MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2019

HARI SELASA : 8 OKTOBER 2019 NO SOALAN : 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ [ TANAH MERAH ]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 1

DATO' SRI IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ [ TANAH MERAH ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah dan usaha dilakukan oleh Kementerian dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di wad-wad hospital kerajaan yang ketika ini dianggap kritikal.

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

KKM telah dan sedang melaksanakan pelbagai usaha dalam masalah kesesakan di wad-wad hospital Kerajaan antaranya berikut:

1. Memperluaskan Perkhidmatan Rawatan Harian (PRH) di mana perkhidmatan klinikal dijadualkan dan disempurnakan dalam hari yang sama. Kajian menunjukkan prosedur pembedahan yang dijalankan secara rawatan harian telah mengurangkan jumlah kemasukkan pesakit di wad-wad pembedahan sebagai pesakit dalam sebanyak 28.2%;

NO SOALAN : 1

2. Perlaksanaan Inisiatif Hospital Kluster yang merupakan kerjasama di antara hospital berpakar dengan hospital tanpa pakar bagi membolehkan pesakit luar bandar menerima rawatan kepakaran tanpa perlu dirujuk ke hospital berpakar dan menunggu lebih lama untuk dilihat oleh doktor pakar;

3. Mewujudkan Bed Management Unit (BMU) untuk merancang kemasukan pesakit elektif serta memastikan pesakit-pesakit yang memerlukan katil dapat diutamakan dengan cepat. Projek rintis BMU ini telah dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Hospital Kuala Lumpur;

4. Pewujudan Discharge Lounge di hospital-hospital tertentu bagi menempatkan pesakit yang boleh didiscaj agar katil dapat dikosongkan dengan cepat untuk kegunaan pesakit yang seterusnya; dan

5. Pembangunan hospital-hospital baru dan hospital gantian oleh Kementerian Kesihatan merupakan salah satu langkah yang diambil bagi mengatasi masalah kesesakan di wad- wad hospital Kerajaan.

Walau bagaimanapun, bagi melaksanakan langkah-langkah ini, perlu diwujudkan juga pertambahan perjawatan yang bersesuaian mengikut keperluan semasa bagi meningkatkan keupayaan fasiliti Kesihatan KKM ke arah memberi perkhidmatan yang terbaik. Seperti mana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2018, KKM berhadapan dengan cabaran kekurangan peruntukan, kekurangan staf kesihatan serta beban tugas berlebihan dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Sebagai langkah untuk mengatasi kekurangan perjawatan ini, KKM telah mengemukakan permohonan peruntukan dan perjawatan kepada agensi pusat khususnya bagi menangani keperluan di fasiliti baharu dan fasiliti yang dinaik taraf.

Sekian, terima kasih.

2

NO. SOALAN : 2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG [ MARANG ]

TARIKH : 8 OKTOBER 2018

SOALAN

DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG [ MARANG ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan Malaysia dalam kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu untuk menyelesaikan konflik Kashmir.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN BERSEKALI

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : PUAN RUSNAH BINTI ALUAI [ TANGGA BATU ]

TARIKH : 14 OKTOBER 2018

SOALAN NO 7

PUAN RUSNAH BINTI ALUAI [ TANGGA BATU ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Malaysia akan terus mengamalkan dasar bebas dan berkecuali terhadap isu Kashmir yang telah dilayan seolah-olah sama seperti apa yang telah dan terus dilakukan Israel terhadap Palestin.

NO. SOALAN : 2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN BERSEKALI

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI [ KUALA NERUS ]

TARIKH : 17 OKTOBER 2018

SOALAN NO 4

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI [ KUALA NERUS ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan rancangan dan peranan Malaysia dalam isu Kashmir.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Marang di atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Marang bersekali dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Kuala Nerus, masing-masing bertarikh 14 Oktober dan 17 Oktober, kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut menyentuh isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Sebelum saya menyatakan pendirian Malaysia terhadap isu Jammu dan Kashmir, saya ingin menekankan bahawa Malaysia mempunyai hubungan yang rapat dan strategik dengan India dan Pakistan, kerana hubungan kita dengan kedua-dua negara tersebut mendatangkan banyak manfaat bersama. NO. SOALAN : 2

4. Sebagaimana Dewan Yang Mulia ini sedia maklum, isu Kashmir mempunyai sejarah tersendiri di mana penyelesaian status Kashmir telah dirundingkan di antara India dan Pakistan. Kita berharap kedua- dua negara akan dapat mencapai penyelesaian yang boleh memenuhi kepentingan dan aspirasi penduduk di sana. Tuan Yang di-Pertua,

5. Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian isu Kashmir perlu dicapai melalui dialog dan rundingan antara India dan Pakistan mengambil kira resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

6. Pendekatan Malaysia ini tidak boleh ditafsirkan sebagai amalan dasar berkecuali terhadap isu Kashmir. Mengambil kira perkembangan baru-baru ini, YAB Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri telah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung isu Jammu dan Kashmir. YAB Perdana Menteri melalui kenyataan akhbar pada 8 Ogos 2019 telah menyatakan bahawa beliau meletakkan harapan yang tinggi agar kedua-dua negara tersebut dapat mengelakkan perkara yang boleh menjejaskan kestabilan dan kemakmuran di rantau Asia Selatan di samping meminta pihak-pihak berkenaan untuk mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (UNSC). Kementerian Luar Negeri, pada 16 Ogos 2019, turut menyatakan bahawa penyelesaian isu Kashmir perlu dilaksanakan melalui dialog and rundingan di antara kedua-dua negara, dengan mengambil kira kepentingan rakyat Kashmir.

7. Isu Kashmir telah dibincangkan oleh YAB Perdana Menteri dengan Perdana Menteri Pakistan, TYT Imran Khan pada 5 Ogos 2019 melalui panggilan telefon dan Perdana Menteri India, TYT Narendra Modi semasa pertemuan dua hala di sela-sela Mesyuarat 5th Eastern Economic Forum (EEF) di Vladivostok, Rusia pada 4-5 September 2019. YAB Perdana Menteri telah menyatakan kepada Perdana Menteri Modi bahawa dialog dan rundingan dengan Perdana Menteri Imran Khan perlu diteruskan.

NO. SOALAN : 2

8. Semasa Sesi Ke-73 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 27 September 2019, YAB Perdana Menteri telah secara tegas meminta PBB, terutama Majlis Keselamatan PBB, menentukan pelaksanaan resolusi-resolusi bagi penyelesaian isu Jammu dan Kashmir. Malaysia percaya dialog dan perundingan adalah cara terbaik untuk penyelesaian di antara India dan Pakistan berhubung isu Jammu dan Kashmir.

Tuan Yang di-Pertua,

9. Kerajaan akan terus membangkitkan perkara ini dengan kedua- dua rakan Malaysia iaitu India dan Pakistan. Di samping penyelesaian aman isu Kashmir, perkara yang kita ingin tentukan ialah kepentingan rakyat dan penduduk di wilayah-wilayah berkenaan. Malaysia juga akan terus berkongsi pendirian dan pandangan berhubung isu ini dalam forum-forum antarabangsa seperti OIC.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN : 3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD [KANGAR] TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 3

Y.B. TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD [ KANGAR minta] MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan menentukan sama ada wujud keperluan untuk pemerolehan Kerajaan dibuat secara runding terus. NO SOALAN : 3 JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Izinkan saya menjawab soalan lisan daripada Y.B. Kangar bertarikh 8 Oktober 2019, Y.B. Labis bertarikh 17 Oktober 2019, Y.B. Kudat bertarikh 14 November 2019 dan Y.B. Ketereh bertarikh 14 November 2019 secara bersekali memandangkan keempat-empat Yang Berhormat telah mengajukan persoalan yang sama iaitu berkenaan pelaksanaan perolehan secara rundingan terus.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, proses pengurusan perolehan Kerajaan adalah dilaksanakan berteraskan kepada lima prinsip utama iaitu, pertama; akauntabiliti awam, kedua; diuruskan secara telus, ketiga; memberi nilai faedah yang terbaik, keempat; mewujudkan saingan terbuka dan terakhir; mestilah adil dan saksama. Tatacara perolehan yang digunapakai oleh Kerajaan adalah berdasarkan amalan terbaik perolehan awam di peringkat antarabangsa yang mana semua proses perolehan perlu dilaksanakan secara terbuka.

Peraturan perolehan yang berkuat kuasa menetapkan mana-mana perolehan Kerajaan yang nilainya melebihi RM500,000 perlu dilaksanakan secara tender terbuka. Peraturan ini diperkemaskan lagi melalui surat arahan oleh Kementerian Kewangan bertarikh 29 Jun 2018 yang memansuhkan kaedah perolehan secara tender terhad dan digantikan dengan kaedah tender terbuka pra-kelayakan.

Untuk makluman Dewan yang mulia juga, sepertimana amalan di peringkat antarabangsa dan kepentingan nasional, kaedah perolehan secara rundingan terus akan hanya dipertimbangkan bagi perolehan yang melibatkan lima (5) kriteria khusus dan bukannya dibenarkan secara am seperti berikut:

i. perolehan bekalan/ perkhidmatan melibatkan keperluan mendesak yang mana jika perolehan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera, ia boleh memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan Negara; NO SOALAN : 3 ii. keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan (compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan baru yang akan diperoleh; iii. satu punca bekalan/ perkhidmatan iaitu pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja; iv. keselamatan/ strategik yang melibatkan perolehan item atau perkhidmatan demi keselamatan atau kepentingan strategik negara; atau v. kontrak dengan syarikat pembuat manufacturer( ) Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan.

Semua permohonan perolehan secara rundingan terus perlu dikemukakan oleh Kementerian/ Jabatan kepada Kementerian Kewangan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, Kerajaan masih mengekalkan Dasar Keutamaan kepada Syarikat Bumiputera sepertimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa. Keutamaan ini diberikan kepada syarikat Bumiputera, pembuat/pengilang Bumiputera, pengimport Bumiputera dan kontraktor Bumiputera, antaranya seperti Agensi Kerajaan hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya 30% daripada nilai kerja tahunan dan pemberian keutamaan harga (margin of preference) antara 2.5% hingga 10% bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan yang dilaksanakan secara tender terbuka.

NO RUJUKAN : PR-1423-L05936 SOALAN NO : 4

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN RAMLI BIN DATO' MOHD NOR KAWASAN : CAMERON HIGHLANDS TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN :

YB TUAN RAMLI BIN DATO' MOHD NOR minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bahawa penyelenggaraan kebersihan bagi laluan tepi jalan ke Cameron Highlands amat kurang memuaskan di mana ianya dipenuhi dengan sampah sarap yang tidak dibersihkan. Sebagai satu pusat peranginan yang popular bagi rakyat tempatan dan luar negara, ia menggambarkan imej yang kurang enak dipandang dan kotor. Apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Kerja Raya yang menyelenggara jalan rayapersekutuan untuk menyelesaikan masalah ini.

1 NO RUJUKAN : PR-1423-L05936 SOALAN NO : 4

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja pembersihan sampah sarap di sepanjang bahu Jalan Persekutuan adalah di luar skop penyenggaraan rutin Jalan Persekutuan dan skop pembersihan sampah sarap ini tidak termasuk di dalam skop penyenggaraan rutin konsesi. Skop penyenggaraan rutin hanya meliputi kerja-kerja seperti penampalan lubang jalan, memotong rumput, mencuci perabot jalan, membersihkan sistem perparitan jalan dan pembetung serta melakukan rondaan pemeriksaan jalan. Peruntukan penyenggaraan rutin yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan adalah berdasarkan skop penyenggaraan rutin yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi Jalan Persekutuan.

Namun begitu, sebagai inisiatif oleh Kementerian ini melalui skop penyenggaraan rutin iaitu kerja memotong rumput yang dilaksanakan pada setiap bulan, pihak konsesi akan memotong rumput dan akan membersihkan sisa-sisa potongan rumput termasuk sampah sarap selepas kerja pemotongan rumput dilakukan di kawasan yang terlibat.

Sekian terima kasih.

2 SOALAN NO : 5

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 5

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kejayaan-kejayaan utama National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) sejak dilancarkan pada tahun lepas, dan apakah fokus atau projek-projek utama dalam jangka masa pendek akan datang, khasnya untuk tahun 2020.

SOALAN NO : 5

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) adalah bertujuan untuk menyediakan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik agar perkhidmatan jalur lebar dapat dinikmati oleh rakyat di seluruh pelusuk negara. Ia merupakan pelan selama lima (5) tahun (2019-2023) yang dinamik yang akan ditambah baik secara berterusan dari semasa ke semasa. Pelan ini diyakini dapat memberikan impak positif kepada pembangunan infrastruktur digital serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ia juga dapat memastikan negara kita kekal berdaya saing dalam arus pemodenan teknologi yang semakin pesat berkembang.

2. Memandangkan pelan ini adalah sebuah pelan yang merangka strategi, sasaran, dan pelan tindakan yang mampu memastikan ketersediaan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik untuk negara, Kementerian, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat sesi libat urus bermula November tahun lepas bersama-sama pihak berkepentingan seperti Kementerian dan agensi persekutuan, selain kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan, serta pihak swasta bagi memastikan pelan tersebut adalah menyeluruh dan berkesan.

3. Hasil daripada sesi libat urus ini, saya bersyukur kerana Pelan NFCP ini telahpun diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 31 Julai 2019 dan ianya telah dilancarkan dengan rasminya pada 19 September 2019 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Pelaksanaan NFCP amat penting bagi menjana ekonomi negara. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Bank Dunia, kenaikan sebanyak 10% bagi kadar penembusan jalur lebar talian tetap akan menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 1.38%, iaitu sebanyak RM20 billion (berdasarkan KDNK 2018). SOALAN NO : 5

5. Sebagai usaha Kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan jalur lebar mampu milik, pada Jun 2018, Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian atau Mandatory Standard on Access Pricing (MSAP), dengan izin, telah dilaksanakan bagi mengawal selia harga borong untuk kemudahan dan perkhidmatan dan melalui rundingan komersial, penurunan harga runcit telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

6. Usaha ini telah memanfaatkan lebih 1.5 juta pelanggan jalur lebar dengan penurunan harga runcit sebanyak 49% secara purata apabila dibandingkan dengan harga sebelum pelaksanaan MSAP. Dengan penurunan harga ini, pelanggan pakej permulaan kini boleh menikmati penjimatan sebanyak RM50 sebulan atau RM600 setahun.

7. Hasil daripada usaha yang sama, pengguna juga menikmati perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan yang lebih tinggi sebanyak tiga kali ganda. Bilangan langganan jalur lebar tetap dengan kelajuan muat turun lebih daripada 100 Mbps meningkat lapan kali ganda kepada 1.2 juta pelanggan pada 2018 sementara permintaan untuk perkhidmatan jalur lebar tetap untuk pelanggan kediaman dan pelanggan perniagaan telah meningkat sebanyak 18% hingga 22% di antara bulan Ogos 2018 sehingga bulan Ogos 2019.

8. Usaha ini telah mendapat perhatian pihak Bank Dunia, di mana satu laporan telahpun dikeluarkan mengenai perkara ini semasa Persidangan Rancangan Malaysia ke 12 pada bulan Julai yang lepas.

9. Selain daripada itu, mulai bulan September 2019, pihak Telekom Malaysia juga telah menurunkan harga perkhidmatan Streamyx untuk pelanggan sedia ada kepada harga RM69 sebulan daripada harga pakej dahulu iaitu sebanyak RM110-RM160. Dengan penurunan harga ini, pelanggan Streamyx boleh menikmati penjimatan sebanyak RM40.00 ke RM90.00 sebulan atau RM480.00 – RM1080.00 setahun kepada sekurang-kurangnya 1.2 juta pelanggan di seluruh Malaysia. Tuan Yang di-Pertua,

SOALAN NO : 5

10. Perancangan bagi projek-projek NFCP telah bermula semenjak suku kedua tahun ini dan sedang melalui proses kelulusan dalaman SKMM, dan dijangka akan dilaksanakan bermula pada tahun 2020 dan di antara projek-projek utama yang telah dirancang dan akan dilaksanakan di bawah NFCP bagi menyumbang kepada sasaran- sasaran yang berkaitan adalah seperti berikut:

a) NFCP 1 - Pembinaan menara komunikasi baharu di 153 lokasi di seluruh negara bagi penyediaan liputan perkhidmatan selular 3G dan 4G.

b) NFCP 2 – Rancangan pembinaan menara komunikasi baharu di lebih kurang 500 lokasi di seluruh negara bagi penyediaan liputan perkhidmatan selular 3G dan 4G.

c) NFCP 3 - Penyambungan rangkaian gentian optik kepada 100,000 premis bagi meningkatkan kualiti dan kelajuan jalur lebar di pinggir bandar dan luar bandar.

d) NFCP 4 – Rancangan penyediaan dan penambahbaikan liputan selular dan/atau jalur lebar dianggarkan di 151 kawasan penempatan orang asli di seluruh negara.

NO. SOALAN : 6

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATO' SRI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM [BALING]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN

minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status semasa pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) untuk kesejahteraan rakyat.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, secara keseluruhan terdapat 127 buah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan 32 buah projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di seluruh Malaysia yang sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

2. Bagi pelaksanaan projek BALB, 33 projek berada di peringkat lantikan perunding, 41 projek di peringkat rekabentuk, 15 projek di peringkat perolehan, 33 projek di peringkat pembinaan, dan 5 projek sudah siap. Keseluruhan kos projek BALB di bawah RMK-11 ini adalah RM1.526 bilion.

3. Manakala bagi pelaksanaan projek BELB, 9 projek berada di peringkat lantikan perunding, 4 projek di peringkat perolehan, 13 projek di peringkat pembinaan dan 6 projek sudah siap. Keseluruhan kos projek BELB di bawah RMK-11 ini adalah RM3.014 bilion.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN : 7

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' ROSOL BIN WAHID [ HULU TERENGGANU ]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019 [ SELASA ]

SOALAN NO. 7

Minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:

(a) langkah-langkah terkini menjadikan Malaysia tersenarai antara 10 negara terbersih di dunia menjelang tahun 2020; dan

(b) adakah Kementerian bercadang memperkenalkan Akta 672 dan Akta 673 di negeri Terengganu setelah dilaksanakan di tujuh negeri yang lain sebelum ini.

JAWAPAN (A):

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah merangka Dasar Kebersihan Negara ke arah mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara bersih, mampan dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan masyarakat bagi menjamin kesejahteraan hidup dan 1

NO SOALAN : 7 kelestarian alam sekitar. Dasar ini bakal dilancarkan pada 3 November 2019 bersempena Sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat Malaysia.

2. Pelaksanaan Dasar Kebersihan Negara akan melibatkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang bertanggungjawab di peringkat Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan bidang kuasa agensi masing-masing. Selain itu, tanggungjawab untuk mewujudkan negara bersih ini juga perlu dipikul bersama oleh semua lapisan masyarakat di samping penglibatan komuniti, institusi pendidikan, agensi swasta dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO). Adalah menjadi hasrat kementerian agar Dasar Kebersihan Negara ini dapat menjadi panduan yang komprehensif kepada pelbagai pihak berkepentingan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersih dan seterusnya sebagai destinasi pelancongan dunia dan dalam masa yang sama memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG) menjelang tahun 2020.

3. Untuk makluman Yang Berhormat juga, dalam usaha untuk memelihara kelestarian alam sekitar seiring dengan kepesatan pembangunan negara, Kementerian komited untuk mewujudkan persekitaran bandar yang bersih dan selesa untuk didiami dan merancang untuk mewujudkan pengiktirafan bandar bersih. Pencapaian sehingga kini, Bandar Muar telah terpilih sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara selain Pulau Pinang dan Putrajaya.

4. Selain itu, Kementerian juga akan melaksanakan program-program yang melibatkan semua pihak di peringkat keluarga, komuniti, institusi, sektor kerajaan dan swasta serta industri bagi meningkatkan kesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran, seterusnya membudayakan amalan kebersihan dalam kehidupan seharian.

2

NO SOALAN : 7

JAWAPAN (B):

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) merupakan Akta yang memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Manakala Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673) merupakan Akta penubuhan SWCorp iaitu agensi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala dasar-dasar berkaitan pengurusan sisa pepejal yang diputuskan oleh Kerajaan.

2. Adalah menjadi hasrat KPKT untuk menguatkuasakan Akta 672, seterusnya melaksanakan penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (PSPPA) di semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk di negeri Terengganu. Ini bertujuan untuk menambah baik perkhidmatan PSPPA serta menyeragamkan perkhidmatan tersebut tanpa mengira pendapatan PBT di negeri-negeri berkenaan.

3. Walau bagaimanapun, bagi memastikan keseluruhan proses penswastaan tersebut dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya, Kementerian perlu mengkaji implikasi kewangan yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan mengambil kira kedudukan kewangan semasa Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

3

NO RUJUKAN : PR-1423-L05823 SOALAN NO : 8

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' SRI DR. RICHARD RIOT ANAK JAEM KAWASAN : SERIAN TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN :

YB DATO' SRI DR. RICHARD RIOT ANAK JAEM minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jalan Serian ke , Jalan Persekutuan (FR21) akan dinaik taraf.

1 NO RUJUKAN : PR-1423-L05823 SOALAN NO : 8

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Serian ke Tebedu, yang dimaksudkan ialah Jalan Persekutuan (FR 21). Berdasarkan semakan stesen bancian dan isipadu trafik lalulintas terkini mendapati bahawa Tahap Perkhidmatan Jalan (Level of Service, LOS) berada pada tahap LOS A. Oleh yang demikian, tiada keperluan untuk menaiktaraf jalan tersebut pada masa kini memandangkan aliran trafik masih lancar serta mampu ditampung oleh jalan sedia ada dan ianya tidak tersenarai di dalam senarai keutamaan Kerajaan Negeri Sarawak bagi permohonan Rolling Plan 4 Tahun 2020 RMKe-11. Walau bagaimanapun, Kementerian ini bersedia untuk mempertimbangkan cadangan projek tersebut untuk diangkat dalam Rancangan Malaysia yang akan datang sekiranya terdapat keperluan untuk jalan ini dinaiktaraf serta memenuhi syarat-syarat teknikal.

Sekian, terima kasih.

2 NO. SOALAN : 9

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN FONG KUI LUN [ BUKIT BINTANG ]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019

SOALAN

Minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan adakah Kementerian merancang untuk menaik taraf kemudahan- kemudahan sedia ada dan mempromosi publisiti Taman Rimba Bukit Nanas, Kuala Lumpur sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 memandangkan ianya hutan simpanan tertua di Semenanjung Malaysia yang perlu dipelihara bagi tarikan pelancong.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Taman Rimba Bukit Nanas, Kuala Lumpur atau dikenali sebagai KL Forest Eco-Park merupakan Hutan Simpan pertama yang telah diwartakan pada tahun 1906, berkeluasan 9.37 hektar, di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Walau bagaimanapun, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sentiasa memberi perhatian kepada produk dan kemudahan pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan atau dinaik taraf.

Di bawah Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMKe-10), Kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM 6.5 juta bagi Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Taman Eko-Rimba W.P Kuala Lumpur. Komponen yang dibiayai adalah pembinaan titian NO. SOALAN : 9 kanopi, menaiktaraf forest trails berserta kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU), membina dataran, kemudahan tandas awam, kaunter tiket serta menaiktaraf denai sedia ada.

Selain itu, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui JPSM juga telah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur seperti membaik pulih koleksi spesimen dan menaik taraf ruang simpanan dan pameran di Galeri Interaktif Taman Eko Rimba, Kuala Lumpur Bukit Nanas.

Kementerian, melalui Tourism Malaysia turut membantu dalam mempromosikan acara-acara di Menara Kuala Lumpur yang merupakan sebahagian daripada Taman Rimba Bukit Nanas seperti Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2019 pada 21 April 2019 dan KL Tower International Jump Malaysia 2019 yang telah diadakan dari 26 hingga 29 September 2019 yang lalu. Taman Rimba Bukit Nanas juga disenaraikan dengan pakej-pakej pelancongan di portal pelancongan antarabangsa seperti Tripadvisor disamping pakej-pakej oleh pengusaha-pengusaha pelancongan tempatan. Program, produk dan pakej yang berpotensi juga akan turut dipromosikan dan dihebahkan di laman sesawang khas VM2020 yang akan memaparkan senarai acara-acara bitara (signature events) di setiap negeri.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN : 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA HAJI ANNUAR BIN HAJI MUSA [KETEREH]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN

minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status pelaksanaan pembinaan MRSM Ulul Albab, Ketereh dan mengapakah berlaku penangguhan pembinaannya dan bilakah pembinaan MRSM berkenaan akan dimulakan.

NO. SOALAN : 10

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pada masa sekarang terdapat 5 buah MRSM di negeri Kelantan yang sedang beroperasi iaitu MRSM Pengkalan Chepa, Pasir Tumboh, Jeli, Kuala Krai dan Tumpat dengan kapasiti seramai 3,500 orang pelajar. Di samping itu juga terdapat MRSM daripada negeri berhampiran yang boleh menampung permintaan kemasukan ke MRSM bagi penduduk negeri Kelantan seperti MRSM Kota Putra dan MRSM Besut, Terengganu dengan kapasiti 1,800 orang pelajar dan MRSM Kuala Lipis, Pahang dengan kapasiti 750 orang pelajar.

2. Di bawah RMKe-11 telah diluluskan 2 projek MRSM baharu di Kelantan iaitu MRSM Tanah Merah dan MRSM Ketereh. Pembinaan MRSM Tanah Merah diluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta. Status projek MRSM Tanah Merah ialah sedang dalam proses perolehan. Projek ini dijangka siap pada tahun 2022.

3. Manakala pembinaan MRSM Ketereh dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM120 juta ditangguhkan berikutan kajian semula keperluan dan kesesuaian pembinaan MRSM di Kelantan.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN : 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN NIK NAZMI BIN NIK AHMAD [ SETIAWANGSA ]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan berapakah perusahaan kecil dan sederhana yang melibatkan kerjasama pemilik Bumiputera dan bukan Bumiputera sebagai peratusan jumlah perusahaan kecil dan sederhana.

NO. SOALAN : 11

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) berpandangan setiap usahawan di Malaysia tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa, Bumiputera atau bukan Bumiputera adalah berhak untuk mendapat manfaat daripada program dan inisiatif Kerajaan.

2. Berdasarkan Banci Ekonomi 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 98.5% pertubuhan perniagaan di Malaysia adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) iaitu sebanyak 907,065 PKS. Daripada jumlah tersebut, 38.5% adalah syarikat PKS Bumiputera manakala selebihnya adalah PKS bukan Bumiputera.

3. MED juga telah memulakan inisiatif untuk membangunkan Platform Digital PKS Kebangsaan bagi memastikan usahawan PKS dibantu dengan memberi nilai tambah yang signifikan menggunakan pendekatan teknologi digital. Sistem maklumat berpusat ini akan mengintegrasikan data usahawan dan maklumat keusahawanan secara lebih komprehensif dan ekstensif yang akan turut meliputi data usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera.

4. Komponen pertama Platform Digital PKS Kebangsaan, iaitu ScoreXcess yang dibangunkan melalui SME Bank telah dilancarkan oleh YB Menteri MED pada 30 September 2019. Ia merupakan portal sehenti yang membolehkan usahawan mikro dan PKS mendaftar dan memohon pembiayaan daripada agensi yang menawarkan kemudahan pembiayaan khusus mengikut keperluan perniagaan mereka.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN : 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI [] TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 12

Y.B. DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI [ KAPIT ]minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejak Kerajaan PH mengambil alih sebagai Kerajaan Persekutuan, senaraikan berapa banyak dan beri nama serta nilai bon yang telah diterbitkan NO SOALAN : 12 JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Keperluan pembiayaan Kerajaan Persekutuan diperoleh menerusi penerbitan bon dan sukuk Kerajaan daripada sumber dalam negeri dan juga luar negeri. Sejajar dengan peraturan kewangan yang telah ditetapkan seperti yang termaktub di dalam Akta Pinjaman (Tempatan) 1959, Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Akta Pinjaman Luar Negeri 1963, pinjaman hanya dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan membiayai semula hutang yang matang. Di samping itu, Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 juga menetapkan bahawa siling pinjaman luar negeri tidak melebihi RM35 bilion.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan bagi enam bulan pertama 2019 adalah sebanyak RM81.3 bilion, merangkumi RM31 bilion terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), RM36 bilion Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII), RM6.5 bilion terbitan Bil Perbendaharaan serta RM7.8 bilion pinjaman luar negeri yang terdiri daripada terbitan Bon Samurai dan pinjaman projek. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM23.2 bilion adalah untuk membiayai semula hutang yang telah matang dan sebanyak RM58.1 bilion adalah untuk membiayai defisit fiskal Kerajaan berjumlah RM22.4 bilion. Baki sebanyak RM35.7 bilion pula digunakan untuk membiayai semula hutang yang akan matang dalam tempoh Julai – Disember serta defisit fiskal. NO SOALAN : 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WONG CHEN [ SUBANG ]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019 [ SELASA ]

SOALAN NO. 13

Minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:

(a) jangka masa bagi pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Malaysia; dan

(b) jelaskan rasional jangka masa tersebut dan sediakan bajet untuk yang sama.

JAWAPAN (A):

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan oleh YB Ipoh Timur bertarikh 5 Disember 2019 kerana menyentuh topik yang sama iaitu pilihan raya Kerajaan Tempatan.

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan tidak akan dilaksanakan sehingga mendapat kelulusan dasar Jemaah Menteri yang harus mengambil kira tempoh dan kos pelaksanaan. NO SOALAN : 13

2. Sepanjang tempoh 2018 - 2019, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan 3 siri bengkel Kajian Kebolehlaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Lanjutan daripada siri bengkel tersebut, KPKT sedang menyediakan kertas cadangan dasar pelaksanaan semula Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan kertas pindaan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) untuk pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri. Selain itu, KPKT juga sedang mengkaji model terbaik bagi pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan akan membentangkan model yang paling sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kepada Jemaah Menteri.

3. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Memorandum Jemaah Menteri mengenai cadangan pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dijadualkan untuk dibentangkan pada Jun 2020 dan pindaan Akta 171 dijangka akan dibawa untuk kelulusan Parlimen pada bulan Oktober 2020. Kajian rintis Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2021 setelah kelulusan Jemaah Menteri dan Parlimen diperoleh.

JAWAPAN (B):

1. Untuk makluman Yang Berhormat, rasional jangka masa tersebut diperlukan adalah kerana cadangan pelaksanaan semula Pilihan Raya Kerajaan Tempatan memerlukan penelitian memandangkan terdapat banyak implikasi perundangan, kewangan dan sosial yang perlu diambil kira. Penyediaan bajet untuk pelaksanaan semula Pilihan Raya Kerajaan Tempatan juga mempunyai kaitan dengan model dan skop yang akan ditentukan oleh Kerajaan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN : 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN HAJI HASBI BIN HAJI HABIBOLLAH [ ]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 14

TUAN HAJI HASBI BIN HAJI HABIBOLLAH [ LIMBANG ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan pembinaan semula Klinik Kesihatan Long Napir (retender) yang sudah sekian lama terbengkalai.

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Projek Klinik Kesihatan (Jenis 6) Long Napir, Limbang telah diluluskan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) tahun 2014. Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS) dengan Fasa Pembinaan bermula pada 3 Oktober 2016 dan dijadualkan siap pada 5 Mei 2018. Walau bagaimanapun, projek ini gagal disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan dan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor telah dikeluarkan pada 12 Jun 2018.

Projek Menyiapkan Baki Kerja Terbengkalai Klinik Kesihatan (Jenis 6) Long Napir, Limbang telah ditender pada 16 Mac 2019 dan ditutup pada 15 April 2019. Walau bagaimanapun, pelantikan kontraktor tidak dapat diteruskan berikutan harga yang ditawarkan NO SOALAN : 14 melebihi daripada harga anggaran jabatan. Lembaga Tender Pusat Persekutuan Sarawak (FCTB) seterusnya telah bersetuju supaya projek ini ditender semula setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengemukakan kelulusan kenaikan kos projek.

KKM bersama JKRS dan agensi-agensi Kerajaan yang lain sentiasa bekerjasama bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan disiapkan pada masa, kos dan standard yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

2

NO SOALAN : 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. TUAN HASSAN BIN ABDUL KARIM [ PASIR GUDANG ] TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 15

Y.B. TUAN HASSAN BIN ABDUL KARIM [ PASIR GUDANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kesan ke atas kedudukan kewangan Malaysia akibat kenaikan harga minyak dunia selepas berlaku serangan drone ke atas pangkalan minyak di Arab Saudi baru-baru ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi terbuka terdedah kepada ketidaktentuan persekitaran luaran termasuk ketidakstabilan harga minyak global yang memberi kesan ke atas hasil Kerajaan. Tanpa mengambil kira dividen khas PETRONAS secara one-off sebanyak RM30 bilion, anggaran hasil berkaitan petroleum bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM51.4 bilion atau 19.6% daripada jumlah hasil keseluruhan berjumlah RM261.8 bilion. Peratusan ini telah turun dengan ketara berbanding 41.3% pada 2009 dan mencerminkan bahawa Kerajaan tidak terlalu bergantung kepada hasil berkaitan petroleum. Sehubungan itu, Kerajaan dapat mengurangkan impak perubahan harga minyak mentah dunia ke atas hasil Kerajaan Persekutuan berbanding tempoh terdahulu. Secara purata, perubahan harga minyak mentah sebanyak USD1 setong dianggar memberi impak sebanyak RM300 juta setahun ke atas hasil Kerajaan Persekutuan. NO SOALAN : 15

Harga minyak mentah Brent pada 13 September 2019 iaitu sehari sebelum serangan drone ke atas pangkalan minyak di Arab Saudi berada pada paras USD61 setong. Susulan serangan drone tersebut, harga minyak mentah Brent telah meningkat kepada USD68 setong pada 16 September 2019. Walau bagaimanapun, harga minyak mentah menunjukkan trend penurunan dengan harga terkini pada 2 Oktober 2019 berada pada paras USD58 setong.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan kekal komited untuk melaksanakan langkah konsolidasi fiskal bagi mengukuhkan kedudukan kewangan awam. Bagi tahun 2019, Kerajaan telah menetapkan sasaran defisit fiskal pada paras 3.4% daripada KDNK dan dijangka terus menurun dalam tempoh jangka masa sederhana. Sasaran ini seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 telah mengambil kira andaian purata harga minyak mentah dunia yang sederhana antara USD60 hingga USD70 setong.

Bagi tempoh 1 Januari hingga 2 Oktober 2019, purata harga minyak mentah Brent adalah USD65 setong iaitu masih dalam lingkungan andaian yang dibuat sebelum ini. Sehubungan itu, paras harga minyak mentah dunia pada masa kini dijangka tidak memberi impak yang signifikan ke atas kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2019. Kerajaan juga akan membentangkan anggaran terkini kedudukan kewangan tahun 2019 dan 2020 dalam Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019. NO RUJUKAN : PR-1423-L07011 SOALAN NO : 16

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ARTHUR JOSEPH KURUP KAWASAN : PENSIANGAN TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN :

YB TUAN ARTHUR JOSEPH KURUP minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah cadangan untuk memanjangkan rangkaian Lebuh Raya Pan Borneo ke daerah Keningau, Sook dan Nabawan di kawasan pedalaman Sabah.

1 NO RUJUKAN : PR-1423-L07011 SOALAN NO : 16

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semakan Kementerian Kerja Raya dan JKR Sabah mendapati bahawa jalan yang dimaksudkan, iaitu dari pekan Keningau Nabawan dengan melalui Sook, merupakan jalan negeri. Sehubungan itu, pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah tidak melibatkan kerja-kerja naik taraf jalan tersebut. Kementerian akan panjangkan perkara ini kepada Kerajaan Negeri untuk penilaian dan pertimbangan selanjutnya, yang mana sebarang keputusan naik taraf jalan tersebut akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri.

Sekian, terima kasih.

2 NO SOALAN : 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID [ KAPAR ] TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 17

Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID [ KAPAR ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah wang yang telah dibayar oleh Kerajaan bagi melangsaikan hutang 1MDB.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan bagi tempoh April 2017 hingga Mei 2019 telah menyalurkan bantuan kewangan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak kira-kira RM8.93 bilion melalui Kementerian Kewangan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bagi tujuan pelunasan bayaran faedah pinjaman dan bayaran penyelesaian kepada International Petroleum Investment Company (IPIC). NO RUJUKAN : PR-1423-L07038 SOALAN NO : 18

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' SRI HAJI ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB KAWASAN : MARAN TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN :

YB DATO' SRI HAJI ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah hasil kajian berkaitan penurunan kadar tol yang telah dilakukan oleh perunding bebas yang dilantik Kerajaan. Bilakah Kerajaan akan mengumumkan hasil kajian kepada awam.

1 NO RUJUKAN : PR-1423-L07038 SOALAN NO : 18

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Memorandum Jemaah Menteri berhubung dengan Kajian Halatuju Industri Lebuhraya Bertol di Malaysia telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 2 Oktober 2019 yang lalu. Kajian tersebut telah mengambil kira pelbagai senario dan alternatif untuk kerajaan menangani isu tol ini.Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi dengan lebih terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat.

Sekian, terima kasih.

2

NO. SOALAN : 19 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA : DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE [BELURAN] TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah program dan perancangan khusus Kementerian untuk membantu penjanaan pendapatan dan membantu golongan miskin dan miskin tegar penduduk luar bandar untuk keluar daripada belenggu kemiskinan memandangkan buat masa ini Sabah mempunyai bilangan penduduk miskin tegar paling tinggi di Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, insiden kemiskinan di luar bandar Sabah adalah pada 5.3% tahun 2016. Selain itu, purata pendapatan penduduk luar bandar di Sabah pada tahun 2016 adalah pada RM4,068.

2. Salah satu matlamat Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030) yang dilancarkan pada 27 Jun 2019 yang lalu adalah untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar dari segi ekonomi, sosial, budaya dan persekitaran. Sehubungan itu, bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, Kementerian telah melaksanakan program khusus untuk membantu penduduk luar bandar di dalam kategori miskin dan miskin tegar seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya

NO. SOALAN : 19 (PLKK), Program Peningkatan Pendapatan (PPP) serta program- program keusahawanan termasuk di bawah agensi KPLB seperti KEMAS, MARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah bagi membantu meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk di luar bandar.

3. Selain itu, Kementerian juga telah mengenal pasti 5 daerah di Sabah, iaitu Tongod, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Beluran yang mempunyai pendapatan purata bulanan di bawah RM4,000, di mana penumpuan pembangunan akan diberikan kepada kampung-kampung di dalam daerah tersebut terutamanya yang berkaitan dengan program- program pembangunan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk di kampung tersebut.

4. Kementerian juga sedang meneliti cadangan program-program baharu untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas khusus untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, seperti mana yang telah digariskan di bawah DPLB 2030.

Sekian, terima kasih.

2

NO RUJUKAN : PR-1423-L07218 SOALAN NO : 20

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN YUSOF KAWASAN : PETRA JAYA TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN :

YB DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN YUSOF minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status terkini pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dan adakah penamatan syarikat PDP akan memberi kesan terhadap kualiti dan tempoh masa siap projek terutamanya apabila kos dikurangkan.

1 NO RUJUKAN : PR-1423-L07218 SOALAN NO : 20

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua,

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sedia ada kepada 4 lorong 2 hala (dual carriageway) sepanjang 1,064 km dari Telok Melano hingga ke .

Sehingga 30 September 2019, prestasi kemajuan fizikal keseluruhan bagi Fasa 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo Negeri Sarawak melibatkan jajaran dari Telok Melano hingga ke ialah sebanyak 41% berbanding jadual 43%.

Selaras dengan usaha Kerajaan mengoptimumkan kos projek-projek yang memberi implikasi yang tinggi kepada Negara, mekanisme pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak telah diteliti semula dengan mengekalkan spesifikasi dan skop asal. Berikutan itu Kerajaan telah bersetuju dengan penamatan Rakan Pelaksana Projek (Project Delivery Partner - PDP) berdasarkan peruntukan perjanjian Rakan Pelaksana Projek (Project Delivery Partner Agreement - PDPA).

Dengan mengambil pendekatan yang sama seperti Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak akan mengguna pakai kepakaran teknikal sedia ada dalam melaksanakan projek secara konvensional. Bagi membolehkan proses peralihan berjalan dengan lancar dan teratur, penilaian terperinci sedang dijalankan bersama syarikat PDP, kontrak Kontraktor Pakej Kerja (Work Package Contract – WPC) dan perunding yang telah dilantik untuk memuktamadkan perkara-perkara berkaitan dalam tempoh notis penamatan.

2 NO RUJUKAN : PR-1423-L07218 SOALAN NO : 20

Perubahan model pelaksanaan tersebut tidak akan menjejaskan skop, aspek keselamatan dan kelangsungan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sebagai pemangkin pembangunan sektor sosio-ekonomi, perindustrian serta pelaburan di sepanjang jajaran projek tersebut.

Sekian, terima kasih.

3 NO. SOALAN : 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ ]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019

SOALAN

TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan dasar luar negeri terhadap China :-

(a) sama ada berdasarkan "ethnopolitics" semasa pentadbiran Barisan Nasional ; dan

(b) sama ada usul Ucapan Terima Kasih diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 25 April 1973 yang menyangkut penjalinan diplomatik dengan China dengan syarat-syarat Bahasa Malaysia, sekolah kebangsaan dan menentang komunis masih berkuatkuasa. NO. SOALAN : 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sibu atas pertanyaan yang dikemukakan.

2. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Malaysia sentiasa mengamalkan dasar luar yang berprinsip dan pragmatik. Ia tidak pernah disandarkan khusus kepada satu agama, bangsa atau perkauman. Dasar luar Malaysia sentiasa menekankan kepada memupuk hubungan baik dengan semua negara, tanpa mengambil kira ideologi atau sistem politik negara tersebut, termasuklah China.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Malaysia dan China mewujudkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974. Ia direalisasikan melalui Pernyataan Bersama (Joint Communiqué) yang ditandatangani oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak dan mantan Perdana Menteri China, Chou En-lai pada tarikh yang sama. Pernyataan Bersama tersebut merupakan dokumen rasmi yang menjadi batu asas kepada ikatan persahabatan yang baik di antara Malaysia dan China.

4. Dalam hal ini, Pernyataan Bersama tersebut tidak sekalipun menetapkan bahawa Bahasa Malaysia, sekolah kebangsaan atau menentang komunis sebagai syarat-syarat untuk menjalinkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Kementerian Luar Negeri juga ingin menarik perhatian bahawa dokumen bersejarah tersebut hanya menggariskan perkara-perkara seperti berikut:

4.1. Malaysia dan China mempunyai sistem sosial yang berlainan dan ia bukan satu batu penghalang bagi kedua-dua negara menubuhkan hubungan diplomatik yang aman dan mesra;

4.2. Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah berdasarkan kepada prinsip saling menghormati kedaulatan wilayah, tidak NO. SOALAN : 21

campur tangan dalam hal ehwal dalaman, kesaksamaan dan manfaat bersama serta kewujudan bersama secara aman;

4.3. Selaras dengan Dasar ‘Satu China’, Kerajaan Malaysia mengiktirafkan bahawa negara China hanya mempunyai sebuah Kerajaan sahaja dan Taiwan merupakan sebahagian daripada wilayah China; dan

4.4. Kerajaan China juga mengambil maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan kedua-dua negara tidak akan mengiktirafkan dwi-kewarganegaraan. Pada masa yang sama, Kerajaan China telah menasihatkan kaum Cina yang menjadi warganegara Malaysia supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang Malaysia serta menghormati amalan hidup dan adat budaya orang tempatan.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Oleh itu, sekali lagi saya ingin jelaskan bahawa dasar luar Malaysia tidak pernah berpaksikan kepada "ethnopolitics" atau khusus kepada sesuatu kaum, agama atau budaya sahaja. Sebaliknya, ia mewakili dan merangkumi kepentingan semua rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Sekian, terima kasih.

NO RUJUKAN : PR-1423-L06672 SOALAN NO : 22

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN SABRI BIN AZIT KAWASAN : JERAI TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN :

YB TUAN SABRI BIN AZIT minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah perancangan Kerajaan bagi melaksanakan janji manifesto PH iaitu pemansuhan tol lebuh raya yang amat dinantikan oleh seluruh rakyat.

1 NO RUJUKAN : PR-1423-L06672 SOALAN NO : 22

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Memorandum Jemaah Menteri berhubung dengan Kajian Halatuju Industri Lebuhraya Bertol di Malaysia telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 2 Oktober 2019 yang lalu. Kajian tersebut telah mengambil kira pelbagai senario dan alternatif untuk kerajaan menangani isu tol ini. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi dengan lebih terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat.

Sekian, terima kasih.

2 NO SOALAN : 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED [JELI] TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 23

Y.B. DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED [ JELI minta] MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perolehan daripada penjualan aset Kerajaan dan saham milik syarikat MKD Kerajaan sejak Mei 2018 dan sebab penjualannya dibuat serta bagaimana hasil penjualan tersebut digunakan. NO SOALAN : 23 JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang mengenal pasti aset tanah yang kurang strategik bagi tujuanasset monetization, serta mengkaji potensi sama ada untuk merasionalisasikan syarikat-syarikat yang mempunyai mandat penubuhan yang sama atau menutup syarikat yang mempunyai beban fiskal kepada negara. Kerajaan juga mengkaji dari segi kepentingan Kerajaan dengan meneliti syarikat-syarikat yang mempunyai nilai komersial, memberikan kesan crowding out ataupun sudah tidak relevan dengan objektif awal penubuhannya.

Pelupusan pegangan Kerajaan dalam syarikat-syarikat Kerajaan akan mengambil kira beberapa faktor termasuk nilai yang telah dicipta dalam syarikat, kepentingan komersial dan strategik kepada pemegang saham (Kerajaan) dan kemampuan pemilik baru untuk membawa syarikat yang akan dilupuskan ke tahap yang lebih baik. Justeru itu, pertimbangan dan keputusan untuk melupuskan atau memansuhkan mana-mana syarikat MKD akan dibuat berdasarkan kepada prestasi syarikat, peranan syarikat-syarikat Kerajaan ini dari segi mandat penubuhan, keperluan industri dan kemampuan syarikat untuk beroperasi, kesan kepada fiskal negara, kesan terhadap penglibatan sektor swasta dalam industri, kesan sosioekonomi seperti kehilangan pekerjaan serta lain-lain aspek yang perlu dikaji secara holistik. Setiap peluang pelupusan aset perlu dinilai secara terperinci berpandukan kepada sasaran kewangan dan strategik yang telah ditentukan terlebih dahulu serta kesesuaian masa dan keadaan pasaran selain daripada pembeli yang bersesuaian.

Walaupun penjualan aset-aset Kerajaan seperti tanah atau pelupusan ekuiti (divestment) akan memberikan hasil kepada Kerajaan Persekutuan, namun hasil ini bersifatone-off dan tidak mampannot ( sustainable). Semenjak Mei 2018, tiada lagi aset Kerajaan dan saham milik syarikat MKD yang dijual atau dilupuskan oleh Kerajaan. NO SOALAN : 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAMZAH [ JASIN ] TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 24

Y.B. DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAMZAH [ JASIN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- (a) jumlah terkini hutang negara termasuk hutang baru yang dipinjam oleh Kerajaan setakat ini; dan (b) langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi keadaan ekonomi negara yang kian meruncing selepas pengumuman hutang negara mencecah RM1 trilion yang turut mempengaruhi keyakinan pelabur asing.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kedudukan hutang langsung Kerajaan Persekutuan dikawal selia di bawah akta-akta pinjaman iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637], Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403], dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188]. Sehingga akhir-Jun 2019, hutang langsung Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM799.1 bilion atau 52.7% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kekal di bawah paras 55% daripada KDNK. Jumlah hutang langsung setakat akhir-Jun 2019 telah meningkat sebanyak RM58.1 bilion kepada RM799.1 bilion, berbanding akhir Disember 2018 (RM741 bilion). Walau bagaimanapun, peningkatan ini dijangka menurun kepada kira-kira RM52 bilion pada akhir-2019, seperti yang dirancang dalam Belanjawan 2019 dan diluluskan oleh Parlimen. NO SOALAN : 24

Selain hutang langsung, Kerajaan juga mempunyai komitmen jaminan yang perlu ditanggung dan dibiayai Kerajaan yang terdiri daripada tanggungan hutang sebahagian syarikat berkaitan Kerajaan yang menerima Jaminan Kerajaan bagi melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan awam dan utiliti. Di samping itu, Kerajaan juga menanggung hutang syarikat 1MDB serta liabiliti lain seperti bayaran pajakan kewangan (finance lease) bagi tempoh 2018 – 2047 ke atas projek yang dilaksanakan secara Public-Private Partnership (PPP) di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), projek yang dilaksanakan secara off-budget melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan Pembinaan BLT Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan. Bayaran finance lease ini adalah berdasarkan perjanjian konsesi yang ditandatangani melibatkan obligasi tunai Kerajaan sehingga tahun 2047. Secara keseluruhannya, jumlah keseluruhan komitmen hutang dan liabiliti Kerajaan dianggarkan berjumlah RM1.1 trilion.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memperteguh asas ekonomi negara dan memulihkan keyakinan pelabur termasuk memperkukuh pengurusan fiskal dan mempelbagaikan sumber pendapatan Kerajaan, menyediakan persekitaran kondusif bagi menarik pelaburan asing dan domestik, meningkatkan perdagangan, menambah baik kualiti pendidikan dan latihan, serta meningkatkan potensi ekonomi digital demi memacu pertumbuhan masa hadapan. Kejayaan Kerajaan mengurus ekonomi negara, serta hutang dan liabiliti Kerajaan mendapat keyakinan para pelabur asing di mana pelaburan asing yang diluluskan untuk sektor pembuatan telah meningkat melebihi 100% untuk 2018. Tambahan lagi, 3 agensi penarafan antarabangsa telah mengesahkan dan mengekalkan taraf kredit Kerajaan Malaysia pada tahap A3 atau A-. Kerajaan terus berusaha memperkukuh daya saing negara di peringkat global dengan meningkatkan kemahiran pekerja untuk mencapai pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi serta memperkukuh keupayaan inovasi dan teknologi negara. Inisiatif tersebut akan terus dipertingkat dan diperkemas melalui langkah Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 11 Oktober 2019 nanti. NO SOALAN : 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. TUAN TAMBAT@JUGAH AK MUYANG [ LUBOK ANTU ] TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 25

Y.B. TUAN TAMBAT@JUGAH AK MUYANG [ LUBOK ANTU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan menubuhkan Mini UTC@Pusat Khidmat Rakyat untuk semua agensi bagi kemudahan urusan pentadbiran rakyat khasnya masyarakat luar bandar memandangkan kawasan Parlimen ini berdekatan dengan sempadan Indonesia [Badau]. Jarak dari bandar terdekat adalah 190km bagi kadar [pergi dan balik] bagi menyelesaikan urusan berkaitan dengan agensi- agensi Kerajaan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini Kementerian Kewangan tiada perancangan untuk menubuhkan Mini UTC @ Pusat Khidmat Rakyat bagi masyarakat luar bandar di kawasan Parlimen Lubok Antu. Kementerian Kewangan hanya akan menyelaras penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bandar-bandar utama yang bersesuaian, tertakluk kepada kebolehlaksanaan (viability) projek dan kemampuan kewangan Kerajaan. Untuk perkhidmatan Kerajaan di luar bandar ia sesuai dilaksanakan di bawah program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

NO. SOALAN : 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN HAJI HASBI BIN HAJI HABIBOLLAH [LIMBANG]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN

TUAN HAJI HASBI BIN HAJI HABIBOLLAH [LIMBANG] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan:

(a) bilakah Kementerian akan menyiapkan bekalan elektrik luar bandar yang menuju ke Rh Jampong, Melaban yang sekarang ini menyambungkan kabel dari grid sudah siap dilaksanakan namun belum "energized" elektrik ke rumah tersebut; dan

(b) bilakah Kementerian akan menyiapkan elektrik luar bandar di Rh. Lawai, Selidong yang sekarang ini tiang-tiang elektrik sudah tersedia dipasang di sepanjang jalan namun kabel elektrik masih belum dipasang di kawasan tersebut.

NO. SOALAN : 26

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) kawasan Sebubu, Peking, Long Teran, Long Jegan dan kawasan Lapok Tinjar dilaksanakan melalui Projek BELB Sambungan Talian Grid Zon 1 (Limbang, Miri dan ) Negeri Sarawak Tahun 2015 – 2016 (Reka dan Bina) yang mula dilaksanakan pada 16 September 2015 dan tarikh siap asal pada 15 September 2017 dengan kos berjumlah RM81.3 juta. Projek ini telah diberi dua (2) kali lanjutan masa dengan tarikh siap baru pada 15 September 2018.

2. Status kemajuan fizikal pelaksanaan projek ini yang melibatkan skop membekal dan memasang talian grid 33kV, 11kV dan 0.415kV adalah 83% berbanding jadual 100% di Rh Jampong, Melaban. Manakala status kemajuan fizikal pelaksanaan projek BELB di Rh. Lawai, Selidong adalah 52% berbanding jadual 100%.

3. Untuk makluman Yang Berhormat jua, berlaku kelewatan dalam penyiapan kedua-dua projek ini disebabkan oleh masalah kewangan serius yang dihadapi kontraktor sehingga tiada sebarang kemajuan fizikal di tapak projek.

4. Kontraktor pada masa ini sedang dikenakan denda bagi kelewatan penyiapan projek. Pelbagai usaha dan perbincangan telah dilakukan oleh Kementerian yang turut melibatkan Kerajaan Negeri Sarawak. Hasil perbincangan, Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju untuk membantu Kementerian dalam mengambil alih dan menyiapkan baki projek yang mana kemajuan kerja adalah kurang daripada 80% termasuk Rh. Lawai, Selidong menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri. Pengambil alihan projek oleh Kerajaan Negeri Sarawak dijangka selesai pada bulan November 2019 dan projek dijangka disiapkan pada bulan Jun 2020.

Sekian, terima kasih.

2

NO SOALAN : 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [SELAYANG] TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 27

Y.B. TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]minta MENTERI KEWANGAN menyatakan formula yang akan diguna oleh Syarikat Great Eastern untuk mengembalikan baki dana RM400 juta pada hujung tahun ini sekiranya jumlah ini tidak diguna habis dalam bayaran pada pesakit. Apakah cadangan Kerajaan terhadap baki dana yang akan dikembalikan. NO SOALAN : 27 JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam (mySalam) adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang diperkenalkan pada Belanjawan 2019 bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang bersetuju menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM 2 bilion ke dalam dana amanah mySalam. Kos caruman takaful diberikan pada harga RM112 setiap tahun untuk tempoh lima (5) tahun.

Liputan Skim mySalam adalah terhad kepada dana sedia ada. Inisiatif ini memberi fokus untuk beban kewangan sesebuah isi rumah apabila pencari nafkah utama isi rumah (breadwinner) dimasukkan ke hospital kerana sakit atau menghidapi penyakit kritikal.

Pakej yang ditawarkan oleh Great Eastern telah disemak oleh pihak Bank Negara Malaysia supaya mendapat nilai terbaik untuk rakyat dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Great Eastern juga tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada Skim ini kerana sebarang lebihan perlu disumbang semula ke dalam dana mySalam selepas selesai tempoh skim selama lima (5) tahun. Premium yang telah dibayar kepada pengendali takaful untuk menguruskan Skim ini akan digunakan untuk membayar tuntutan daripada benefisiari, mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk kelayakan tuntutan. Sekiranya jumlah tuntutan kurang daripada premium yang telah dibayar untuk takaful, lebihan akan disumbang semula ke Dana Perlindungan Nasional B40, untuk jangka panjang keseluruhan Skim mySalam ini dan bagi faedah benefisiari. NO SOALAN : 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG [AYER HITAM] TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 28

Y.B. DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG [ AYER HITAM ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- (a) sama ada Kerajaan akan memansuhkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas transaksi hartanah yang dimiliki melebihi 5 tahun; ; dan (b) justifikasi Kerajaan mengenakan CKHT ke atas harta pusaka yang diwarisi dari generasi terdahulu yang tidak bersifat spekulatif dan ianya dianggap seperti Cukai Warisan (Inheritance Tax) .

NO SOALAN : 28 JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pengenaan CKHT bagi pelupusan hartanah dan saham dalam syarikat hartanah yang dibuat dalam tahun ke-6 dan tahun seterusnya mula dilaksanakan pada 1 Januari 2019. Pada masa ini, Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan pengenaan CKHT ini kerana pelaksanaannya belum genap tempoh setahun. Kerajaan akan melihat keberkesanan pengenaan CKHT ini dan prestasi pasaran hartanah secara menyeluruh.

Pengenaan cukai ke atas keuntungan yang diperoleh daripada pelupusan selepas 5 tahun pegangan dapat meluaskan asas cukai dan seterusnya bagi membendung aktiviti spekulasi yang memberi tekanan kepada harga rumah.

Bagi warganegara dan pemastautin tetap, CKHT tidak dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan sebuah rumah kediaman sekali dalam seumur hidup. CKHT juga tidak dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, datuk atau nenek dan cucu. Selain itu, pengecualian CKHT telah diberikan bagi individu warganegara Malaysia yang melupuskan hartanah termasuk rumah kediaman kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik pada harga balasan RM200,000 dan ke bawah dalam tahun ke-6 dan seterusnya.

CKHT adalah berbeza dengan Inheritance Tax (Cukai Warisan) kerana CKHT tidak dikenakan ke atas harta pusaka yang diwariskan dan diturunkan daripada si mati kepada pentadbir harta pusaka/wasi atau pewaris di bawah suatu wasiat. Manakala, Cukai warisan pula dikenakan ke atas pemindahan aset di kalangan golongan kaya. Sebarang pemindahan aset baik secara pemberian hadiah atau akibat kematian akan dikenakan cukai warisan harta. Kerajaan tidak ada cadangan untuk mengenakan cukai warisan. NO SOALAN : 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. TUAN CHAN MING KAI [ALOR SETAR] TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 29

Y.B. TUAN CHAN MING KAI [ ALOR SETAR ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah rebat zakat yang telah dituntut oleh Bank Rakyat dan NAFAS dalam beberapa tahun yang lepas dan jumlah cukai pendapatan yang telah dibayar kepada LHDN. NO SOALAN : 29 JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 melindungi kerahsiaan maklumat cukai bagi setiap pembayar cukai. Peruntukan kerahsiaan ini juga menghalang Kerajaan daripada mendedahkan maklumat pembayar cukai (individu atau syarikat) kepada mana-mana pihak bagi menjaga kepentingan pembayar cukai.

Oleh yang demikian, maklumat yang diminta oleh Ahli Yang Berhormat berhubung jumlah rebat zakat yang telah dituntut oleh Bank Rakyat dan NAFAS dalam beberapa tahun yang lepas dan jumlah cukai pendapatan yang telah dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tersebut adalah dikategorikan sebagai maklumat terkelas dan tertakluk kepada peruntukan di bawah Seksyen 138 ACP 1967.

Aspek kerahsiaan tersebut bertujuan menjaga kepentingan pembayar cukai dalam meningkatkan keyakinan kepada LHDNM bahawa maklumat pembayar cukai sentiasa dilindungi. NO SOALAN : 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG [ AYER HITAM ] TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 30

Y.B. DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG [ AYER HITAM ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- (a) mengapakah hutang negara meningkat mendadak dari RM686 bilion pada akhir 2017 kepada RM810 bilion; dan (b) apakah kegunaan pinjaman bon Samurai 1 dan 2 serta bon Panda sedangkan projek-projek mega dibatalkan, aset-aset negara dijual dan hutang negara pula meningkat.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kedudukan hutang langsung Kerajaan Persekutuan dikawal selia di bawah akta-akta pinjaman iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637], Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403], dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188]. Sehingga akhir-Jun 2019, hutang langsung Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM799.1 bilion atau 52.7% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kekal di bawah paras 55% daripada KDNK. Jumlah hutang langsung setakat akhir-Jun 2019 telah meningkat sebanyak RM58.1 bilion kepada RM799.1 bilion, berbanding akhir-Disember 2018 (RM741 bilion). Walau bagaimanapun, peningkatan ini dijangka menurun kepada kira-kira RM52 bilion pada akhir-2019, seperti yang dirancang dalam Belanjawan 2019 dan diluluskan oleh Parlimen. NO SOALAN : 30

Selain hutang langsung, Kerajaan juga mempunyai komitmen jaminan yang perlu ditanggung dan dibiayai Kerajaan yang terdiri daripada tanggungan hutang sebahagian syarikat berkaitan Kerajaan yang menerima Jaminan Kerajaan bagi melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan awam dan utiliti. Di samping itu, Kerajaan juga menanggung hutang syarikat 1MDB serta liabiliti lain seperti bayaran pajakan kewangan (finance lease) bagi tempoh 2018 – 2047 ke atas projek yang dilaksanakan secara Public-Private Partnership (PPP) di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), projek yang dilaksanakan secara off-budget melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan Pembinaan BLT Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan. Bayaran finance lease ini adalah berdasarkan perjanjian konsesi yang ditandatangani melibatkan obligasi tunai Kerajaan sehingga tahun 2047. Secara keseluruhannya, jumlah keseluruhan komitmen hutang dan liabiliti Kerajaan dianggarkan berjumlah RM1.1 trilion.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada 15 Mac 2019, Kerajaan Persekutuan telah menerbitkan bon Samurai dengan jaminan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) sebanyak 200 bilion Yen (RM7.4 bilion), dengan kos penuh 0.63% setahun untuk tempoh 10 tahun. Terimaan daripada terbitan ini digunakan untuk membiayai sebahagian perbelanjaan pembangunan meliputi projek seperti pembinaan sekolah, hospital, infrastruktur pengangkutan, jalan raya, utiliti dan lain-lain. Untuk makluman, Kerajaan di bawah pentadbiran baharu belum menerbitkan sebarang bon panda kerana keadaan tidak mengizinkan lagi.

NO SOALAN : 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU [ TUARAN ]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 31

DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU [ TUARAN ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kenapakah graduan Sarjana Muda Perubatan terpaksa menunggu penempatan lebih setahun sedangkan apabila mereka bertugas didapati mereka masih dibebankan kerja, kerana kekurangan kakitangan.

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Faktor berlakunya graduan perubatan yang masih belum ditawarkan slot latihan siswazah adalah kerana jumlah keluaran graduan yang meningkat berbanding dengan jumlah slot latihan yang boleh disediakan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Slot latihan siswazah di Hospital Latihan Siswazah pada masa ini adalah hanya sebanyak 12,033 slot latihan dan kesemua slot latihan tersebut telah diisi sepenuhnya oleh Pegawai Perubatan Siswazah (PPS). Slot tersebut hanya dikosongkan sebaik sahaja PPS sedia ada menamatkan latihan mereka.

Namun demikian, berdasarkan rekod KKM, sebanyak 32.9 peratus PPS tidak berjaya menamatkan latihan dalam tempoh dua (2) tahun seperti ditetapkan serta mengambil masa yang lebih lama untuk NO SOALAN : 31 menamatkan Latihan Siswazah kerana faktor peribadi dan kompetensi. Ini menyebabkan slot latihan tidak dapat dikosongkan untuk diisi oleh graduan perubatan baharu dan seterusnya menyebabkan berlakunya backlog (dengan izin). Justeru itu, buat masa ini hanya lebih kurang 3,091 orang PPS menamatkan latihan mereka setiap tahun sedangkan jumlah keluaran graduan perubatan dari dalam dan luar negara yang dianggarkan sebanyak 5,000 hingga 6,000 setahun.

KKM bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di fasiliti kesihatan. Walau bagaimanapun, KKM dalam masa yang sama turut berhadapan dengan cabaran kekurangan peruntukan, kekurangan staf kesihatan serta beban tugas berlebihan seperti mana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2018. KKM buat masa ini menggunakan pendekatan mengoptimumkan tenaga manusia bagi membolehkan penyampaian perkhidmatan diteruskan di fasiliti kesihatan. Sebagai langkah untuk mengatasi kekurangan perjawatan, KKM juga telah mengemukakan permohonan peruntukan dan perjawatan kepada agensi pusat khususnya bagi menangani keperluan di fasiliti baharu dan fasiliti yang dinaik taraf.

Sekian, terima kasih.

2

NO SOALAN : 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. TUAN MICHAEL TEO YU KENG [MIRI] TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 32

Y.B. TUAN MICHAEL TEO YU KENG [ MIRI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang telah menjadi mangsa dalam pelaburan “Swiber Bonds” yang dijual oleh United Overseas Singapore. Tiga tahun lalu berjuta-juta ringgit telah hilang dan tidak dapat dikembalikan kepada pelabur-pelabur walaupun sudah tarikh matang. Apakah tindakan akan diambil oleh pihak Kerajaan untuk mencegah skim pelaburan yang mencurigakan ini supaya rakyat tidak menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tersebut. NO SOALAN : 32 JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Swiber Holdings Limited (Swiber) adalah sebuah syarikat Singapura yang menyediakan perkhidmatan sokongan untuk industri minyak dan gas (O&G). Swiber telah menerbitkan bon di Singapura yang hanya boleh dibeli oleh pelabur sofistikated, termasuk pelabur institusi dan juga individu dengan nilai bersih tinggihigh ( net worth individuals).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi terbitan bon di Malaysia, penerbit hendaklah mematuhi beberapa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) iaitu :-

1. Garis Panduan mengenai Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Serah Simpan dan Lancar; dan 2. Garis Panduan mengenai Terbitan Bon Korporat dan Sukuk kepada Pelabur Runcit.

Memandangkan “Swiber Bonds” bukan diterbit dan dijual di Malaysia, sebarang ketidakpatuhan berkaitan bon tersebut dan risiko-risiko kerugian yang berlaku bukanlah di bawah bidang kuasa SC. Sehubungan itu, para pelabur adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami risiko-risiko yang akan dihadapi sebelum membuat sebarang pelaburan di luar negara. NO SOALAN : 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : Y.B. TUAN CHAN MING KAI [ ALOR SETAR ] TARIKH : 08 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 33

Y.B. TUAN CHAN MING KAI [ ALOR SETAR ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah hasil faedah daripada deposit SSPN tidak dimasukkan sebagai hasil pendapatan PTPTN yang tertakluk kepada cukai pendapatan dan berapa rebat zakat yang telah dituntut dalam cukai pendapatan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diluluskan pengecualian cukai pendapatan oleh pihak Kementerian Kewangan di bawah Seksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967. Sehubungan itu, sama ada hasil faedah daripada deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dimasukkan sebagai hasil pendapatan yang tertakluk kepada cukai pendapatan dan tuntutan rebat zakat bagi tujuan pengiraan cukai pendapatan adalah tidak berbangkit. SOALAN NO : 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN WONG CHEN [SUBANG]

TARIKH : 8 OKTOBER 2019 (SELASA)

SOALAN

TUAN WONG CHEN [ SUBANG ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

a) pendirian Kementerian mengenai kelaziman kawalan media besar oleh parti-parti politik dan/atau syarikat -syarikat yang dikaitkan dengan parti-parti politik; dan

b) apa strategi dan polisi untuk memastikan kepelbagaian media yang lebih besar di Malaysia

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multmedia Malaysia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanyalah ke atas organisasi media yang dimiliki oleh pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Akta ini tidak menetapkan sebarang syarat untuk permohonan lesen berdasarkan pemilikan oleh parti politik atau sebaliknya. Mana-mana pemilik media boleh memohon untuk mendapatkan lesen tertakluk kepada peruntukan AKM dan Kod Kandungan. Pada masa ini, tidak ada undang-undang yang menghalang SOALAN NO : 34 parti politik daripada mempunyai pemilikan sama ada dari segi saham majoriti mahupun pengurusan dalam media;

2. Manakala lesen bagi media bercetak tidak tertakluk di bawah peruntukan di bawah AKM98. Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

3. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap syarat lesen, Kod Kandungan atau mana-mana peruntukan undang-undang Negara, tindakan sewajarnya boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan yang berkenaan;

4. Kementerian ini juga melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), sentiasa bertindak dalam menjalinkan hubungan media yang akrab antara pihak kerajaan dengan media tempatan dan antarabangsa dengan melaksanakan pelbagai aktiviti pengukuhan media; dan

5. Bagi tujuan memastikan kepelbagaian media yang lebih besar di Malaysia, JaPen telah mengambil inisiatif dengan manaiktaraf sistem Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia bagi memperluaskan permohonan Kad Perakuan Media secara online kepada agensi media tempatan dan antarabangsa. JaPen turut menjalin kerjasama strategik dengan Malaysian Press Institute (MPI) dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dalam menjalankan kursus-kursus kewartawanan untuk media arus perdana dan juga media sosial.