan pembangunan guna tanah masa hadapan bagi keseluruhan kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dalam bentuk Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis mengenai justifikasi dan perincian pemajuan, garis panduan perancangan dan langkah-langkah pelaksanaan.

Fungsi Rancangan Tempatan adalah seperti berikut:- • Sebagai asas bagi Pihak Berkuasa Tempatan memandu, merancang dan mengawalselia pembangunan di dalam kawasan rancangan tempatan.

• Menterjemah dasar dan strategi Rancangan Struktur Negeri Perak dengan lebih terperinci.

03 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Proses Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

1234 PENYEDIAAN RANCANGAN PUBLISITI RT PUBLISITI AWAL DRAF RT STRUKTUR Seksyen 13(2) Seksyen 12a Seksyen 12 Akta Seksyen 8 Akta Akta Perancangan Akta Perancangan Perancangan Perancangan Bandar dan Desa Bandar dan Desa Bandar dan Desa bandar dan desa 1976 1976 (Akta 172) 1976 1976 (Akta 172) (Akta 172) (Akta 172)

8765 SIASATAN & PEMBERITAHUAN KELULUSAN DRAF MEWARTAKAN RT PENDENGARAN KEPADA PBN RT OLEH PBN Seksyen 15(4) AWAL sub Seksyen 15(1) Sub seksyen 15(1) Akta Perancangan Sub Seksyen 14(1) Akta Perancangan Akta Perancangan Bandar dan Desa Akta Perancangan Bandar dan Desa Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bandar dan Desa 1976 (Akta 172) 1976 (Akta 172) 1976 (Akta 172)

04 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Profil Kawasan

Kawasan Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang meliputi keseluruhan Daerah Batang Padang iaitu seluas 275,265.02 hektar. Daerah kedua terbesar di Perak yang bersempadan dengan Daerah Kinta di utara, Daerah Hilir Perak di barat, Negeri Pahang (Daerah dan Daerah Raub) di timur dan Negeri Selangor (Daerah Hulu Selangor) di selatan. Terdiri daripada 7 iaitu Chenderiang, Batang Padang, Bidor, Sungkai, Slim, Hulu Bernam Barat dan Hulu Bernam Timur. Jumlah penduduk Daerah Batang Padang dijangka meningkat kepada Hulu Perak 230,579 orang pada tahun 2020 dengan Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan (KPPT) sebanyak 2.10%.

Larut Matang JUMLAH DAN UNJURAN PENDUDUK dan Selama

MUKIM 2005 2020 Kerian Chenderiang 20,100 26,120 Batang Padang 30,100 51,690 Pahang Bidor 32,094 44,564 Sungkai 30,546 34,846 Slim 21,216 34,290 Hulu Bernam Timur 23,849 35,889 Hulu Bernam Barat 3,050 3,180

JUMLAH 160,955 230,579 Kinta

Manjung KAWASAN KELUASAN PENTADBIRAN (HEKTAR) Perak Majlis Daerah Tengah (MDT) 9, 723.15 Daerah Hilir Perak Majlis Daerah Batang Tanjong Malim (MDTM) 13, 775.71 Hilir Perak Padang Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri Perak (luar kaw. MDT dan MDTM) 251, 776.16 Selangor Jumlah 275, 265.02

05 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Guna Tanah Semasa 2007

Keluasan keseluruhan Daerah Batang Padang adalah 275,265.02 hektar. Guna tanah utama semasa (2007) terdiri daripada kawasan rizab hutan yang merangkumi 132,314.29 hektar atau 51.46 peratus daripada keluasan keseluruhan, diikuti dengan guna tanah pertanian iaitu 110,178.16 hektar (39.96%). Selebihnya adalah kawasan tepu bina merangkumi pusat-pusat petempatan seperti Tapah, Bidor, Sungkai, , , dan Tanjong Malim.

06 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Isu dan Potensi Pembangunan

Isu-Isu Utama Pembangunan

1. Ternakan khinzir secara tidak sistematik dan 9. Kurang kemudahan pelancongan bertaraf 20. Isu banjir yang terjadi kesan dari kelemahan lokasi yang tidak berlesen menyebabkan antarabangsa. dan ketidak upayaan infrastuktur sedia berlakunya kesan pencemaran sungai dari 10. Kawasan sumber air bawah tanah ada untuk menampung dan mengawal kumbahan ladang dan bau. mewujudkan konflik pembangunan. keadaan semasa hujan lebat. 2. Masalah tanah pertanian, bekas lombong 11. Kadar pemilikan kenderaan persendirian 21. Kemudahan infrastruktur dan utiliti masih yang terbiar dan tidak diusahakan secara yang tinggi menyebabkan pengangkutan tidak lengkap. optima. awam dipinggirkan. 22. Sumber kutipan kewangan adalah kecil 3. Kurangnya variasi tanaman menyebabkan 12. Koridor pembangunan utama tertumpu di berbandingkan dengan perbelanjaan masalah lambakan hasil pertanian seperti Jalan Persekutuan 1. akibat kos penyelenggaraan yang tinggi. buah-buahan tempatan mengakibatkan 13. Kekurangan akses kepada kawasan luar 23. Pihak Berkuasa Tempatan lebih kejatuhan nilainya di pasaran. bandar. memfokus kepada pengendalian operasi 4. Perkembangan aktiviti industri di Bandar 14. Masalah sistem trafik dan pengurusan bagi kebanyakan kerja-kerja infrastruktur Proton adalah kurang berkembang serta pengangkutan yang kurang efisyen. sahaja dan kurang kepada projek-projek memberi impak kepada perkembangan 15. Petempatan desa yang berselerak, jauh di untuk meningkatkan kualiti kehidupan sekitar. pedalaman dan mundur dari aspek fizikal, masyarakat terutamanya projek-projek 5. Perletakan kawasan industri tidak ekonomi dan sosial. sosio-ekonomi. terancang mewujudkan konflik guna tanah 16. Sumberjaya desa tidak dikomersilkan dan 24. Kekurangan tenaga kerja dalam Jentera dan pencemaran. tidak dieksploitasi. urus tadbir di Pihak Berkuasa Tempatan. 6. Kurangnya tumpuan terhadap 17. Kampung - kampung baru mengalami 25. Pertindihan sempadan antara Negeri pembangunan industri hiliran berasaskan tekanan pembangunan. Selangor dan Negeri Perak memerlukan pertanian. 18. Kemudahan masyarakat yang tidak penyelesaian antara Kerajaan Negeri. 7. Budaya dan petempatan orang asli tidak mencukupi. 26. Pihak Berkuasa Tempatan kurang diketengahkan. 19. Taraf hidup masyarakat orang asli jauh melibatkan diri dalam projek yang 8. Kaedah pemasaran dan publisiti produk ketinggalan dari arus pembangunan. mendatangkan sumber kewangan. pelancongan yang kurang berkesan.

07 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Isu dan Potensi Pembangunan Potensi Utama Pembangunan

1. Pertanian buah-buahan secara komersil 9. Prospek pembangunan Universiti 19. Pembinaan jalan baru dan menaiktaraf untuk aktiviti eksport. Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kampus kedua jalan-jalan utama untuk meningkatkan 2. Keluasan padang ragut yang telah di Bandar Proton memperkukuhkannya kemudahsampaian dan menampung diwartakan oleh kerajaan negeri berpotensi sebagai ‘technopolis’. pertambahan kapasiti lalu lintas. untuk memajukan aktiviti ternakan secara 10. Sungai dan badan air berpotensi dijadikan 20. Mengstruktur semula pembangunan luar besar-besaran. kawasan rekreasi sukan air. bandar. 3. Tanaman pertanian yang berskala besar 11. Program homestay di kawasan-kawasan 21. Membangunkan Pusat Pemprosesan akan menambahkan hasil keluaran petempatan. dan Jualan Hasil Produk Desa di Pusat pertanian bagi bekalan sumber mentah 12. Mengeksploitasikan hutan simpan sebagai Pertumbuhan Desa (PPD). untuk sektor industri berasaskan minyak kawasan pelancongan, penyelidikan dan 22. Mempelbagaikan program / skim pertanian sawit dan produk getah. rekreasi. komersil yang bersepadu. 4. Kawasan tanah pertanian dan bekas 13. Sumber akuakultur dan pertanian sebagai 23. Mempunyai tanah yang luas membolehkan lombong yang boleh dibangunkan. produk pelancongan agro. pelaksanaan dan penyediaan dalam 5. Cadangan pembangunan industri 14. Hutan Simpan Bukit Tapah sebagai Taman pembangunan infrastruktur yang lengkap berteknologi tinggi di Bandar Proton Negeri. dan lestari. dengan kemudahan dan infrastruktur yang 15. Koridor pembangunan menjadikan asas 24. Limpahan pembangunan daripada lengkap. dalam mewujudkan sistem pengurusan Konurbasi Lembah Klang dan kawasan 6. Pembangunan industri hiliran berasaskan lalu lintas dan pengangkutan awam yang sempadan lain. sumber mineral asli dan hasil pertanian. efisyen. 25. Meluaskan kawasan operasi secara 7. Perkembangan bandar baru seperti 16. Mod pengangkutan keretapi sebagai berperingkat mengikut keperluan dan masa, Bandar Proton dan Bandar Baru Universiti alternatif pengangkutan darat yang terutamanya di kawasan pembangunan di Tapah akan merancakkan lagi sektor menghubungkan antara wilayah. mega. perdagangan dan perkhidmatan. 17. Menjadikan stesen-stesen keretapi 26. Membangunkan ‘K-District’ yang lestari 8. Kemudahan pendidikan tinggi menjadi dan stesen bas utama kawasan mesra 27. Membangunkan data perancangan pemangkin dalam menyediakan tenaga pelancong. dan penggunaan ‘e-planning’ bagi buruh mahir dan menyumbang dari segi 18. Menjadikan stesen-stesen keretapi dan mengawal perancangan dan menyediakan kepakaran dan penyelidikan baru dan stesen bas utama sebagai pintu masuk garispanduan pembangunan berinovasi. kepada pelancong.

08 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Strategi Pembangunan Negeri Perak

• Strategi Pembangunan Lestari Negeri Perak Strategi Pembangunan Lestari Negeri Perak merupakan pendekatan strategi non-spatial yang menggariskan pembangunan secara lestari untuk diterapkan di setiap peringkat perancangan dan pembangunan negeri.

• Strategi Pembangunan Seimbang dan Bersepadu (SPSB) Merupakan pendekatan strategi spatial yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan spatial negeri secara seimbang dan bersepadu melalui gabungan kekuatan, potensi dan kedapatan sumberjaya tempatan di semua daerah.

Strategi Pembangunan Zon Perancangan Lembah Bernam Dalam konteks negeri, Daerah Batang Padang termasuk dalam Zon Perancangan Lembah Bernam yang merupakan kawasan tumpuan utama pembangunan bagi selatan Negeri Perak.

√ Bandar Proton - Tanjong Malim – Behrang sebagai Lembah Silikon Negeri (dalam konteks Industri Automotif) sejajar dengan peranannya sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri. √ Memberi suntikan pembangunan di koridor Tapah – (Bandar Baru Universiti) agar selaras dengan peranannya sebagai salah sebuah Pusat Separa Wilayah Negeri yang baru. √ Pengeluar dan penyumbang utama kepada sumber makanan negeri (pertanian). √ Industri pelancongan berkonsepkan eko, agro dan warisan sejarah. √ Taman Bunga Kebangsaan di Ulu Slim. √ Pembangunan Bersepadu Felda Jaya di Trolak. √ Pembangunan kawasan Felda sebagai “New Economic Frontier” √ Pembangunan logistik ketenteraan dan industri pertahanan di Sungkai √ Menaiktaraf infrastruktur dan mempelbagaikan program permodenan desa

09 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Matlamat Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

MERANCANG DAN MEMBANGUNKAN DAERAH BATANG PADANG SECARA LESTARI SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PEMBANGUNAN LEMBAH BERNAM DENGAN PEMBANGUNAN PERTANIAN, INDUSTRI AUTOMOTIF, EKO PELANCONGAN, PERHUBUNGAN, PENEMPATAN DAN PENGUKUHAN INSTITUSI PELAKSANAAN SEHINGGA TAHUN PERANCANGAN 2020

10 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Ciri-Ciri Pembangunan Intergrasi

A Zon Taman Negeri Zon perancangan dan pembangunan bersepadu taman tema semulajadi hutan khususnya untuk pelancongan eko, ‘agroforest’, kebudayaan orang asli sebagai hutan perlindungan.

B Zon Pengurusan Hutan Banjaran Titiwangsa (Hutan Biodiversiti) A Pengurusan hutan bersepadu KSAS untuk tujuan D tadahan air, eko-lancong dan pengekalan bio- diversiti dan pemeliharaan alam sekitar serta petempatan orang asli.

C Zon Pertanian - Perladangan F Zon ekonomi utama dengan mengambilkira aktiviti D perladangan, hiliran dan sokongan. B D Zon Pertanian - Bercampur Kawasan pertanian termasuk bekas lombong untuk ternakan, agrikultur dan pertanian komersil, E menggalakkan agro-lancong dan industri sumber asli terkawal. Kawasan Hutan sebagai kawasan tanaman hutan C E Zon Pertanian Eko-Lancong dan E E Agro-Lancong Menggabungkan kepelbagaian aktiviti pertanian dan alam semulajadi sebagai pelancongan sukan lasak dan semulajadi. Pengekalan kawasan hutan sebagai hutan silvikultur. F C F Zon Pembangunan Bandar Dan Koridor Utara Selatan Pembangunan perbandaran secara bersepadu untuk mewujudkan pembangunan Bandar Mampan

11 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Teras 1 Meningkatkan Hasil Pertanian Komersil Yang Bersepadu Dan Berskala Besar

Pertanian merupakan guna tanah utama di Daerah Batang Padang yang sekaligus menjadikan teras ini sebagai teras utama. a. Mempelbagaikan produktiviti hasil pertanian yang memberi pulangan pendapatan kepada ekonomi daerah. b. Meningkatkan dan memperluaskan industri hiliran bagi produk berasaskan pertanian serta memberi ruang kepada pekebun kecil di Daerah Batang Padang. c. Membangunkan bekas tanah lombong sebagai kawasan pertanian untuk menjana pulangan yang tinggi dan faedah terbaik kepada pembangunan daerah.

Cadangan Projek Terdapat cadangan projek utama pembangunan telah digariskan untuk merealisasikan teras ini. • Zon Fidlot Negara Ke-2. • Pembangunan Zon Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). • Zon Industri Akuakultur (ZIA) • Mengoptimumkan kawasan padang ragut yang telah diwartakan

12 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Teras 2 Pembangunan Kepelbagaian Industri Dan Institusi Pendidikan Selaku Pemangkin Ekonomi Secara Bersepadu, Lestari Dan Penggalakan Pelaburan Dari Luar

Mewujudkan kawasan industri sebagai pemangkin ekonomi yang merangkumi sokongan dari sektor lain seperti pengangkutan, kemudahan infrstruktur serta utiliti. a. Mengukuhkan industri automobil negara di dalam kawasan kluster Behrang 2020 -Tanjong Malim bagi meningkatkan daya saing ekonomi dan menggalakan pewujudan nukleus-nukleus ekonomi daerah. b. Mewujudkan pelbagai pelaburan ekonomi berskala besar terutamanya institusi awam dan swasta di setiap mukim dalam Daerah Batang Padang.

Cadangan Projek • Zon Perindustrian Chenderiang • Taman Industri Akuakultur • Pembesaran Zon Perindustrian Bidor. • Mengukuhkan Perancangan Bandar Universiti

13 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Teras 3 Pembangunan Pelancongan Berasaskan Pertanian (Agro-Lancong) Dan Alam Semulajadi (Eko-Lancong)

Mempunyai prospek yang cerah dalam pembangunan pelancongan dengan aset sumber semulajadinya, tarikan flora dan fauna serta elemen kebudayaan yang kuat. a. Membangunkan sumber alam semulajadi yang berpotensi untuk memperkukuhkan lagi daya tarikan pelancongan Daerah Batang Padang. b. Pembangunan di Daerah Batang Padang dilaksanakan secara mampan bagi menjaga kawasan sensitif alam sekitar, kawasan tadahan air dan mencegah pencemaran. c. Pengekalan dan pemuliharaan kawasan hutan, KSAS, sungai dan paya-paya terpilih untuk pulangan ekonomi jangkamasa panjang.

Cadangan Projek • Taman Negeri dijadikan pembangunan eko pelancongan • Kawasan Rekreasi Kuala Woh dibangunkan semula • Mengetengahkan kepelbagaian flora dan fauna • Petempatan orang asli seperti Pos Woh dibangunkan untuk menonjolkan budaya dan adat resam orang asli. • Memulihara Lata Kinjang, Lata Iskandar, Lata Sungai Bil, Lata Bongsu dan Lata Gedong akan dilengkapi kemudahan infrastruktur asas

14 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Teras 4 Penambahbaikan Sistem Pengurusan Lalu Lintas Dan Pengangkutan Awam

Pembangunan dan pengurusan perhubungan pengangkutan serta lalu lintas akan menumpu kepada cadangan mewujudkan sistem hierarki jalan raya yang sempurna, pembangunan jalan serta jambatan, memperbaiki tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas a. Mengukuhkan pembangunan jaringan jalan raya, pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas sebagai pemangkin kepada pelbagai pembangunan ekonomi Daerah Batang Padang.

Cadangan Projek • Jalan Ulu Slim - Raub • Jalan Lingkaran Tapah • Jalan Lingkaran Fidlot Negara 2 • Jalan Kg Chabang Lima – Kg Kelawar • Lebuhraya Bagan Datoh • Jalan Bandar Baru Universiti (BBU)

15 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Teras 5 Pemodenan Petempatan Luar Bandar Serta Mewujudkan Komuniti Sejahtera

Pemangkin kepada permodenan kawasan bandar dan luar bandar dari pelbagai aspek a. Meningkatkan keupayaan dan jati diri penduduk serta peningkatan sosio-ekonomi melalui program-program kemasyarakatan terutamanya kawasan rizab Melayu, orang asli dan Felda. b. Menyediakan kemudahan infrastruktur, utiliti dan semua kemudahan sosial yang seimbang dengan keseluruhan pembangunan dan keperluan penduduk. c. Memperlengkapkan kemudahan masyarakat untuk penyelesaian masalah penduduk dan masyarakat seperti jenayah sivil, OKU, warga emas dan ibu bapa tunggal.

Cadangan Projek • Mewujudkan Pusat Pertumbuhan Desa di kampung yang terpilih. • Meningkatkan infrastruktur. • Memajukan dan menaiktarafkan pos orang asli (Pos Gedong dan Pos Bersih). • Meningkatkan imej dan identiti bandar bandar utama

16 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Teras 6 Pembangunan Infrastruktur Lengkap Bertaraf Dunia

Pembangunan infrastruktur dan utiliti yang lengkap bagi menyokong pembangunan bandar dan luar bandar a. Memperlengkapkan infrastruktur dan kemudahan utiliti untuk menarik pelaburan ekonomi seperti institusi awam dan swasta, penyelidikan, pengkhususan dan projek pertanian berskala besar. b. Memperkukuhkan dan merancang gunatanah utama yang melibatkan pembangunan industri, pendidikan, pembuatan, pelancongan dan pertanian moden dengan sokongan infrastruktur dan utiliti yang lengkap serta bertaraf dunia.

Cadangan Projek • Penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang mencukupi.

17 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Teras 7 Pengurusan Perbandaran Yang Cekap Dan Lestari

Struktur pentadbiran yang teratur dengan pentadbiran yang mantap, berpengalaman dan komited akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan perancangan dan perlaksanaan projek. a. Menyediakan Rancangan Pemajuan serta Garis Panduan Pelaksanaan bagi memantapkan lagi urus tadbir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi seluruh Daerah Batang Padang. b. Mencadangkan urus tadbir perancangan, pengawalan pembangunan dan pemantauan yang mantap di peringkat PBT. c. Mewujudkan sistem E-Pengurusan yang efisien dan mesra pengguna.

Cadangan Projek • Memperkukuhkan Peranan Dan Fungsi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

• Mempertingkat Penglibatan Masyarakat Dalam Aktiviti Pembangunan Dan Pemajuan Melalui Local Agenda 21.

18 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Blok Perancangan

RT Daerah Batang Padang dibahagikan kepada tujuh (7) Blok Perancangan. Penentuan ini berdasarkan mukim-mukim yang terdapat di Daerah Batang Padang. Blok Perancangan Kecil pula berdasarkan ciri-ciri fizikal sedia ada kawasan Rancangan Tempatan seperti jalan, landasan keretapi dan sungai serta guna tanah utama seperti kawasan hutan, pertanian, perindustrian Pahang BP 2 dan sebagainya. BP 1 (Batang Padang) (Chenderiang) JADUAL BLOK PERANCANGAN

MUKIM KELUASAN SEMASA Chenderiang 24, 448.48 Batang Padang 54, 360.37 BP 3 Bidor 33, 127.12 (Bidor) Sungkai 69, 066.17 Slim 52, 494.34 Hulu Bernam Timur 25, 840.24 Hulu Bernam Barat 15, 928.30 JUMLAH 275, 265.02 BP 4 (Sungkai)

BP 5 (Slim)

BP 6 BP 7 (Hulu Bernam (Hulu Bernam Timur) Barat)

Selangor

19 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Guna Tanah 2020

Cadangan pembangunan guna tanah bagi Daerah Batang Padang dirangka dengan seimbang untuk memenuhi keperluan pembangunan sektoral yang saling berhubungkait khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial.

20 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Guna Tanah Blok Perancangan 1- Chenderiang

Ipoh

BP 1 BP 2

BP 3

Ke Kampar BP 4 BP 5 Daerah Kinta

BP 7 BP 6

Ke Tapah

Daerah Perak BP 2 Tengah

Keluasan Blok Perancangan 1 - CHENDERIANG adalah 24,448.48 hektar dan ia merangkumi 8.87% daripada keseluruhan kawasan Daerah Batang Padang. Secara amnya, guna tanah di BP 1 didominasi oleh guna tanah pertanian dan perhutanan yang mempunyai jumlah keluasan tertinggi berbanding keluasan guna tanah-guna tanah lain

21 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Guna Tanah Blok Perancangan 2- Batang Padang

Ke Cameron Highland

BP 1 BP 2

Ke BP 3 Ke Kampar

BP 4 BP 5

BP 7 BP 6

BP 3

Blok Perancangan 2 - BATANG PADANG mempunyai keluasan 54,360.37 hektar iaitu merangkumi 19.76% dan juga merupakan kawasan kedua terbesar dalam Daerah Batang Padang

22 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Guna Tanah Blok Perancangan 3 Bidor

BP 1 BP 2 BP 2

BP 3 Ke Ipoh

BP 4 BP 5

BP 7 BP 6

BP 4

Blok Perancangan 3 – BIDOR berkeluasan 33,127.12 hektar dan merupakan 12.07% daripada keseluruhan Daerah Batang Padang. BP 3 mempunyai sebuah Pusat Petempatan Kecil iaitu Bandar Bidor yang bertindak sebagai kawasan petempatan dan perkhidmatan. Gunatanah di BP 3 ini didominasi oleh gunatanah pertanian dan perhutanan

23 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Guna Tanah Blok Perancangan 4 - Sungkai

BP 1 BP 2

Ke Ipoh BP 3

BP 4 BP 5

BP 6 Blok Perancangan 4 - SUNGKAI BP 7 merupakan blok perancangan yang terbesar iaitu seluas 69,066.17 hektar iaitu merangkumi 24.94% dari keseluruhan Daerah Batang Padang. Kawasan BP 4 ini didominasi oleh gunatanah perhutanan seperti Hutan Simpan Bukit Tapah, Hutan Simpan Bukit Slim, Hutan Simpan dan Hutan Simpan Gunung Besout dan guna tanah pertanian. BP ini dibahagikan kepada 7 blok perancangan kecil (BPK), antaranya cadangan pembangunan adalah dari perindustrian, perumahan, BP 5 kemudahan masyarakat dan lain-lain.

Ke Behrang

24 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Guna Tanah Blok Perancangan 5 - Slim

BP 1 BP 2

BP 3 BP 4

BP 4 BP 5 PAHANG

BP 6 BP 7

Ke Bidor

BP 6

Blok Perancangan 5 - SLIM merupakan blok perancangan yang ketiga terbesar iaitu seluas 52,494.34 hektar iaitu merangkumi 19.15% dari keseluruhan Daerah Batang Padang. Kawasan BP 5 ini didominasi oleh guna tanah perhutanan dan juga pertanian khususnya dalam pertanian kelapa sawit. BP ini mempunyai kawasan petempatan kecil iaitu Pekan Slim River yang bertindak sebagai kawasan petempatan dan perkhidmatan. BP 5 - Slim telah dibahagikan kepada 5 blok perancangan kecil (BPK), antaranya cadangan pembangunan adalah dari perindustrian, perumahan, kemudahan masyarakat dan sebagainya

25 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Guna Tanah Blok Perancangan 6 – Hulu Bernam Timur

BP 5

BP 1 BP 2

BP 3

BP 4

BP 5

BP 6 BP 7

Daerah Hulu Selangor

Ke

Blok Perancangan 6 - HULU BERNAM TIMUR mempunyai kawasan seluas 25,840.24 hektar iaitu merangkumi 9.36% dari keseluruhan Daerah Batang Padang. Kawasan BP 6 ini didominasi oleh guna tanah perhutanan dan juga pertanian khususnya dalam pertanian kelapa sawit. Kawasan petempatan utama adalah Bandar Tanjong Malim serta kawasan bandar baru seperti Bandar Proton dan Behrang 2020 yang bertindak sebagai kawasan petempatan dan perkhidmatan. BP 6 - Hulu Bernam Timur telah dibahagikan kepada 8 blok perancangan kecil (BPK), antaranya cadangan pembangunan adalah dari perindustrian, perumahan, kemudahan masyarakat dan lain-lain.

26 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Guna Tanah Blok Perancangan 7 – Hulu Bernam Barat

BP 4 BP 1 BP 2

BP 3

BP 4

BP 5

BP 6 BP 7

Blok Perancangan 7 - HULU BERNAM BARAT merupakan blok perancangan yang paling kecil iaitu seluas 15,928.30 hektar iaitu merangkumi 5.85% dari keseluruhan Daerah Batang Padang. Kawasan BP 7 ini didominasi oleh guna tanah pertanian khususnya dalam tanaman kelapa sawit. Kawasan petempatan FELDA Besout 4 dan 5 sebagai kawasan petempatan dan perkhidmatan. Namun begitu, guna tanah pertanian sedia ada akan dikekalkan sebagai kawasan

Daerah Hulu pertanian. BP 7 - Hulu Bernam Barat telah dibahagikan kepada Selangor 4 blok perancangan kecil (BPK).

27 Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020

Penutup

Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020 ini dapat dimaafaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua pihak bagi tujuan perancangan guna tanah dan fizikal kearah merealisasikan matlamat dan menjadikan Kawasan Majlis Daerah Tapah dan Majlis Daerah Tanjong Malim sebagai

SEBAHAGIAN DARIPADA PEMBANGUNAN LEMBAH BERNAM DENGAN PEMBANGUNAN PERTANIAN, INDUSTRI AUTOMOTIF, EKO PELANCONGAN, PERHUBUNGAN, PENEMPATAN DAN PENGUKUHAN INSTITUSI PELAKSANAAN SEHINGGA TAHUN PERANCANGAN 2020

28 29